JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 28 Februari 2017

Dinihari ini...

Dalam saya kalut memasak di waktu dinihari tu, berbunyi panggilan telefon, tengok dari SAMTAJ.. memang saya dah save nombor tu.. tengok jam pukul 6.08am.. berdebar juga jantung masa tu.. apa lagi masalah anak ku ini.. 
Sewaktu mengankat panggilan tersebut.. terdengar suara batuk yang tak berhenti-henti... assalamualaikum mama.. batuk lagi.. percakapannya berselang seli dengan batuk nya yg agak ketat.. walaikumussalam.. jawab saya.. masih tak sihat ke.. ye mama batuk sakit sangat dada ni.. 
Najeeha ni bila batuk mula lah semput walaupun dia sebenarnya bukan ada semputpun.. baiklah nanti mama datang sekolah ya .. ambil najeeha pergi klinik.. ok mama ni nak pergi solat subuh kat surau.. baik lah.. 
Tak senang hati ini bila anak sakit kan kekawan.. pukul 9.00am saya pergi kesekolahnya.. isi borang untuk keluar ke klinik.. sampai klinik punya lah ramai orang.. hampir pukul 11.00am baru habis urusannya di klinik.. saya kata makan ubat dan rehat lah dibilik kesihatan sekolah ye.. makan dulu bekal yang mama kasi ni..
Lepas hantar balik ke asrama lega sikit hati tengok keadaannya didepan mata..


Terbaring diatas riba saya.. demam selsema dan batuk ni memang membuat pening kepalakan.. bekalkan juga minyak angin aroma tu untuk kurangkan pening kepalanya ..

Isnin, 27 Februari 2017

Bangganya KALI PERTAMA Dapat MEDAL... Ujar NABIL 😆😍😙 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

berada ditempat rumah hijau sebelum acara bermula... tersenyum riang nabil kerana pertama kali bersukan yg proper..
Semalam 26 Februari 2017 adalah temasya sukan sekolah nabil SRAI DMYS.. Malam tu punya semangat nak bersukan.. siap cakap bangunkan nabil pukul 4.30am ye mama sebab kena ada kat pada stadium pukul 7.30am... awal sungguh tu Nabil ujar saya hahhaha dengan gelak tawa bersama.. 
Pagi tu memang saya bangun 4.30am macam biasa.. buat sarapan.. mee hoon goreng, goreng ayam mas tu, sandwich sardin dan burger daging (yang ini kak nabilah yang tolong buat sama sandwich) 
Jadi pukul 7.00am kami dah bertolak ke stadium Uitm tu.. tak mengalah sukan di stadium kan hehehe..

Dimulakan dengan pertandingan perbarisan antara rumah.. macam2 maskot yang ada.. Rumah Hijau tu memilih buaya bujang senang katanya hihihi.. Rumah Biru memang dapat rare sikit tu.. maskotnya daremon.. rumah kuning pula maskotnya Harimau memang cantik persembahan perbarisannya .. teratur sungguh gerak langkah.. rumah merah pulak maskotnya Naga .. simple ajer..
Untuk perbarisan ini dimenangi oleh rumah kuning, kedua biru , ketiga hijau dan keempat merah.. Nabil tak masuk perbarisan ini .. hanya tahu 5 dan 6 sahaja..

Pertandingan pertama nabil adalah lari bawa bola pingpong dalam sudu.. elok ajer memecut laju untuk menghabiskan lariannya.. dan berada ketempat pertama.. tiba larian terakhir kawannya.. terjatuh pulak bola tu.. langsung jadi tempat ketiga.. Alhamdulillah.. dapat juga medalnya.. itulah ketentuan kan.. kita dah berusaha sebaiknya.. 

Pertandingan kedua pula lari kaki tiga bersama kawan.. ini sungguh malang bagi kumpulan mereka.. bukan mudah untuk mengimbang badan apabila kaki tiga untuk berlari.. pada mulanya nabil dan kawannya terjatuh juga.. namun bingkas bangkit semula.. passing pada yang kedua ok.. passing pula yang ketiga juga ok.. namun malang bagi passing yang keempat .. kawannya jatuh tersungkur keduanya.. kesian sungguh sehingga koyak seluar dilutut tu dan tangannya berdarah sedikit.. tahu lah balapan di stadium tu kan.. mereka tewas disini.. mendapat tempat ke empat.. tak apa lah perjuangan telah dilakukan dengan baik.. (kredit buat kak nabilah yg merakamkan detik2 ini hihihi.. saya tak tahan nak berpanas.. duduk diatas tempat penonton tu jer.. bersorak dari jauh hahhahaha)

tersenyum riang menerima kalungan medal dari guru besar :)
Jadi ini lah satu2 medal yang dimenagi.. nabil hanya permainan simpanan bagi lari pecut 100 meter dan berganti-ganti jika ada kawannya yg tak datang atau kecederaan.. 
Tempat ke tiga.. janji dapat naik pentas hadiah tu ye nabil :)

Bergambar bersama kumpulan rumah hijau tu.. dek kerana silau panas.. kak nabilah tak perasan kawan yg lagi satu nampak sebelah jer badannya hahhaha.. sian ko nakkkk..

Naik keatas menunjukan medal yang diperolehi kepada saya.. sambil berkata " Bangga weyyyy kali pertama terima medal ni" tergelak saya dan kakaknya serta en suami..  yelah dulu masa sekolah Al hanna hanya sukan biasa di entry ini sukaneka sek. alhannah masa tu dapat hadiah botol air ajer.. 
Mahu tak teruja dapat medal macam ni kan.. kakak2 dua orang tu dah merasa masa di Sekolah Hira' dulu dientri ini..Sukan sekolah  kakak :) tergelak-gelak kakak 2 orang tu bila membaca entri ini dan melihat gelagat mereka yg masa tu tahun 1 dan tahun 3 hahaha.. comel sangat kakak 2 orang masa tu :D

Jumaat, 24 Februari 2017

Siapa DIA Di Hati Kita ❤💖




Dari: *Dr Zakir Naik*.
...... Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...

*Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.*

*Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain*

*Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.*

*Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.*

*Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.*

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya..

*Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...*

Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna.

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati...

BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
 Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!

*Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI*

..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

*Takut ALLAH, seperti anda takut MATI*

Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

*Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT*

*"SUBUH" 4/6 Minit*

*"ZUHUR" 6/8 Minit*

*"ASAR" 6/8 Minit*

*"MAGHRIB" 5/7 Minit*

*"ISYAK " 7/10 Minit*

*Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. ..*

Jom kita fikir *betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH.*

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

Sumber : WhatsApps

Khamis, 23 Februari 2017

KELADI TELOR 😊👍 emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Semalam dok sembang dalam wasap aweks blogger.. yang hainom cerita kentang telor.. udah teringat ada keladi telor dalam petiais yang belum direbus, semalam saya tak kerja sebab sakit kepala dan lemah2 sendi.. sembang juga dalam groups.. itu adalah salah satu tanda2 nak menapose ... ohhhh udah tua kertu saya ni hahahha.. tapi kata Mummydiarie itu baru tanda2 saja.. menapose nya mungkin sepuluh tahun lagi hihihi.. ehhh dah melalut ke situ pulak padahal nak cerita keladi telor ni..

Keladi telor ni makanan saya masa kecik2 dulu, apa almarhumah mak makan itu sudah menjadi makanan kami juga.. sedap sangat.. isi lembut.. Hainom kata dia panggil Keladi Senandung.. Warisan Petani tentu ada tanam kan.. biasa lah WP ni banyak sungguh menanam hasil kampung ni.. kekadang teringin nak menanam seperti WP ni.. tapi kena balik kampunglah sebab rumah teres ni mana halaman yg luas utk menanam hehehe..

Saya suka cecah dengan gula ajer... emmm dapnya.. masa nabil balik sekolah petang tu dia tanya apa ni mama.. keladi telor.. emmm macam tak makan jer.. anak2 sekarang macam tu lah, bukan tahu makanan ruji kita dulu2 kan :D

Selasa, 21 Februari 2017

Hidup Seperti SIFIR 7 😟



🌹Kata Ustaz🌹
🌹Sekadar peringatan 🌹

🌹Kita,
kehidupn kita  dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

🌹7x 1= 7
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

🌹7 x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

🌹7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

🌹7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

🌹7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

🌹7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.

🌹7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

🌹7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

🌹7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

🌹🌹🌹kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.


🌹Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

🌹🌹🌹🌹Ingat!!
Berapa ramai pula yang tak lepas byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1 , byk juga yg umurnya ditangga ke 3.

🌹Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

🌹Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah.

🌹Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat .


#ustazkamil🌹

Sumber :: WhatsApp

Isnin, 20 Februari 2017

11 TANDA KITA EGO 😰😩













Sumber : Facebook

P/s Maaf kesibukan melanda diri.. jika ada kesempatan saya BW ye 😧

Rabu, 15 Februari 2017

JOM MAKAN MENGIKUT JENIS DARAH...😊 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Tadi kat group whatsapp kawan saya ada share pasal "blood types food chart"..rupanya kita kena makan ikut jenis darah kita demi kesihatan..ada orang kesan dia tak besar kot tapi ada juga yang memang tak boleh makan langsung sebab alergi (rupanya berkaitan dengan jenis darah)..so saya pun nak share la benda nie dengan korang sebab memang interesting sangat..sape yang betul2 nak jaga kesihatan tu mungkin boleh follow chart nie..selamat mencuba!!

p/s: selain tu dia ada jugak bagi senarai makanan untuk di makan kalau nak tambah/kurangkan berat badan..

http://www.soulcraft.co/info/food_chart.htm





Sumber : Facebook

Selasa, 14 Februari 2017

Suara TANGISAN Sendu Di CORONG TELEFON 😢😢 :'(

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pada petang selasa 7/2/2017.. terima panggilan telefon daripada Najeeha di asrama.. baru cakap.. hello mama.. huwa huwa terus menangis .. panik sekejap saya dibuatnya.. saya pujuk dia.. kenapa menangis ni.. janganlah menangis.. kan semalam cikgu kata budak tingkatan satu mana boleh menangis.. bukan budak darjah satu kan.. pujuk saya.. apa masalah ni .. cuba cerita dengan mama.. hanya suara tangisan sendu di corong telefon..

Saya biarkan dia menangis.. kemudian baru dia berkata" Jeeha tak ada kawan.. tak tahu macam mana nak basuh baju" .. "Ok, macam ni lah , Jeeha simpan baju yg dah dipakai tu dalam beg plastik, nanti esok mama datang ye" balas saya. Bila mendengar saya nak dtg terdengar suara yg sedikit ceria, "Pukul berapa mama nak datang" soal najeeha, "InsyaAllah, pukul 10am mama sampai waktu rehat kan" balas saya..
"Esok mama cuti sebab ada appoinment doktor pukul 11am, sebelum tu mama singgah sekolah jeeha ye" sambung saya.
Esoknya pukul 9.30am saya dah sampai di sekolahnya.. tunggulah dia keluar pukul 10am.. saya tak tahu dia ditempatkan kelas mana.. 
Bila keluar kelas tengok dah ada kawan.. senyum ajer.. senang hati saya tengok dia.. dah dibungkusnya baju kotor tu.. sebelum tu saya singgah beli KFC untuk memujuknya.. saya suruh dia makan bersama kawannya.. 
Kemudian saya tanya dah tahu ke rumah sukan.. dah tahu katanya.. rumah kuning.. pergilah saya membeli baju sukannya di koperasi sekolah.. bila lonceng berbunyi masuk.. salam dan cium saya kiri kanan.. baru lah saya pergi ke DECM untuk appointment slip disc saya ni..
Hari khamis cuti Thaipusam.. saya datang lagi.. sebelum tu pagi dah telefon.. tanya bila nak datang.. saya kata pukul 3pm ye sebab mama nak tunggu baju kering dan mama nak siapkan kain songket untuk pakai hari jumaat.. 
Jadi petang pukul 3.30pm saya sampai sebelum tu singgah dominos sebab telefon kata nak makan pizza.. saya layan ajer lah kan.. janji tak menangis sudah hihihi.. masa sampai tu dah tunggu kat pintu pagar hahhaha.. anak oh anak.. saya suruh dia hantar baju dalam dorm dulu.. pastu mari kita makan pizza sama-sama... dekat pukul 6.00pm baru balik.. 
Pada hari sabtu saya menghadiri mesyuarat PIBG sekolah..pukul 11am dia telefon saya.. mama dah habis mesyuarat ke.. belum pukul 12 tghri baru habis .. pukul 12 tghri telefon lagi.. belum selesai lagi.. kata padanya pergi makan tengahari nanti beli mama dah siap.. mama gi dewan makan kalau jeeha dah siap makan tunggu mama kat bangku dekat garaj kereta tu ye.. 
Lepas habis mesyuarat jumpa lah dia kata situ.. nak bagi baju kotor yg dipakai 2 hari tu .. mujurlah sekolah dekat sayang oiii boleh lah mama datang tengok ko ni :D

Minggu lepas Najeeha tak boleh balik tetapi kakak Nabilah boleh balik.. jadi hari ahad tu pepagi dah pergi pasar nak masak cepat dan makan tengahari bersama dia disana. Suka sungguh dia bila kami datang.. pukul 11.30am kami telah sampai.. terus nak makan kerana tak sempat sarapan pagi kerana terlewat bangun.. lepas subuh dia kepenatan katanya.. sebab malam tu tidur pukul 12.30mlm sebab ada belajar pengurusan jenazah dan dia jadi jenazah katanya.. berani Jeeha kata kakak Nabilah.. tak ada apalah.. kain yg balut kita tu lembut saja..


Masak lauk kegemarannya.. ketam goreng, sambal tumis udang, sotong goreng tepung (yg ini kak nabilah yg masak) lepas tu gulai ketam dengan pucuk ubi. Buah saya bawa dragon fruit dan mangga lemak manis. Air teh O kegemarannya..

Abahnya sampai pukul 12.30tghri sebab pagi tu keluar sekejap jumpa kawan.. banyak makan najeeha hari itu.. sebelum tu dah cakap, mama jangan balik cepatnya.. tolong dia buat homework matematik dulu.. lepas siapkan homeworknya baru kami balik dalam pukul 1.30pm.. dia pun nak pergi surau sebab dah nak zohor.. kami balik sampai rumah dah azan zohor, petang janji nak jumpa dia lepas asar dalam pukul 5.30pm sebab habis waktu melawat pukul 6.00pm.. untuk hantar baju yg saya basuh untuk dipakai seminggu ni.. sekali untuk menghantar kak nabilah ke madarasah..
Sungguh penat saya minggu lepas.. dah ini lah pengorbanan ibu2 kan.. semoga Allah memberi kesihatan yg baik berterusan kepada saya.

Isnin, 13 Februari 2017

PETUA MEMBERSIHKAN HATI DARI SUDUT ISLAM ❤❤

Salam petang yang ceria kekawan :)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.












Sumber : Facebook

Jumaat, 10 Februari 2017

SAYANG SAHABAT SEMUA 😍😙😚😎 ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Sayang sahabat alam maya saya ini :)
Walaupun tak pernah bersua muka tapi banyak memberi manfaat kepada saya, banyak nasihat dan keceriaan yg diberi..
Saya minta maaf ye dalam seminggu ni tak sempat nak BW kekawan, sibuk dengan anak-anak dan juga kesihatan yg tidak mengizinkan.. insyaAllah saya cuba BW kekawan ye..





🌹🌹✳✳✳SAHABAT✳✳✳

💖*Ada sahabat...* dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murabh je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian._

💖*Ada sahabat...* dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁_

💖*Ada sahabat...* dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu._

💖*Ada sahabat...* dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. *Tercraving-craving...* terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna._

💖*Ada sahabat...* dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺_

💞💞💞 Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. *Semuanya pentinggggg*. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau._

😍😍😍Saya sayang semua sahabat-sahabat saya😙😙😙

Sumber : WhatsApp