JOM KITA KLIK KLIK ^___^
JOM KITA KLIK KLIK ^____^
Ahad, 29 Januari 2017
Khamis, 26 Januari 2017
SUP AYAM CENDAWAN... Ala-ala Sharkfin Sup😆😉
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Ini kisah hari sabtu 2 minggu lalu.. pagi tu en suami nak pergi sarapan sebab kita orang nak keluar dalam pukul 10.00 pagi tu.. balik dari beli sarapan tu en suami nampak geng surau dok terbongkok-bongkok mengutip sesuatu.. pastu en suami menegur lah " Awe , kutip apa tu", " wey mari sini kutip cendawan busut ni, tengah banyak , tak pun meh ambik yg aku dah kutip ni" punya lah banyak memutih belum kembang kata en suami. Tapi en suami tak kutip sama sebab kami nak keluar .. kawan dia kasi lah satu plastik merah tu..
Balik dari beli sarapan tu.. saya diatas tengah gosok baju.. anak2 dok cakap, mama abah bawa balik cendawan.. cantik mama warna putih.. abah kata kawan dia kutip bawah pokok kat hujung sana.. Bila saya turun bawah.. ohhh ini cendawan busut memang sedap.. buat sup makan gitu saja.. ok kita simpan dulu dalam petiais.
Balik petang tu saya sibuk lah menyiang cendawan tu.. dalam hati kata mula buat sup cendawan biasa ajer , boleh dinner malam tu..
Esok boleh pulak buat sup ayam cendawan ala-ala sharkfin soup tu.. lagi pun kak nabilah dah request sebab saya pernah buat dulu..
Yang sup cendawan biasa ni senang ajer resepinya.. sedap juga menghirupnya.. manis sangat cendawan tumbuh semula jadi ni kan.. banyak dapat ada lah seperiuk..
RESEPI SUP CENDAWAN BUSUT
Bahannya :-
- 1 mangkuk cendawa busut
- 1 biji bawang merah dihiris
- 2 biji bawang putih dihiris
- sedikit ikan bilis
- air secukupnya
- daun sup
- garam secukup rasa
Carannya :-
1. Tumis ikan bilis, bawang hiris sehingga wangi. Kemudian masukkan air.
2. Apabila air dah mendidih baru masukan cendawan, kacau sebentar, cendawan ni cepat lembut kekawan.
3. Lepas tu masuk kan daun sup dan garam, jika secukup rasa boleh tutup apinya.
4. Siap untuk dihidang.
Masak sup ayam cendawan ala-ala sharkfin sup ni saya masak hari ahad tu sebab banyak bahan tambahan tapi teramat sedap semasa menyudunya hahhaha..
Bermangkuk-mangkuk kami makan macam tu ajer.. rasa makan kat restoren china muslim mama.. kata kak nabilah dah itu permintaannya kan sukalah bila di tunaikan..
RESEPI SUP AYAM CENDAWAN
Bahannya :-
- 1 mangkuk cendawan di carik-carik halus
- 2 potong dada ayam dipotong halus
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 biji bawang putih ditumbuk halus
- 2 sudu besat sos lada hitam ( kalau pakai serbuk letak 1/2 sudu teh)
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu teh lada putih
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu teh minyak bijan
- 2 liter air
- 1 biji telur- dipukul
- 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
- Garam secukup rasa.
Caranya :-
1. Tumiskan bawang putih, lada putih sehingga naik bau wangi, masukkan sos lada hitam dan sos tiram.
2. Masukan air, kiub ayam dan ayam , masak sehingga ayam empuk.
3.Kemudian masukan tepung jagung dan telur yg dikacau tadi, lepas tu masukan minyak bijan dan garam.
4. Akhir sekali baru dimasukan cendawan yg dicarik halus, bila semua dah masak rasa garamnya, jika secukup rasa , boleh lah di hidangkan.
SELAMAT MENCUBA ^__^
Rabu, 25 Januari 2017
Isnin, 23 Januari 2017
AISKRIM KELAPA VANILA COKLAT... Ala -ala Sang Kaya 😆😊
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Projek murah buat aiskrim kelapa vanila coklat ala-ala Sang Kaya serendah RM8.00 ajer hahhaha :D
Sedapkan Coconat Icecream Sang Kaya tu kan.. satu bekas RM10.00 selalu beli dua bekas ajer.. Nabil kongsi dengan saya dan Kak Nabilah kongsi dengan Kak Najeeha..
Buat projek ni 2 minggu yg lalu sebelum kesihatan saya mula merundum tu.. masa pergi pasar malam jumaat di seksyen 6 tu ada lah penjual buat coconut shake tu.. selalu juga budak si Nabil ni beli.. selalu beli satu jer.. hari tu beli 3.. hairan budak bertiga tu.. kenapa mama beli sampai 3 tu.. mama ada projek nak buat kata saya.. tapi biarlah rahsia hahhahha..
Sampai rumah saya pun mula lah projek.. saya blend yg vanila ni dan tambah 1/2 cawan gula sebab nak buat aiskrim kena lah manis kan kekawan..
Yang satu lagi saya blend dengan coklat nutella.. ambil 4 sudu besar dan 1/2 cawan gula.. blend sampai mesra..
Kemudian saya masuk dalam mangkuk tupperware dan simpan dalam petisejuk beku selama semalaman.
Esok sabtu saya buat pula kelapa sangai tu.. dah kata nak buat aiskrim kelapa ala-ala sangka kaya.. ambil satu cawan kelapa parut.. kemudian sangai sehingga kekuningan..
Kemudian keluarkan aiskrim yang dibekukan semalaman tu.. tadaaaaa.. elok ajer membeku aiskrim tu kan.. semakin tak sabarlah nabil nak memakannya..
Oleh kerana saya tak ada senduk aiskrim tu.. kita kaup lah guna sudu hahhaha :D
Janji dapat makan kan .. apa ada kisah senduk aiskrim tu..
Kemudian tabur kelapa parut yg di sangai tu.. coklat urai yg warna warni tu tak ada stok pulak kat rumah.. jadi lah regunya tu :D
Jom intai resepi ais krim kelapa yg mudah dan murah jiddan ni ye kekawan..
RESEPI AISKRIM KELAPA VANILA COKLAT
Bahannya :-
- 2 cawan besar coconut shake vanila
- 1 cawan gula
- 4 sudu besar coklat nutella
- 1 cawan kelapa parut.
Caranya :-
1. Blend coconut shake vanila dengan 1/2 cawan gula sehingga halus, kemudian tuang dalam bekas tupperware.
2. Kemudian blend pula coconut shake vanila dengan coklat vanila dan 1/2 cawan gula sehingga halus, lepas tu tuang dalam bekas tupperware.
3. Simpan kedua bekas dalam petiais beku semalaman.
4. Kemudian sangai kelapa parut sehingga kekuningan, dan simpan dalam bekas tupperware yg kedap supaya sentiasa rangup.
5. Kemudian ambil aiskrim yg telah beku , kaup kan kedalam mangkuk perisa vanila dan coklat , lepas tu tabur kelapa parut yg disangai tu, kalau anak coklat urai warna warni boleh tabur sekali.
6. Siap untuk dinikmati :)
Si Nabil ni lah yg dok berulang alik kepeti ais menikmati Aiskrim Kelapa ni..
"Sedaplah mama, pandai mama buat aiskrim ni" kata Nabil..
Hahaha mama ko kalau nak murah senang ajer kan..
Kak Nabilah dan Najeeha pun untuk mengulang aiskrim tu.. selalunya yg coklat tu lah yang habis dulu..
Jom lah mencuba kekawan :D
Sabtu, 21 Januari 2017
KUIH LAPIS PANDAN COKLAT..
Salam petang yg ceria kekawan..
Melayari facebook jumpa pulak resepi kuih lapis pandan coklat ni.. boleh cuba juga ni.. apa pun save disini dulu..
Kuih Lapis pandan
Bahan-bahan:
Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sd mkn tepung jagung
1 sd tea garam
2 cwn santan pekat
Bahan B
1 1/4 gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan disimpuld
Bahan C
3 sd tea serbuk koko/ emulco
4 sd mkn air suam utk bancuh koko
Pewarna hijau + perisa pandan
Cara-cara:
1/ masak Bahan B hingga gula larut- biarkan suam
2/ satukan Bahan A dan gaul rata
3/ tuangkan Bahan B dlm adunan Bahan A, gaul sebati dan kemudian di tapiskan.
4/ bahagikan adunan yg tlh ditapis kpd dua bghn
- 1) hijau + pandan
- 2) serbuk koko/ emulco
5/ panaskan pengukus dan sapukan loyang dgn minyak dan kemudian di lapik pula dgn kertas minyak @ plastic.
6/ setelah air mendidih, panaskan loyang dlm periuk pengukus selama 3 minit.
7/ keluarkan loyang tersebut dan tuangkan lapisan pertama koko@ pandan mana2 la.kukus selama 6-7 minit. Kemudian lapisan kedua dan seterusnya hingga lapisan terakhir.
8/ kukus lapisan akhir lebih kurang dlm 20 minit lg atau hingga kuih masak.
9/ kuih dibiarkan sejuk dahulu barulah di potong. Potong guna pisau plastic spy nmpk licin.
Ok slmt mencuba.
Jumaat, 20 Januari 2017
PENGAT KELADI ... emm dapnya 😆😊
Salam petang yang ceria kekawan :)
Buat pengat keladi ni minggu sudah.. ini gara2 teringin nak makan bila hainom menunjukkan pengat keladi yg dibelinya.. kat sini susah sikit nak cari pengat keladi .. pengat pisang banyak lah atau pengat keledek.. jadi kawan sekolah ada tunjuk kat wasap siapa nak beli, sekilo RM5.00.. jadi saya beli sebijik jer.. takut makan seorang jer nanti..
Buat pengat ni pun saya buat setengah dan setengah nanti nak goreng.. rupa-rupanya budak2 ni pun makan juga pengat keladi ni.. sedap lah mama.. dah tu tak gatal pulak tu.. tu yg macam tak menyukup jer anak beranak makan hahhaa..
Saya punya resepi cukup mudah kekawan.. semuanya saya leburkan sekali dalam periuk tu hahha..
Jom lah tengok mana tahu jumpa pulak keladi weekend ni ye kak ton .. boleh belanja mami makan pengat keladi masakan kuih melayu ni hihihi
RESEPI PENGAT KELADI
Bahannya :-
- 1 biji keladi sederhana besar
- 1/2 cawan sagu direndam
- 250ml santan (santan kotak pun boleh)
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula kasar
- 1 ketul gula melaka
- daun pandan
- secubit garam
Caranya :-
1. Masukan satu cawan air, gula putih, gula melaka, santan dan kacau sebentar.
2. Kemudian masukan keladi, masak sehingga empuk, lepas tu masukkan sagu direndam tadi dan daun pandan, masukan juga secubit garam.
3.Kemudian rasa manis masin lemaknya, jika dah secukup rasa dan bahan semua dah masak , boleh lah dihidangkan.
Saling Memberi HADIAH.. 😆😊
Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat sayidul ayyam, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik ..
Sumber pic : Google |
_*13 HADIAH YANG TERBAIK _*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara utk kita menghadiahkan sesuatu kepada org tersayang di antaranya :
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
1. Hadiah terbaik utk seorg sahabat adalah *Doa.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
2. Hadiah terbaik utk seorg musuh. *Pemberian maaf.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
3. Hadiah terbaik utk seorg guru adalah *Penghormatan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
4. Hadiah terbaik utk murid adalah *Tauladan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
5. Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
6. Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
7. Hadiah terbaik utk org tua adalah *Berbakti.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰?🌿🌰
8. Hadiah terbaik utk isteri adalah *Penghargaan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
9. Hadiah terbaik utk suami adalah *Kesetiaan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
10. Hadiah terbaik utk anak adalah *Pendidikan.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
11. Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah *Kejujuran.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
12. Hadiah terbaik utk org yg tidak dikenali adalah *Senyuman.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
13. Hadiah terbaik utk Rasulullah Saw adalah *Sholawat.*
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
_Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, niscaya kalian akan saling mencintai."_
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
_*Selalulah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk dunia dan akhirat.*_
ﻻَ حَوْﻝَ ﻭَﻻَ ﻗُﻮَّﺕَ ﺍِﻻَّﺑِﺎﻟﻠّﻪِ
🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰
Sumber : WhatsApp
p/s Maaf kekawan minggu ini saya agak sibuk dan kesihatan juga tidak berapa baik.. insyaAllah saya akan mengunjungi blog kekawan ye :)
Ahad, 15 Januari 2017
Jom Baiki TULANG BELAKANG..
#PERUBAHAN POSITIF RAWATAN TERAPI YUMEIHO TERHADAP PESAKIT SCOLIOSIS
Kesan rawatan terapi Yumeiho terhadap pesakit Scoliosis
Sebelum dan Selepas rawatan Yumeiho bagi pesakit Scoliasis
Gambar contoh di bawah menunjukkan kesan rawatan sebelum dan selepas rawatan yumeiho bagi pesakit Scoliosis.
Scoliosis merupakan sakit tulang belakang bengkok seperti huruf "S" atau "C" dan punca sebenar penyakit tidak diketahui sebenarnya. Kebiasaannya penyakit Scoliosis terjadi pada kaum perempuan dan jarang berlaku pada lelaki tetapi ianya tetap ada. Sekiranya tulang belakang sudah bengkok sehingga 40+ darjah maka pesakit akan disarankan untuk membuat pembedahan.
Tanda-tanda dan cara mengesan pesakit Scoliosis
Rawatan Yumeiho bertujuan memperbetulkan masalah kedudukan tulang belakang. Kekerapan rawatan adalah bergantung kepada individu. Rawatan ulangan adalah perlu bagi memastikan kesembuhan yang sempurna.
*#AWAS! RAWATAN TULANG BELAKANG BUKANLAH UNTUK TRIAL AND ERROR DAN BOLEH MENDAPAT KECEDERAAN BILA DIRAWAT OLEH MEREKA YANG TIADA KEAHLIAN*
Pastikan anda mendapat rawatan Yumeiho™️ dengan terapis yang di iktiraf oleh International Institute of Practical Preventive Medicine Tokyo(Yumeiho Center Japan) untuk keselamatan dan keberkesanannya tanpa kesakitan tanpa pembedahan dan tanpa ubat2an.
Tulang belakang anda adalah sesuatu perkara yang sensitif dan boleh mendatangkan kecederaan jika di tangani oleh mereka2 yang tidak ada keahlian dan kredibiliti.
Masalah Tulang belakang anda bukanlah untuk 'trial and error'.
Rawatlah Tulang belakang anda dengan kaedah Yumeiho™️ dengan Instructor yang di iktiraf oleh International Institute of Practical Preventive Medicine Tokyo(Yumeiho Center Japan) yang terlatih dengan kaedah yang telah terbukti keselamatannya dan keberkesanannya selama lebih 50 tahun di lebih 83 buah negara di dunia.
*ATTENTION! KHAS UNTUK WARGA LEMBAH KLANG,JANGAN BIARKAN SAKIT TULANG BELAKANG ANDA TERUS MELARAT !!!!*
==========================================================================
Risau sebab selalu lemah2 badan dan cepat letih?
Tak tahu mana nak buat RAWATAN BEKAM dan Urut saraf dan TULANG BELAKANG yang berkesan?
Adakah Tuan mengalami masalah TULANG BELAKANG seperti dibawah ini?
o “Aduh sakitnya belakang ni,duduk dari pagi sampai petang,rasa mcm nk tercabut tulang ni"
o “Duit dah habis byk beli ubat tahan sakit@pain killer,sakit belakang tetap kuat lagi”
o “ Sakit belikat ni dah bertahun2 dah,kadang2 pinggang pun tangkap jugak,susah nak buat kerja kalau asyik sakit2 badan ni"
=======================================
PUSAT TERAPI ABQORI ALFARUQ
=======================================
RAWATAN YUMEIHO(pembetulan Tulang Belakang)
“Alhamdulillah,lepas buat rawatan Yumeiho ni,byk dah lega sakit2 badan ni,terutama bhgian pinggang dan pinggul.Kalau x,nak berjalan pun sakit,klu solat kena ada kerusi la jawabnya”
CAJ RAWATAN
“Rawatan pon tak mahal. Jumpa doktor sebab slipdisc pon dah nak dekat beratus ringgit Rawatan Yumeiho ni Rm90 je dalam 45 minit, Fuuh,memang lega betul,RUGI x cuba“
NASIHAT KESIHATAN PERCUMA
Tabib akan berikan tips kesihatan,diagnos penyakit dan petua2 untuk lebih sihat dan cergas.
InsyaAllah kami dari Pusat Terapi Abqori AlFaruq boleh membantu anda.
.
.
Dalam pengalaman rawatan yang kami lakukan, InsyaAllah dengan kaedah-kaedah ini dapat membantu anda-
.
.
#Bekam Sunnah
#Urutan Saraf (Stimulaterapi)
#Yumeiho ( Pembetulan Tulang Belakang)
#Bekam Synergy
#Moksa
#Akupuntur
.
.
Jangan malu2 dan jangan segan2
dan paling penting,
jangan biarkan sakit anda melarat.
Bertindak segera.
Hubungi Tabib Ust Fadhil secepat mungkin.
Tunggu apa lagi? Bertindak segera,
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT!
.
.
.
WhatsApp 'Sihat' ke 019-2975 298
WhatsApp 'Sihat' ke 019-2975 298
WhatsApp 'Sihat' ke 019-2975 298
.
.
.
Pusat Terapi Abqori Al Faruq
No.7-G jalan Pahat J/15J, Dataran Otomobil, Sek. 15 , Shah Alam.(berdekatan Temerloh Catering ikan patin)
.
.
.
WAKTU OPERASI :
ISNIN – JUMAAT (10am – 6pm)
SABTU DAN AHAD
(APPOINTMENT SAHAJA)
#RawatanUntukLelakidanWanitadisediakan.
"Hidup Sihat,Hidup Berkat"
Tabib Ustaz Fadhil.
#Bekamshahalam
#Rawattulangbelakang
#Urutlelakidanperempuan
#Bekamsunnah
#Urutsarafshahalam
Sumber : Facebook

Sabtu, 14 Januari 2017
KEMATIAN SEORANG TABLIGH..
Kisah Benar dari Anak Seorang Tabligh. Bacalah kisah yang dicoretkan anak si mati ini. Agar kita dapat sesuatu yang bermanfaat dari kisahnya.
________________________
Kisah Anak Seorang Tabligh
Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.
"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.
Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.
Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.
Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.
Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.
Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.
Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.
Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.
Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.
Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.
Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.
Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.
Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.
Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.
“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.
Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.
“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.
“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.
“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.
Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.
“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”
Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.
Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.
Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Sharing is Caring
1000 share untuk islam
1000 share untuk jasa ibubapa
1000 share untuk orang yang anda cintai Digital Qalam Malaysia

Jumaat, 13 Januari 2017
WAHAI KAMU SEORANG WANITA 😊
Dari pipi , lelaki boleh tahu saiz baju dalam awak .
Dari kening , lelaki boleh tahu keadaan rambut awak .
Dari pergelangan tangan (tempat sembur minyak wangi tu) lelaki boleh tahu awak punya warna kulit dalam .
Dari tumit kaki , lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak .
Dari kedalaman tapak tangan , lelaki boleh tahu besar mana saiz 'bawah' awak tu .
Dari betis , lelaki boleh tahu awak ada dara atau tak .
Ada alasan lagi untuk tidak menutup aurat dengan sempurna ? Allah cipta kita Kaum Hawa , dengan istimewa sekali . Ada sebab kenapa Allah turunkan ayat An Nur . Allah sayang kita , Dia dah bagitahu awal awal . Cuma kita je yang tidak mahu menghayati al-Quran . Allah .
Wahai wanita .
Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki .
Nak selamat , pakai sarung lengan . Panas ?
Takpa panas sikit di dunia , asalkan tak panas di sana .
Kaki pun aurat .
Stokin tak wajib pun , tapi kaki tu aurat .
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap .
Jangan yang lutsinar .
Tudung tu .
Tak kisah , nak pakai jenis yang macam mana pun .
Hana Tajima , shawl , pashmina or bawal . It's up to you . Tapi Allah suruh tutup dada .
Ulang . *Tutup dada*. Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada . Ini perintah Allah bukan dari saya .
Baju / kain / seluar tu .
Saya tahu kita masih muda , nak bergaya , ikut fesyen .
Saya faham . Ada rasa teringin itu ini .
Tapi biarlah *menutup aurat dengan sebaik-baiknya*.
Tak ketat , tak jarang , tak singkat .
Islam tak larang kita nak berfesyen , asalkan *syariat tidak diketepikan*.
Maha Suci Allah .
Tepuk dada , tanya iman .
Kita , saya , awak adalah Islam .
Tudung labuh . Jubah . Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah , pelajar sekolah , universiti / aliran agama sahaja .
Islam tu untuk SEMUA .
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita .
Maaf kalau terasa . Saya tak nak korang ambil pahala saya . Saya pun tak sanggup tanggung dosa .
Dan saya tak nak masuk neraka sebab saya tak tegur korang . Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur . Yang PALING SAYA NAK , kita sama-sama masuk Syurga sama-sama 💕
Tegurlah.....
Anak2 perempuan kita,
Adk2 perempuan kita,
Kakak kita
Mak kita
Korang baca kan ?
Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang- kurangnya saya ada jugak jawapan .
Kita buat dan jaga sesama ya .
Saya pun tak sempurna dan baik mana .
Saya pun tengah cuba sebab kita manusia .
Kadang-kadang alpa , moga Allah pelihara dan jaga kita semua 😊

Pakaian di madrasah yg ditetapkan.. mengikut peraturannya.. ada juga kakak nabilah menyuarakan untuk istiqomah berniqab.. tapi ustazahnya menasihatinya .. labuhkan tudung dulu.. kemudian baru istiqomah dgn niqab.. ustazah tak mahu kamu nanti.. pakai buka pula.. memalukan muslimah yg istiqomah dengan niqab ni.. dia akur dengan nasihat ustazahnya. :)
Khamis, 12 Januari 2017
UNGKEP UBI REBUS😊😆 ~__^
Salam petang yg ceria kekawan :)
Dah lama teringin nak buat ungkep ubi rebus ni kekawan.. ni gara-gara tengok blog kak rose My Kuali tu... udah teringin nak buat.. itu hari kan saya ada beli ubi kayu dengan kawan kampung tu.. ada juga beli keladi.. tapi tak sempat lagi nak buat pengat keladi.. nanti stori mori.. ni kita cerita ungkep ubi yg sedap ni.. selalu buat ayam ungkep jer.. jadi bila buat ungkep ubi rebus .. macam makan kuih pulak.. buat minum petang.. :)
Saya ikut resepi kak rose tu tapi caranya saya derhaka sikit hahhaha.. saya rebus ubi dulu baru buat sambalnya.. saya tak rebus sama bahan2 tu sekali sebaliknya saya tumis bahan2 tu dulu..
Jom lah intai resepi saya yang mudah ini..
RESEPI UNGKEP UBI REBUS
Bahannya :-
- 1 kg ubi kayu
- 4 sudu besar ketumbar*
- 3 biji bawang merah*
- 2 biji bawang putih*
- 5 biji cili api*
- 1 mangkuk ikan bilis ditumbuk kasar
- sedikit kunyit
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
Caranya :-
1. Bersihkan ubi kayu, kemudian rebus hingga empuk , toskan air, ketepikan.
2.Goreng ikan bilis yga ditumbuk sehingga garing, angkat, ketepikan.
3.Tumbuk bahan bertanda * , kemudian tumiskan bahan tumbuk hingga berbau harum, masuk kan garam.
4. Kemudian masukan ubi rebus dan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul mesra semua bahan sehingga sebati.
5. Siap untuk dihidangkan.
Melenjan Dgn ATV Di Gold Coast Morib😀😄😆
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua..
Jom lah kita habiskan episod melenjan ke Gold Coast Morib tu ye kekawan.. :D
Pagi selepas sarapan kami gi jalan-jalan lagi ke tepi pantai morib tu sebab water park tu buka pukul 9am.. kami sarapan awal kul 7.30am dah turun.. elok sarapan time tu orang tak ramai.. menu dah sedap2 sangat dan banyak pula.. sakan budak 3 orang ulang alik mengambilnya.. saya pesan bila dah habis baru boleh ambil yang baru.. nanti membazir..
Pukul 9am terus terjun tiruk kat kolam tu hahahha.. dorang dari semalam nak main benda ni tapi dah habis orang guna.. jadi pagi2 tu sakan lah membokingnya.. satu bot ni RM10 selama 30 minit dan deposit RM20.. mak oiii mahal sungguh depositnya..
Kayuhnya menggunakan tangan bukan kaki.. udah lenguh budak bertiga tu mengayuh hahahha..
Lepas tu saya pulak naik dengan nabil .. tengah dok sibuk mengayuh ada orang memanggil..
" kak oh kak... brpa harga bot tu"
Saya pun mendongak keatas sebab bunyi suara tu dari atas.. masa kami main tu org tak ramai lagi disitu..
nampak seorang bapa muda dengan anak kecik perempuannya berumur lebih kurang 2 tahun lebih kot..
"Ikut masa ni dik.. 30 minit RM10 deposit RM20" ujar saya..
Terdengarlah anak nya bersuara.. cepat lah turun papa.. nanti dah tak bot tu.. tengok gambar saya diatas tu.. balkoni tingkat satu betul2 menghadap taman air ni.. boleh ajer terjun tiruk dari balkoni hahhaha..
Puas melenjan kat dalam kolam tu mereka dah kelaparan.. mujur saya dah panaskan semua lauk pauk dengan cara merendam dengan air panas yang saya masak tu.. macam gambar tu.. microvawe tak ada disediakan.. selalunya ada ajer.. tapi alhamdulillah ada peti ais.. kalau tidak mahu basi pulak makanan saya tu..
Lepas makan kami kemas cepat2 nak chekout kul 12 tu.. lagi pun hari tu hari Jumaat.. en. suami nak balik cepat lah kan...
Lepas check out pukul 11.30 tu .. pergi pulak ke tempat main ATV ni.. semalam petang dorang pergi tak dapat main sebab dah tutup.. mahu tak tutupnya.. nak pukul 7pm perginya hahahaha..
Ambil 2 ATV ni satu Nabilah dengan Najeha.. sakan dorang menaik tu.. jakun sekejap.. ye lah tak pernah bawa kan..
Satu lagi en. suami dengan nabil.. saya tunggu ditepi tu.. bergilir-gilir naik..
"Mama .. mari nabil bawa mama naik ATV ni, nabil dah terer" ujar nya.. adalah 4 kali pusing dia membawa saya.. pastu saya kata"mari mama nak cuba bawa pulak"
"Perghhhh saya press minyak laju sikit.. amboi mama racing nampak" kata nabil..
"Jom kita kejar kakak kat depan tu" ujar saya.. budak 2 orang menjerit-jerit bila saya memotong mereka..
Dorang bawa punya lah sopan santun.. sampai kat mama jadi minah rempit hahaha..
"Mama, abah pesan jgn bawa laju, nanti berlanggar" laung mereka mengingatkan saya hahhaha..
Memang tak menyedari mamanya kan..
Main tu sebenarnya 15minit jer tapi tak orang budak tu kasi main sampai setengah jam.. puas lah melenjan.. hahhaha..
Itulah aktiviti kami selama 2 hari 1 malam..
Teringat pulak entri DZ blogger Macam-macam ada tu DZ kata untuk tahun 2017 ni nak ubah sikit konsep .. dulu kerja -- kerja-- kerja-- bercuti panjang.. tahun 2017 ni nak kerja -- bercuti pendek-- kerja-- bercuti pendek..
Saya pun terfikir yg sama dengan DZ.. nak ada bercuti pendek utk tempoh 2 bulan.. short vacation.. dapat 2H1M pun cukup.. asalkan dapat bersama keluarga anak beranak..
Rabu, 11 Januari 2017
PERIA GORENG RANGUP ALA MAMAK.. ~__^
Salam petang yang ceria kekawan :)
Krap krup krap makan peria goreng rangup ni kekawan.. kalah restorant mamak bila CH memasak ni hahhahaha..
Dapat peria katak ni kawan kampung yg kasi.. itu hari balik kuang, sebenarnya minta beli pucuk ubi dengan ubi kayu.. sekali tu tengok dalam plastik tu ada terung telunjuk dan peria, punya lah gembiranya hati.. semoga murah rezeki kawan kampung saya ni..
Yang makan ni tentulah CH dengan en suami.. elok jer mengunyah.. anak2 sibuk bertanya tak pahit ker.. mana ada pahit mama rendam dengan garam dan gula.. jadi manis lah.. memang tak pahit kekawan.. cuba lah resepi .. memang rangup termasuk peria tu sekali.. :)
RESEPI PERIA GORENG RANGUP ALA MAMAK
Bahannya :-
- 5 - 6 biji peria katak
-4 s/b tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 2 s/k serbuk cili
-1 s/b rempah kari
- 1 s/k serbuk kunyit
- 1/2 s/k garam
- 1/2 s/k serbuk lada hitam/lada sula
- 1 s/b air
Caranya :-
1. Basuh bersih peria katak.. potong hiris nipis.. bulat atau memanjang. Buang biji tengahnya. Kemudian rendam dengan s 1sudu kecil garam dan 3 sudu kecil gula selama 1/2 jam.
2. Toskan rendaman peria tadi dan lap dengan tisu supaya kering.
3. Masukan peria tadi dalam satu mangkuk besar, kemudian masukkan semua bahan tadi, kecuali air.. gaul mesra semuanya.
4. Masukan 1/2 sudu air, gaul mesra, jgn terlalu cair atau pekat, letak lagi 1/2 sudu air tadi.. gaul sampai ia bersalut cantik pada peria.
5. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali. Bila kuali dah minyaknya panas, masukkan peria sekeping-keping dan jgn goreng banyak2 sgt dlm kuali tu. (lihat gambar)
6. Bila dah kuning kegaringan, angkat dalam tapiskan, agar kekal rangup. Buat sehingga habis bahan tadi.
7. Siap dimakan bersama nasi putih dan kari kepala ikan.. perghhhh CH makan sehingga menjilat siku hahhahah.. melampau statement disitu :D
Selamat mencuba kekawan ;)
WW :: JOM BERKUBANG DI GOLD COAST MORIB 😂😄😆
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Bila tulis berkubang tu.. teringat almarhumah mak.. selalu cakap kami macam tu sebab berkubang di sungai.. anak2 sekarang berkubang di theme park pulak kan..
Ini petang hari pertama sampai tu.. sakan melenjan depa dgn slide yg banyak ni..
Pastu main buaian dalam air pulak.. kak nabilah tukang pusing kan dulu.. pastu baru melompat naik :)..
Elok pulak ada tiga buai tu.. jadi sorang satu serta boleh bermain bersama :D
Lepas tu berenang-renang pulak dibahagian yang ala-ala river tu.. jauh juga pusingan sungai tu..
Ada slide yg tinggi tu.. saya nak ambil gambar tak sempat.. dah meluncur jer sampai.. budak2 ni dayakan juga memanjat tinggi utk slide tu.. saya tengok dari bawah jer.. adalah naik sekali meneman nabil.. tengok mcm boleh lepaskan mereka naik bersendirian.. mama pantau dari bawah jer lah :D..
Tempat air ni lah yg menggembirakan anak-anak kan kekawan :)
Langgan:
Catatan (Atom)