JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Mac 2016

Belajarlah Dari AIR..

Salam petang yg ceria kekawan :)



Hebatnya air

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Sumber : WhatsAppa

KESIAN DIA...Maafkan Mama :(

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Maafkan mama Nabil tak dapat nak cuti jaga nabil demam.. semalam hero saya demam.. sebenarnya dah dekat 3 hari demam nya on off.. malam tu panas badan naik sangat.. saya lap2 dgn tuala bersama air suam.. itulah petua utk kurang demam, jangan guna ais batu rupanya semakin panas nanti badannya. Jadi selepas dilap dengan air suam tu turunlah panas nya dalam pukul 3.00pagi. Paginya saya bawa ke klinik lagi cek darah takut denggi.. kat taman perumahan saya tu pagi petang foging.. memang tahu ada jiran taman tu denggi.. masuk ICU lagi bila platlet nya 7.. alhamdulillah dah sihat dan keluar pun dari hospital..

Alhamdulillah, bukan denggi nabil tu, lebih kepada demam virus kerana darah putihnya tinggi.. doktor kata kalau makan antibiotik ni tak ok lagi terpaksa refer hospital, minta segera sembuhlah nabil.. saya terpaksa ambil halfday.. sebab kerja saya banyak dan minggu yg bz buat saya.. terpaksa saya bawa dia ke ofis, bila tengok gambar diatas tu dah macam anak jalanan saya tengok, tidur beralaskan kotak dan saya lapik dengan telekung saya , namun lena juga tidonya.. ye lah malam tu tak tido lena.. saya pun dah jadi mata panda huhuhu.. ini lah cabaran ibu yg bekerjaya kan.. Kemaafan je yg mampu diminta kepada anak2.. tak dapat jalan kewajipan dengan sempurna :(
Semoga Nabil cepat sembuh.. skrg dah pergi sekolah.. pesan dengan cikgu sekiranya demam telefonlah saya nanti saya datang ambil. 

Rabu, 30 Mac 2016

WW :: Hahaha Yang Mana SATU korang Pernah KENA ..

Salam petang yang ceria kekawan :)




p/s terima dari WA group keluarga bila adik saya post .. korang kena yg mana.. dia tanya.. 
Saya pulak pernah kena yg no.4 tu.. kawan sebelah terduduk hujung telekung hihihi..

RESEPI MEE HAILAM MUDAH DAN SEDAP BY NOXXA ^__^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat projek mee hailam ni pun masa cuti sekolah hari tu... hihihi nampak benor bertapa dalam draf.. mujur kuor gak .. tak jadi tukun.. ;)
Ini bila anak2 kata.. mama buat mee kicap pulak lah.. nasi jer hari-hari.. maksud nabil tu mee hailam...

Dalam petiais tu memang dah ada stok tulang dan daging lembu.. mee pun ada saya beli.. kira lengkaplah bahan2 tu... tambahan masak guna noxxa.. lagi lah 30 minit siap.. jangan hang mencakor dinding lak Nom.. gesel2 Tuan Anas Jilapah tu ye.. ko gesel-gesel dulu beli notebook tu.. senang update entry ye dok... jomlah kita kembali ke pangkal jalan..

Jom kita terus jer ke resepi yg 30 minit ni siapkan..

RESEPI MEE HAILAM BY NOXXA

Bahannya :
- 1 bungkus mee kuning jenama ibu (suka jenama ni sebab tiada pengawet)
- 1/2 kilo daging +tulang
- 3 biji bawang merah ditumbuk sederhana
- 3 ulas bawang putih pun ditumbuk sederhana
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 3 sudu besar sos tiram,sos tomato, sos lada hitam,kicap manis.
- 4 sudu besar kicap pekat
- daun sawi
- 1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn segelas air
- Daun bawang dan daun sup
- 1 biji tomato
- minyak bijan
- garam

Caranya :-
1. Didihkan 1 liter air didalam periuk noxxa dengan menekan butang stirfry. Bila air dah mendidih masukan daging dan tekan butang highpressure selama 20 minit. Bila dah bunyi bif.. alih tombol ke stim utk release wap nya. Keluarkan
2. Kemudian tumiskan cili kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi, lepas tu masukkan segala bahan sos dan kicap, kacau mesra, kemudian baru masuk daging yg direbus tadi, biarkan di mood stirfry tu.
3. Bila mendidih masuk masukkan bancuhan air tepung jagung , garam dan titiskan beberapa titis minyak bijan.
4. Kemudian masukan daun sawi, jika airnya kurang boleh di tambah. Bila semua bahan dah masak boleh lah dihidang.
5. Bahan lain, celur mee kuning sehingga lembut, kemudian tos kan.
6. Boleh dihiris daun sup dan daun bawang, cili merah dan tomato. Tabur atas mee dan tuang kuahnya. Emmm memang kebaboom.

Malam tu dinner kami anak beranak makan mee hailam tu.. dah 4 beranak tu suka kicap.. sedap sangatlah menghirup kuah sup hailam tu.. habis sebungkus mee tu anak beranak menambah *__*



Selasa, 29 Mac 2016

RESEPI BUBUR SUM SUM MUDAH...emmmm dapyaaaa ^__^

Salam petang yg ceria ;)

Ini gara-gara tayangan  blogger Kak Noor dan Kak Yon si Pangkin Nenek lah saya teruja membuatnya.. tambahan cuaca panas bedesing membahang ni.. memang sedap lah pekena bubur sum sum yg keluar dari petiais ni...
Nyaman jer lalu di tekak ni kan Kak Noor ;)

Resepi ni saya ambil dari kedua blogger tu... pastu diolah  mengikut anak tekak anak beranak hahaha.. :D
Resepinya mudah kekawan.. bak kata pembantu saya chef Nabilah.. "Semudah 1 2 3 jer" *__*

RESEPI BUBUR SUM SUM
Bahannya :-
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan air daun pandan (kisar 5 helai daun pandan dgn 1 cawan air, tapis)
- 3 cawan santan
- 2 sudu besar gula
- Secubit garam.
- sedikit pewarna hijau

Caranya :-
1. Campurkan tepung beras, air pandan, santan, gula dan secubit garam, dan sedikit pewarna hijau, gaulkan mesra , saya guna wisker.
2. Masak dengan menggunakan api yg sederhana, kacau sehingga dia likat dan masak.
3. Kemudian masukan dalam acuan kecil atau boleh juga masukan dalam loyang, kemudian potong kecil2.
4. Sejukan sebentar kemudian masukan dalam petiais.
5. Bagi gula merahnya , saya guna gula melaka 250gm, 500ml air dan 2 helai daun pandan. Masakkan air dan gula melaka sehingga larut, bersama dgn daun pandan. Bila dah masak, tapis dan sejuk.
6. Siap utk dihidang.


Saya masukan dalam acuan puteri ayu ni.. setiap orang dalam rumah ni makan 3 biji seorang.. baru puas mentedarah bak kata Lieya Latif hahaha.. 
Jomlah kekawan merajinkan diri *___*

Ole-Ole Si JARI MANIS ^____^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Pagi semalam tengok ada sampul surat coklat diatas meja.. tengok nama ditujukan kepada saya.. tak sabar tangan membuka sampul tu.. sekali tu tengok ada gambar si cantik manis tersenyum... siapa lagi kalau bukan Si Jari Manis ~__^

Rasa nak lompat bintang ajer .. kesukaan.. penyudah saya cium FM ni sebab gembira dan teruja melihat bunga Sakura berkembangan.. memang teringin sangat nak golek2 bawah pokok yg bertaburan bunga Sakura... sebab tu suka sgt gi BW kat blog JM ni.. suka sangat dgn gambar dan info travel yg dikongsikan... walaupun kita tak ada disana... tapi feling-feling ada je kat situ sambil senyum meleret jer dipipi sewaktu membaca entri JM tu ^____^

Kita close-up sikit nama yg tertulis atas FM tu.. 
Aduhai Si Jari Manis..
Rasa nak menitis airmata kegembiraan..
Inilah salah satu 25 things make me happy..
Saat terima cenderahati dari kekawan.. hendaknya hanya kenal di alam maya.. terasa sangat siratulrahim terjalin..
Thank you so much si Jari Manis. ;)

p/s saya agak bz minggu ni .. maaf tak sempat nak BW kekawan.. nanti saya terjah ye ;)

Isnin, 28 Mac 2016

RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Minggu lepas en suami saya demam.. dia bila tak sihat , seleranya hanya benda-benda masam ajer.. tahu sangatlah tentu dimintanya saya masakkan tomyam.. dah  selalu sangat buat tomyam ayam.. jadi saya tukar selera kepada tomyam ikan.. petang tu balik kerja tengok ada ikan siakap sajer dalam peti ais tu.. marilah kita tomyam kan dia kan.. si Siakap yg elok frozen tu..

Tengok dalam kabinet dapur tu ada pes tomyam putih.. apa lagi saya gunakan pes tu dengan jayanya.. cepat saya memasaknya kan kekawan.. Jomlah intai resepi saya yg mudah ini.

RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

Bahannya :-
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 1 biji bawang besar 
- 1 peket pes tomyam putih adabi
- 2 biji tomato potong 4
- 2 batang serai dititik
- 1 Batang Karot Merah
- Kobis Bunga
- Limau
- 3 helai daun limau purut
- 10 biji cili padi kerat 2
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Tumis bawang besar sedikit wangi, kemudian masukan 1 cawan air (saya guna pemagang ajaib tu senang)
2. Kemudian masukan pes tomyam putih , kacau mesra, lepas tu masukan karot merah dan bunga kobis.
3. Lepas tu masukan serai dan ikan siakap , tutup pemanggang, biar dia mendidih.
4. Masukan garam, daun limau purut, cili padi dan perahkan lemon keatas ikan tersebut.
5. Apabila ikan elok masak, siap untuk dihidang.

Dinner kami anak beranak malam tu adalah tomyam putih ikan siakap.. makan panas-panas, tengok peluh en suami , merembas keluar, dia kata baru demam dia kebah, tengok sampai 3 kali menambah nasi di pinggan, berselera sekali orang demam ni kan ~__^

Ahad, 27 Mac 2016

Soalan BOCOR Tetapi Belum Tentu BOLEH JAWAB


PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR :

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.
Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku
Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku
Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku
Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku
Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani.
Jawabannya sangat sederhana, bukan? Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?
Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.
Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.
Subhanallah, semoga Yg Like dan membagikan tausyah ini ditinggikan ilmunya, diangkat drajatnya , dibesarkan rezekinya, diharumkan namanya, disetiakan cintanya, dipanjangkan umurnya, dijauhkan dari azab kubur dan api neraka dan dikabulkan doa nya secepat ia menulis AAMIIN di komentar.

Sumber :: Facebook

Jumaat, 25 Mac 2016

7 AMALAN TERBALIK








Sumber : Facebook

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP step by step...

   Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Masak sotong goreng tepung ni pun masa cuti sekolah tempohari. Anak2 nak makan sotong goreng tepung macam kat restoran. Jumpa resepi yg mabeles ini. "Rangup diluar lembut didalam" sotong dia tak liat.. lembut jer masa menggigit sotong tu dan tepungnya rangup krap krup kruk memakannya..

Saya ambil resepi ni dari Dapur Bonda nanti saya share link. Saya olah sikit mengikut selera kami anak beranak. 
Jom intai resepinya yg sedap ini.

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
Bahannya :-
- 1 kg sotong sederhana besar(potong bulat2 dan toskan airnya hingga kering)
- 1cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan tepung jagung.
- 1/4 cawan tepung beras.
- 1sudu teh serbuk kunyit.
- 1 sudu teh garam halus.
- 1 sudu teh serbuk lada putih.
- 1 sudu teh serbuk lada hitam.
- 1 biji telur
- Minyak utk menggoreng.

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung,tepung beras,serbuk kunyit,garam dan lada putih serta lada hitam dalam mangkuk. Gaul sehingga tepung semua mesra dgn bahan2 tu.

2. Kemudian tepung yg dicampur bahan tadi bahagi dua, kemudian pecahkan telur dan gaul sehingga telur mesra dgn tepung. Masa ni nampak tepung macam doh, jangan ditambah air tau,tak apa nanti bila dimasukan sotong, air sotong akan keluar dan ia seperti gambar diatas. Sebelum tu garamkan dulu sotong bersama sedikit lada sulah, barulah digaul sotong tu dgn tepung tadi.

3. Panaskan minyak yg banyak supaya tenggelam sotong masa digoreng. Masa panaskan minyak ni pastikan minyak betul2 panas sewaktu menggoreng nanti.

4. Celup sotong ke dalam tepung lebihan tadi. Gaul sepotong-sepotong jarak-jarak, jangan digaul sekali banyak(seperti gambar)

5. Masukkan sotong yg telah dicelup tepung , satu-satu dan jarakkan supaya tidak melekat. Guna api yg sederhana masa menggoreng supaya  sotong tidak meletop masa menggoreng.

6. Apabila dah kekuningan serta masak, angkat dan toskan dalam penapis seperti gambar, jangan toskan dalam tisu nanti lemau.

7. Kemudian alihkan pula sotong yg dari tapisan ke pinggan kaca yang lain. Ulang langkah 4 hingga 7 sehingga sotong habis digoreng.

Memang puas lah anak beranak makan sotong 1 kg tu hahaha.. cicah pulak dgn sos cili tu.. jadi malam tu salah satu lauk dinner kami. Dalam masa menggoreng tu pun satu-satu sotong yg ditos dalam tapisan tu hilang dimakan oleh mereka. Saya biarkan ajer sebab lagi sedap makan panas2 tu kan. ;)

P/s keputusan darah utk tyroid saya pada hari rabu tu alhamdulillah, semuanya kembali normal dan berat badan bertambah 2kg hihihi.
Tapi pada ptg hari tu malang tidak berbau buat saya.. kaki saya tersadung dan saya terhantuk dibucu kebinet dibawah rahang. Aduh sakit bukan main.. saya ambil air batu konon nak tuamkan sekali tengok darah menitik-nitik, saya ambil air batu dan balut dgn tuala dan tekap ditempat berdarah tu supaya darah berhenti. Tunggu en suami balik hantar ke klinik. Doktor kata koyak sebesar 1.5cm. Doktor suruh refer hospital utk xray takut rahang berkalih. Esoknya pergi DEMC utk xray. Alhamdulillah tiada yg serius, cuma muka jer bengkak. InshaAllah doktor kata nanti boleh susut dlm 2 3 hari.. kalau tak susut dtg balik hospital.

Khamis, 24 Mac 2016

Kena TAMPAR..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendak..

Perit pipi kena TAMPAR bila baca ..
Sumber : Facebook

Rabu, 23 Mac 2016

6 PINTU PENYELESAIAN

Salam petang yg ceria kekawan.. ;)












Sumber : Facebook

DIY :: PENCIL BOX ZIPS STEP BY STEP ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Ini juga projek cuti sekolah kak Nabilah.. buat pensil box daripada zips. Masa tu saya pergi kekedai jahitan bersama dia utk jahit tepi tudungnya.. lepas tu dia terpandang zips yg berwarna warni yg cantik tu.. " Mama boleh tak akak beli zip tu" tanya  nabilah kepada saya. "Nak buat apa?" Soal saya pula.. "Nak buat pensil box, kawan kakak ada beli kat online RM10.00 satu" jawabnya.. "Berapa pulak zip yg diperlukan dan panjang mana ?" soal saya.. "Kejap akak google" jawapnya..
Saya pun teruja juga tengok gambar2 pensil box tu..

Oleh kerana dikedai tu dah pek siap2 12 keping yg warna sama ajer dan ada juga yg campur2 tapi warnanya tidak menarik mata kak Nabilah.. so dia ambil warna biru teqoise dan purple tu..

Bahan cukup mudah kekawan.
- 12 keping zip 8 inci panjang kira 1 dozenlah ni (RM2.00 jer kat kedai tu jadi 2 dozen baru RM 4.00 cukup murah kosnya kan)
- Benang utk jahit

Caranya :-
1. Silangkan zip tersebut yg mana satu kepala zip diatas dan satu kepala zip dibawah (lihat gambar)


2. Kemudian jahit dari hujung ke hujung sehingga habis (seperti gambar)

3. Begitulah kita jahit sebanyak 12 keping zip tu.

4. Kemudian terbalikan, jahitkan pula di sebelah atasnya, buka satu zipnya supaya nanti senang terbalikkan. Kemudian jahit pula yg dibawahnya sehingga habis ke hujung. ( lihat gambar)

5. Siap pensil box tersebut selepas di terbalikkan.

Yang diatas tu pensil box kak Nabilah.. dia nak selang seli warnanya.

Yang ini pula Najeeha punya , dia nak dwiwarna.. iaitu warna tu sebelah menyebelah.. elok jugak tak lah mereka tertukar nanti..

Pastu semangatlah mengisi alat tulis masing2.. siap buat demo lagi..
"Senang mama, tak payah kita terkeruk-keruk cari, kalau gunting tu dibawah , kita buka zip belah bawah ni, pastu nak pen hitam ke yg kat atas , buka pulak zip yang diatas"ujarnya. (Boleh lihat gambar yg diatas sekali)

Lepas tu si hero bertanya"Nabil punya mana, mama?" 
Hihihi :p
"Tak apa cuba dulu, Nabil nak warna apa, nanti mama buatkan, mama pun nak buat utk mama jugak" balas saya..
"Nak warna HIJAU"jawap Nabil.

Mudah rupanya nak buat kekawan.. jomlah cuba kos pun tak mahal.. ;)

P/s hari ini saya appointment doktor ambil darah utk check up tyroid . Semoga keputusannya yg baik-baik saja. Buat entri ni pun masa menunggu nama dipanggil. Kiranya siaran langsung dari DEMC Hospital.