JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 27 Julai 2014

Beberapa KESALAHAN semasa BERHARI RAYA..

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah 29 hari kita berpuasa.. insyaAllah esok kita akan menyambut Aidilfitri.. diharap kita dapat menjaga batas agama sewaktu menyambutnya.. saya kongsi dari FB untuk kita bersama muhasabah diri ye kekawan :)




Sebelum pulang berhari ingat pesanan ini. Jaga syariat seperti solat, bersalaman bukan mahram dan aurat. TOLONGLAH kurangkanlah menghadap phone/tab sahaja.

Satu hari nanti bila anak-anak sendiri balik rumah dan langsung tak pandang kita mahupun berborak sesama adik beradik sebab sibuk dengan phone dan sosial media masing-masing, jangan salahkan mereka. Sebab kitapun memang begitu dan kita yang ajar dari kecil. Muhasabah!

Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:
Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak
Kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh
P/s : harap kita dapat laksanakan supaya dosa tak bertambah
L

Sabtu, 26 Julai 2014

MATI kau YAHUDI ... bersemangat sungguh dia..

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah sudah 28 hari kita berpuasa.. maka malam ni malam 29 dan malam terakhir kita menunaikan solat tarawih.. sayu hati apabila bulan barakah ini akan meninggalkan kita..


Sebenarnya saya keberatan nak membeli mercun mereka tetapi apabila dipujuk.. cair juga hati mamanya.. ialah tengok jer ditepi tingkap anak2 jiran-jiran bermain bunga api.. terasa sedih pulak.. ye lah kitakan pernah melalui zaman kanak2 jadi tahu perasaan mereka kan..
Semasa Nabil bermain mercun pop pop ni tak sangka keluar dari mulut nya " ha'aa mati ko yahudi Israel laknattullah yg banyak bunuh orang palestin" bersemangat sungguh dia melontar pop pop seumpama melontar bom layaknya.. ada juga perasaan marah dalam hati anak kecil ini terhadap zionist tu..

Ini pulak kak Nabilah pulak yg minta.. bunga api besi.. mengingatkan zaman kecil saya.. punya susahlah nak mengumpul duit 30sen untuk membeli sepeket bunga api besi ni.. :)

Ini Jeeha pula yg minta.. tunai jugalah.. masa saya kecil bunga api jenis ni tak ada..



 Layan juga mereka bermain bunga api selepas solat isyak.. itu syarat saya kalau nak bermain bunga api.. tunai kan yg wajib baru boleh bermain..







Selepas bermain bunga api baru saya solat tarawih.. malam tu Jeeha ajer nak solat tarawih.. kak nabilah penat katanya.. tengok memang dah terlentuk kepala tertido..
Tentu kekawan sekarang tengah sibuk mengemas rumahkan.. saya dirumah mak kuang .. mengemas juga.. malam ni ada tarawih di rumah mak dan nak buat qiamulail .. InsyaAlla..


Jumaat, 25 Julai 2014

TQ buat GEE dan JARI MANIS :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulilah sudah 27 hari kita berpuasa .. insyaAllah lagi 2 hari lagi kita berhari raya.. sayu pula rasa dihati bila Ramadan akan berlalu.. Semoga amalan dan doa kita diredhai dan diterima Allah s.w.t. .. Agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan..


Pada hari selasa tu saya terima kiriman dari pada blogger GEE yang berada di Kuantan Pahang, hari tu saya ada komen di blog Gee.. mana nak cari rempah opor tu.. tengok sedap je Opor Ayam Pahang Style yg Gee buat.. Gee jawap komen di blog saya, rempah opor tu ada di Kuantan ajer.. kalau Yati nak boleh Gee poskan.. Saya pun berbalas whatsapp dengan Gee.. tak sangka Gee belikan sampai tiga rempah opor tu.. boleh lah buat untuk hari raya ni kan..

Terharu saya.. ada kad raya pulak buat saya.. saya whatsapp Gee, berapa harga rempah opor ni.. tapi Gee kata dia belanja dan salam persahabatan.. berganda lagi terharu saya.. terima kasih bebanyak tak terhingga Yati ucapkan buat Gee.. semoga ukhuwah di maya ni akan berkekalan.. 

Semalam pula saya dapat kad raya dari Jari Manis Travel , Cantik kad raya dari JM.. macam tau jer akak ni suka bunga warna purple.. dah lah tahun ni tema baju raya warna purple ehe :)

Lagi terharu bila buka kad raya tu ada sampul duit raya, beserta duit raya.. sob sob .. untuk anak kak yati tiga orang tu ye.. tulis JM yg cantik manis di kad itu.. JM kata dia dalam bulan Ramadan ni dia suka tengok blog saya cari resepi.. eemm dapnya :)
Resepi yg tak seberapa tu JM.. semoga dapat membantu JM utk mencari idea memasak ye..

Ambil gambar budak tiga ni dalam kereta, gembira sungguh mereka bertiga dapat duit raya pertama dari JM.. mereka bertiga siap kata.. bila mama tulis kat blog tu, kata kami bertiga ucapkan terima kasih bebanyak pada kak JM tu ye.. :)
Terima kasih juga dari akak JM.. sungguh terharu akak dengan ukhuwah ini.. semoga kekal untuk selamanya :)
Jadi tahun ini saya dapat 2 kad raya dari blogger.. nampaknya kena balas kad raya lepas raya boleh ke :D

Khamis, 24 Julai 2014

SALAM LEMBARAN DI AIDILFITRI.. ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Ramadan kini sudah sampai ke penghujung, insyaAllah lagi tiga hari kita akan menyambut aidilfitri.. namun begitu malam ni adalah malam 27 , semoga kita dapat mencari lailatulqadar..


Ramai juga blogger yg telah mula bercuti pada hari ini kan.. saya mula bercuti pada 26 julai hingga 3 ogos 2014, Saya beraya di Kuang dulu, rumah mak saya, giliran rumah saya tahun ni, kemudian pada hari raya ketiga baru balik ke kampung en suami..

Jadi dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua teman maya saya, begitu juga yg silent reader tu.. Mana tahu jika ada komen saya yg menyinggung perasaan kekawan, jadi kemaafan yg saya pohon..
Bagi kekawan yg balik kampung, berhati-hati dijalan raya.. sekarang banyak sangat kemalangan yg berlaku kan ..

Nabil dan Najeeha dah mula bercuti hari ini, masa cuti wesak day dan Thaipusam mereka tidak cuti, jadi ganti hari ini dan esok, so terpaksalah saya bawa mereka datang ke ofis, saya kena kerja sebelum raya sebab tahun lepas saya dah ambil cuti sebelum raya, kena ganti-ganti bercuti raya dengan kekawan ofis ni..

Petang semalam, balik sekolah, Nabil mengadu giginya dah goyang, bila saya rasa dah goyang sangat, jadi saya kata kita cabut selepas berbuka puasa ye.. Bila saya cabut rupanya gigi kekal dah tumbuh dibelakangnya.. sudah tak sama rata giginya tumbuh, bila saya tengok sebelah pun gigi kekal dia pun dah tumbuh, saya kata pada Nabil goyang gigi depan tu... lepas tu dia kata" Nabil tak mahulah raya ni gigi rongak bila ambil gambar"... haha boleh dia terfikir macam tu..

Kekawan bila mula cuti hari raya ye.. :)



Rabu, 23 Julai 2014

STEAK KAMBING BLACK PEPPER SOS... emmm yummy :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)


Buat projek Steak Kambing Black Pepper Sos ni bersama anak buah.. anak kak andak saya.. dia memang pakar buat masakan western food ni.. so belajar lah dengan dia ni.. anak2 saya lah yg paling suka.. mereka kan suka kambing .. tak sempat nak ambil gambar yg proper sebab sibuk iftar dengan kambing ni.. jadi ambil gambar togel jer tak ada kentang goreng, salad dan tomato..


Buat masa cuti Nuzul Al Quran tempohari di rumah mak.. kambing tu dia dah siap2 perap dari rumahnya semalam.. kami bakar dalam pemanggang ajaib tu.. memang mudah kerja.. lembut jer dagingnya bila dimakan.. semua perisa terasa..

Jom intai resepi yg mudah ni.. resepi ni utk empat keping daging kambing ye kekawan.. buat makan keluarga yg kecil gitew :)

RESEPI STEAK KAMBING BLACK PEPPER SOS 

Bahannya :-

  • 4 keping daging kambing yg besar
Bahan rembah perap
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 1 s/b makan daun rosemary kering
  • 1/2 s/b jintan kasar
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b kicap manis
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b jus limau
  • 2-3 s/b minyak zaitun
Caranya :-
  1. Goroeng bawang putih dengan minyak zaitun hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
  2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam hingga lumat, kemudian  masukan bawang putih digoreng tadi.
  3. Lepas tu gaul sebati bahan tumbuk bersama jus limau, kicap dan sos tiram. 
  4. Kemudian gaulkan pula dengan daging kambing hingga mesra. perap semalaman utk dapatkan daging yg lembut didalam peti sejuk.
  5. Bila masa memanggang boleh dibakar didalam oven atau pemanggang ajaib.

Sos Lada Hitam
Bahannya :-
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 s/b mentega
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1 litter air
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 - 2 s/b kicap (terpulang nak pekat hitam)
  • 1 s/b sos tomato @ chili
  • 1 s/b lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 kiub perasa ayam
  • sedikit garam
Caranya :-
  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  2. Tepung jagung di larutkan dalam air hingga sebati, kemudian masukan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukan semua bahan lain, kacau atas api yg sederhana sehingga pekat. Boleh diangkat dan dimakan bersama daging kambing bakar tadi.. 

WW:: Iklan RAYA yang MENYENTUH Hati ....

Assalamualaikum kekawan...
Sudah 25 hari kita berpuasa kan kekawan.. semoga kita terus mendapat maghfirah dari Allah s.w.t.
Bila nak dekat raya ni.. banyak iklan raya yg ditayangkan di Media Elektronik.. ada yg menyentuh perasaan, ada juga yg mencuit hati.. semoga yg baik jadikan tauladan yg kurang jadikan sempadan..




Klik sini nak tengok - iklan raya Islamik - TV Al Hijrah
Dalam banyak-banyak iklan raya tahun 2014, admin pilih iklan ni paling terbaik,masha Allah... Iklan yang mengingatkan kita supaya menghayati Ramadan sepenuhnya.





Klik sini KUIH IBU KU

Iklan Raya terbaru 2014 diadaptasi daripada coteran kisah sedih "Budak Si Penjual Kuih" yang ditulis dan dikongsikan di laman media sosial..





Ramai antara kita mungkin tidak pernah melihat atau mungkin sudah lupa iklan ini. 

Katanya dihasilkan tenaga kerja dan pelakon amatur serta bukan profesional. 

Namun, percayalah, hasil yang dipertontonkan jauh lebih menyentuh hati berbanding pihak yang mengaku profesional.






Terbaik iklan raya dari RTM yang baru ni. Apa pendapat korang dengan iklan ni?



Selasa, 22 Julai 2014

BIHUN GORENG DAGING .... emmm dapnyaa..

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Dah sampai penghujung ramadan ni , semakin tak tau nak iftar apa.. tambahan stok dalam petiais memang dah habis .. hanya tinggal daging ajer.. tengok dalam laci ada sebungkus Bihun Faizah.. nampaknya iftar bihun goreng petang ni.. Sedap juga bila sekali sekala iftar bihun ni kekawan..

Bila kak nabilah ke dapur.. mula lah bertanya "mama masak apa buka petang ni" "Kita buka dengan bihun goreng boleh ajer kan" balas saya.. "mama taruh daging ye" tanyanya...
"Ye lah daging jer yg ada" balas saya..
"Best akak suka kalau dengan daging , sedappp" katanya..
Bila bihun digoreng sama daging memang sedap kekawan.. terasa manis daging tu pada bihun goreng tu..

Kekawan nak masak apa iftar petang ni.. :)

RESEPI BIHUN GORENG DAGING

Bahannya :-
  • 1 peket Bihun (direndam)
  • 4 sudu besar cili kering kisar(saya kisar tak letak bawang)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih* (ditumbuk)
  • 250grm daging dipotong kecil(ambil sedikit utk air rebusan daging)
  • Daun sawi
  • Taugeh
  • 2 biji tauhu (digoreng dahulu)
  • daun sup
  • cili merah
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, gaul daging dengan sedikit garam, goreng sehingga masak, angkat ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan cili dan bawang tumbuk sehingga wangi, masuk sayur taugeh dan sawi, serta garam,kacau sebentar.
  3. Kemudian masuk air rebusan daging dan daging goreng tadi, kemudian masukan bihun, kacau mesra sehingga bihun lembut.
  4. Kemudian masukan tauhu yg dipotong kecil kedalam kuali, kacau mesra.
  5. Siap dihidang bersama daun sup dan cili merah potong.

Selamat mencuba ^__^



Serikandi Pejuang Islam... ZAINAB AL-GHAZALI..

Assalamualaikuk kekawan..
Semoga sihat dan berada dalam rahmat Allah hendaknya..



Wahai wanita baca ni..... Beliau seorang serikandi pejuang Islam ... 

Zainab al-Ghazali dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, sebelah ayah beliau dari keturunan Umar al-Khattab dan sebelah ibu dari keturunan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ternyata beliau dari keturunan yang terhormat dan mulia.

Ketika berumur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.



Zainab al-Ghazali sempat berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 dan berjanji menyokongnya dalam perjuangan menegakkan Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid. Zainab Al Ghazali turut bersedih dengan pemergian Hasan Al Banna. Beliau bertekad menyambung perjuangan Hasan Al Banna dan bergabung dengan Ikhwan Muslimin.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Zainab al-Ghazali meyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam.

Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggung jawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang.

Perkahwinan pertama Zainab Al Ghazali berakhir dengan perceraian kerana suaminya tidak membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Perkahwinan kali kedua suaminya memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau.

Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) Zainab Al Ghazali mengisahkan bagaimana suaminya walaupun sangat bimbang akan keselamatan diri isterinya namun terus menyokong perjuangan suci itu. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau sibuk dengan perjuangannya.

Tanggungjawab sebagai ketua Muslimat Ikhwan Muslimin dan isteri itu amat berat menyebabkan beliau terpaksa bekerja pada waktu yang panjang di pejabat dan menyertai aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Pada mulanya Zainab Al Ghazali turut menyokong Revolusi 1952 yang menggulingkan Raj Faraouk. Tetapi akhirnya tenyata Ikhwan Muslimin telah dikianati oleh Jamal Abdul Naser. Mereka memperalatkan Ikhwan Muslimin untuk menyokong revolusi tetapi akhirnya rejim Jamal Abdul Naser mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 13 Januari 1954 , beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara. di atas tuduhan gerakan Ikhwan Muslimin sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, Syed Qutb antara tokoh yang sama-sama menjayakan Revolusi 1952 turut ditangkap dan dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Apabila Ikhwan Muslimin diharamkan, Zainab Al Ghazali terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Zainab Al Ghazali berusaha membantu meringankan beban isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan.

Dalam tahun 1962, Zainab Al Ghazali dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara digunakan oleh Zainab Al Ghazali untuk meneruskan gerakan dakwah. Mereka sering mengadakan pertemuan secara rahsia di rumahnya sendiri i ataupun tempat lain.

Rejim Jamal Abdul Naser mula curiga dengan perkumpulan rahsia dan pergerakan wanita itu. Pada tahun 1965, rejim Jamal Abdul Naser mengharamkan Jemaah wanita Ikhwan Muslimin. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.”

Kemudian mereka mengheret Zainab Al-Ghazali keluar dari rumah lalu dimasukkan ke dalam kereta lalu dibawa pergi. Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar Zainab Al Ghazali diseksa dengan penyeksaan yang berat. Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah.

Beliau sering menyebut, " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".

Beliau dibicarakan pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Zainab Al Ghazali dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup semula. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku.

Alangkah terperanjatnya aku kerana ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.
Sakit sekali.

Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku. Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan terus menerus, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu.

Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku.

Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Pada tahun 1971 setelah enam tahun merengkok dalam penjara, Zainab Al Ghazali telah dibebaskan setelah Jamal Abdul Nasir meninggal dunia dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan.

Setelah keluar dari penjara Zainab Al Ghazali meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam dibumi Mesir. Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun.

Al Fatihah.

Isnin, 21 Julai 2014

GULAI AYAM KAMPUNG ... eemm enaknya:)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Sejak kebelakangan ni en suami suka sangat beli ayam kampung.. dia kata kurangkan makan ayam daging tu.. saya pun menurut perintah dan tukang masak ajer lah kan :)
Petang tu en suami request buat masak lemak cili padi ayam kampung ni dengan kentang.. dah lama tak makan katanya..

Alhamdulillah semua bahannya dah ada senang lah kerja saya kan.. cuma tumbuk cili padi tu.. en suami suka jika cili tumbuk.. lagi sedap katanya.. santan saya siap perah  .. simpan dalam bekas kecik2 tu.. bila nak masak saya ambil satu.. dah asingkan mana santan pekat dan cair.. Oleh kerana dah lama tak makan.. maka iftar petang tu.. gulai ayam ni sekali hadap jer kami sekeluarga..

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG KENTANG

Bahannya :-
  • 1/2 ekor Ayam Kampung dipotong kecil
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*ditumbuk)
  • 1 biji kelapa (asingkan santan pekat semangkuk)
  • 2 biji kentang dipotong empat
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg perahan yg kedua kedalam periuk, bahan ditumbuk, ayam dan kentang. Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih dan masukan garam
  2. Kemudian masukan serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat,  kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.

BISKUT SEMPIRIT SUSU ... emmmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...

Alhamdulillah dah 23 hari kita berpuasa.. semoga kita diberikan kesihatan yg baik utk terus merebut malam seribu bulan ini...


Hari sabtu baru ini merajinkan diri utk membuat biskut.. oleh kerana biskut sempirit susu ini tengah popular jadi saya mencubanya kerana kakak 2 orang tu asyik tanya bila kita nak buat kuih raya ni mama..
Tak tau lah kenapa tahun ini saya tak ada semangat nak buat kuih.. lemau jer hehehe :)

Bila siap dibakar, Nabil lah orang pertama merasanya.. Nabil bila sabtu ahad memang tak nak berpuasa.. cukuplah puasa masa sekolah ye mama.. ye la Nabil baru belajar puasa...
Bila dimasukan kemulut biskut ni.. terus menjerit .. sedapppp nya mama.. sudah first round membakarnya tu... dihadapkan oleh nabil seorang huhuhu.. Bersabar jer lah kakak 2 orang ni tengok..


Bila buat bersama kakak 2 orang ni, maka terciptalah biskut sempirit susu ni dengan warna kegemaran masing-masing, Nabilah suka warna biru, Najeeha sudah semestinya suka warna purple.. Nabil hahhaha dia suka warna pink.. jadi mama ikut kan ajer.. asalkan mereka happy buat biskut ni.. Bila biskut ni siap , kakak nabilah paling sibuk ambil gambar.. "tak sabar rasanya nak tunggu berbuka mama, cantik kuih ni" katanya..

Bahan resepi yg sungguh ringkas, hanya tiga jer bahannya.. tak rajin juga mama ni tak tau lah kan.. konon nak buat kuih sarang semut pada hari ahad tu tapi dek kepenatan berjalan shopping last day.. sudah tak menjadi lah projek tu.. nampaknya satu jer lah biskut saya raya ni hahhaa :D

Saya ambil resepi dari blog AnnaQawina.. akak mohon copy paste di blog kecik akak ye Ana.. Selamat mencuba pula kekawan :)



Resepi Biskut Semperit Susu
Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack
Semperit Susu by AnnaQawina

Bahan:
  • 125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
  • 125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak -resepi asal 250g
  • 230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.



Ahad, 20 Julai 2014

KUIH ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA @ KUIH KELAMPUNG :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah 22 hari kita berpuasa.. dan selamat berhujung minggu..

Buat kuih onde-onde ni pun di rumah FIL itu hari.. FIL panggil kuih kelampung hehehe.. sebab bila kuih masak akan terapung di permukaan kan.. juga di beri nama buah Melaka.. kuihnya tetap sama kan kekawan..


Kuih ni kegemaran Najeeha, anak nombor dua saya tu.. tengok tu tangan dia tengah menggetel kuih tu.. dia yg menolong saya didapur hingga selesai.. "senang rupanya buat kuih ni ye mama" katanya..
"nanti Jeeha boleh lah buat sendiri kan " balas saya..
Masa berbuka, kuih ini yg dihadapnya.. hingga ke sahur..

Jom semak resepi kuih yg mudah ini kekawan :)

RESEPI KUIH ONDE-ONDE


Bahannya :-
  • 1/2 peket tepung pulut (250g)
  • 7 helai daun pandan
  • 1/2 s/b tepung gandum
  • sedikit pewarna hijau
  • Gula melaka (dipotong dadu)
  • Kelapa parut yg putih
  • Sedikit garam
Caranya :-
  1. Gaulkan tepung pulut, tepung gandun dan sedikit garam.
  2. Daun pandan dipotong kecil dan dikisar dengan sedikit air.
  3. Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau dan tuang sedikit demi sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh.
  4. Ambil doh, buat bulat ikut saiz yg kita hendaki dan masukan inti gula melaka di tengahnya. Bulatkan semula
  5. Rebuskan didalam air mendidih, bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak. 
  6. Golekan keatas kelapa parut yg telah digaulkan dengan sedikit garam sewaktu masih panas.
  7. Siap utk dihidangkan
Selamat mencuba ^__^


Sabtu, 19 Julai 2014

TAZKIRAH SETIAP JUMAAT :: Bangkitlah wahai UMAT ISLAM

Assalamualaikum kekawan..
Salam ramadan ke 21.. alhamdulillah telah masuk kita fasa maghfirah di bulan ramadan.. semoga kita terus mendapat keampunan dari Allah s.w.t.

Tazkirah pada 18/7/2014 oleh Tuan Haji Mohd Azam Abdul Rahman
 Tazkirah yg disampaikan begitu padat bernas.. membuka mata dan fikiran bila mendengar Tuan Haji Ahmad Azam ini berkata.. bapa hebat kepada as syahid Ahmad Amar ni..
Beliau telah menceritakan selama sudah 90 tahun umat Islam didunia ini tidak mempunyai khalifah untuk memimpin..
Ni antara yg dapat saya catat dari tazkirah beliau,
3 penyakit yg membuat umat Islam berada didalam kelemahan :-

1. Kejahilan yg dirancang oleh pihak Yahudi
- Jahil pada Al Quran
- Jahil pada sejarah Islam itu sendiri
- Jahil pada tulisan jawi dan bahasa arab

2. Kemiskinan yg dirancang
- membuat sistem riba yg mana yg kaya semakin kaya dan miskin semakin tertindas.
- tidak bersandar pada emas 
- Kelompok kufur yg mentadbir

3. Perpecahan yg dirancang antara bangsa
- dimana membahagikan dan mempecah belahkan bahagian negara
contohnya malaysia sendiri mempunyai 13 negeri, begitu juga di Asia Timur negara mereka di pecah-pecahkan negara-negara Arab
- Pemimpin yg ada terpaksa mengikut perlembagaan yg mereka ciptakan.
-Badan-badan dakwah di pecah belahkan, berpuak2 lah mengikut
kefahaman masing-masing.


Teruja saya dapat bergambar dengan ibu yg hebat ini.. Puan Norazlina.. ibu as syahid Ahmad Amar ni. seorang ibu yg begitu tabah dan redha dengan kehilangan anak nya itu.. Kebetulan duduk disebelah saya di surau ini.. sayangnya saya tak membawa pulak buku tentang kisah As Syahid tu.. tidak boleh juga di minta sign dibuku tu kan..




Jumaat, 18 Julai 2014

KUEYTEOW GORENG BASAH.. emmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria  :)

Buat kueyteow goreng basah ni masa balik dari rumah FIL.. dah dekat pukul 5.00pm baru sampai shah alam.. dah tu penat bukan main.. sebab bershoping di Pekan Tangkak dengan mak andak en suami.. tak hingat kaki berjalan dah berkilometer dari satu kedai ke satu kedai..

Balik tengok dalam petiais ada kueyteow.. pastu bahan2 semua ada senang kerja saya.. keluarkan semua dari petiais, tunggu frozennya cair.. saya berkemas lah dulu barang yg di bawa balik dari rumah FIL tu.. ada saja yg dibekalkan oleh FIL ni, pisang emas, rambutan, manggis .. cili api pun sama dia bungkuskan ehe :)

Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan.

RESEPI KUEYTEOW GORENG BASAH

Bahannya :-

  • 1 bungkus kueyteow
  • sedikit daun kucai
  • 300grm taugeh
  • 1/2 ikat sawi
  • 4 s/b cili kering kisar bersama bawang putih dan merah
  • 3 s/b sos tiram
  • 3 s/b kicap pekat
  • 3 s/b kicap manis
  • 200grm udang
  • 1 cawan air rebusan kulit udang
  • 5 ekor sotong
  • 1 biji telur
  • daun sup 
  • cili merah
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis cili kisar hingga wangi, kemudian masukan udang dan sotong, selepas tu masukan sos tiram dan kicap 
  2. Pecahkan pula telur dalam kuali kacau, kemudian masukan sayuran sawi, kucai dan taugeh, masukan air rebusan kulit udang dan garam.
  3. Kemudian masukan kueyteow, gaul sehingga mesra.
  4. Siap dan hidang bersama daun sup dan cili merah potong.

NAHAS MH17... Al Fatihah Bagi Penumpang Yang Beragama Islam..


Assalamualaikum kekawan...

Terima whatsapp dari adik malam tadi tentang Nahas MH17 pula, semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi dan ahli keluarga mereka tabah dengan ujian di bulan Ramadan ini..



KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.


Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. 

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. 

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. 

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini. 
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. 

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News