JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 2018 ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ’–๐Ÿ’ž

Assalamualaikum kekawan..๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.๐Ÿ˜Š

Tahun ni tema kaler pink belacan.. dah sama dgn hainom okje.. boleh kita raya sedondon nom๐Ÿ˜‰
Sudah 7 syawal hari ini.. tidak terlambat saya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua sahabat maya saya ni..
Dah mula puasa enam ke kawan2๐Ÿ˜Š saya hari ini baru 2 hari dapat menunaikannya.. kena kejar cepat.. sebelum uzur syarie๐Ÿ˜Œ

Selepas bermaafan kita bergambarlah pula dgn FIL dan mak cik.. dah rutin tahunan raya๐Ÿ˜Š

Lepas tu terus balik kg chohong Jasin Melaka.. menziarahi pusara arwah MIL pula. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama2 para syuhadah dan solehin. Aamiin.

Kemudian pergi beraya di rumah pak itam dan mak itam.. adik arwah MIL.. yg baju hijau tu tepi kanan tu.๐Ÿ˜Š

Selepas tu pergi rumah pak andak dan mak andak juga adik arwah MIL juga..
Nampak gambar makan2 tiada sebab terlalu kyusuk menikmati juadah yg dihidangkan. 
Selepas tu kami ke Sg Mati Muar.. kg FIL.. gambar tak ada sebab dah nak maghrib.. jadi sibuk nak solat dan balik.. 

Isnin, 11 Jun 2018

Ziarah Kubur, Iftar, Tahlil & Solat Tarawih..๐Ÿ’– SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ๐Ÿ˜๐Ÿ’–

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik utk kita menjalani ibadah puasa. Hari ini telah 26 Ramadan tinggal 3 hari Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Semoga kita dapat berjumpa Ramadan yg akan datang. InshaAllah.
Cucu kak alang.. menaburi bunga di pusara Moyang nya.. walaupun tidak sempat berjumpa.. kemain suka dia..
Hampir 4 tahun almarhum abah dan almarhumah emak pergi meninggalkan kami. Al fatihah. Jadi beginilah sambutan hari raya kami. Sebelum raya pergi ziarah kuburan keduanya. 
Ya Allah ampuni mak dan abah
Maafilah mereka..
Rahmatilah mereka..
Gantikanlah syurga sebagai tempat tinggal mereka yg baru..
Aamiin..

Selepas tu kami berkumpul untuk iftar di D Anjung Tasik Biru Kundang. Semua adik beradik ipar duai anak cucu disini. Hampir 50 orang kami disitu. Meriah sangat..

Ini dimeja anak2 yg sibuk makan steambot. Gembira sungguh mereka mengrill disitu๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š

Ini cucu kak ateh, Naufal dan Iman.. suka mereka berlatar belakang tasik biru. Pukul 6.30pm kami dah ada disitu.

Ini anak2 buah lelaki .. mereka pun pilih steambot.. gembira nabil jumpa sepupu2nya itu.

Ini abang along saya.. along lah pengganti almarhum abah. Tempat mendapat nasihat. Sayang along.๐Ÿ˜˜

Adik saya ustaz azharudin memberikan tazkirah kpd kami adik beradik setelah usai solat tarawih.
Selepas tu berkumpul di rumah almarhum abah dan emak yg sekarang didiami oleh kakak andak. Mengadakan tahlil arwah.. solat tarawih dan moreh dengan rasa gembira. Semoga ikatan ukhuwah adik beradik ini akan berkekalan hingga kesyurga.

Dikesempatan ini saya mengucapkan 
๐ŸŒนSELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN๐ŸŒน


Khamis, 7 Jun 2018

NASI MUG VIRAL.. step by step..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜Š

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik utk kita menjalani ibadah puasa๐Ÿ˜Š
Saya pun terjebak sama dgn nasi mug kukus yg viral. Bermanfaat sungguh idea ni.. tidak ada nasi yg berlebih dan berkerak. Cukup jer semua orang makan.. saya satu mug ni cukup dgn nabil utk bersahur.. tapi utk berbuka kena 2 mug๐Ÿ˜‚

Caranya mudah aje.. isi air dalam rice cooker lepas tu tekan cook. Kalau nak cepat nasi masak elok masak air tu mendidih.

Kemudian isi 3 sudu besar beras. Lepas tu basuh.. kemudian isi air 3/4 mug tu. Seperti gambar.

Lepas tu letak mug tu tengah2. Periuk nasi tu.

Kemudian tutup periuk nasi. Masak lebih kurang 20 minit. Tengok beras yg dimasak.

Tadaaaa๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‰ elok jer nasi masakan. Saya masak nasi tu malam. Jadi saya biarkan aje dlm rice cooker.. bila nak panaskan.. tekan aje cook balik.

Tengok cantik je nasi tu masakan.. elok kembangnya.. lembutnya.. pastu tak berkerak..

Ok.. SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜†

Isnin, 4 Jun 2018

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir Ramadhan ๐Ÿ’–



*6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir*

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅู†َّูƒ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

*1. Allahumma*
*2. Innaka*
*3. 'Afuwwun*
*4. Tuhibbul*
*5. 'Afwa*
*6. Fa'fu 'Anni*

*Yang bermaksud:*
*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:*

*Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.*

*Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:*

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅู†َّูƒ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)*