JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 30 April 2016

ALZEIMER DAN CARA MENGATASINYA

ALZEIMER DAN CARA MENGATASI NYA

Aku adalah seorang yg sudah tua ,di usia seperti aku ini, pasti banyak menanggung sakit/penyakit, tapi yang paling menguatirkan aku adalah terkena penyakit Alzeimer (kehilangan ingatan), bukan saja tidak boleh mengatur/merawat diri, bahkan menyusahkan sanak keluarga. Suatu hari, anakku pulang kerumah, memberitahu aku bahwa teman dia seorang doktor, mengajarinya satu cara gerakan SENAMAN LIDAH, konon tidak cuma bisa mencegah Alzeimer, juga bisa menurunkan:

Berat badan, hypertansi, penyumbatan pembuluh barah otak, asthma, rabun jauh, telinga mendengung, infeksi tenggorokan, infeksi bahu, insomia (sulit tidur), dan lain2.

Anakku bilang bahwa gerakannya sangat mudah, cukup dengan setiap pagi setelah membasuh muka didepan cermin, JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,

Selanjutnya JULURKAN LIDAH, lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X cukup.

Sejak itu aku melakukan Senaman Lidah setiap hari, menurut yg diberitahu oleh anakku. Kami melakukannya terus menerus,

Juga memperbaiki cara gerakan Senaman Lidah dari pengalaman kami, latihan bertahan lebih dari setahun, dan membuahkan hasil, tidak hanya Otak menjadi lebih jernih dan segar, rabun jauh, kepala pusing, masalah penghazaman, mudah penat dan lain2 yang selama ini ku derita, semuanya menjadi lebih ringan penderitaannya, badan menjadi lebih rajin dan lincah.

catatan redaksi :

Senaman Lidah mencegah penyakit Alzeimer ada dasarnya,

Dari penelitian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah berhubungan dengan Otak Besar, saat badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.

Maka, sering lah kita menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah, akan menstimulasikan (memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan kita menyehatkan tubuh kita.

Kami harapkan kepada semua teman2 kami yg sudah usia lanjut sudi kiranya dengan amalan yg mudah pd setiap hari melakukannya.

Senam Lidah  ketepatan hasilnya 95% - 100%

Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn banyak kenalan kita.

"Mungkin Ada Yg Memerlukannya"

SEMOGA BERMANFAAT

Sumber : WhatsApp

Jumaat, 29 April 2016

WHEN BITTEN BY A SNAKE

Salam Petang Kekawan :)


Sekarang ni musim panas..ular pun kepanasan.. jadi dia pun keluar lah dari sarangnya mencari tempat yg sejukan.. Lepas tu banyak pulak yg keluar tu.. sampai-sampai berada di sekolah.. tengok berita hari itu.. ular sawa punya lah besar kan.. takut kan..
Jadi berhati-hatilah kita sekarang ni..
Diatas saya share kan dari WA dari group jiran tetangga saya hihi..
Semoga bermanfaat

JOM SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah di hari Jumaat yg barokah ini dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)










Sumber : Facebook

Khamis, 28 April 2016

BEBOLA ROTI CHEESE

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ..


Buat bebola roti cheese dah lama kekawan.. masa buat aiskrim goreng itu hari.. belen roti yg tepi-tepi tu saya buatlah resepi inovasi saya ni hahha.. sedap kekawan lembut jer dan rangup kulit dia.. pastu letak pula cheese dalamnya .. bila gigit meleleh cheese nya tu.. anak-anak apa lagi sukanya mereka..


Blogger Yana MIB ada komen seperti diatas, buat bebola roti cheese atau puding roti Yana, kalau tak tahu nak buat apa belen roti tu Yana, untuk Puding Roti tu Yana boleh tengok resepinya disini resepi-puding-roti-kukus.. hihihi kak yati bagi idea apa nak buat Yana :)



Resepinya cukup mudah kekawan, dah kata nak cepat utk sarapan pagi nak pergi sekolah kan :)
Jom intai resepi mudah saya ni :)

RESEPI BEBOLA ROTI CHEESE

Bahannya :-
- Roti (lebihan kekawan buat apapun)
- Sedikit tepung gandum
- Cheese
- kuah spaghetti (ini lebihan kak nabilah buat spaghetti tu hari :D)

Caranya :-

1. Blander roti dengan sedikit air, jangan banyak sangat air tau, agak-agak dia boleh di blander jer.
2. Lepas tu masuk kan tepung gandum sedikit-sedekit untuk di jadikan doh ajer tau, jangan letak byk tepung nanti keras pulak.
3. Kemudian canai dan letak inti kuah spaghetti tu dan letak cheese didalamnya. Pastu buat bulat2 seperti bebola. Buat sehingga habis adunan.
4. Kemudian pukul sebiji telur untuk kita celupkan bebola roti tu sebelum digoreng.
5. Goreng sehingga bebola roti kekuningan, kemudian angkat dan toskan dalam tapisan.
6. Siap untuk dihidangkan :)


Buat ni pagi hari hihihi ..
Untuk sarapan pagi dorang nak pergi sekolah..
Jadi dorang sempat makan sebiji jer di rumah dan minum air smart coco.. jadi tentu mereka minta tapaw gi sekolah.. dapat lah tapaw seorang 3 biji seorang.. kena ingat jugak.. mak pak pun nak makan juga.. tinggalkan lah utk suami 4 biji dan saya tapaw bawa gi kerja 5 biji ... mem yg tukang masak kena lah lebih kan kih kih kih.. :D

Rabu, 27 April 2016

SAMBAL GORENG PETAI IKAN BILIS

Salam petang yg ceria kekawan :)


Bak kata blogger Kak Noor... yg busuk-busuk macam ni .. orang tua jer yg suka hahaha.. Ye lah kak noor saya ni pun dah kilauan emas juga .. jadi lauk-lauk macam ni lah pembuka selera.. teringat kata arwah mak.. bila kita dah berusia ni selera makan ni tak di tanya lagi.. nanti korang tahu lah.. ini adalah salah satu lauk kegemaran arwah mak.. dapat lauk ni satu pun cukup.. berselera dia makan.. sekarang menjangkit kat saya , suka makan yg macam ni.. lauk ayam dan ikan makin kurang.. sebenarnya ada hikmahnya.. supaya kita lebih banyak berpuasa kan.. insha Allah nak cuba istiqomah berpuasa isnin khamis tu.. selalu culas jer saya ni..


Saya buat tak banyak pun cuma sepapan petai jer.. makan berdua dengan en suami.. dalam pada sikit-sikit tu bertambah juga nasi dua laki bini kih kih kih..
Cara ikut cara mak saya masak, rangup petai tu bila digoreng krup kruk bila dikunyah bersama ikan bilis rangup tu.. 

Meh lah tengok resepi mudah saya ni, warisan turun omak den :D

RESEPI SAMBAL GORENG PETAI IKAN BILIS

Bahan:-
- 1 papan petai
- 1 mangkuk ikan bilis
- 4 sudu besar cili merah kisar (saya ni siap2 kisar senang)
- minyak utk menggoreng.

Caranya :-

1. Kikis kulit hijau petai dan potong nipis (lihat gambar). Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat. Toskan.
2. Lepas tu goreng ikan bilis sehingga rangup, jangan hangus sudahlah ye kekawan :). Angkat dan toskan.
3. Kemudian tumis pula cili kisar tadi sehingga naik bau wangi dan letak sikit garam.
4. Bila dah elok masak cili kisar tu , tutup api, baru masukan ikan bilis dan petai goreng, gaulkan mesra cili dan bahan goreng tu.
5. Siap untuk di hidang.

Tak sangka kak Nabilah pun suka goreng sambal petai ikan bilis ni.. sedap katanya.. saya kata makan sikit jer.. nanti satu madrasah bau.. dia kata tak apa.. kan mama kata nak hilang baunya minum kopi .. hehehe pandai pulak dia tu.. Ini lah lauk kampung saya dulu-dulu.. mahal juga petai sekarang .. 3 papan dah RM6.00.. ada lagi sepapan.. nanti buat sambal tempoyak pulak ... hihi :D

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)




Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. 






















Pada 9- 20 Mei 2016 peperiksaan pertengahan bagi sekolah Najeeha dan Nabil bermula, lebih kurang lagi dua minggu . Kenalah bersiap sedia mereka berdua tu.. Najeeha sekarang masih lagi memahami teknik-teknik utk soalan-soalan KBAT ni.. 
Diatas adalah perkongsian dari group Cikgu Sekolah Malaysia di Facebook, semoga dapat membantu kekawan yg mana ada anak yang akan mengambil UPSR 2016 dengan format baru ni..

Sama cemasnya seperti PT3 dulu diperkenalkan, ramai ibubapa yg terpaksa menghantar anak tuisyen sebab kita ibubapa tak faham lagi format baru ni. 

Semalam perjumpaan dengan guru baru lah faham serba sedikit, sekarang ni saya praktis Najeeha buat latih tubi dan lihat jawapan dibelakang, ini bukan bermakna meniru kata saya, kita perlu tahu apa jawapan yg betul, seperti Nabi S.A.W bersabda ikutlah aku, makna tiru rasulullah kerana itu lah yg betul, kita perlu buat jawapan yg betul, bila dia praktis apa yg saya katakan , alhamdulillah ada peningkatan dalam ujiannya, baru ni dia kata 
Bahagian penulisan dia dapat 80% selalu sebelum ni lingkungan 60% sahaja, Bahagian A 8/10, Bahagian B 11/15 (disini saya lihat dia lemah dan perlu dipraktiskan lagi) dan Bahagian C 21/25( dulu disini dia selalu dapat 11-15 sahaja, skrg dah ada peningkatan).

Kita sebolehnya tengok kemampuan anak2 , jangan paksa dia, contohnya kalau buat latihan maths , buat yg senang dulu, jadi bila mereka buat betul selalu, mereka jadi bersemangat, jangan kita mulakan dengan soalan yg susah , nanti bila dia buat asyik salah ajer, mereka akan boring dan kata maths susah. Kata guru tu, soalan KBAT ni biasanya dalam 3 4 soalan sahaja, yg selebihnya mudah dan sederhana ajer.. jadi kita jangan bagi mereka stress dengan soalan KBAT ni, macam Bahasa Melayu ni, ayat ajer yg membezakan dia mendapat markah, samada 2 atau 1, jika penggunaan ayatnya gramatis dan menepati bahan / tugasan yg diberikan dapatlah mereka markah penuh. 

Bagi saya, saya hanya mampu berdoa, berusaha untuk membantunya dan bertawakal kepada Allah utk mereka terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Semoga anak2 kita yg akan mengambil UPSR pada tahun ini diberikan kemudahan dan berjaya hendaknya. Insya Allah.

Selasa, 26 April 2016

CARA NAK BUKA WHATSAPP WEB @ TUTORIAL WHATSAPP WEB..

Salam petang yg ceria kekawan :)

Jom siapa nak ber whatsApp guna web.. mudah kekawan.. ikut step-step dibawa ni..






Sumber : Facebook

CUCUR JAGUNG LEMAK MANIS .... emmmm dapnya... ^__^ 😚

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat cucur jagung ni pada hari sabtu yg lalu semasa saya balik sekejap untuk hantar najeeha pergi tuisyen petang tu.. lagi pun jagung ni dah lama.. masa tu FIL kirim 5 tongkol kat adik ipar masa mereka balik kampung itu hari.. en suami nak rebus semuanya, saya mintalah tinggalkan satu tongkol kata nak buat cucur jagung.. tapi en suami tinggalkan 2 tongkol utk saya :) ini gara-gara terliur tengok cucur jagung Kak Noor  blogger Bicara Kak Noor tu.. tapi punya lama dah terperap dalam freeze tu.. jadi tak mahu kena marah.. *__* kita rajin kan lah diri untuk memasaknya.. walau pun penat di hospital tu masih terasa..
~__^


Saya tak ikut resepi kak noor letak udang dan karot sebab semua barang tu dalam peti ais yilek hahhaha..
Jadi kita buat lah cucur jagung ikut resepi tekak kita ye kekawan..
Jom lah mengintai resepi saya yg mudah ni..

RESEPI CUCUR JAGUNG LEMAK MANIS
Bahannya :-
- 2 tongkol jagung yg belum rebus
-2 1/2 cawan tepung gandum
- 2cawan air 
- 1/2 sudu kecil garam
- 4 sudu besar gula
- Minyak utk menggoreng

Caranya :-
1. Hiris isi jagung dari batangnya, masukan dalam bekas , kemudian masukan tepung ,garam, gula dan air, kacau hingga sebati.
2. Biarkan dalam 10 minit, kemudian jemput kecil adunan dan goreng didalam minyak yg panas.
3. Bila dah keperangan boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
4. Kemudian alihkan dalam pinggan. Siap utk dihidangkan


Najeeha habis tuisyen pukul 5.00pm, siap pesan dengan dia solat asar siap2 sementara menunggu mama datang ambil sebab nak terus pergi hospital balik.
Masa tu saya buat dua jenis cucur , satu lagi cucur pisang, itu pun pisang yg FIL kirimkan tu.. mula2 nak goreng pisang tanduk tu, sekali tengok dah masak sangat jadi kenalah jadikan cucur juga.. 
Masa najeeha masuk kereta dia pun tanya .. "ada apa dalam bekas tupperware ni mama?".. "Cucur jagung dan cekodok pisang " jawab saya.. tentu perutnya dah terasa laparkan kekawan.. lima ketul cucur jagung di makannya dan 3 ketul cekodok pisang pun sama .. "sedaplah mama cucur jagung ni, mama tak pernah masak sebelum ni kan" ujarnya.. memang pun inilah pertama kali kami memakannya..
Petang tu di hospital itulah minum petang kami, masa tu tok cik dan nek cik datang ziarah nabil, jamu itu juga utk mereka..
En suami pun baru pertama kali makan, mereka semua suka, nanti cuba versi kak noor lah ada udang dan karot tentu lagi sedapkan kekawan..

p/s Maaf kepada kekawan yg tak sempat saya BW ye.. biasalah cuti lama ni.. kerja pun berlambak lah menunggu utk diselesaikan ~__^

Isnin, 25 April 2016

ALHAMDULILLAH... Nabil Sudah DISCAJ ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Suka sungguh dia dapat makan ayam goreng, itu pun dapat masa hari jumaat sebab doktor tak kasi lagi makan yg berminyak, so hari jumaat tu baru boleh oder chiken chop tu.. :)
Alhamdulillah pagi ahad nabil dah boleh discaj dari hospital.. kesihatan dia bertambah baik walaupun masih ada sedikit batuk.. doktor bekalkan juga ubat batuk, namun makan bila perlu sahaja ajer, begitu juga dengan ubat radang paru-paru  kena habiskan dalam tempoh 5 hari. Semoga nabil terus sihat hendaknya..

Dua kali mak angah dia datang menziarah nabil..sebelum tu mak angah datang dengan mak ateh pada hari khamis tu..  iyelah dulu masa kecik mak angah ni lah jaga mereka, suka nabil bila mak angah datang lagi menziarahinya.. masa tu asyik tanya ajer, mana mak angah ni kata nak datang lagi lepas jumaat..
Pastu mak ngah bawa nasi dengan udang goreng besar.. suka betul lah dia :D
Terima kasih pada kawan sekolah nabil yg datang menziarahi, pada hari rabu tu Pn Mashita emak Udin , kawan baik si udin ni , lepas tu Dr Leny emak Husna, kawan baik kak Najeeha tapi nabil ni semua dia kawan.. lepas tu hari jumaat Irsyad dan Amani serta bapanya datang ziarah.. (tadi baca WA uminya kata Irsyad pula demam.. syafakallah buat irsyad).



Pada hari Sabtu tu pula tok cik dan Nek Cik pula datang menziarah nabil, kira mak cik dan pak cik en suami, suka lah dia , sebelum tu mak atih , adik ipar saya datang juga ziarah nabil sebelum dia pergi ke Semporna kerumah kak along di sana.. adik beradik en suami semua pergi sana kecuali en suami dan adik ipar saya yg sorang lagi.. yg tak dapat ikut trip ni.. tengok lah jika diizin Allah hendaknya juga pergi ke sana :)

Masih lagi ambil neb ni setiap 6 jam sekali untuk paru-parunya.. kalau suruh dia pegang sendiri memang lah cendelat jer.. kena kita pegangkan baru dia duduk diam-diam :)

Satu bekas ni .. RM20 Shark Fin Soup..
Saya jaga nabil dari malam khamis hingga pagi sabtu kerana en suami ada kerja urgent, sebab salah seorang staffnya bercuti isterinya bersalin, kena susun jadual utk staff yg lain bertugas, hari jumaat malam tu kakak nabilah dan kak Najeeha pun tido di hospital juga.. mujur lah bilik ni besar, siap berangkut toto datang sini hahha.. suka Nabil ada kakak2 nya datang sama..
Masa abahnya datang hantar kakak dua orang tu belum makan lagi.. jadi pergilah mencari makanan di situ, mujurlah di sini banyak restoran.. pilih dan bayar jer lah mana nak kan.. kat situ ada Restoran Mukmin makan china muslim, kakak berdua ni memang sukalah makan chinese ni.. Kak Nabilah oder nasi goreng kam heong .. emm memang sedap nasi ni, hari sabtu pun dia mengulang beli yg ini juga, yg najeeha nak makan nasi putih, itik BBQ, ikan dory masam manis dan shark fin soup.. ini lah pertama kali saya merasa shark fin soup ni.. memang sedap.. mereka semua suka.. termasuk nabil lain kali boleh oder lagi :)

Itulah kisah hampir seminggu nabil admit kat Hospital.. tak pernah dia lama begini duduk hospital.. paling lama pun 3 hari ajer.. tau tak bil nya hampir RM6000+++  terperanjat en suami, mujur insuran yg bayar :P, betul kata Pn Mashita emak udin ni, kat sini mahal sikit kak yati, saya selalu pergi KPJ Selangor SS20 tu, SALAM Hospital ni pilihan terakhir, ye lah macam saya, pilihan terakhir sebab semua hospital dah penuh masa tu.. tak apalah yg penting Nabil dah sihat, Syukur Alhamdulillah..