JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 31 Mei 2015

DENDENG SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Hari Ahad ni pasti ada kekawan yg dapat jemputan kenduri kahwin kan.. tambahan dah minggu cuti sekolah pertama ni..
Tapi kalau tiada siapa yg tidak kemana boleh lah cuba resepi dendeng sedap ni.. saya tengok kat wall FB saya ni pun dah teruja kekawan.. :)

Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat... dendeng ni nak makan esok pagi tapi dah tinggal semangkuk kecik je..anak2makan dengan nasi panas tadi..
Resepinya
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
bahan D
air rebusan daging
cara2nya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba

Sabtu, 30 Mei 2015

PIZZA ROTI SIMPLE

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Sarapan apa pagi sabtu ni kekawan.. apa kata kita cuba pizza roti segera ni kekawan.. Biasalah saya bila kawan postkan diwall FB saya.. cepat saja saya save diblog kecil ni :)
Jom kita cuba :)





Pizza Roti Simple
Bahan-Bahan:
Roti gardenia
Cheese mozarella
Sosej / isi ayam / isi ketam ( direbus )
Lada benggala
Mayonis
Sos cili
Cara Membuat:
1. Sapukan sos cili atas roti dan susunkan dalam loyang.
2. Aturkan sosej / isi ayam dan lada benggala diatas roti tersebut mengikut kesukaan sendiri.
3. Sapukan mayonis dan taburkan cheese mozarella.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskn 200ºc selama 5 minit.
~ Siap dan boleh dihidangkan. ~

Jumaat, 29 Mei 2015

PLASTIK BOCOR

KISAH GADIS 20 TAHUN MENYESAL BERKAHWIN DENGAN USTAZ ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Allah dihari jumaat yg barakah ini..
Dikongsi dari wasap group :)



Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz
Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dengan syarat:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,
" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."
Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari mashba.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.
Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..
*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah Islam Itu Indah
Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....
‪#‎share‬ la kat semua...jika dy amal kan..kita pon dpt pahala

Khamis, 28 Mei 2015

ASAM PEDAS AROMA LIMAU PURUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua ..


Asam pedas memang kegemaran kami sekeluarga.. pastu dipelbagaikan pula dengan aroma yg menusuk deria bau.. lagi melonjak-lonjak perut utk minta diisi, saya masak ni masa berbuka puasa hari khamis lepas kekawan.. baru sekarang nak buat entri.. dah selamat jadi baja organik hahaha .. 

Dapat limau purut ni pun dari rumah mak dan suka sangat dengan baunya tu.. pastu ditambah pula dengan keharuman daun limau purut tu.. lagi bertambah sedap rasa nya..

Jom kita intai resepi yg mudah ini kekawan..

RESEPI ASAM PEDAS AROMA LIMAU PURUT

Bahannya :-
  • 1 ekor ikan siakap size sederhana 
  • 1 biji limau purut
  • 1 btg serai dititik
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2 tangkai bunga kantan
  • 400 ml air
  • 5 helai daun limau purut
  • 60 ml minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 cm belacan, dibakar
  • 1/2 sudu teh jintan manis } disangai dan ditumbuk
  • 1/2 sudu teh jintan putih } disangai dan ditumbuk
  • 5 biji lada hitam - ditumbuk
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukan ikan dan gaul kan mesra, kemudian masukan air 400ml yg diperah kedalamnya satu biji limau purut.
  3. Kemudian masukan daun keseum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
  4. Bubuh garam dan daun limau purut. Apabila semua bahan telah masak, boleh ditutup apinya.
  5. Siap utk dihidang


Rabu, 27 Mei 2015

WW :: Jangan angkat kepala sebelum Imam mengangkat kepala ..

Assalamualikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Dikongsi dari wasap group..


Kad HARI LAHIR Buat Mama ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..

Kad Dari Nabil  dimuka pertama :)

Buka muka yg kedua.. siap ada pelangi lagi..

Buka yg tengah.. tengok ucapannya.. lepas tu doakan uwan cepat sembuh..
mereka tahu saya sekarang sibuk dengan kesihatan mak saya..

Belakang sekali.. Sanah Helwah dari Nabil..
Mama Love U Nabil

Ini kad dari Najeeha..

Lebih kurang sama ajer .. mendoakan uwan cepat sembuh..

Belakang sekali sama saja tapi siap tulis sory buruk
tak apa sayang.. janji keikhlasan kalian ingat hari lahir mama

p/s Saya kekurang satu kad dari Kakak Nabilah.. tak tahulah bila dia balik apa yg dia lakar utk saya.. tapi semasa saya menghantar dia balik ke madrasah pada hari ahad tu dia sempat cium pipi saya cakap Selamat Hari Lahir Mama untuk esok 25/5..
Tahukah kamu anak-anak semakin bertambah usia mama semakin dekat mama  kepada kematian.. bertanya pada diri sudah bersedia kah kamu Yati.. apabila ditanya "Untuk apa usia mu dihabiskan?"

Utamanya manusia akan ditanya tentang empat nikmat yang utama, yakni tentang umurnya, ilmunya, hartanya dan badannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
لاَ تَزُوْلُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَ أَفْنَاهُ, وَعَنْ عِلْمِهِ مَا فَعَلَ بِهِ, وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ, وَعَنْ جِسْمِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ.
Artinya: “Tidak bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara (yaitu):(1) Tentang umurnya untuk apa ia habiskan?; (2) Tentang ilmunya untuk apa ia amalkan?; (3)Tentang hartanya darimana ia dapatkan dan kemana ia belanjakan?; dan  (4) Tentang badannya untuk apa ia gunakan?. (Sunan At-Tirmidzî).

Sungguh usia yang diberikan kepada kita semestinya kita gunakan untuk muhasabah, merenung, mengoreksi diri dan menghisab diri tentang seberapa tinggi ketaatan kita kepada Allah Ta’ala. Sebagaimana Firman-Nya:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ, فَذُوْقُوْا فَمَا لِلظَّالِمِيْنَ مِنْ نَصِيْرٍ.
Artinya: “…Dan apakah tidak cukup Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?, maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun”. (Q.S. Fâthir: 37).

Umur adalah kesempatan maka janganlah disia-siakan. Sekarang mari kita bertekad bahwa tidak akan ada lagi waktu yang berlalu sia-sia. Kita gunakan usia kita untuk berbuat amal shalih sebanyak-banyaknya sebagaimana hadits Nabi SAW:
أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ.
Artinya: Sesungguhnya ada seorang laki-laki yang bertanya: “Ya Rasulullah siapa manusia yang paling baik?”, beliau bersabda: “Barang siapa yang dipanjangkan usianya dan makin (bertambah) baik perbuatannya”“Lalu siapa manusia yang paling buruk”, ia bertanya lagi. Beliau bersabda: “Barang siapa yang dipanjangkan usianya namun buruk amal perbuatannya” (Sunan At-Tirmidzî, no. 2330).


Selasa, 26 Mei 2015

RESEPI MANGGA HARUMANIS PULUT SANTAN ALA THAI @ KHAO NEOW MA-MUANG

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)



Sebenarnya dah lama saya nak mencuba Mangga Pulut Santan Ala Thai ni kekawan.. nak cuba buat guna mangga harumanis ni pulak.. aduhai selera tak mengalah tu.. tambahan ada pulak blogger yg tunjuk dapat harumanis ni.. lagi lah teruja saya untuk mencubanya..

Ada kawan sekolah kata nak pergi Perlis1 Mei tempohari masa hari cuti pekerja.. beriye saya kirim 2 kilo.. sedih pulak dia kata tak jadi pergi sana .. :(
Mungkin belum rezeki saya nak merasa lagi mangga harumanis yg diperkatakan tu..

Entah macam mana saya teringat adik satu tempat kerja ni selalu pergi ke Perlis utk pantau projek disana, saya pun wasap adik ni pada 14 Mei, lepas tu dia reply, dia kata esok dia pergi Perlis, macam orang mengantuk disorong bantal.. apa lagi saya pun mengirim lah 2 kilo.. Pastu dia reply lah kata tak boleh banyak tu sebab ramai yg kirim lepas tu dia naik kapalterbang.. oklah balas saya.. yg penting saya nak sangat merasa harumanis ni..


Hari isnin 18 Mei tu, dengan senyum lebar nya saya menerima mangga harumanis ni... aduh aroma wangi harumanis ni menusuk ke dalam hidung saya.. Adik tu kata maaf ye kak, boleh dapat 2 biji seorang jer ye.. tak pa lah dik.. sekurang-kurang akak dapat juga rasa harumanis ni.. Mengalahkan orang mengidamkan saya ni kekawan.. adik tu kata buah ni sampai bulan Mei ni jer kak.. lepas tu habis musim.. dia mula bulan Mac tempohari.. dan mangga ni hanya sesuai ditanam di Perlis sahaja.. Ni akak dah boleh makan sebab saya dah minta mereka peram dulu.. Alahai terima kasih banyaklah menunaikan impian akak ko ni dik oiii :)


Apalagi buka puasa saya pada hari itu Mangga Pulut Santan ni lah... saya ni biasalah kan kekawan mesti cari resepi yg mudah dan cepat dimakan.. selongkar resepi di google .. jumpalah resepi Blogger MamaDarwish.. Kebetulan pula mamadarwish ni pun guna mangga harumanis ni.. Saya buat separuh jer dari resepi mamadarwish ni.. takut saya jer makan seorang.. tapi rupanya Najeeha dan Nabil suka juga.. cuma en suami jer kurang suka sikit dengan pulut ni.. dia makan macam tu jer mangga harumanis yg sangat sedap ni :)
Jom intai resepi kekawan.. boleh saja kekawan nak cuba dengan mangga lain-lain yg manis tu :)

RESEPI MANGGA HARUMANIS PULUT SANTAN
Hidangan 4-6 orang makan

Bahan yg diperlukan :

Bahan A
  • 2 cwn beras pulut
  • 2 cwn air
Bahan B
  • 1 kotak kecik santan segera
  • 2 cawan air
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/k garam
  • 4 s/b gula
  • 1 helai daun pandan
Bahan C
4 biji Mangga yg ranum

Cara Penyediaanya :-
  1. Cucu beras pulut seperti kita cuci beras nasi, masukkan air dan kukus dalam loyang sehingga masak.
  2. Dalam periuk berasingan, masak santan dengan api perlahan selama 2 minit, kemudian masukan tepung jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut. Padamkan api.
  3. Setelah masak bancuhan santan, sudukan 3 sudu besar kedalam loyang pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan. Biar sejuk.
  4. Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda. Hidangkan dengan pulut dan santan. Enak dimakan sejuk.. emm dapyaaa :)



Isnin, 25 Mei 2015

AYAM PERCIK KUAH PUTIH KELANTAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.. Aamiin


Saya buat ayam percik kuah putih kelantan ni pada hari sabtu lalu, ini lebihan ayam masak kari aroma serai tempohari. Saya terfikir kalau bahagian isi ni goreng macam tu jer , mesti susah nak laku, jadi saya pun cubalah buat ayam percik ni.. 
Maka dengan masakan ayam percik ini, tercapai lah misi saya untuk menggoda hati ahli keluarga saya.. kira resepi terlajak laris saya lah tengahari tu.. 
"mama rasa macam satay lah" kata Najeeha..
Sebab dia lah yg mula merasanya..
Nabil apa lagi, dengan teruja juga untuk mencuba "eemmmm memang sedap.. nak makan macam tu sajalah"
Ah sudah... suka hati nabil lah janji mama punya lauk habis dan tak membazirkan kekawan.. ehe :)

Saya ni biasalah , kalau nak cari resepi mesti yg mudah dan cepat dimakan.. google punya google dan selongkar berbagai resepi ternyata resepi blogger mamatisya yg senang bangat.. Mamatisya kata ini resepi turun temurun maknya.. wala wala memang sedap weiiii.. Terima kasih ye mamatisya..
Kuah putih ni tak pedas kekawan.. oleh kerana saya ni nak juga rasa kepedasan, lemak-lemak manis saya potong cili padi semasa penyediaan kuahnya.. kena ikut tekak kita juga kan kekawan , nanti tiada nak makan susahlah pulak ehe :)

Jom jom kita tengok resepi mudah ni .... tapi ni versi saya lah ye kekawan.. kalau nak resepi macam mamatisya .. boleh terjah blognya .

RESEPI AYAM PERCIK KUAH PUTIH KELANTAN 

Bahannya :-
  • 300 gram isi ayam
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 batang serai*(hiris nipis)
  • 1 inci halia*(kisar bahan *)
  • asam jawa dan belacan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 250grm santan pekat.. Boleh guna santan kotak
  • garam/gula
Cara buat kuah putih :
  1. Tuang bahan kisar bersama santan didalam periuk, apabila kuah hampir mendidih, masukan 1 sudu besar tepung gandum, (untuk memekatkan kuah).
  2. Kemudian apabila dah sebati tu masukan sedikit asam jawa, gula, cili padi dan garam secukup rasa.
  3. Okey siap kuah
Cara perap dan panggang :
  1. Ayam hendaklah diperap terlebih dahulu dengan 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 batang serai dan kisar semuanya, kemudian gaulkan bersama ayam , letak garam dan kunyit secukupnya.
  2. Untuk memanggangnya, saya guna pemanggang ajaib tulah kan : ) Bakar hingga ayam masak dan lembut serta nampak kekuningan tu.
  3. Kemudian tuang sedikit demi sedikit kuah putih ke atas ayam bakar tadi.
  4. Biarkan seketika , dan bila nampak dah bersalut kuah ayam dengan ayam bakar tu, bolehlah diangkat.
  5. Siap utk dihidang dan dimakan ehe :)

Ahad, 24 Mei 2015

PAU GEBUS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya ..
Selamat bercuti dihujung minggu.. dah sarapan ke ?
Jom cuba pau gebu ni.. saya tengok pun naik geram.. hasil sekodeng FB lah ni.. apa-apa hal kita save sini dulu ye :)




Bhn A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering brand mauripan
2 sdb gula pasir
(Satukan semua dlm satu bekas kacau dan biarkan berbuih. . 5- 6 minit lebih kurang)
Bhn B
4 1/2 cawan tepung gandum (bleh juga guna tpg pau)
3 sdb marjerin(nak guna shortening pun boleh)
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh)
(Satukan semua bahan B.. gaul hingga jadi serbuk)
Bhn lain
Beberapa helai kertas atau plastik yg dipotong 4 segi atau bulat..(untuk lapik pau)
Inti kesukaan
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B.. gaul rata dan uli sebati selama 8-10mnt.. kemudian peram adunan dlm bekas bertutup (jika dlm besen tutup dgn tutup periuk) selama 15 minit.. sy peram kt bawah cahaya matahari.. (malas nk tunggu doh naik hihihi)
Uli semula. . . bulat2kan. .ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas.. peram 15minit..
Sementara tunggu pau naik.. panaskan air kukusan hgg mendidih. .
Bila pau da naik(da cukup 15mnt) kukus selama 7 minit.. guna api besar..
Tips= Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah tutup kukusan..

Sabtu, 23 Mei 2015

LAGSANA ROTI MUDAH

Assalmualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Buat sarapan apa pagi ni.. Saya ni kalau dah melayan FB , pastu dah kekawan pun suka kongsi kat wall saya.. dah mulalah meroyan nak mencuba pulak.. mudah pulak tu kekawan.. jom cuba :)



Bread Lasagna / Lasagna Roti
Yum yum! Bahan2:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese
Cara2:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c cmpai garing sket.

Jumaat, 22 Mei 2015

HANDPHONE ????? Wasilah Untuk Kebaikan Atau Keburukan...

Khamis, 21 Mei 2015

KARI AYAM AROMA SERAI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..

Sudah lama saya tak masak kari ayam.. jadi hari khamis lepas utk berbuka puasa saya, saya pun masaklah kari ayam, kali ni saya mencuba kari ayam aroma serai, yang mana saya kisar serai bersama-sama yg lain utk ditumis. Ternyata memang sedap kekawan.. bila kita nak tahu sedapnya masakan tu , bila en suami mula menambah nasi ke pinggan 2 3 kali kan ehehe :)
Jom kita tengok resepi.. dalam minggu ni saya agak sibuk, maaf ye jika saya tak sempat BW kekawan.. inshaAllah saya akan terjah juga blog anda semua :)

RESEPI KARI AYAM AROMA SERAI

Bahannya :-
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil (ini utk mkn 5 orang je ikut keluarga kami :)
  • 3 biji kentang belah 4
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 s/b rempah kari daging
  • 1 s/b rempah kurma
  • 1 cwn santan pekat
  • 3 cwn santan cair
  • Garam secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai dipotong kecil
Bahan tumis
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tangkai daun kari
Caranya :-
  1. Tumiskan bahan-bahan tumis dan masukan cili kisar, kemudian gaulkan rempah kari serta kurma bersama bahan2 kisar ,tumiskan bersama sehingga terbit minyak.
  2. Masukan ayam dan kentang dan santan cair biarkan masak hingga kentang empuk.
  3. Masukan asam gelugor, serai dititik tadi dan garam serta santan pekat.
  4. Rasa garamnya dan masamnya. jika secukup rasa boleh ditutup apinya.
  5. Siap utk dihidang.

Rabu, 20 Mei 2015

WW :: KISAH GROUP WHATSAPP "ORANG MELAYU" ^__^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..




Selasa, 19 Mei 2015

MARHABAN YA SYA'ABAN

Assalamaualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Diam tak diam dah masuk 1 Sya'aban hari ini, bermakna lagi sebulan kita menuju ke Ramadhan.. semoga kita dipanjangkan usia untuk berbertemu Ramadhan Al Mubarak ye kekawan..


Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan ibadah puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan. Jangan jadikan puasa kami hanya lapar dan dahaga.  Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula adalah untuk memperbaiki hati dari segala keburukan dan kekurangan, dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Keutamaan Bulan Sya’ban Rasulullah saw bersabda: “…Bulan Rejab adalah  bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku…”(Mafatihul Jinan, bab 2, Sya’ban) Rasulullah saw bersabda: “Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Allah. Barangsiapa yang berpuasa satu hari, maka wajib baginya syurga. Barangsiapa yang dua hari, maka ia akan menjadi sahabat para nabi dan shiddiqin pada hari kiamat. Barangsiapa yang berpuasa penuh satu bulan dan bersambung dengan bulan Ramadhan, maka dosa-dosa diampuni, dosa kecil maupun dosa besarnya walaupun ia berasal dari darah haram.” Hadis ini  diriwayatkan oleh Imam Ali bin Abi Thalib (sa). (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 55) 





Isnin, 18 Mei 2015

LEPAT PISANG BERSAGO

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...


Dah tabiat melepat jer lah saya ni hahha.. ini buka puasa saya hari khamis lepas , tengok pisang emas yg en suami beli tu ada lagi dan daun pisang yg bawa dari rumah mak di kampung tu pun ada lagi.. sayang pulak tak digunakan.. Lepat pisang ni kegemaran kami sekeluarga.. apa jua masakan jenis pisang ni memang mereka suka , jadi merajinkan lah mama nya membuatnya kan :)

Lepas tu macam syok jer letak sago tu kan dan ditambah pulak dengan kelapa tu, jadi lemak2 manis, kali ini saya tak jadikannya inti kelapa , sebaliknya saya gaul sekali dalam tepung tu, ini keran kelapa tu tinggal sikit lebih buat lepat labu itu hari, biasa lah saya ni suka sangat buat resepi sendiri kan hahaha.. tapi kekawan sedap woooo meletop-letop anak beranak makan.. siapa lagi nak puji kalau bukan tuan tanah kedaun ni kan kekawan.. jangan muntah ijou tau kekawan :D

Jom intai resepi saya ni ..

RESEPI LEPAT PISANG BERSAGO

Bahannya :-
  • 8 biji pisang emas
  • 3/4 cawan gula (ikut kemanisan yg anda suka ye)
  • 1 cawan kelapa parut putih + secubit garam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu sago (direndam dahulu)
  • daun pisang secukupnya yg siap dilayur, potong ikut saiz yg sesuai.
Caranya :-
  1. Lenyek pisang hingga hancur, kemudian masukan gula, kacau hingga sebati gulanya.
  2. Selepas tu masukan tepung gandum sedikit-sedikit, kacau hingga mesra, kemudian baru masuk sago dan kelapa parut. Kacau rata.
  3. Sudukan 1 1/2 sudu besar adunan tadi diatas daun pisang, ratakan, bungkus kemas seperti lepat tu.
  4. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukan dahulu sebelum dimakan.
  5. Siap utk sarapan pagi, petang dan berbuka puasa ehe :)



Ahad, 17 Mei 2015

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN



Assalamualaikum kekawan..
Selamat beristirehat dihujung minggu bersama keluarga..
Ayam percik pun amat sinonim di Bazar Ramadan kan kekawan.. penuh orang berdiri menunggu turn nak dapat ayam percik ni.. Ni versi kelantan, apa lagi dapat dari FB lah kekawan.. Kalau rajin boleh lah mencuba.. bakar ajer didalam pemanggang ajaib tu kekawan..

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHANNYA
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....
LIKE & SHARE

Sabtu, 16 Mei 2015

CARA MEMBUAT BUBUR LAMBUK ALA-ALA KG BARU YG MUDAH



Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. lagi sebulan lagi inshaAllah Ramadan akan menjelma.. bubur lambuk ni memang senonim lah dgn ramadan kan. .. tadi jejalan kat FB .. ada pulak kawan postkan resepi ni...
Apa lagi macam biasa save dulu disini.. kot-kot rajin boleh lah mencuba ..
Kalau tak rajin jom leh reramai beratur kat masjid yg mana ada buat bubur lambuk tu, kita ambil sebungkus ye hahaha..


CARA MEMBUAT BUBUR LAMBUK ALA KG BARU YANG MUDAH
Bahan-bahan
Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya
Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

Jumaat, 15 Mei 2015

LEPAT LABU BERSAGO INTI KELAPA

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Tajuk entri tak mengalah kan .. ini gara-gara gabungan 2 resepi yg saya ambil dari dua blogger yg pakar masak dalam kuih tradisional, siapa lagi kalau bukan Blogger Sinar Kehidupanku ... Yatiememories tu dan juga Blogger Dari Dapur Madihah tu..

Kebetulan labu itu hari saya beli sebiji pada hari ahad tu, untuk breakfast gader-gader dengan kekawan reunion sekolah tu, dorang suruh saya buat ondeh-ondeh labu yg saya post kat group wasap tu.. saya buat separuh jer, jadi adalah separuh lagi, jadi saya bawa balik shah alam dan ambil daun pisang kat rumah mak tu..
Jadi hari isnin tu apa lah kuih yg nak buka puasa ni kata saya.. so jadilah Lepat Labu Bersago Inti Kelapa ni..

Biasalah saya ni kan.. mesti nak cari resepi yg mudah dan cepat dimasak serta dimakan.. hahahha.. Bila tengok resepi Yatiememories ni memang mudah.. bila tengok resepi Madihah ada sago pulak.. macam sedap jer.. jadi mula lah menggabung kedua resepi.. jadi lah resepi saya yg membuat tajuk kuih panjang berjela.. hahaha.. ko ni Yati , buat suka hati ko.. ye lah ko kan nak makan ikut tekak ko .. tak gitew Kak Ton a.k.a MD , tak pun kita belasah jer kan NEK MUMMY
Walaupun mereka bergabung didalam resepi tapi mereka bermufakat.. menjadikan lepat labu ni.. sedap meletop-letop.. tak caya cubalahPK  oiii :D
CH tahulah PK ni masak main campak-campak jer menjadi.. tak macam CH ni mesti nak ada sukatan kalau tak tong sampah punya rezekilah ... adoiii jangan membazir ye CH..
Aduh dah melalut jauh ni saya ni .. Jom tengok resepi gabungan saya ni :)

RESEPI LEPAT LABU BERSAGO INTI KELAPA

Bahannya :-
  • 1/4 biji labu
  • 1/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji isi putih kelapa parut
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar sagu - rendam sekejap samapi kembang dan toskan
  • Daun pisang yg di layurkan secukupnya dan lap bersih
Caranya :-
  1. Kupas labu, potong dadu dan kukus, bila dah empok , lecek hingga halus.
  2. Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung ikut pada isi labu tadi, nanti keras pulak)
  3. Kemudian gaulkan sago tadi hingga mesra.
  4. Satukan kelapa dan garam
  5. Letakan adunan labu ditengah daun pisang dalam 1 1/2 sudu dan letak kelapa di tengah , kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi , lipat daun pisang dgn kemas
  6. Kukus selama 15-20 minit dan sejukan baru makan ehe :)