JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Disember 2020

Selamat tinggal 2020 yg penuh ujian.. Selamat datang 2021.. semoga ada sinar ceria ๐Ÿ˜❤️๐ŸŒน

 



Assalamualaikum semua..

Sempena 2020 yang akan berakhir dan akan menutup tirai.. esok bermulanya Tahun baru Tahun 2021,fasa baru, marilah kita sama2 memberikan hadiah yang terbaik untuk semua.....


13 HADIAH YANG TERBAIK 

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara utk kita menghadiahkan sesuatu kepada org tersayang di antaranya :

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

1. Hadiah terbaik utk seorg sahabat adalah DOA.

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

2. Hadiah terbaik utk seorg musuh.  PEMBERIAN MAAF

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

3. Hadiah terbaik utk seorg guru adalah PENHHORMATAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

4. Hadiah terbaik utk murid adalah TAULADAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

5. Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah KASIH SAYANG.

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

6. Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah AL-FATIHAH

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

7. Hadiah terbaik utk org tua adalah BERBAKTI

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ?๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

8. Hadiah terbaik utk isteri adalah PENGHARGAAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

9. Hadiah terbaik utk suami adalah KESETIAAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

10. Hadiah terbaik utk anak adalah PENDIDIKAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

11. Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah KEJUJURAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

12. Hadiah terbaik utk org yg tidak dikenali adalah SENYUMAN

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

13. Hadiah terbaik utk Rasulullah Saw adalah SELAWAT

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ


"Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, nescaya kalian akan saling mencintai."

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ


Selalulah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, kerana pemberian anda hari ini adalah GANJARAN utk DUNIA dan AKHIRAT.

๏ปปَ ุญَูˆْ๏ปَ ๏ปญَ๏ปปَ ๏ป—ُ๏ปฎَّ๏บ•َ ๏บِ๏ปปَّ๏บ‘ِ๏บŽ๏ปŸ๏ป ّ๏ปชِ 

๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ๐ŸŒฟ๐ŸŒฐ

Ahad, 27 Disember 2020

RAIKAN CINTA ❤️21-12- 2001๐Ÿ’2021 HAPPY ANNIVERSARY

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ’–
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Hendak juga mengabadikan diblog kecik ini utk kenangan 19 Tahun melayari kehidupan perkahwinan. Terima Kasih atas segalanya.. ๐ŸŒน❤️penuh warna warni kehidupan ๐Ÿ’๐Ÿ˜


Semput pasangan pengantin purba ini utk meniup lilin.. apa taknya Ada 1 btg lilin besar Dan 9 btg lilin kecik utk dipadamkan ๐Ÿ˜‚๐Ÿคญ


Sederhana saja sambutan ptg isnin 21.12.2020 selepas solat asar, abah belanja KFC Dan kek  cukuplah ye anak2 ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜… Terima Kasih Abah ❤️ kakak nabilah belanja air ABC frado..


Gigih sungguh kakak nabilah menjayakan Majlis ini, beriya Cari gambar perkahwinan mama yg sedang suap kek ini๐Ÿคญ๐Ÿ˜‚


Hadiah dari kakak nabilah beg duit Dan Dari Nabil kerongsang.. Najeeha tak sempat beli ๐Ÿ˜… nantilah ye mama.. utk abah dorang beli casing phone.. terima kasih anak2 atas ingatan๐Ÿ˜❤️ sayang korang dunia akhirat ๐Ÿ’๐ŸŒน

Rajin kakak nabilah membuat video ni.. Cari gambar dialbum perkahwinan ❤️๐Ÿ˜๐Ÿ’๐ŸŒน

Ya Allah kurniakanlah Kami kehidupan yg bahagia didunia Dan akhirat ๐Ÿ’ himpunkan Kami sekeluarga didalam syurga ❤️. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️

Jumaat, 25 Disember 2020

MENGAPA KISAH BANI ISRAEL JE DALAM AL-QURAN? 'BANI' MELAYU TAKDE KE? .๐Ÿ˜”

 MENGAPA KISAH BANI ISRAEL JE DALAM AL-QURAN? 'BANI' MELAYU TAKDE KE?

.

Tuan Puan Dihormati,


Ketika anda baca Quran, tentu anda perasan pattern ni. Baca mana-mana surah pun, hampir pasti akan jumpa cerita Bani Israel.

Mengapa? Apa bagusnya bangsa ni?

Mengapa Allah s.w.t kerap highlight Bani Israel dalam Quran?


Saya pernah tanya seorang tuan guru tafsir kami dahulu dan jawabnya - 'Sebab, Bani Israel tu pun ada di kalangan melayu....'

Lagi saya tak faham. Aik? Bila masa aku jadi bangsa so called 'yahudi'?


Beliau datangkan penjelasan, 'Sebenarnya main point Tuhan highlight kisah & cerita dalam Quran, ia bukan nak fokuskan orang/kaumnya, tapi nak fokuskan PERANGAINYA.


Kaum akan hilang berganti tetapi perangai & karakter akan berulang sepanjang zaman. Kita memang bukan Bani Israel, kita 'Bani' melayu tetapi, perangai & sikap kita banyak persamaan dengan Bani Israel...'


Lagi saya berdesing telinga. Perh. Mana boleh kita disamakan dengan kaum degil tu?


Tok guru teruskan syarahan, 'cuba lihat karakter Bani Israel yang dilaknat pada zaman Nabi Musa. Apa perangainya? Mereka merupakan bangsa bermentaliti hamba bukannya merdeka.


Keburukan mentaliti hamba ni ialah, semuanya nak ditolong, semuanya nak disuap. Semua nak free. Malas berusaha. Bani Israel dulu, punyalah malas sehinggakan Tuhan 'terpaksa' bantu ’suapkan’ makan-minum, diberikan special privilege berupa makanan 'syurga', manna wa salwa & dua belas mata air khas sebagai minuman.


Apabila dah ditolong, tak bersyukur. Selalu lupakan pemberi nikmat tapi kerap meminta. Kan itu yg Bani Israel lakukan kepada Nabi Musa? Dah dibantu diselamatkan dari Firaun, still tak bersyukur. Masih mengada-ngada.


Kemudian, ia punya mentaliti suka mengelat. Ini fokus Surah Al-Baqarah. Apabila Nabi Musa bagi perintah sembelih lembu, depa pusing sana pusing sini. Tanya soalan sukar-sukar bukan sebab nak buat tapi nak mengelat.


Kemudian, suka tikam belakang. Mungkir janji. Baca jelah juz satu, kita tahulah apa yg mereka buat.


Dan yang paling teruk, mentaliti hamba ni suka berhibur, turuti nafsu & lagha. Sebab itu apabila Nabi Musa tinggalkan mereka 40 hari je, depa pi sembah patung Lembu. Dah lupa Tuhan yg depan mata kuakkan laut selamatkan mereka....


Ini memang mentaliti/karakter kufur nikmat...'


Mendengar syarahan tok guru tu saya terdiam. Fikir punya fikir, katanya itu memang banyak kebenarannya. Maaf, bangsa kita ada ramai yg 'copy-paste' karakter begitu.


Apabila ditolong, sering alpa untuk berterima kasih. Sering fikir dirinya deserve dengan nikmat & lupa tanggungjawab yg perlu dilakukan disebalik nikmat & bantuan. Kemudian apabila gagal mulalah cari alasan. Paling best, salahkan sahaja orang yg membantu.


Lihatlah, hutang PTPTN ramai yg mengelat. Bila diberi peluang belajar almost free, peluang itu diabaikan. Lihatlah berapa ramai pelajar kita yang gagal & so-so berbanding top scorer di kolej & universiti?


Berapa ramai yg diberi biasiswa tapi gagal / kurang menyerlah? Berapa ramai yg dapat nikmat kerja tapi mengelat & pemalas?

Ini bahana mentaliti hamba. Benar, saya tahu bukan semua melayu begitu. Ramai juga yg bagus & berjaya. Tapi kita menyebut tentang 'generalisasi', secara umum. Contohnya orang cina, umumnya mereka berniaga padahal tak semua berniaga.


Begitulah kefahamannya.

Memang kebenaran pahit untuk ditelan. Tapi nasihat ulama, jika kita inginkan 'buah', hikmah & nasihat Tuhan via Al-Quran, kita perlu membacanya dengan mentaliti 'islam' - tunduk, terima, mengaku, menyerah & pasrah.


Kita perlu setkan fikiran 'mengaku salah' & bersedia untuk ditegur. Andai kita membacanya dengan mentaliti 'ini bukan aku', tak mengaku & abaikan, selagi itulah segala hikmah Al-Quran akan 'memantul' keluar.


Selagi itulah kita rasa, 'alah, yang degilnya Bani Israel. Yang jahatnya Firaun. Yang gemar show-offnya Qarun, Yang busuk hatinya Abu Lahab. Yang masuk nerakanya orang kafir...'.


Mereka jelah yang jahat. Kita ini suci. Asalkan dah mengucap kita rasa safe. Sebab itulah bila baca Quran kita sukar mendapat petunjuk. Padahal pedoman Al-Quran bukan untuk mereka, tetapi untuk KITA.


Mereka hanya contoh & lambang sahaja.

Hikmah Al-Quran sukar nak masuk melekat dalam hati & mencorak peribadi sebab, kita membacanya dengan pemikiran 'aba wastakbaro' - abaikan & sombong. Tak mahu mengaku salah.


Memang adat manusia, siapa yang suka mengaku salah? Siapa pula yang suka ditegur? Mungkin teguran manusia kita  boleh menolak tapi dengan Al-Quran, harapnya kita tak buat begitu kerana, teguran & nasihat itu datangnya dari Tuhan yang disebabkan kerana kasih-sayangNya, kita masih 'ON', hidup sekarang. Kita bergantung hidup kepadaNya.


Kata ulama, semua teguran dalam AlQuran bukannya tanda marah, tapi tanda kasih-sayang. Tanda cinta Tuhan, kita ditegur awal melalui kisah Bani Israel sebelum kita terus melakukan kesilapan sama.


Kan tanda sayang anak, kita menegurnya jika malas belajar? Sebab kita tahu, segala teguran ini penting untuk masa depannya. Begitulah maksudnya.


Moga kita yg sering membaca Al-Quran, kita membacanya dengan mentaliti bersedia untuk ditegur.

Mentaliti padi. Makin tunduk, pasti akan makin berisi.

.

Ust Asraff Ayobb.


p/s: Saya just nak share. Jika anda masih belum berapa faham kisah penuh atau hikmah yang boleh dipelajari daripada tiga surah amalan harian yang sering dibaca setiap hari (mulk, waqiah & yasin), saya nak share solusi. Cuba dapatkan video tadabburnya.


Saya ada syarahkan banyak 'amazing point’ yang saya pelajari hasil daripada tadabbur surah ini. I.Allah melaluinya anda bukan sahaja dapat fahami surah yang dibaca setiap hari ini 'dengan hati', malah dapat membacanya dengan lebih ’feeling’ selepas ini.


Anda boleh dapatkan videonya melalui wasap urusetia kami di link ini ya:

wasap.my/60193315606/tadabburfree15

wasap.my/60193315606/tadabburfree15

Khamis, 17 Disember 2020

AIB ORANG YG DIKATAKAN KEMBALI AIB ITU KEPADA DIRI SENDIRI~ BERHATI-HATI DGN UCAPAN ๐Ÿ˜”

 


Kata- kata Ahli Tafsir  Agung Mesir,Wali Allah, Syeikh Mutawalli Sya'rawi yang cukup menginsafkan dan sangat relevan ketika ini:

"Tidaklah seorang hamba mengaibkan dan mempermalukan saudaraku atas satu dosa yang dikerjakan saudaranya itu melainkan dia akan diuji dengan dosa yang sama. Oleh itu bila sampai kepadamu keburukan si fulan, ucapkan ุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ู„ู†ุง ูˆู„ู‡ mudah-mudahan Allah mengampuni kami dan dia".

Kemungkinan juga Syeikh Mutawalli menaqalkan kalam Imam Ibnul Qayyim. Mudah mudahan tiada yang memandang pelik kepada saya kerana menyebut nama Imam Ibnul Qayyim. Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buthi pun menaqalkan kalam Ibnul Qayyim. 

Bukti kebenaran kata kata ini ialah kerapnya kita mendengar  masyarakat berkata:

⛔ Dulu dia kata suami si A makan rasuah, lastnya suami dia kena tangkap pecah amanah dan terima suapan puluhan ribu ringgit.

⛔Dulu dia kata anak perempuan si B tu bohsia, kerja berkepit dengan jantan. Lastnya,  anak perempuan dia pula jadi camtu. Ikut mana-mana jantan pi merata.

⛔ Dulu dia kata anak si C tu mengaji tinggi tapi kerja takda. La ni anak kawantu dah kerja baik, anak dia pula tiada kerja.

Hati hati semua. Kata-kata kita boleh jadi adalah boomerang yang boleh berpatah balik.

# Cnp

Sumber : Facebook

Khamis, 3 Disember 2020

Part 2:: Ladies Sugeh Trips ๐ŸŒน๐Ÿ’ Mak Dara Yang Havoc ๐Ÿ˜…๐Ÿคฉ

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ’–
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š

Hari ini dah 2 Bulan berlalu Ladies Sugeh Trips ๐ŸŒน Jadi memenuhi janji utk part 2 mak-mak dara yg havoc's Tu.. Malam tu kami kena pakai baju kurung Kedah Dan berkain batik, kata Che ta biar korang macam opah-opah sikit ๐Ÿคญ jangan nak gojes sangat๐Ÿ˜… Aku nak tengok skills korang pakai Kain batik, jadi Ada yg ikat dgn Kain tudunglah, bermacam ragam, Kain beranak2 tak semggah.. sayalah tu ๐Ÿคญ janji terikat๐Ÿ˜…

Berposingl tu dah semestinyahditangga rumah tu.. sopan memasing, bersimpuh, bertenggek pun ada diatas tangga..๐Ÿ˜‚

Pada Malam Tu memasing Ada yg kena buat ucapan.. Rasa terima kasih yg amat sangat pada Ruzita Atan @ Che ta yg mencetuskan idea ini, berkeliling masing2 mendengar ucapan Che ta,  ๐Ÿ˜❤️๐ŸŒน

Saya ni Kan suka bergambar berdua dgn kekawan ,  tengoklah Kain batik saya yg tak semenggah tu ๐Ÿคญ..


Gambar saya bersimpuh tiga orang yg saya post Di FB mendapat Komen Dari blogger Dana.. suruh nyanyi ikut tempoh 4 Dara tu ๐Ÿคญ. Memula saya tak tahu, sekali tu kak alang post diwasap keluarga.  Ohhh baru tahu kisahnya.. kalau sebelum trips tu mahu jadi games juga tu.. haaaa masukkkkk ๐Ÿ˜…


Malam tu dinner Kami BBQ ayam, kambing, seafoods, sambil Tu ada juga kami buat steamboat.. meriah makan opah-opah ni..๐Ÿ˜…๐Ÿคญ

Shidah mmg suka karoks.. kalau ada kenduri kahwin anak2 kawan dia akan berkaraoke.. jadi dialah yg sediakan set ni, ambil Dari laptop je.. jadi lagu2 yg dibawa zaman sekolah lah, Tahun 80an, keluarlah lagu Gadis Dan Bunga Dari  Miss Nina, Pelangi Petang Dari DSP Sarimah, byklah juga yg menyumbang lagu๐Ÿ˜… 
saya shidah main-main je suruh nyanyi lagu Ayam Den Lopeh.. Ti Lepas ni ko.. hahhh.. biar betul..๐Ÿคช nasib Ada wahidah , Maziah Dan Fazilah jadi backups singers, saya miming boleh lah๐Ÿ˜‚.. havoc's lah masa Tu.. ini bukan ayam den lopeh tapi Mak Dara yg terlopeh dari rumah kata Aishah ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


Selepas tu pergi bergambar lagi, kat pondok tepi kolam renang. Sambil tu Datin Shikin bagi tuala mandi, dia kata nanti pakai Lepas Kita Mandi kolam ye.. mmg betul dorang Mandi kolam pukul 2pagi๐Ÿ˜ bila dorang post gambar, tak boleh post kat sini, tudung dah tercabut Mandi dgn baju kurung Kedah Tu Lepas dorang habis games.
Saya tak ikut games yg mereka buat, dah bagi tahu pukul 10pm kena makan ubat Dan tidur, maaf ye kekawan ๐Ÿค—
Salah satu games ialah make up kawan dgn mata tertutup, saya tengok video dorang pun sakit perut gelak..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


Inilah hasil solekkan dorang.. ada 4 kumpulan.. bermacam Rupa jadinya ๐Ÿคก๐Ÿค ๐Ÿ˜‡๐Ÿ™ˆ


Dimenangi oleh Mazita, rupanya pemenang adalah yg paling teruk.. maknanya tempat letak solekkan Salah, contoh lipsticks bukan dibibir tapi comot dibawah hidung Tu.. dorang kata muka mazita dah macam Sami  je.. kalau tengok video nya mmg kelakar lah..
Selain tu dorang ada main bila berapi, buatlah apa yg kena .. Ada yg menari poco-poco.. happenings sungguh dorang๐Ÿคฉ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ‘ฏ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ˜ ye lah masa nilah nak bergembira dgn sahabat tersayang..

Tunggulah pula part akhir pada hari sabtu pagi.. harap jgn smpi ke Tahun depan sudah ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ˜‚


Ahad, 29 November 2020

DOA IFTITAH ~ Jangan Kerana Kita Sudah Hafal ๐Ÿ˜ข Jom semak



 Doa Iftitah

Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak-kanak lagi, kita tak mau semak dah bacaan kita. Betul atau tidak...

Ada empat kesalahan yang kerap berlaku.
(Rujuk Doa dalam gambar)

1. Huruf  ุฑ pada kalimah ุงูƒุจุฑ mestilah dibaca dengan baris hadapan ( 'Allahu Akbaru Kabiroo'.) ✔️
Jangan dimatikan huruf ุฑ tersebut ( Allahu Akbar Kabiroo )✖️

2. Sebahagian kita tidak memberhentikan bacaan pada kalimah ini ( ู…ُุณْู„ِู…ًุง ) dan membaca (muslimaa) dan terus sambung bacaan ( ูˆَ ู…َุง ).
Sebutan (Muslimaa) adalah sebutan jika kita berhentikan bacaan. Jika ingin sambung bacaan, sebutannya (Musliman) atau (Muslimau wa maa)

3. Ini antara paling kerap berlaku kesilapan menyebutnya.
Kalimah ู…َุญْูŠَุงูŠَ.
Sebutan yang betul - Mahyaaya. Tetapi ramai menyebut - Maa yaa yaa  ( ู…َุง ูŠَุง ูŠَุง ).

4. Ini juga antara paling kerap berlaku.
Kalimah ini bertukar tempat.

Ada yang membacanya terbalik, sepatutnya baca Musyrikin,tetapi membaca Muslimin.Begitulah sebaliknya.

Jelas ia memberi perubahan makna yang sangat besar dan bahaya.

ูˆَู…َุง ุฃَู†َุงْ ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُุดْุฑِูƒِูŠْู†َ 
"Dan aku bukan dalam kalangan orang musyrikin (orang yang mensyirikkan Allah)

Jika diubah 
ูˆَู…َุง ุฃَู†َุงْ ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُุณْู„ِู…ِูŠْู†َ
Makna ayat akan berubah 
"Dan aku bukan dalam  kalangan orang Islam"

Wallฤhu 'Alam.

Kredit : Dr Nik Mohd Zaim

Tegur bacaan murid sekolah.. jgn main laju je bc.. n sbg peringatan UTK diri kita..
Selamat beramal..๐Ÿ˜

Sumber ::WhatsApp's

Selasa, 24 November 2020

RESEPI PENGAT KELADI



Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜❤️
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š


Rajin benar hari ini nak masak pengat  keladi.. ini gara-gara kak rose blogger D'Pangkin Nenek tunjuk dalam Facebook makan pengat keladi ๐Ÿ˜…

Hari sabtu tu rajin ikut suami pergi pasar asnaf, sekali tu nampak cantiknya keladi, ambillah sebiji yg sederhana besarnya, dalam hati memang dah rancang nak buat pengat. Nampak pulak keledek unggu, anak2 suka bila dipanggang.

Jadi petang ini saya makan pengat keladi dgn encik suami sebab anak2 tak suka keladi. Tu yg kakak nabilah bakar aje keledek unggu Tu. Suka sangat mereka.

Resepi saya mudah aje, yg cepat dimakan๐Ÿ˜

 

RESEPI PENGAT KELADI


Bahannya :
250 grm keladi ( 1 biji sederhana besar)
1/4 cawan sagu (direndam)
250ml santan (santan kotak pun boleh)
1 cawan air
1/4 cawan gula kasar
1 gula merah
Daun pandan
Secubit garam

Caranya :

1.  Masak gula merah dgn 1 cawan air. Bila dah masak tapis dan ketepikan.

2. Kemudian masukan satu cawan air , gula merah yg masak tadi , gula putih , secubit garam dan santan, kacau sebentar.

3. Kemudian masukan  sagu dan labu.

4. Apabila labu dah nak agak empok. Masukan simpulan daun pandan. Tunggu sehingga masak.

5. Kemudian rasa manis dan lemaknya. Jika secukup rasa dan bahan semua dah masak bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ˜

Jumaat, 20 November 2020

Teruja๐Ÿคฉ Ustaz Tarmizi "Like" Komen ๐Ÿ‘#myqurantime๐Ÿ˜

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua  dan di kurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya


Teruja saya ๐Ÿคฉ bila tengok FB selepas habis program my#qurantime , Ustaz Tarmizi Abdul Rahman "Like" ๐Ÿ‘ Komen saya๐Ÿ˜

Semalam Hari khamis Ustaz  Tirmizi Ali yg qari Qur'an time Tu, Saya Komen kat FB live "Assallamualaikum Ustaz Tirmizi, hilang rindu dgn bacaan ustaz semasa kuliah dhuha di Masjid Negeri Shah Alam setiap khamis ❤️๐Ÿ˜"


Setiap pagi khamis ada belajar tajwid dan talaqi Al Quran dibawah bimbingan Ustaz Tirmizi Ali, yakni pengajian bersijil, sejak Wabak Covid 19 dan PKP sehingga sekarang tiada kuliah dibuka Di masjid negeri Shah Alam.. Yang sedihnya saya tak habis lagi belajar๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ dah hampir setahun kan..

Ya Allah..

Angkatlah Wabak Covid 19 ini..

Ampunilah dosa-dosa kami

Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️

Khamis, 19 November 2020

ENAM TIPUAN YANG MENGGODA ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ข



ENAM TIPUAN YANG MENGGODA

Yahya bin Mu’adz berkata: "Menurutku, tipuan yang paling besar dalam mengharapkan datangnya rahmat Allah adalah:

Pertama, selalu berbuat dosa dengan harapan dosa-dosanya nanti diampuni oleh Allah tanpa adanya penyesalan;

Kedua, merasa dekat dengan Allah tanpa ada usaha beribadah dan taat kepada-Nya;

Ketiga, menanti kenikmatan surga tapi dengan menabur benih-benih siksa neraka;

Keempat, mencari tempat kembali orang yang taat (yaitu surga) dengan melakukan kemaksiatan;

Kelima, menunggu pahala tanpa beramal.

Keenam, mengharap rahmat Allah dengan melakukan perbuatan yang melampaui batas.” Allah SWT telah berfirman:

ุงِูٕ†َّู…َุง ุชُุฌْุฒَูˆْู†َ ู…َุง ูƒُู†ْุชُู…ْ ุชَุนْู…َู„ُูˆْู†َ

“Sesungguhnya kalian hanya diberi balasan menurut amal yang kalian kerjakan.” (QS. Ath-Thuur (52): 16 dan At-Tahriim (66): 7) --Syekh Nawawi Al-Bantani, kitab Nasha'ihul 'Ibad.


Sumber : Telegram

Isnin, 16 November 2020

JADILAH SEPERTI SEPASANG KASUT๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘Ÿ๐Ÿ‘Ÿ๐Ÿ‘ž๐Ÿ‘ž๐Ÿ‘ก๐Ÿ‘ก๐ŸŒน❤️


Menarik!! 

Cerdik org yg menulisnya... Bacalah ๐Ÿ˜Š

***JADILAH SEPERTI SEPASANG KASUT***

1. Bentuknya  sama,

    berdampingan bersama

    ๐Ÿ‘ž๐Ÿ‘ž๐Ÿ‘ ๐Ÿ‘ 


2. Waktu berjalan tidak 

     pernah Serentak tapi 

     distinasinya sama - ๐Ÿ‘ฃ


3. Tidak pernah ganti 

     posisi, namun saling 

     melengkapi - ๐Ÿ‘ฅ


4. Tidak pernah ganti 

     pasangan walau 

     sudah usang dan 

     dimakan usia 


5. Sama darjat, tidak ada 

     yang merasa lebih 

     tinggi atau lebih 

     rendah -๐Ÿ‘ข๐Ÿ‘ข๐Ÿ‘Ÿ๐Ÿ‘Ÿ


6. Bila yang satu hilang, 

     yang satu lg sudah 

     tidak bermakna  

                                          

7. Tidak pernah saling 

     injak atau pun saling 

     menendang


8. Walau tidak pernah 

    jalan bergandingan 

    selalu 1 depan yang 

    satu lg dibelakang,

    tapi juga tidak pernah

    tinggalkan 1 sama

    yang lain 


KASUT = 

K = kasih 

A = sayang 

S = sampai 

U = usia 

T = tua


Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi persahabatan dan pasangan kita ..

Semoga kita senantiasa dalam ikatan keikhlasan ..


Sumber :: WhatsApp's

Rabu, 11 November 2020

"Allah sedang mentarbiah kamu, sekolah terbaik anak-anak adalah dirumah."๐Ÿ ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ฆ





 Tulisan:

Normujaidah Osman

"Allah sedang mentarbiah kamu.

Sekolah terbaik anak-anak adalah di rumah."

Allahu Allah.

Sentap saya membaca kata-kata Ustazah Muzayyanah ini tatkala memberi reaksi kepada bicara seorang ibu yang berkata:

"Berapa hari je anak saya bersekolah tahun ni, Ustazah. Rasa rugi saja beli baju sekolah."

Ya. 

Corona Ini adalah madrasah tarbiah daripada Tuhan.

Hentikan rungutan.

Hentikan bebelan.

Allah bukan saja menguji mereka.

Allah sedang menguji kita semua.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Tiada sesuatu terjadi tanpa izin Ilahi.

Kita mungkin tidak bisa mengubah takdir hidup kita tetapi kita boleh ubah cara kita memberi respon dan reaksi.

Allah boleh menutup satu pintu, namun ada banyak lagi pintu lain yang pasti Allah sedang buka.

Berpalinglah seketika daripada sibuk menatap pintu yang satu itu.

Kita akan melihat banyaknya jendela dan daun pintu peluang dan rezeki yang sedia  terkuak untuk kita.

Bila segalanya kita terima dengan reda, tidak seincipun bahagia itu berganjak pergi dari hati.

Bila nikmat ujian kasih sayang ini kita syukuri, kita tidak akan sabar-sabar lagi menunggu hadirnya pelangi daripada Ilahi,  meskipun saat ini guruh berdentum di sana-sini.

Kita pasti tenang dan damai sekali dalam keributan pandemik ini.

Terima kasih Allah di atas ujian ini.

Kami yakin Engkau sangat peduli.

Kami yakin ini bungkusan hadiah yang mungkin balutannya belum kami nampak indahnya lagi.

Suatu waktu, pasti kami akan temui ibrah ujian besar buat kami ini.

Tiada daya upaya kami.

Hanya kepada-Mu kami berserah diri.

Engkau yang mengizinkan Covid-19 ini datang.

Engkau jua yang akan menjemputnya pulang.

Bukan pada saat kami mahu.

Tapi pada saat yang kami sangat perlu dan Engkau pula mahu.

Ampuni kami.

Ampuni kami.

Sesungguhnya kami pernah menzalimi diri kami sendiri.

Rahmat-Mu terus kami nanti.

Wahai Allah yang menolong mereka yang memohon bantuan, bantulah kami.

Bantulah kami

Bantu kami untuk kami mencari kekuatan dalam munajat kami di malam hari dan melalui ucapan selawat kami kepada baginda Nabi.

( Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi waashabihi waummatih)

Engkau jua yang maha mengetahui.

Sabar itu pahit, tapi buahnya manis sekali.

Mohon sebarkan jika bermanfaat.

Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat.

Mari kita banjiri sosial media kita dengan kesyukuran kepada Ilahi.

Moga-moga dengan syukur ini Allah tambahkan lagi nikmat buat kita.

-copyandpaste-

#adahikmahnyapkpb 

#jauhdarimanusiayangdusta

#fikirygbaik2


Sumber :: WhatsApp's

Jumaat, 6 November 2020

BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN.

 ๐Ÿ”ด assalamualaikum ustaz zol & sahabat sekalian.. ada kemusykilan tentang ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ  

*BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN.*

...kita fahami sikit ilmu pagi ini, walaupun kita telah  belajar tapi ada juga yang terlupa...

- Solat boleh jadi *batal dan tidak sah* apabila menguap, batuk dan bersin ketika di-dalam keadaan rukun qauli.

- Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu *takbiratul ihram, fatehah, tasyahud akhir, selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir dan salam pertama*

- Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu *TIDAK MENGULANG SEMULA* bacaan ayat ketika isnya menguap @ batuk @ bersin. 

- Ini adalah kerana ketika menguap, batuk @ bersin, bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung bacaannya dalam keadaan terputus tadi maka bacaan rukun menjadi TIDAK SAH. Dengan itu *BATAL lah solatnya.*

- Justeru, pastikan kita, isteri dan anak-anak, saudara-mara, sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat di-ingatkan tentang hal ini sebagai *kerja dakwah* kita. 

*- Pastikan kita semua mengulang semula bacaan pada ayat yang terputus ketika menguap, batuk dan bersin tadi.*

*Kita WAJIB ulang bacaan tersebut... dari permulaan ayat.*

- Ingat mengingat membawa ke Jannah....  

*ุงู…ูŠู† ุงู…ูŠู† ุงู…ูŠู† ุงู„ู„ู‡ู… ุงู…ูŠู†*

Sumber:: WhatsApp's


Jazakallahu khyr.

Isnin, 2 November 2020

Part 1 :Reunion Ladies Sugeh Trip ๐Ÿ˜๐ŸŒน

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya ๐Ÿ˜Š

Dah sebulan baru nak up entry.. tak apa lah utk kenangan di blog saya ini.. pastu ada hati pulak nak buat by part๐Ÿคญjangan sampai Tahun depan part Tu sudah๐Ÿ™ˆ๐Ÿ˜‚

Nak juga abadikan  diblog saya ini reunion Ladies SMBG di Sugeh Resort Dato' Alif Syukri ni ๐Ÿ˜ Kali ini kami bermalam 2 hari 1 malam dari 2-3 hb Oktober 2020.
Perancangan ini dah lama dari bulan April dgn andaian Wabak Covid 19 dah pulih.. sekali tu mendadak naik selepas pilihanraya Sabah.

Oleh kerana semua telah ditempah dan dibayar, Kami tawakal untuk meneruskan reunion ini.


Selepas semua dah tukar baju dari dlm beg Tu.. Kita bergambar Pula๐Ÿค— bermacam Gaya yg dibuat oleh Kami yg dah 5 series ni๐Ÿคญ

Petang tu program kami hanya bersantai-santai dan bermandi-manda dikolam renang tu.. saya tak mandi, hanya celup-celup kaki je๐Ÿ˜

Selain Tu kami mula dengan high tea pulak petang tu. Siapa yg smpi dulu kenalah menyusun bahan yg dibawa. Ptg Tu punya high tea adalah potluck dr kekawan semua, saya bawa rendang ayam kampung dgn maman, itu permintaan dari kekawan yg tak pernah rasa rendang ayam kampung dgn maman ni.. itu pun ada yg tak dpt rasa juga.. aduhaiii ๐Ÿคญ๐Ÿ˜

Saya dah plan konon nak ambil gambar berdua dgn semua kekawan saya, namun tak berjaya juga.. sibuk semendang memasing.๐Ÿ˜

Best friends saya dari form 1 smpi form 5.. form 5 dia dah kelas lain.. kalau tidak satu kelas aje. Ustazah sekolah ni.. mmg sporting Sungguh.. dah janji nanti Kita tidur sebilik ye.. konon nak sembang2.. penyudahnya saya yg tumbang dulu๐Ÿคญ mana tak nya.. bila dah mkn ubat.. hanyutlah ๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

P/s nanti tunggu part 2 ye.. kisah mlm Tu lagi havoc .. mak mak dara ni ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ˜‚

Jumaat, 16 Oktober 2020

Covid 19 ~ Muhasabah diri ๐Ÿ˜”

 Assalammu’alaikum

*USTAZAH ASMA HARUN*

*COVID-19*

Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll.

Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita. 

Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, *teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia,* semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita *telah berada di ambang kiamat.* 

*Kiamat kecil yang dekat adalah mati.*

*Firman Allah, Surah Al Anbiyaa', ayat 35,*

*"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".*

Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari *sudut ROHANI,*

1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. *Hentikan segala maksiat* terangan atau sembunyi, *jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.*

2. Usaha perbaiki *Solat Fardhu di awal waktu* dan *khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi saw dan berdoa dengan lebih yakin dan khusyuk.*

3. *LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab,*

penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan *nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa.*

*Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.*

4. *WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf.*

*Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt.* Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. *Hadiah terbaik seorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati akan indah.*


5. *Dan lain-lain amal Soleh* 


Marilah kita *kembali kepada Allah* saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.


*Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.*


*Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita,,*

hidup menjadi lebih tenang dan senang.


*InsyaAllah, Aamin ya Mujib*


#UAHSahabatDuniaAkhirat


๐Ÿ˜ญDEEP & SANGAT MENJENTIK HATI NURANI ๐Ÿ˜”


#MuhasabahDiri,#

Isnin, 12 Oktober 2020

CEKODOK NASI VIRAL ๐Ÿ˜‹

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š๐ŸŒน


Lama pulak tak cerita sarapan pagi apa๐Ÿค— Kita sarapan pagi yg mudah aje.. cekodok nasi Viral.. orang dah lama buat kau baru nak tempek kat blog๐Ÿคญ sebenarnya dah byk kali buat.. baru sempat nak menulis.. 

Jom kita intai resepi yg mudah ini..

CEKODOK NASI VIRAL

Bahan-bahan yang perlu disediakan : 

Nasi -2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung gandum - 2 cawan
Daun sup
Daun kucai
Karot merah (saya sagat je)
Ikan bilis satu mangkuk
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih -3 biji
Cili merah - 1 biji

Cara Membuat :

1. Kesemua bahan di atas di blendkan

** Blend nasi, air, ikan bilis dan cili merah dulu
Lepas itu barulah masukkan tepung, bawang , kucai, karot merah dan daun sup

2. Masukkan garam secukup rasa
3. Siap untuk digoreng

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ˜


Selasa, 29 September 2020

RUMAH SAKIT ~ "DIA mahu saya menangis" ๐Ÿ˜ญ

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š


Alhamdulillah syukur dah habis saya membaca buku tulisan Prof MKI yg begitu memberi motivasi kepada diri sendiri ๐Ÿ˜”


Monolog saya didalam diri sendiri.. sedarlah Ti.. Amati Firman Allah itu.. "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia) ;Surah al-Mukmin 23:114.

Bersungguh-sungguhlah Ti utk negeri akhirat mu๐Ÿ˜ข


Belum sampai lagi ke masa utk engkau Ti.. kembalilah kepada Allah SWT dgn hati yg khusyuk' mematuhi peringatan dan pengajaran Allah SWT.. kebenaran Al Quran yg diturunkan...

Kurniakanlah taufiq dan hidayah Mu kepada kami, janganlah Engkau bolak balikkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk..

Kami mohon keampunan-Mu ya Allah..๐Ÿ˜ข


Teruslah bersolat dan beribadah walau bagaimana pun keadaan kau Ti... Ya Allah.. sayang sungguh Engkau kepada kami.. terimalah taubat kami.. Ampunilah dosa2 kami..๐Ÿ˜ข


"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah hari akhirat yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari pada dosa masing-masing." Surah Luqman 31:33

"Wahai Tuhan kami! Berilah keampunan bagiku Dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan". Surah Ibrahim 14:41


P/s kerana keterujaan saya untuk mengetahui titik notanya buku ini, dalam tempoh 48jam, saya telah tamat membacanya.. baru saya tahu excited Dr Maimunah Fadzil membaca dlm tempoh 24jam๐Ÿ˜„๐Ÿ‘ 















Khamis, 17 September 2020

DAKWAH PENUH UKHUWAH ๐ŸŒน❤️๐Ÿ˜

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜



DAKWAH PENUH UKHUWAH๐ŸŒน❤️

Alhamdulillah syukur selesai sudah membaca buku penuh motivasi dari para astizah.. didikasi buat Al-marhumah Ustazah Shadiya Binti Abbas..❤️


Sesungguhnya saya juga mempunyai kenangan bersama Almarhumah Ustazah Di ini.. panggilan mesra..๐Ÿ˜Š sungguh peramah dan penuh motivasi ..


Sewaktu Almarhumah hadir utk memberi motivasi pada pelajar yg akan menduduki exam pada tahun 2019 di Surau Al Amin Desa Alam U12..


Sewaktu itu kedua anak, Syaza Najeeha PT3 dan Muhammad Nabil Syahmi UPSR/PSRA..


Almarhumah bercerita kisahnya, betapa kita harus mendengar cakap dari ibubapa kerana apa yg ibubapa cakap adalah yang baik. 


"Nak tahu tak adik-adik" mula ceritanya.


Kisah Ustazah, macam ni,  Ustazah akan memasuki pertandingan tilawah Al Quran pada esok hari, jadi mak ustazah suruh pergi gosok baju. Lepas tu ustazah cakap sekejap lagi lah mak.. 


Sekali tu pukul 2.00pm, tak ada elektrik.. ustazah relex lagi.. siap cakap kejap lagi adalah balik.. tengok sampai malam tak ada juga๐Ÿค”


Ustazah pun atur strategi, letak baju bawah bantal nanti boleh lah kurang kedutnya.. sekali tu mak ustazah tanya.. "sempat ke gosok baju tadi"

"Tak mak" dgn nada sedih๐Ÿ˜” "tapi kejap lagi letrik ada kot"๐Ÿ˜Š nak juga cover..


Sekali tu pukul 4.00am mak ustazah kejutkan ustazah.. "Mari tolong mak Cari penggosok baju yg guna arang, mak dah bakar arang" Mak ustazah tak marah pun.. selalunya mak akan bebel kat ustazah.. ustazah punyalah sedih.. sepanjang dlm bas , ustazah menangis ๐Ÿ˜ญ ingatkan mak.. tentu tak tido sebab hidup arang, pastu gosok baju ustazah, sampai ustaz yg mengiring tu pun hairan. Akhirnya ustazah dpt tempat ketiga dlm pertandingan tersebut..


Semenjak dari hari itu ustazah akan dengar cakap mak.. bila mak panggil ustazah... "Diiii" dulu dari jauh je jawab"ye makkkk" tapi skrg tidak.. ustazah akan pergi dekat mak.. "Ye mak, Ada nak tolong" kekadang ustazah jawab "ye boss, sedia berkhidmat"๐Ÿ˜ sampai adik ustazah pun hairan.. "ko dah kenapa kak?๐Ÿค” 


Gelak anak2 mendengar..๐Ÿ˜…

Jadi pergi kat ibubapa, cakap "Saya akan dengar cakap mak" peluk mak..

Anak2 pun suka dan peluk kami mak2 ni๐Ÿ˜Š


๐Ÿƒ๐Ÿƒ

Moral of story nak jadi cerita saya Ada kuliah dhuha hari Ahad Tu, pesan dgn anak perempuan nanti masak nasi, balik nanti mama beli lauk kat masjid negeri Tu, pastu gosok baju, petang nanti balik asrama. "Baik" katanya..


Sekali tu dlm pukul 10am dapat mesej "Mama letrik tak Ada, tak boleh nak masak nasi"..๐Ÿ˜ฑ saya balas "baju sempat gosok" sebab tahu selalu nya ptg baru letrik ada. "Tak juga"๐Ÿ˜” mesejnya..


 Aduh mcm mana.. mesej kat dia "baru smlm dengar cerita ustazah Di Kan, ni mana mama nak Cari penggosok baju arang๐Ÿ˜„, aduhaiii"


"Mama doalah, kan mama kat majlis ilmu, supaya ada letrik, nanti malaikat Aamiin kan" mesejnya๐Ÿ˜Š


Berdoalah saya semoga dipermudahkan segala urusan..

Sekali tu pukul 11.00am dpt mesej darinya.. "Mama, letrik dah Ada balik, ni dah masak nasi Dan nak gosok baju".. "Alhamdulillah syukur..mesej saya, tolong gosok baju sekolah Nabil juga ye.."❤️❤️


๐Ÿ’š๐Ÿ’š



Dari buku ini tulisan Ustazah Asma' Harun, Yang menyentuh hati nurani saya.


❤️Kematian Yang Indah❤️


"Saya sedang mengumpul kekuatan utk berbicara tentang sahabat saya ini.


Janggal sekali rasanya. Sahabat yg sebelum ini bersama didunia, kini berada di alam berbeza.


Kita seringkali merasa mati ini lambat lagi.


Masih merancang itu dan ini. Habis PKP , nak buat macam-macam Tahun depan, masa tua nanti.


Mati terasa jauh. Namun apabila berita Kematian yg sangat jauh datang dalam keadaan tiba-tiba, serta-merta ia terasa dekat."


Saya bermonolog dengan diri sendiri.. engkaulah Yati.. mencari dunia macam kau akan mati esok hari ๐Ÿ˜” semuanya kau hendak๐Ÿ˜ข..

Sedangkan akhirat kau, macam kau hidup seribu tahun lagi..๐Ÿ˜”


 Beringatlah Yati.. percepatkan taubatmu, baiki amalan ibadahmu, berbanyakkan kebaikanmu, panjangkan silahratulrahim bersama sahabatmu, berkasih sayang bersama kaum keluargamu dan perbanyakkan sedekah mu.. Engkau tu Perempuan banyak kurang dlm ibadah.๐Ÿ˜ญ


Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya wadud,

Bantulah aku dalam kehidupan akhiratku.. tempat kembali aku yang kekal abadi. Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolongan Mu. Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️


๐Ÿƒ๐Ÿƒ

Sewaktu pelancaran buku ini di TV Al Hijrah, Dalam hati berkata, manalah saya nak dapat buku ini.. 


Alhamdulillah syukur, sewaktu kuliah muslimat di surau , ustazah Suriani ada bawa buku ini, sehabis pengajian kitab tauhid tu, ustazah kata buku ada dikereta, jom ambil, tersenyum gembira saya๐Ÿ˜


Ustazah kata setiap pembelian sumbangan akan diberikan pada yayasan amal yg dibuat oleh Almarhumah Ustazah Shadiya dan suami. Nanti panjangkan pada kekawan. Jadi sesiapa yg berminat boleh hubungi ustazah Suriani Zulkarnain 0133964853.

Rabu, 9 September 2020

RESEPI APAM KELEDEK UNGU ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜❤️

Dah lama blog saya ni sepi dari resepi.. aduhaiii ๐Ÿ˜ jom lah Kita tempek satu resepi yg saya bawa pergi mengaji ni ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜



RESIPI APAM KELEDEK UNGU

Bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan keledek ungu(siap direbus dan dilenyek)
1 cawan gula pasir
1 biji telur
2 sudu teh yis mauripan
1 cawan santan pekat
Kelapa parut putih secukupnya

Cara-caranya

1) Kisar gula, santan, keledek Dan telur sehingga kembang.
2. Ayak tepung da kemudian gaulkan yis bersama tepung.
3. Lepas itu, sudukan sedikit-sedikit tepung kedalam pengisar, kemudian kisar, buat sehingga tepung habis.
4. Kemudian masukan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 15-20 minit.
5. Didihkan air pengukus, sementara itu letakan adunan dalam acuan yg disukai.
6. Kukus selama 15 minit dgn api yg sederhana.
7. Kemudian taburkan kelapa parut. Saya kukus sikit kelapa letak sedikit garam utk kelapa tidak basi.

Selamat mencuba  ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹

Jumaat, 28 Ogos 2020

Jom Mengaji Al Quran PKPP

 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kembali kelas mengaji Al Quran setelah 5 bulan #kitajagakita.  ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️

Geng mengaji Al Quran ni pun tak ramai Dalam 10 orang aje. Masih lagi dibawah 20 orang mengikut SOP KKM. 

Selalu Puan rumah mengaji adalah Hajjah Masni Azhari. Baik kak masni ni๐Ÿ˜ sewaktu saya dah bersara, akak ni wasap saya jom yati join mengaji rumah akak. Memang suka sangatlah Kan ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ itulah hasrat pertama pun nak baiki bacaan Al Quran saya. 


Kekadang bila kak masni ada hal, puan rumah pada Hajjah Rose Kakrose. Rupanya geng blog Pangkin Nenek, bila Nom Hary menyapa dgn panggilan Kak Yon.๐Ÿ˜˜ Macam pernah kudengar panggilan ini ๐Ÿ˜๐Ÿคญ.

Ustazah Kami kawan baik kak masni, mula2 saya nak baca Dari Qiaraati 1 tapi kak Idah (tak bagi panggil ustazah ๐Ÿคญ) kata baca dari Qiaraati 2 yati , Kan dah kenal huruf ๐Ÿ˜ , betulkan bacaan tajwid Dan makhraj huruf Tu je.



Alhamdulillah syukur dah naik Al Quran sekarang ni. Satu kata2 Kak Idah ni yg terpasak dalam hati saya, " Yang bagi pandai Allah SWT, kak Idah hanya mengajar sahaja"

Ye doa pada Allah SWT beri kefahaman Dan belajar sungguh2 serta sabar dalam menuntut ilmu ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada aku memahami kalamMu ini letaklah ianya sentiasa dihatiku. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️


Bila dah usai mengaji tu, adalah minum petang, memasing bawa sedikit juadah utk dinikmati bersama. ๐Ÿœ๐Ÿฅช๐Ÿต☕

Isnin, 17 Ogos 2020

Sebelum Habis Zulhijjah ๐Ÿคญ๐Ÿ˜ Hari Raya Aidiladha PKPP pula ๐Ÿ˜๐Ÿ•‹


Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Sebelum habis Zulhijjah katanya ๐Ÿคญ



Alhamdulillah syukur, dapat juga meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung bersama-sama Abah (FIL) dan adik beradik ipar duai dikampung. Baru terasa Hari Raya ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ๐Ÿ˜

Solat sunat Aidiladha dirumah di imamkan oleh en suami sebagai abang yg sulong. Di masjid hanya boleh dua orang wakil satu rumah. Jadi ipar lelaki yg ambil gambar ni yg solat sunat Aidiladha di masjid. Dia dah balik kami baru solat dirumah๐Ÿคญ๐Ÿ˜

Bacaan khutubah raya oleh biras saya , ambil teks dari JAKIM. PENGORBANAN KITA. Kemain tekun jemaah muslimat mendengarnya ๐Ÿ˜Š sebab Tu nak kena abadikan dlm blog ni. Raya Haji PKPP ๐Ÿค—๐Ÿ˜



Gambar berdua kena adalah.. baru berseri blog ni ๐Ÿ˜‚posing berdiri je gambar raya.. kelainan sungguh Kan .. Normal baru ๐Ÿคญ


Kami balik kampung Chohong sebelum jumaat sebab En suami nak solat jumaat Di masjid . Kat kampung siapa dulu dia dpt jemaah solat jumaat. Jika cukup ruang, ajk masjid tutup pagar. Aduhai dah susah nak bersolat kan. Ada Hikmah nya yg Kita tidak tahu. Allah SWT tengah mendidik Kita dgn kasih sayang Nya. ❤️

Bergambar diluar rumah kerana Ada langit yg sungguh cantik. Subahanallah ๐Ÿ˜



Kita pandang belakang balik kg hihihi.. Kami balik pagi khamis selepas subuh. Smpi kg pukul 8.30am. sebelum Tu singgah beli sayur maman , nak buat rendang ayam kampung dgn maman ๐Ÿ˜‹ yg tidak dpt mkn masa Raya Aidilfitri ๐Ÿคญ beli smpi 3kilo maman, ayam kampung 5 ekor. Betul2 balas dendam en suami ๐Ÿ˜ 

Sampai kampung abah dah rebus ketupat. Pukul 6pagi abah dah rebus, katanya.. sungguh ceria bila tengok Kami sampai. Kami anak beranak tukar uniform utk memasak ๐Ÿ˜. Kan dah janji dgn abah nak masak ramai2 bila Raya Haji. Sakan menyiang maman Dan membersihkan ayam. 

Minta maaflah gambar juadah Raya tak sempat ambil .. dahh semua tekun makan. Tahun ni tak buat lemang. Beli aje tiga batang. 

Hari sabtu sebelum zohor dah bergerak balik ke Shah Alam, sebab Hari Ahad nak hantar kakak Nabilah Dan Nabil ke asrama Tahfiz semula. Ini lah kisah Raya Haji Kami.  ๐Ÿ•‹

Aduhai semakin lemau saya nak menulis blog .. bila lah nak rajin ๐Ÿคญ๐Ÿ˜ 

Tambahan susah pulak dgn format baru ni.. dulu senang aje. 

Maaf ye lama tak bertandang ke blog kekawan. Nanti tunggu rajin juga ni ๐Ÿคญ