JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Julai 2015

RENUNGAN :: KAMU SEMBAHYANG LIMA WATU TETAPI......

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Perkongsian dari wasap group semoga memberi manfaat kepada kita semua.. 







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Jumaat , 15 Syawal 1436H

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu tidak bersyukur padanya... ... kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya...tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman - temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redho dengan apa yang ada di sisi kamu itu. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu , menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan? 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuatamal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". 
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Wallahualam... ^^
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

Khamis, 30 Julai 2015

RENDANG AYAM KAMPUNG DENGAN MAMAN... dari Bukit Jalor Gemenceh .. eeem dapnya

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik.

Rendang  maman ni memang terkenal di Negeri Sembilan, bila hari raya ini menu lah yg utamanya, saya mula mengenalinya apabila berkahwin dengan en suami, kena pulak dengan selera saya sayur maman ni, bila makan penuh daun maman ni di pinggan saya kekawan hahha :D
Bertuah dapat menantu macam saya ni kan.. hahaha.. *__^

Sebelum dimasak, daun maman hendaklah dijemur terlebih dahulu, tetapi tak boleh terlebih layu sangat.. ni utk mengurangkan rasa pahit daun tu.. dah naik harga daun maman ni kekawan.. masa FIL beli tu dah RM8.00 sekilo, dulu-dulu kata FIL kira RM3 seikat aje..
Nasib baik tak ada GST kan kekawan hahahha.. :D

Tambah kapsyen

 Sebelum arwah MIL saya meninggal saya ada belajar cara-cara nak masak rendang maman ni kekawan.. Alhamdulillah dapat juga saya ilmu ni kan.. Jadi saya kongsikan pula ilmu ni disini..Jom intai resepi yg mudah ni :)


RESEPI RENDANG AYAM DGN MAMAN















Bahannya :-
  • 2 ekor ayam kampung
  • 3 kg sayur maman
  • 2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
  • 40biji cili padi (ikut pedas)
  • 4 batang serai di titik
  • 5 keping asam keping
  • 2 buku kunyit hidup
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Siang dan jemur daun maman sedikit layu, basuh dan tus supaya daun maman tidak basah sangat.
  2. Ayam yg telah dibersihkan dan masukan  kedalam kuali bersama kunyit dan cili api yg telah dikisar.
  3. Kecutkan ayam bersama air cili api tadi sehingga kering, baru masukan santan(mulakan dengan santan cair) masukan juga serai, tunggu sehingga daging ayam lembut.
  4. Kemudian masukan santan pekat, asam keping, garam dan kacau sehingga kuah mendidih pekat.
  5. Setelah terbit minyak baru dimasukan daun maman tadi.
  6. Jangan kacau terlalu kuat takut daun hancur, buat perlahan-lahan supaya daunnya layu dan sebati bersama kuahnya.
  7. Apabila semuanya serata layu dan rasa garamnya boleh lah diangkat.

Rabu, 29 Julai 2015

WW :: BUAH MATA KUCING VS BUAH PULASAN.. Santapan Raya Nabil ;)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.
Manis sungguh senyuman en suami... hahaha layan jer lah isteri seorang blogger *_*
En suamilah yg melayan budak berdua ni mkn buah mata kucing ni ;) gigih betul mereka makan dgn isi yg sedikit ajer tu.. 


Tengoklah isi buah mata kucing yg nipis tu.. dah nampak bijinya.. tak ubah mcm mata kucing, sebab itu dipanggil begitu kan..

Mak andak Esah adalah adik FIL..













Isnin, 27 Julai 2015

SYAWAL DAYS 10 :: KFC KICAP MELETOP... Apologize from Mama ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..

Pada hari sabtu pagi pukul 9.30am saya terus ke hospital utk menjaga mak.. jadual saya hari sabtu dan ahad, lepas tu tengok wasap dari belah keluarga en suami, adik ipar tu menjemput utk open house paksu nya di Sepang, kami pun memang rapat dengan paksu dan maksu tu.. lepas tu anak-anak wasap saya boleh tak kita pergi mama, lagi pun kita tak pergi mana2 pun raya.. saya kata okey lah sebab paksu tu pun buat hari ahad.. jadi saya boleh tukar shift dengan adik minta masuk pukul 10.30am pagi ahad tu.. Dia kata boleh.. saya pun wasap dengan anak2 tu, boleh pergi dan gosok lah baju nanti mama balik boleh terus pergi..

Saya pun tunggu lah pagi ahad tu pukul 10.30am, adik tak sampai lagi, call dia, dia kata kat klinik hantar anak dia demam.. penyudahnya dia sampai hospital pukul 12.30tghri.. Saya pun bergegaslah balik ke Shah Alam, sampai ke Shah Alam dah dekat pukul 2pm, saya mandi dan terus solat zohor,dan siap2 nak pergi.. en suami pulak tak nak pergi, dia kata dah lambat dan penat.. :(

Kesian melihat anak2 saya dah bersiap tu, saya kata jom lah kita pergi makan KFC.. riang semula wajah mereka.. en suami tak ikut kata penat.. jadi saya jer lah pergi 4 beranak .. oleh kerana esok kak Nabilah dah mula sekolah dan balik asrama, saya pun pergi lah ke TESCO Shah Alam, makan KFC di sana.. lepas tu boleh beli barang keperluan Nabilah utk dibawa esok ke asrama..

Dalam perjalanan tu tanya mereka nak makan KFC apa di sana nanti.. serentak mereka kata "KFC Kicap Meletop".. eh ada ke KFC Kicap tu.. adalah mama.. yg terbaru di KFC.. hahaha punyalah saya tak ambil tahu perkembangan dunia KFC sekarang..


Alhamdulillah dapat jugalah saya menghiburkan hati mereka tu.. dah lah bersiap-siap cantik dengan baju raya mereka kan.. Kesian juga melihat mereka.. tahun ni memang saya tak beraya kemana pun selepas balik beraya di kampung en suami tu..

Kekawan banyak ke memenuhi rumah terbuka raya :)

Jumaat, 24 Julai 2015

Mekah dan Madinah Yang Bercahaya.. ASRONOT WANITA JADI MUALAF..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik..
Diambil dari wall FB, jadi saya kongsikan disini.. semoga memberi manfaat..




ASTRONOT WANITA JADI MU'ALAF

Sunita Williams, seorang wanita India pertama
yang pergi ke bulan pada tanggal 9-07-2011.
Kembalinya dari Bulan langsung masuk dan
memeluk Agama Islam.

Dia berkata:
"Dari Bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan
gelap kecuali dua tempat yang terang dan
bercahaya.
Ketika aku lihat dengan Teleskop, ternyata
tempat itu adalah Mekkah dan Madinah. Di
Bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi,
Tapi aku masih mendengar suara Adzan"


Prof Lawrence E Yoseph:
Sungguh kita telah berhutang besar kepada
umat Islam, dalam Encyclopedia Americana
menulis:
"...Sekiranya orang-orang Islam berhenti
melaksanakan thawaf ataupun shalat di muka
bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran
bumi kita ini, karena rotasi dari super
konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak
lagi memencarkan gelombang elektromagnetik
Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas:
Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor
yang mempunyai kadar logam yang sangat
tinggi, yaitu 23,000 kali dari baja yang ada!
Beberapa astronot yang mengangkasa melihat
suatu sinar yang teramat terang mememancar
dari bumi, dan setelah diteliti ternyata
bersumber dari Bait Allah atau Ka'bah.
Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang
berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran
dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan
siarannya.


Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis:
"...Sungguh kita berhutang besar kepada orang
Islam, shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga
super konduktor itu..."
Para astronot telah menemukan bahwa planet
Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi.
Radiasi yang berada di sekitar ka’bah ini
memiliki karakteristik dan menghubungkan
antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di
alam.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub
selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero
Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area tersebut, maka
jarum kompas tersebut tidak akan bergerak
sama sekali karena daya tarik yang sama
besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di
Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih
sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh
banyak kekuatan gravitasi.
Sebab itu lah ketika kitìa mengelilingi Ka’Bah,
maka seakan- akan diri kita di-charged ulang
oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta
yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Makkah juga merupakan pusat bumi.


Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang
menyiratkan fakta ini.
Allah berfirman:
‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu
sanggup menembus (melintasi) penjuru langit
dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusnya melainkan dengan
kekuatan.’ (ar-Rahman:33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin
Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya
berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar
yang berkilauan.


Sekiranya Allah subhanahu wata'ala tidak
memadamkan kilauannya, tidak seorang
manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Dalam penelitian lainnya, mereka
mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad
merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa
mengambang di air.


Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga
buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah )
dan pihak musium juga mengatakan bahwa
bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal
dari sistem tatasurya kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wassalam bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari surga,
warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-
dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya
hitam.


Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah,
Allahu Akbar
Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya
gerakan thawaf haji dan Umroh. Ini adalah
jawaban fitnah dan tuduhan jahiliyah yang tak
didasari ilmu pengetahuan, iaitu mengapa
kaum Muslimin shalat ke arah kiblat dan bahwa
umat Islam di anggap menyembah Hajar
Aswad. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Dan
Segala-Galanya.
Subhanallah

Khamis, 23 Julai 2015

Berkunjung di Hari Raya... Tetamu Membawa Berkat ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Hari sabtu ni saya mendapat undangan rumah terbuka kawan saya.. ramai pula yg menjemput.. InshaAllah jika ada kelapangan dapat lah saya memenuhi undangan itu..

Kekawan tentunya pun dah jemputan rumah terbuka kan..




Rabu, 22 Julai 2015

HIDANGAN HARI RAYA DIRUMAH MERTUA... eemmmm sedapnya

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik..
Tentu ada yg baru mula bekerja hari ini kan, sama dengan mula sekolah anak2.. saya dah mula kerja pada hari Isnin dan anak2 pula mula bersekolah Isnin depan.. sekarang tinggal dengan abahnya dirumah yg masih lagi cuti..

Ketupat - hidangan yg wajib ada bila beraya dirumah mertua saya ni.. tengok FIL saya siap pakai rayban lagi .. yg menganyam daun ketupat tu saya punya part.. ada lah dalam 100 biji lebih saya menganyam sarung ketupat tu .. part mengisi beras dalam sarung tu FIL saya, saya takut nanti terkeras pulak.. tapi kena belajar juga kan.. part utk merebus ketupat adik ipar lelaki dan en suami saya..


Rendang Ayam Kampung Dengan Pucuk Maman - bila saya berkahwin dengan en suami baru lah saya merasa dan tahu rendang dengan maman ni.. memang sedap kekawan.. di Negeri Sembilan ni rendang ni amat popular.. rasanya ada pahit2 sikit.. saya suka.. tapi biras saya ada yg tak suka.. Rendang ni di masak oleh Kak Long kakak ipar saya dan adik ipar perempuan saya.. ada pembahagian memasak bila menyediakannya.. seronok bila part masing2 dah siap..


Sup Tulang Gear Box - Ini juga dimasak oleh en suami dan adik ipar yg bongsu.. 


Wajik Durian - kegemaran FIL saya.. saya pun suka wajik.. teringat pulak wajik durian mak selalu buat.. :( 
Ini FIL nak buat sendiri, mak cik hanya kukus pulut ajer.. yg menyediakan FIL sepenuhnya..

Asam Pedas Daging Tetel - ini request en suami pada raya ke dua.. dengan gigihnya isteri mithali ni menyediakan.. hahaha jangan ada yg muntah ijou ye :D
Keluarga FIL besar jadi kena sediakan seperiuk besar juga.. yg bestnya masak guna dapur kayu.. menyedapkan lagi masakan tu.. bagi saya lah tu kan..

Serawa Durian - Sekarang ni tengah musim durian kan kekawan.. jadi saya pun buat lah untuk hidangan hari raya makan dengan pulut dan roti.. 

Hidangan hari raya kekawan apa yg istimewa ye :)

Selasa, 21 Julai 2015

KEMBALI kepada PENCIPTA di SYAWAL PERTAMA :(

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...


Dalam perjalanan utk pergi beraya ke kampung FIL di Sg Mati Muar .. lebih kurang pukul 3pm saya menerima panggilan telefon dari abang sepupu, memaklum kan bahawa sepupu saya anak mak uda meninggal dunia.. Allahu Akhbar.. hebat sungguh dugaan mak uda di syawal pertama ini, Saya maklumkan pada abang satar, saya ni balik kampung suami, jadi dia minta saya sampaikan kepada yg lain kerana dia ada simpan nombor telefon saya sahaja.. sepupu saya yg dipanggil Ujang ni meninggal lebih kurang pukul 2.30pm kata abg satar tu lagi..

Dengan segera saya telefon adik saya untuk maklumkan.. adik saya pun kata patutlah tunggu mak uda tak datang raya lagi.. selalunya mak uda lah anak-beranak yg pertama dtg beraya mengunjungi mak sebagai kakak yg tua.. Lepas tu adik saya telefon Kak Long anak mak uda yg sulung utk mengesahkannya.. dan benar, sekarang jenazah ada dirumah mak uda.. mereka pun sekarang sibuk menghubungi saudara mara utk memaklumkan kematian ujang itu.. 

Menurut kak long memang mereka dah merancang utk kerumah kami selepas solat jumaat, termasuk aruah sekali nak pergi.. mengikut ceritanya aruah ni demam denggi dan telah masuk Hospital Kuala Lumpur pada hari Isnin lagi dan pada hari khamis aruah mohon minta keluar hospital utk cuti berhari raya bersama keluarga dan doktor memberikan cuti dan minta kembali ke hospital untuk pemantauan selanjutnya..

Aruah balik kerumah dengan menaiki teksi di Segambut Dalam KL tu, isterinya terkejut dengan kepulangannya tu, aruah kata dia teringat anak-anak tak dibelikan pakaian hari raya, lepas tu dia suruh isteri dan anaknya bersiap utk pergi ke Jalan TAR utk membeli persiapan.. kata isterinya memang lihat aruah sangat sihat waktu itu.. gembira betul aruah dapat membeli persiapan mereka sekeluarga.. 

Pada keesokan pagi tu mereka pergi solat hari raya bersama-sama, sekembali dari solat hari raya tu , aruah pergi naik keatas rumah mak uda, rumah mereka berdekatan sahaja, memohon maaf dan beraya bersama emaknya tu dan merancang utk sama pergi beraya selepas solat jumaat, selepas tu aruah turun ke rumahnya berehat.. pada nak solat jumaat tu tengok aruah dah lemah.. dia minta pergi solat jumaat bersama anak lelakinya itu.. tapi melihat keadaan yg lemah tu , isteri minta solat zohor ajer dirumah.. nanti hantar semula kehospital.. 

Selesai anak lelakinya solat jumaat di masjid, dia pun masuk kebilik ayahnya utk melihat keadaan ayahnya, dia tengok ayahnya dah sesak nafas, dia pun mengurut dada ayahnya.. dengan perlahan katanya..ayahnya menghembus nafas terakhir.. masa tu maknya ada diatas rumah mak uda.. anak lelakinya memberi tahu neneknya yg ayah nya telah meninggal dunia.. mereka pun bergegas turun ke bawah.. dan anak mak uda Halim pun mengesahkan bahawa abangnya itu telah meninggal.. lalu jenazah dibawa ke rumah mak uda..

Jenazah dikebumikan hari itu juga selepas isyak, kerana cuti raya ni, menunggu permit kubur lambat sikit dikeluarkan, Namun begitu Alhamdulillah, urusan aruah dipermudahkan.. Kata kakak2 saya yg pergi menziarah, tengok wajah aruah sangat bersih sekali, wajahnya muda seperti umur 17 tahun dgn senyum tenangnya.. Adik sepupu lelaki saya yg menurunkan jenazah nya ke liang lahad pun kata, jenazahnya ringan sangat dan mudah memasukannya.. Allahu Rabbi... 

Aruah Ujang ni , mak pelihara dia dari umur 1bulan sehingga umurnya 3 tahun, jadi sangat baik dengan kami adik beradik, aruah panggil mak dengan panggilan ibu, sangat sayang dengan mak, masa dia ziarah mak di hospital masa mak mula-mula kena stroke, aruah kata, insyaAllah ibu boleh sembuh, entah-entah Ujang yg pergi dulu sebab ujang sakit ni, katanya pada kak lang, tak sangka kata2 aruah itu jadi kenyataan.. Aruah masa meninggal ni berusia 42 tahun meninggalkan 3 orang anak, semoga yg ditinggalkan tabah menghadapi ujian ini..

Damai lah roh mu di sana wahai adik ku.. hanya doa yg dapat kak cit berikan dari kejauhan itu.. Maaf kak cit tak dapat menziarahi jenazah mu buat kali terakhir.. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).


Isnin, 20 Julai 2015

SYAWAL DAY 1 :: Rumah Mertua Pulak ye ... Tahun ini ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Tahun ni saya raya pertama dirumah en suami pulak.. jadi hari rabu saya dah pulang kekampung en suami di Felda Bukit Jalur Gemenceh Negeri Sembilan.. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.. pukul 11am kami memulakan perjalanan pukul 1.30pm dah sampai kampung..


Tahun ni tema baju raya kami berwarna hijau.. Sudah sama pulak dengan pokok bunga keladi mak cik disebelah tu hahaha :D

Bergambarlah pulak gambar satu keluarga bersama ipar duai dan biras.. sama pulak hijau dengan adik ipar saya yg seorang ni :)


Selepas solat Jumaat baru kami keluar rumah utk pergi beraya.. balik kampung bapa mertua di Sg Mati Muar Johor, ada adik FIL, rumah mak andak.. sampai rumah mak andak pun dah pukul 3.30pm.. lama juga disitu.. lebih kurang pukul 5.00pm kami pun pulang ..

Singgah di kuburan MIL, saya ambil dari dalam kereta ajer.. sebab saya uzur, hanya en suami dan anak-anak yg masuk menziarahi..



Selepas tu kami singgah di rumah mak andak belah arwah MIL dan mak itam, tiada gambar pun dirumah mereka sebab seronok melayan perut dengan masak asam pedas dan tomyam ketam mak andak tu .. rumah mak itam pulak pekena lontong jawa... perghhh lagi penuh muatan perut tu kan.
Penyudahnya sampai rumah pukul 9.00pm.. kesemuanya dah kepenatan.. layan tido lah pulak..

Bagaimana dengan raya kekawan.. tentunya meriahkan :)

P/s Alhamdulillah petang khamis tu mak dapat cuti dari hospital untuk beraya bersama anak cucu cicit di rumah.. tapi hari isnin kena masuk semula ke hospital..


Rabu, 15 Julai 2015

Salam Lebaran Di Aidil Fitri..



Assalamualaikum kekawan semua, semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi.
Dikesempatan ini saya memohon kemaafan buat kekawan blog saya, jika ada tutur kata semasa memberi komen yg menyinggung perasaan kekawan semua..
Tahun ini lembaran aidilfitri disambut sederhana saja.. kehilangan abah masih lagi buat diri ini berduka cita :(
Tambahan pula dengan keadaan mak yg tidak sihat ini ..
Redha dan sabar dengan ujian ini..

Mak masuk semula kehospital, atas masalah yg sama, tidak lawas membuang air kecil menyebabkan sebelah badan kanan mak menjadi sembab, semalam saya pergi melawat mak dihospital, ingatkan mak boleh discaj, setelah tiga hari dihospital, rupanya doktor tak benarkan sebab keadaan mak hanya sikit sahaja turun sembabnya.

Saya berharap sgt mak dpt keluar sebelum hari raya, kesian mak beraya di hospital.

Tahun ni giliran beraya dirumah en suami, sebelum pulang dari hospital saya pun memohon maaf drpd mak, mula lah drama airmata saya ni, sedih yg amat sgt.. pilunya hingga menusuk ke jiwa saya, inilah kali yg amat berbeza berbanding memohon maaf di pagi raya. Setiap kali airmata ini mengalir, cepat-cepat saya memandang ketempat lain, saya tak mahu mak melihat saya menangis :(

Ya Allah , ampuni lah dosa-dosa kami..
Berilah kesembuhan yg segera buat ibu kami..
Ya Allah, ibu kami ibu yg sangat baik..
Janganlah ditinggalkan kesakitan yg berpanjangan buat ibu kami..
Kasihanilah ibu kami sebagaimana ibu kami mengasihani kami semasa kecil..
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha mengasihani dan Maha penyayang.
Aamiin ya Rabb.


Selasa, 14 Julai 2015

HARI RAYA :: Yang Perlu Dan YANG JANGAN DILAKUKAN

Assalamualaikum kekawan..
SemogaMemba kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Diam sudah hari ke 27 kita berpuasa , terasa sedih pula ramadan kian meninggalkan kita. Semoga kita dipanjang usis utk bertemu ramadan yg akan datang..
Membaca artikel yg ditulis oleh Ustaz Dr Zaharuddin ni sungguh berkesan didalam hati. Jadi saya kongsikan utk manfaat kita bersama.

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.
  
Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.
Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka.

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.
Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.
Sebagaimana kata-kata hukama :-
الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ
Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)


BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.
MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?
Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.
Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-
1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.
2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.
3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.
4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.
5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)
Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.
TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI
Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.
Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.
Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.
Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.
Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.
RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda :
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"


Sekian dahulu,


Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
27 Ramadhan 1428 H
9 Oktober 2007


Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)