JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 20 Februari 2018

Aplikasi yg BAGUS mengajak kita baca AL QURAN..πŸ“–πŸ˜πŸ˜š

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik.
Dah semakin lemau blog saya ni kan.. tuan tanah kedaunnya lama menggua..
Ni pun buat entri utk share aplikasi yg bagus ni utk kita yg mencintai kalam Allah.. Al Quran karim..

Aplikasi Android bagus sekali..namanya *"Nakhtim"*
_(mengkhatam Alquran)_
Setiapkali anda menutup layar Hp dan membukanya kembali ia akan memunculkan satu ayat Quran.
Artinya, anda akan menyelesaikan satu *Juz* dalam beberapa hari saja, hal ini disebabkan begitu seringnya kita buka- buka *HP* dalam kehidupan ini melebihi hal lainnyaπŸ”πŸŒΏ✨"""""
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karim.khatma

Klik pautan diatas..☝

1. Lepas itu terpapar paparan diatas dan klik "INSTALL" tunggu sehingga habis install.

2. Klik pula "ACCEPT"

3. Pilih bahasa yg anda faham. Saya pilih "Indonesia"

4. Kemudian dipapar seperti diatas. Klik pula "Next"

5. Kemudian keluar seperti diatas. Makna aplikasi tersebut telah ada di hp kita. Selesai.

6. Bila kita buka handphone kita terpaparlah ayat pertama Al Quran iaitu Bismillah yakni dari surah Al Fatihah. Kalau kekawan nak dengar audio bacaannya tekan play yg warna hijau tu. Nanti keluarlah bacaannya dan kita boleh ikut membaca sekali.

7. Lepas tu saya tutup balik dan buka balik.. jadi keluar ayat kedua.

8. Begitulah seterusnya.. sungguh terujakan. Secara tak langsung mendidik kita baca Al quran dulu sebelum baca whatsApp, Facebook atau insta ke πŸ˜‰
Saya lah tu kan 😌

9. Kita juga boleh tengok analisis yg kita dah baca.
Hari ini saya dah baca 21 ayat. Bulan ini maksudnya dalam minggu bulan tu saya dah baca 71 ayat. Sejak saya install aplikasi tu saya dah baca 133 ayat. Saya baca juga tafsirnya. Rasanya boleh khatam Al Quran dalam tempoh 3 - 4 bulan ni kan πŸ˜‰.

JOM KITA INSTALL KEKAWAN
SELAMAT MENCUBA😊😍😘

Khamis, 8 Februari 2018

Untuk SAHABAT Tersayang πŸ’–❤πŸ’πŸ’ž

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.

πŸ‘‰Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

πŸ‘‰Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

πŸ‘‰Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

πŸ‘‰Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

πŸ‘‰Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

πŸ‘‰Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

πŸ‘‰Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

πŸ‘‰Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

πŸ‘‰Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-peringatan kpd diri sendiri juga....πŸ’•πŸ’•kongsi2 biar diulang tayang sebagai mengingati

Sumber : whatAps

Rabu, 7 Februari 2018

WW: What To Do .. Bila anak tak sihat πŸ˜–πŸ˜·

Bila anak jatuh sakit tentu sekali ibubapa lah insan yang paling risau.Demam,selesema,muntah-muntah,cirit-birit,sakit tekak adalah antara masalah kesihatan yang sering melanda kanak-kanak.Anak yang tidak sihat biasanya kurang selera menjamah makanan. Janganlah paksa mereka tetapi usah juga biarkan mereka langsung tidak makan. Carilah menu yang sesuai dan dapat terus membekalkan nutrien kepada mereka.
Jom tengok 5 tips makanan ini untuk kembalikan kecergasan anak.





Sumber :Facebook