JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 24 Oktober 2019

APAM LABU GEBUSS 🀩😍

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍❤️


Lama rasanya tak cerita dan letak resepi Dalam blog kesayangan saya ni. Hari ini nak ceritalah juadah yg saya buat semalam.

Setiap hari rabu ada kelas mengaji dirumah jiran ni, iaitu kak masni, bagus kakak niπŸ‘πŸ˜
Jadi lepas mengaji adalah makan sikit, masing2 bawa potluck 

Ini untuk bossku dirumah 😍😘

Kemain naik gebusnya.. saya suka saya suka 😍🀩


πŸ‘†Resipinya, yg saya paling suka sukat cawan Dan bahan-bahannya dikisar(blended je), mudah sungguh Kan.. jom Cuba kekawan..

Kalau tak nampak yg diatas Tu, saya salin balik dibawa utk yg masih sudi singgah di blog saya..😍😘

RESIPI APAM LABU

Bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan labu(siap direbus dan dilenyek)
1 cawan gula pasir
1 biji telur
2 sudu teh yis mauripan
1 cawan santan pekat
Kelapa parut putih secukupnya

Cara-caranya

1) Kisar gula, santan, labu Dan telur sehingga kembang.
2. Ayak tepung da kemudian gaulkan yis bersama tepung.
3. Lepas itu, sudukan sedikit-sedikit tepung kedalam pengisar, kemudian kisar, buat sehingga tepung habis.
4. Kemudian masukan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 15-20 minit.
5. Didihkan air pengukus, sementara itu letakan adunan dalam acuan yg disukai.
6. Kukus selama 15 minit dgn api yg sederhana.
7. Kemudian taburkan kelapa parut. Saya kukus sikit kelapa letak sedikit garam utk kelapa tidak basi.

Selamat mencuba kekawan 😘😍


Jumaat, 11 Oktober 2019

Apa Yang Perlu Disembunyikan..


Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan aibmu.

Sembunyikanlah amalan-amalanmu sebagaimana engkau menyembunyikan rapat-rapat dosamu.

Tak usahlah menceritakannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan mengikis keikhlasanmu.

Tak perlulah melaporkannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan menggugurkan pahalamu.
.
Yang shalihah pasti tahu, bahawa Malaikat Raqib takkan salah mencatatnya meski tidak diceritakan.
.
Yang shalihah pasti paham, bahawa Allah takkan keliru membalasnya meski tidak dilaporkan.

__"Janganlah kamu tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan kamu atau tidak.

Jangan pula kamu merasa aman dari dosa-dosa yang kamu lakukan, karena sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak".^_

(Imam Hasan Al-Bashri)

Sumber : Facebook

Khamis, 10 Oktober 2019

NAK TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SUKA DENGAN KITA 😍❤️



*NAK TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH  *_'SENANG'?_*

*1/ Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadah Ku yang membuat Engkau _senang_ ? Adakah SOLAT?*

*ALLAH : Solat mu itu untuk Mu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.*

*2/ Nabi Musa DZIKIR ?*

*Allah: Dzikir Mu itu hanya untuk Mu sendiri, membuat hati Mu menjadi tenang.*

*3/ Nabi Musa: PUASA ?*

*ALLAH* : *Puasa Mu itu untuk Mu sendiri, melatih diri Mu untuk memerangi hawa nafsu Mu sendiri.*

*4/ Nabi Musa : Lalu apa ibadah Ku (manusia) yang membuat hati MU _senang_ Ya Allah ?*

*ALLAH : SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta* *PERBUATAN BAIK Kamu.*
*Itulah yang membuat AKU _senang_ , kerana tatkala engkau _membahagiakan_ orang yang sedang susah, AKU HADIR disampingnya.*
*Dan AKU akan mengganti kan nya dengan ganjaran 700 kali Ganda (Al-Baqarah 261-262)*

*Sekarang, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai diri Mu sendiri, bukan Allah.*

*Tapi, bila Kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kamu mencintai Allah dan tentu Allah _senang_ kerananya.*

*Buatlah Allah _senang_ maka Allah akan limpahkan RAHMAT NYA dengan membuat KEHIDUPAN KAMU TERASA _SENANG_ dan BAHAGIA*

*(Kitab Mukasyafatul Qulub  Karya Imam Al Ghazali)*

Saudara Ku seiman, sebarkanlah ilmu ini,, agar makin Barokah. In Syaa' Allah pahalanya sentiasa mengalir kepada Kamu , walaupun KAMU SUDAH TIADA DI ALAM MAYA INI ..... 🌹🌹
*Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.*

Sumber : WhatsApp

Rabu, 9 Oktober 2019

WW: 10 CARA YANG PERLU DIUSAHAKAN UNTUK DAPAT CINTA ALLAH SWT 😍❤️

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya πŸ˜˜πŸ˜πŸ’–




















Ustaz Zul Ramli M Razali α΄΄α΄°l Tafsir Al Jalalain Surah AlBaqarah:165
Jom tonton , best sangat perkongsian Dari ustaz.. terasa cepat Waktu berlalu..



Selasa, 1 Oktober 2019

Ya Allah Permudahkan Syaza Najeeha Dalam Peperiksaan PT3 😍☺️

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Hari ini 1 Oktober 2019 bermulanya peperiksaan PT3, sepatutnya semalam kan tetapi ditangguhkan sebab kemangkatan Sultan Kelantan. Al fatihah.

Pagi tadi bergegaslah ke sekolah Najeeha untuk Sama memberi semangat bagi jeeha utk menduduki peperiksaan, sampaikan musollah tengok mereka dah solat, terlepas saya solat sunat taubat. Hanya sempat utk solat hajat. Alhamdulillah.. rupanya saya satu saf dgn Najeeha, tersenyum gembira bila tengok saya datang. Selepas membaca doa dan ambil roti Dan kismis, mereka menuju ke Dewan periksa, jeeha hanya ambil kismis aje, katanya dah sarapan tadi kat Dewan Makan.. gambar ni Nabil yg ambik sebab murid Tahun 5 exam UPKK, dia cuti dua Hari ni.. esok dia kena sekolah..


Melangkah masuk ke Dewan periksa, mama doakan semoga dipermudahkan Najeeha menjawab peperiksaan, tenangkan diri.

Hanya doa ini yang saya zikirkan sepanjang Najeeha menduduki peperiksaan..
Kekawan yg ada anak ambil peperiksaan silalah baca zikir ini..

Begitu juga masa Nabil exam UPSR Dan PSRA, saya baca zikir ini, selepas dia keluar Dewan selalu cerita apa yg berlaku didalam Dewan. Dia kata Nabil terlupa jawapan , Lepas Tu Nabil selawat, ingat mama cakap suruh selawat, pastu tak lama Tu baru Nabil teringat jawapannya, begitu juga yg dikongsikan oleh Najeeha, guru pengawas exam datang ke mejanya pastu baca kertas jawapannya, pastu guru pengawas Tu cakap yg ini Salah, jawapannya yg ini. Ya Allah bersyukur saya atas bantuan yg diberikan oleh Mu Ya Allah.


*(Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna.)*

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak² sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak² ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna... 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 😍