JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 28 Mac 2013

Dimanakah tahap perkahwinan kita :)





 KELUARGA DAN PERKAHWINAN
Konsep ini menerangkan cabaran dalam perkahwinan dan bagaimana seseorang meningkatkan perhubungan dalam kehidupan. Ini termasuklah hak kanak-kanak dan undang-undang berkaitan yang sah. Tanggungjawab keibubapaan dan cabaran turut diberi penekanan. Kandungan konsep ini merangkumi maksud keluarga, cabaran dalam pembentukan keluarga, perkahwinan dan kehidupan, komitmen, aspek-aspek yang sah dan proses dalam perkahwinan serta kualiti dalam keibubapaan.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran konsep ini, peserta dapat :
ü Memahami maksud keluarga, cabaran dan perkembangan keluarga yang positif
ü Memahami peranan mencabar dan saling bergantungan antara ahli dalam keluarga
ü Memahami erti dan komitmen dalam perkahwinan
ü Mengenal pasti cabaran dan perubahan ekspetasi dalam perkahwinan
ü Memahami norma-norma keagamaan dan kebudayaan dalam perkahwinan
ü Memahami konsep bahawa semua kanak-kanak mempunyai sifat ingin dimiliki tanpa sebarang syarat
ü Mengenal pasti dan menghadapi cabaran dalam keibubapaan dan mempelajari cara menjadi ibu bapa yang lebih baik.

1. Keluarga

Tahap I (4 – 6 tahun)

v Sebuah keluarga terdiri daripada dua orang atau lebih yang saling mengambil berat antara satu sama lain dalam pelbagai cara
v Ahli keluarga saling mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain
v Apabila seorang bayi dilahirkan atau dijadikan anak angkat dalam sesebuah keluarga, beberapa perkara dalam kehidupan ahli keluarga itu akan berubah
v Anak mesti menghormati ibu bapa
v Adalah perkara biasa apabila ada pasangan yang tidak mempunyai zuriat (disebabkan masalah kesihatan atau pilihan sendiri)

Tahap II (7 – 9 tahun)

v Terdapat pelbagai jenis keluarga; ada anak yang tinggal bersama penjaga tunggal, ibu bapa kandung, ibu bapa tiri, keluarga angkat, datuk dan nenek, kawan dan lain-lain kombinasi kanak-kanak dan orang dewasa
v Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan keperluan spesifik
v Ekspetasi individu dalam keluarga boleh berubah dari semasa ke semasa
v Keluarga mempunyai peraturan yang membantu individu hidup berkeluarga dan membentuk anak-anak
v Semua ahli dalam sesebuah keluarga tidak semestinya tinggal bersama
v Keluarga mendidik anak-anak mengenai nilai kemanusiaan serta amalan yang diterima dalam kehidupan
v Ahli keluarga mempunyai hak dan tanggungjawab; hak ini harus dihormati dan dipelihara
v Kadangkala ahli dalam sesebuah keluarga tidak bersetuju tentang sesuatu perkara namun mereka tetap saling menyayangi antara satu sama lain
v Keluarga akan berubah apabila berlaku kelahiran, pengambilan anak angkat, perceraian, perpisahan, pertukaran pekerjaan, perpindahan, ketidakupayaan, sakit atau berlaku kematian
v Perubahan dalam keluarga mungkin menyebabkan ahlinya gembira atau sedih; ini adalah lumrah kehidupan


 2.Perkahwinan dan Komitmen Sepanjang Hayat

Tahap I (4 – 6 tahun)

Ø Majoriti lelaki dan wanita akan berkahwin
Ø Dua individu yang membuat keputusan untuk berkahwin dan melafazkan komitmen sepanjang hayat antara satu sama lain kerana mereka saling menyintai serta ingin berkongsi hidup bersama.
Ø Individu yang berkahwin ingin perkahwinan itu berkekalan
Ø Wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø Individu yang sudah berkahwin boleh bercerai (bergantung kepada keadaan) apabila mereka membuat keputusan tidak mahu hidup bersama lagi
Ø Kanak-kanak perlu dididik untuk menghadapi situasi perceraian/perpisahan
Ø Apabila ibu bapa bercerai, anak-anak akan tinggal sama ada dengan ibu atau bapa, atau bersama ahli keluarga yang lain (mengikut keputusan mahkamah)
Ø Kanak-kanak bukan punca perceraian ibu bapa
Ø Perceraian/perpisahan adalah sukar bagi keluarga

Tahap II (7 – 9 tahun)

Ø Selalunya individu memilih pasangan sendiri untuk berkahwin
Ø Dalam sesetengah budaya, ibu bapa menentukan pasangan bagi anak-anak mereka
Ø Wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø Kanak-kanak bukan punca perceraian ibu bapa
Ø Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali
Ø Kanak-kanak yang mengalami perpisahan atau perceraian ibu bapa perlu mendapat sokongan dan kaunseling yang berterusan

Tahap III (10 – 12 tahun)

Ø Wanita dan lelaki yang telah berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø Kanak-kanak bukan punca perceraian ibu bapa
Ø Terdapat pelbagai nilai berkaitan perkahwinan, perceraian, hidup bersama dan keibubapaan dalam budaya yang  berbeza
Ø Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali

Tahap IV (13 – 18 tahun)

Ø Perkahwinan adalah ikatan hubungan yang sah antara dua individu
Ø Perkahwinan mestilah didaftarkan dan disertai dengan  majlis keagamaan
Ø Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat bagi kedua-dua individu berlainan jantina hidup bersama, saling menyintai dan membantu serta memberi sokongan antara satu sama lain
Ø Perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat memerlukan ciri-ciri yang merangkumi persahabatan, saling menghargai, tidak mudah berputus asa, minat dan matlamat yang sama serta saling memberi sokongan
Ø Pasangan yang komited memainkan peranan dan berkongsi tanggungjawab dalam kehidupan
Ø Dalam sesetengah agama, perkahwinan disifatkan sebagai komitmen sepanjang hayat tanpa berlaku perceraian
Ø Perceraian adalah mengakhiri perkahwinan secara sah
Ø Dalam perceraian, keputusan berkaitan keluarga termasuk hak penjagaan anak-anak dan kedudukan kewangan akan diputuskan secara sah dari segi undang-undang
Ø Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali

Tahap V (19 tahun ke atas)

Ø Perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat memerlukan ciri-ciri yang merangkumi persahabatan, saling menghargai, tidak mudah berputus asa, minat dan matlamat yang sama serta saling memberi sokongan
Ø Peranan pasangan berubah apabila memasuki alam keibubapaan
Ø Apabila pasangan menghadapi masalah dalam perhubungan, mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling
Ø Apabila dua individu bersetuju untuk berkahwin, mereka harus bersikap realistik, jujur antara satu sama lain dan menerima pasangan mereka seadanya
Ø Keperluan dan ekspetasi individu akan berubah hasil daripada perkembangan keluarga
Ø Keperluan dan kepentingan kursus praperkahwinan dan pemeriksaan perubatan
Ø Pandangan agama tentang perkahwinan dan perceraian
Ø Pilihan gaya hidup : bujang, berkahwin dengan mempunyai anak atau tiada anak, homoseksual, heteroseksual, biseksual atau membujang
Ø Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan dalam perkahwinan dan kekeluargaan
Ø Apabila bercerai, terdapat beberapa pilihan dalam hak penjagaan anak

3. Keibubapaan

Tahap I (4 – 6 tahun)

§  Kebanyakan individu ingin menjadi ibu bapa
§  Membesarkan anak adalah peranan orang dewasa
§  Keluarga yang mempunyai anak atau anak angkat harus mengamalkan penerimaan tanpa sebarang syarat

Tahap II (7 – 9 tahun)

§  Membesarkan anak adalah pengalaman yang sangat indah tetapi memerlukan usaha yang gigih
§  Keluarga yang mempunyai anak atau anak angkat harus mengamalkan penerimaan tanpa sebarang syarat
§  Kadangkala anak-anak dibesarkan oleh ahli keluarga lain dan bukan ibu bapa sendiri
§  Kanak-kanak memerlukan tempat perlindungan, makanan, pakaian, kasih sayang,sokongan, masa, pendidikan dan orang dewasa untuk membantu tumbesaran serta perkembangan mereka
§  Ibu bapa mesti bertanggungjawab
§  Ada pasangan yang tidak dikurniakan zuriat

Tahap III (10 – 12 tahun)

§  Manusia memerlukan pengetahuan atau maklumat dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang efektif
§  Manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang menjadikan ibu bapa efektif dan oleh itu, kursus keibubapaan mesti disediakan mengikut pelbagai peringkat usia perkembangan kanak-kanak
§  Ibu bapa yang tidak bersedia menghadapi cabaran dalam membesarkan anak, tidak akan berjaya menjadi ibu bapa yang berjaya
§  Membesarkan anak adalah pengalaman yang menyeronokkan


Tahap IV (13 – 18 tahun)

§  Karier dan tanggungjawab sebagai ibu bapa adalah mencabar sekiranya keduadua ibu bapa bekerja
§  Manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang menjadikan ibubapa efektif dan oleh itu, kursus keibubapaan mesti disediakan mengikut pelbagai peringkat usia perkembangan kanak-kanak
§  Cara membesarkan anak-anak adalah berbeza mengikut budaya; walau bagaimanapun, ibu bapa mesti menyediakan corak perkembangan anak-anakyang sihat dan berkualiti
§  Ahli keluarga dan sokongan dalam komuniti boleh membantu ibu bapa untuk mengurus cabaran
§  Menjadi ibu bapa pada usia muda boleh menjadi sangat sukar tanpa sokongan yang efektif
§  Bagi ibu bapa yang muda, tanggungjawab keibubapaan boleh mengganggu persekolahan, rancangan pekerjaan, sosial dan kehidupan berkeluarga
§  Peringkat remaja adalah bermakna dengan adanya sokongan keluarga dan khidmat komuniti
§  Semasa kanak-kanak membesar, tahap pergantungan dalam hubungan keluarga dengan anak akan berubah

Tahap V (19 tahun ke atas)

§  Keputusan untuk tidak menjadi ibu bapa akan menjadi sukar disebabkan tekanan dan norma masyarakat serta budaya
§  Membesarkan kanak-kanak istimewa yang berkeperluan akan mendatangkan kepuasan dan mencabar dengan adanya sokongan efektif dalam komuniti
§  Membesarkan anak dalam keluarga ibu bapa tunggal akan mendatangkan kepuasan dan mencabar dengan adanya sokongan efektif dalam komuniti
§  Ibu bapa perlu mengambil bahagian dalam pengajaran pendidikan seksualiti.

p/s Bila saya membaca artikel ini ... ianya memberi info yg amat berguna dalam kita melayari hidup berkeluarga... justeru itu saya kongsikan bersama di blog ini... semoga memberi manfaat buat kita.
~ Dimanakah tahap perkahwinan anda ? ^___^

sumber :www.kpwkm.gov.my



Rabu, 27 Mac 2013

EMPING PADI MUDA ^___^

 Assalamualaikum kekawan semua... cuti sekolah ni mesti ramai yang ada rancangan perjalanan bercuti, sama ada ke tempat peranginan, tempat sejarah dan paling tidak pun balik kampung sendiri atau mertua kan :). Saya sekeluarga tak kemana cuti sekolah ni.... paling tidak pun balik rumah mak saya di kuang :)

Cerita emping ni pun dah lama pun... ini memenuhi permintaan kak nabilah... masa berhenti di bahu jalan semasa balik Melaka tempohari, kak Nabilah terpandanglah bungkusan emping ni... bertanyalah dia kepada saya.
 "Mama ini apa?"...
 "Ni emping padi muda" jawab saya
"Rasa dia macam mana" terus bertanya untuk mencari jawapan..
Berfikirlah saya macam mana nak jawab " Nanti kita beli, mama buat, kakak rasa" itulah jawapan yg keluar dari mulut saya.. tak tahu macam mana nak terangkan rasa emping ni... dulu masa kecik2 mak saya selalu buat emping ni.. memang sedap pada tekak saya.. ye lah sebagai kudapan sewaktu kecilkan :)


Emping Padi Muda
Saya buat di rumah mak di kuang, senang sikit nak cari bahan-bahannya... ini pun kakak dah sibuk bertanya bila nak buat... bila siap ajer kak nabilah orang yang tak sabar merasanya... suapan yg pertama... penuh tekun merasanya... "oh memang sedap mama" katanya... baru lah adik dua orang ingin merasanya... memang sedap pun bagi si Nabil sebab dia suka makan kelapa parut mentah tu...


Inilah bahan-bahannya kelapa parut , dan emping padi muda....


RESEPI EMPING PADI MUDA


Bahan-bahanya :

  • Satu bungkus emping padi muda
  • 1/2 biji kelapa parut (ambil yg putih ajer)
  • 4 sudu besar gula (tambah jika ingin manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
Caranya
  1. Basuh emping padi dan rendam dengan air panas lebih kurang 2 minit, lepas tu toskan bagi airnya kering.
  2. Sementara tu gaulkan garam, gula dan kelapa parut didalam mangkuk.
  3. Selepas tu masukkan emping padi tadi kedalam mangkuk yg digaul bahan diatas, gaul sehingga mesra.
  4. Boleh dihidang untuk dimakan. 

Saya buat ni waktu petang ahad, masa tu tengah tengok movie pukul 3pm di TV3... rasanya cerita Senario ... santai jer makan ni ... sedap juga buat kudapan.. tak sangka habis semangkuk...

Sabtu, 23 Mac 2013

Agar-Agar Pelangi... ^___^

Assalamualaikum kekawan semua.. rindu rasa hati nak cerita masak apa, buat apa, tengah buat apa hehehe tapi sekarang tengah buat kerja yg banyak.... tapi nak cerita jugak masak apa.... tapi cerita lama lah ye.. cerita tentang agar-agar pelangi ni...



Saya buat agar-agar pelangi masa majlis doa selamat untuk biras saya punya adik ipar... iatu faiza pada 17 Februari 2013.. hehehe lama tak saya perap cerita ini...


Gambar semasa majlis tu
Alhamdulillah pada 19 Februari 2013 selamat faizah melahir seorang bayi perempuan yg sangat comel... 


Dah sebulan umur baby ni sekarang kan nama pangilannya Khairah.. lupa lak nama penuhnya :D

Jom cerita pasal agar-agar pelangi semula.... saya ambil resepi ni di blog Sinar Kehidupanku a.k.a Yatiememories.. sedap betul agar2 ni... tambah berwarna warni, memang orang tergoda nak makan kan ... minta izin share resepi ye kak yatie... Gambar saya punya yg dah potong tak sempat ambil... sebab bawa dengan bekasnya kesana.... tempek gambar kak yatie juga ye :)

RESEPI AGAR-AGAR PELANGI




Bahan-bahan ( 22 cm )
Bahan A
  • 10 gm serbuk agar2
  • 1200 ml air
  • 200 gram gula
  • Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple,
Bahan B
  • 10 gm serbuk agar2
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gram gula
  • 1/2 sudu teh garam 
Cara-cara
  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
  5. CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  6. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn pisau supaya lapisan akan melekat...sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
  7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn pisau... agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
  8. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

Jumaat, 22 Mac 2013

UNTUK TENANG... KENANG AKHIRAT...


Artikel ini saya ambil di blog ust Pahrol Mohd Juoi ... sungguh menyentuh hati saya apabila membacanya.. terdetik hati untuk dikongsi di blog kecil saya ini...



Bagaimana  kita boleh mendapat kebaikan ketika melihat Kabah atau piramid? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. What you see, is what you get – apa  yang kita lihat, itu yang kita akan dapat.
Jika Kaabah dilihat dengan mengambil ibrah dan barakah  insyaAllah, kita akan mendapat kebaikan. Sebaliknya, jika Kaabah dilihat dengan rasa untuk menunjuk-nunjuk (kerana kita berbangga berada di situ), maka kita akan mendapat keburukan dan kerugian.
Sekalipun melihat piramid yang dibina oleh insan terjahat, kita boleh mendapat kebaikan hasil mengambil iktibar. Namun, sekiranya dilihat dengan penuh kebanggaan atau sekadar ‘melihat-lihat’, maka pandangan itu menjadi sia-sia walaupun mungkin tidak jatuh kepada dosa. Ya, bukan apa yang dilhat itu yang penting tetapi bagaimana kita melihatnya!
Apa yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu? Kata bijak pandai, “who you are dictates what you see” – siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita melihat segala-galnya sebagai hamba Allah, maka kita akan dapat melihat segalanya daripada persepektif Islam. Ketika itu apa kita akan dapat melihat kebaikan sekalipun pada benda atau perkara yang buruk. Ketika melihat seekor bangkai kambing misalnya, Rasulullah SAW telah mengalih perhatian para sahabat untuk melihat gigi kambing itu yang masih putih.
Justeru, tidak kira di mana atau ke mana kita pergi… cubalah menjadi orang yang baik, insyaAllah kita akan dapat melihat kebaikan. Bukan hanya Kaabah mampu mengingatkan kita kepada Allah, tetapi piramid juga boleh mengingatkan kita kepada Allah. Kita akan ingat betapa akibatnya manusia paling angkuh (Firaun), namun akhirnya mati terhina walaupun bangunan yang dibinanya masih tersegam kukuh.
Ketika melihat piramid satu ketika itu, saya telah menulis sebuah artikel. Berikut adalah artikel tersebut:
KENANG AKHIRAT, TENANG DI DUNIA    

Siapa manusia yang paling jahat? Jika soalan ini ditujukan kepada kita, mungkin ramai yang menjawab, “Firaun!”. Benar, tidak ada siapa yang dapat menandingi kejahatan Firaun. Dia bukan sahaja derhaka kepada Tuhan, bahkan mengaku sebagai Tuhan. Itulah puncak segala kejahatan. Ya, secara sinis kita boleh berkata, “sesiapa yang tidak menganggap Firaun jahat, dia juga adalah seorang yang jahat.”

Namun ada yang menarik pada Firaun, yang dapat dilihat dari sisi lain. Sejahat-jahat Firaun, dia tetap percaya akan adanya Hari Akhirat (kehidupan selepas mati). Buktinya, Firaun membina piramid dan segala di dalamnya disediakan semua  bekalannya untuk menghadapi kehidupan selepas mati itu. Walaupun caranya salah, namun dia yakin dan membuat persiapan untuk menghadapi akhirat dengan caranya sendiri.

Bagaimana kita? Bagaimanakah keyakinan kita terhadap Hari Akhirat dan bagaimana pula persediaan kita untuk menghadapinya? Ah, ironinya, kita yang mengaku lebih baik daripada Firaun, namun  tidak pula ‘seserius’ dia dalam persediaan menghadapi hari akhirat yang pasti datang itu.

Mengapa tidak ada persediaan menghadapi Hari Akhirat?

Mungkin sesetengah kita beranggapan bahawa keyakinan pada Hari akhirat hanya berguna untuk ‘kehidupan’ di akhirat sahaja. Atas keyakinan itu, iman kita dikira sah dan kita menjadi seorang Muslim. Dan sekiranya keyakinan itu tidak terjejas sehingga ke akhir hayat, kita berpeluang memasuki syurga. Ya itu, benar.

Namun keyakinan pada hari akhirat sebenarnya sangat memberi kesan kepada kehidupan kita di dunia. Dengan erti kata yang lain, beriman dengan Hari Akhirat akan memberikan manfaat yang sangat besar semasa hidup di dunia lagi.  Dengan keyakinan pada hari akhiratlah kita tidak akan menderita dan keluh-kesah ketika hidup di dunia.

Apabila manusia yakin akan adanya nikmat yang kekal abadi di dalam syurga, maka itu memberi kekuatan, ketabahan dan harapan untuk mengharungi apa jua kesusahan di dunia. Dia rela susah ketika membuat kebaikan. Dia akan sabar menempuh ujian-ujian dalam kehidupan. Tegasnya, dia rela menerima penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia demi mengharapkan kesenangan dan kebahagiaan yang lebih baik dan lebih kekal di akhirat.

Apabila manusia yakin akan adanya azab neraka, maka dia akan rela meninggalkan segala kejahatan dalam kehidupan walaupun kejahatan itu kelihatan seronok, indah dan menggiurkan. Segala kesusahan, ketidakselesaan ketika meninggalkan kejahatan sanggup diredahnya kerana menyedari azab neraka lebih pedih dan berkekalan. Prinsip hidupnya, biarlah bersakit-sakit dahulu di dunia agar tidak bersakit-sakit di akhirat.

Sebenarnya kepercayaan pada hari akhirat adalah fitrah (instinc) semua manusia – tidak kira bangsa, agama dan rupa. Walaupun dengan istilah, hujah dan dalil yang berbeza, namun manusia pada fitrahnya tetap percaya akan adanya kehidupan selepas mati. Agama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan lain-lain semuanya mengajar akan adanya kehidupan selepas mati.

Golongan Atheis sekalipun, juga tidak dapat menolak perasaan akan adanya hari akhirat (‘Sense of The End’) ini. Hati kecil mereka tetap mengharapkan ‘kuasa ghaib’ di saat yang sangat genting yakni apabila semua kuasa mereka sudah lumpuh. Mereka juga mengharapkan keajaiban apabila ikhtiar akal menemui jalan buntu.

Paling tidak, sesetengahnya bangsa atau agama menamakan kehidupan di akhirat sebagai ‘kehidupan kedua’.

Semua percaya bahawa dalam kehidupan kedua (akhirat)  itulah nanti semua perbuatan manusia di dunia akan mendapat balasan. Ini disebabkan di dunia ini tidak pernah ada keadilan yang mutlak dapat ditegakkan. Banyak perkara, kejadian atau peristiwa  yang berlaku tidak berakhir dengan saksama dan pembalasan yang setimpal.

Contohnya, mengapa seorang bayi yang masih di dalam kandungan lagi telah dijangkiti virus HIV? Apakah dosa bayi yang masih suci itu? Apakah  adil dia yang;terhukum’ oleh kesalahan ibu-bapanya? Adil kah begitu? Sering berlaku melalui pengalaman hidup kita, orang yang jahat terus berkuasa, tidak mendapat hukuman malah semakin mendapat sanjungan pula. Manakala pihak yang jujur, baik dan adil, ada kala nya terus ditindas dan dihina. Adil kah begitu?

Keadilan di dunia sangat terbatas. Penyelesaian tuntas dan adil jarang tercapai. Misalnya, apakah adil  Slobodan Milosevic – Penyembelih Balkan itu hanya mati sekali sahaja (itu pun kerana penyakit yang dihidapinya dalam penjara ) sedangkan dia telah membunuh ribuan umat Islam Bosnia Herzogoovina? Sepatutnya, dia wajar dihukum dengan dibunuh beribu-ribu kali!

Bagaimana perasaan kita ketika menonton filem yang berakhir dengan penjahat terus bermaharajalela sedangkan heronya pula terkorban? Tidak puas hati bukan? Maka perasaan kita secara automatik mengharapkan ada ‘sequalnya’. Harapan kita agar watak penjahat mendapat balasan yang setimpal dengan kejahatannya, dan yang baik mendapat ganjaran hasil kebaikannya.

Begitulah fitrah manusia. Dan begitulah manusia ketika berdepan dengan kehidupan di dunia. Secara sedar atau tidak kita sentiasa berharap adanya kehidupan kedua (akhirat) – tempat pembalasan bagi kehidupan pertama (dunia). Justeru, kepercayaan pada hari akhirat adalah fitrah semua manusia.

Sebenarnya fitrah ini telah ‘diinstall’ secara tabii dalam diri setiap manusia oleh Allah s.w.t. sebagai persediaan untuk menerima seruan dan didikan iman kepada hari akhirat.

Fitrah inilah yang disuburkan dengan datangnya wahyu Allah menerusi para Rasul terutamanya Nabi Muhammad SAW. Dengan suluhan Al Quran dan Hadis, kepercayaan kepada hari akhirat ini dipandu dengan tepat, betul dan benar. Diterangkan dengan jelas bagaimana bentuk kehidupan ‘di sana’. Apakah yang perlu dijadikan bekalan untuk ke syurga dan terjauh dari neraka. Apakah pula yang menjadi penghalang mendapat kebaikannya. Segalanya tentang Akhirat itu telah diperincikan oleh wahyu dan Al Hadis.

Tegasnya, elemen dalaman manusia telah dipersiapkan untuk diisi dengan kepercayaan kepada Hari Akhirat – yang akan membolehkannya hidup tenang di dunia dengan membuat segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.  Bukankah ketenangan itu apabila tidak ada kejahatan dan tertegaknya kebaikan dalam kehidupan individu, masyarakat, negara dan dunia?

Benarlah jika keyakinan kepada hari akhirat ini benar-benar mantap, manusia akan mendapat dorongan untuk melakukan kebaikan dengan ikhlas. Walaupun sekiranya kebaikan itu tidak mendapat sanjungan dan pujian. Namun kebaikan itu akan dilakukan jua atas keyakinan kepada Hari Akhirat. Itulah sebabnya, Allah menjanjikan ‘ganjaran’ yang lebih baik dan kekal di akhirat. Dengan keyakinan ini, manusia akan terlatih memberi tanpa mengharapkan balasan. Inilah iman dan inilah jua yang melahirkan keikhlasan.

Ramai manusia merungut, mengeluh malah kecewa bila kebaikan yang dibuatnya tidak mendapat balasan. “Sakit jiwa dibuatnya, kita yang bekerja secara jujur ini tidak dihargai, yang mengampu juga yang dinaikkan pangkat.” Padahal jika keyakinan kepada Hari Akhiratnya mantap, dia tidak kesal apalagi menyesal dengan perbuatan baiknya kerana Allah pasti akan membalasnya di Akhirat.

Dunia adalah tanaman (kebun) untuk Hari Akhirat. Demikian, kata Imam Safie RHM. Ertinya, kehidupan di dunia yang sementara ini adalah satu persediaan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat. Walaupun hidup di dunia hanya singkat (berbading akhirat), tetapi ia sangat penting kerana ia adalah penentu kebahagiaan di akhirat.

Oleh itu, untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, manusia perlu melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Jika ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar nanti, maka pokok yang kita tanam kini perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik?

Hidup di dunia tidak boleh diabaikan hanya memikirkan kehidupan di akhirat. Ingat, orang yang memikirkan kehidupan di akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.

Justeru, kita tidak boleh persiakan kehidupan di dunia ini. Kata Dr Yusuf Qaradawi,”mencintai Syurga tidak bererti meminggirkan dunia.” Dunia sangat penting demi ke bahagiaan di akhirat. Jadilah seperti petani yang gigih berusaha, berkerja dan menjaga tanamannya. Ya, orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan di dunia.

Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Oleh itu, orang beriman sangat gigih mengerjakan solat, taat ibu-bapa, tekun belajar, membantu saudara dan sahabat handai tanpa jemu dan merasa lesu. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Namun, tanpa melalui kesusahan  tidak akan ada kesenangan. Justeru, bagi orang beriman, mereka berpegang kepada prinsip: Bermujahadah (berjuang mentaati Allah) itu pahit kerana syurga itu manis.

Atur jadual harian dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Bermula daripada solat, belajar, membantu ibu-bapa, bersukan, membantu kawan-kawan sehinggalah aktiviti-aktiviti kemasyarakat seperti berderma, bergotong royong dan memberi nasihat – pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran. Insya-Allah, kita akan merasai hidup ini lebih bahagia dan ceria di dunia… dan itulah jua petanda kita akan berpeluang merasai kebahagian dan keceriaan hidup di akhirat. Insya-Allah. Amin!

Selasa, 19 Mac 2013

RATU HATI KU ^____^

Wah! dah seminggu saya tak update blog ni... memang sibuk sungguh ni... rindu nak BW kekawan semua.. Pada 17hb Mac adalah hari lahir ratu hati saya a.k.a mak saya... pepagi saya saya dah wish mak saya selepas solat subuh kerana nak pergi advance fesbuk power... Mak saya terperanjat masa cium n peluk mak sebab mak pun lupa hari jadinya... semoga Allah merahmati usia mak saya..

Emak engkau Ratu Hati Ku ^___^

Selasa, 12 Mac 2013

Bila dah susut a.k.a selasai :D


Rindu saya nak update blog ni... tetapi apabila dibawa ini telah selesai saya update...  ye huhuhu :(


Jumaat, 8 Mac 2013

PEKAN COWBOY SUNGGUH NI ;-)

Saya sampai di Eagle Ranch Resort ni dah malam lebih kurang pukul 9 mlm... ambil dinner sikit dan terus masuk kelas... tak selesa langsung sebab badan melekit tak sempat mandi... dah habis pukul 12 mlm.. balik bilik terus mandi baru  sedap nak tido....
Pagi baru dpt explore tempat tu... memang macam pekan cowboy sungguhlah... dah kali pertama tengok bilik dah terkejut, macam tinggal dlm kabin jer...



Depan pintu masuk untuk ketempat makan dan tempat penginapan, Alhamdulillah tmpt ni semua berdekatan tak perlu jalan jauh...

Inilah rupa tempat penginapan saya, macam bentuk kereta kuda dlm cerita cowboy tu kan... anak2 saya ingat bila pegi PD mesti dekat dgn laut.. tak tahu mama duduk dlm hutan.. pagi tadi terjerit2 bila ulat gonggok naik atas katil...

Inilah rupa dalam bilik tu, semua dibuat dgn papan....


Guna lampu ayam jer dalam bilik ni, alhamdulilla ada aircond... sedap sikit membuta... hari program banyak indoor... saya kalau indoor yg byk talk dari speaker jer, memanglah mata nak pejam jer.. puas saya buat pergerakkan sendiri.. tewas juga... esok baru outdoor program... Ok kawan2 nanti saya update lagi ye... bye.. tq sudi baca dan komen ;-)