JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 Februari 2015

RESEPI NASI TOMATO

Assalamualikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya...
Selamat berhujung minggu kekawan.. apa nak masak hari ini.. jom kita cuba masak Nasi Tomato pulak nak.. ehe ini apa lagi hasil sekodeng di FB lah.. apa lagi tempek dulu di blog kecik saya ni dulu .. nanti senang2 kita cuba ye :)




Nasi Tomato I
Bahan-bahan:
1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2. 2 sudu besar mentega
3. 1 sudu besar minyak sapi
4. 1 biji bawang besar - dihiris
5. 1 batang kayu manis
6. 1 bunga lawang
7. 2 buah pelaga
8. 3 bunga cengkih
9. 4 cawan air
10. 6 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu teh garam
Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa.
Nasi Tomato II
Bahan-Bahan :
1. Beras Basmathi 1/2 Kg
2. Minyak sapi 2 sudu
3. Bawang besar 2 biji
4. Bawang putih 2 biji
5. Kayu manis & rempah tumis
6. Daun pandan
7. Tomato 2 biji
8. Tomato puri 2 sudu
9. Serbuk perasa
10. Susu cair 1/4 tin (100 ml)
Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Selamat Mencuba

Jumaat, 27 Februari 2015

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN


Assalamualaikum kekawan..

 Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya..
Diambil dari whatsapp group.. jadi saya kongsikan disini .. semoga memberi manfaat pada kekawan semua..




KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN | 


Kisah Benar WAJIB BACA !!! Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) bahawa Rasulullah saw bersabda, “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Miraj aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku, ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’ Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi. ’Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?. ’Malaikat itupun berkata, ‘Wahai Rasulallah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai2, ke sawah2 dan ke tempat yang tidak diketahui manusia' Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan. Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau, ‘Wahai Rasulallah saw, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan. ’ Rasulallah saw pun bertanya, ‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?. ’Malaikat itupun menjawab, ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu." اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد Allahhuakhbar. Plz don't keep it, share the knowledge...

Rabu, 25 Februari 2015

Selasa, 24 Februari 2015

MEE KUAH DAGING PEDAS

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan 

kesihatan yg baik.

Ini hasil melihat FB lah ... kekawan FB saya tu Bakers Mania... 

jadi suka sangat post kat wall, masakan yg membuat saya

meleleh air liur :)

Sebelum mencubanya, saya save dulu di blog kecil saya ni..

Resepi ni dari chef papajoh .. mesti sedapkan.. ya lah chef 

yang masakan :)







RESEPI MEE KUAH DAGING PEDAS

Dinner Tonite... Hot & Spicy Beef Noodles. Mee Kuah Daging Pedas. Bon Appetit‪#‎chefpapajoh‬
Bahan2 untuk kuahnya
300 gm daging dihiris tipis2, anda pun boleh gunakan daging tetelan.
1 labu bawang besar kuning - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 tangkai daun ketumbar bersama akar nya - dikisar
1.5 inch halia - dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 tin kecil tomato puree
3 sudu besar rempah sup
4 cawan air atau stok
1 knorr ayam/ikan bilis
1/2 sudu teh serbuk jintan
1 batang rempah kayu manis
2 rempah biji bunga lawang
6 biji rempah buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu jus limau
1 buah tomato dihiris kecil
1 biji ubi kentang di potong dadu2 (Russett potatoes sebaik2 nya)
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar bawang merah goreng
1 mangkok kobis dihiris tipis2
Minyak untuk menumis
Daun sup/ketumbar untuk khiasan
Cara2nya
Panaskan minyak di periok, masukan cili kisar, goreng hingga wangi, masuk rempah yang lain2, gaulkan dengan cili kisar biarkan ia sebati, tuangkan rempah2 sup. Goreng sebentar Letakan tomato puree, garam dan gula secukup rasa. Kemudian letakan daging hiris dan air atau stok. Tuangkan air secukup untuk kuah anda. Masukan buah tomato yang dihiris dan jus limau. Biarkan ia masak hingga ia mendidih dan daging nya empuk. Letakan serbuk lada hitam, ketumbar dan jintan. Masukan 1 kuib knorr ikan bilis/ayam. Rasa kuah anda, mesti ada pedas, masam & manis. Kemudian masukan ubi kentang yang sudah direbus, dipotong dadu2 dan di letakan kedalam kuah nya. Taburkan bawang merah goreng dan sayur kobis hiris. Tutup api kuah nya. Kuah yang panas akan memasakan sayur anda. Ambil 4 biji telur segar, pecah dan goreng 'Mata Lembu' letakan di piring dan tepikan. Di periok lain panaskan air hingga mendidih, letakan sedikit garam, celurkan mee kunning anda, selama 3mins, toskan mee dan letakan didalam mangkuk dan sajikan bersama kuah daging anda dan telur. Taburkan bawang merah goreng dan taburan daun ketumbar/sup. Selamat mencuba. Bon Appetit

Isnin, 23 Februari 2015

Balik Kampung ... SINGGAH CENDOL LEMAN DAWI ^____^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan ceria selalu :)

Kesian mereka menahan panas.. mama blogger tegar ni sibuk juga nak suruh bergambar  :)

Cuti tahun baru China ni berkesempatan utk balik kekampung en suami di Felda Bukit Jalor pada hari Khamis tu, kami bertolak keluar dari rumah pukul 8.00 pagi tu.. keluar jer sampai nak masuk highway tu, en suami tengok weze dulu.. aduhhh tengok jalan dah jem di Senawang, jadi en suami ambil alternatif lain ikut jalan lama.

Tengok tu tiga khemah sekali dipasang di Cendol Leman Dawi, rami yg singgah tu..

Bila ikut jalan lama ni boleh lah menyinggah banyak tempat kan kekawan... salah satunya en suami singgah di cendol Leman Dawi.. kami sampai disitu lebih kurang pukul 11.00am.

Sebelum tu kami singgah di Hospital Columbia Seremban, melawat kawan en suami yg sakit.. Lagi pun dah hampir 20 tahun en suami tak jumpa kawannya..hampir sejam juga mereka bersembang.. kawan en suami ni sakit kencing manis, pastu kakinya dijangkiti kuman tu yg kena masuk wad utk pantau kakinya yg semakin membengkak tu...
  

Emmmm dapnyaaaa :)

 Sekarang ni musim panas.. tekak haus sahaja lah kan..
 Saya dan dua orang kakak tu oder cendol jangung, abahnya oder cendol kacang merah... sejuk jer lalu kat tekak ni kan kekawan.. yang bagusnya Cendol Leman Dawi ni ialah bila kita nak tambah , percuma sahaja.. telah disediakan bekas tambah diatas meja tu.. patutlah murah rezeki wak Leman ni .. rajin bersedekah.. kebetulan Wak Leman Dawi ada, kecoh lah dengar dia bercerita yg tak berhenti-henti tu kan.. tapi penuh fakta apa yg dia katakan tu kekawan...

Sehabis minum disitu kami meneruskan perjalanan, lepas tu pukul 12.30tghri en suami berhenti makan tengahari di Tampin, gambar tak sempat ambil sebab lapor benor dah.. kami makan hidang, en suami ambil lauk kegemarannya , asam pedas ikan pari, masak lomak cili api daging salai dgn rebung, udang goreng dan sayur kangkung, murah betul makan di situ kekawan.. percaya tak untuk semua itu hanya RM8.50 sahaja..

Kami sampai kekampung en suami lebih kurang pukul 1.30pm.. 
Bagaimana perjalanan kekawan balik kampung ye :)

Ahad, 22 Februari 2015

SOMTAM MANGGA MUDAH

Assalamualaikum kekawan...

Ini lebih kurang macam Kerabu Mangga yg kita buat kan

 kekawan.. Thailand panggil Somtam Mangga ke ehe :)

Boleh juga mencuba ni .. ehe mana lagi kalau bukan hasil 

sekodeng di FB .. :)







Resepi Somtam Mangga Mudah!
Bahan-bahannya;
3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam)- sagat halus
3-4 tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
1 biji buah tomato-potong baji
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 peket kecil udang kering-goreng tanpa minyak-saya guna microwave jer..
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak
2 sudu gula somtan (Rujuk gambar di bawah)
Sos ikan secukupnya.
2 biji limau nipis- ambil airnya.
Cara-cara menyediakan somtam;
Masukkan cili padi dalam lesung- lenyekkan atau tumbuk manja
Masukkan udang kering-tumbuk manja
Masukkan kacang panjang- tumbuk manja
Masukkan tomato baji- tumbuk manja
Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
Masukkan asam limau.
Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
Masa hidang, taburkan kacang tanah.

Sabtu, 21 Februari 2015

MARBLE CHEESE CAKE

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Tengok marble cheese cake boleh meleleh air liur kan kekawan.. ni

tak tahan bila kekawan post di wall FB, mula lah hati tu 

melonjak-lonjak nak mencubanya :)



Marble Cheese Cake
Bahan A
185gm butter 
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur
*1/3 cawan susu fresh ditambah sbb adunan agak pekat ~ ( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)
Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter.
Kemudian lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble. Bakar hingga masak.
Biarkan kek semalaman dahulu baru potong sebab kek ni agak lembab (moist).
Suka · 

Jumaat, 20 Februari 2015

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Khamis, 19 Februari 2015

DONUT GEBU MAYONIS

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..



Cuti panjang ni tentu ada kekawan yg dah plan pergi bercuti atau pun balik kampung kan.. Saya pun balik kampung juga, balik dua kampung, memula kampung en suami, kemudian sabtu balik kampung saya pulak.. Apa kata kita buat Donut gebusss mayonis ehe :).
Apa lagi hasil sekodeng saya di FB lah kekawan.. nak mencuba juga ni, nampak macam sedap dan gebus kan kekawan :)



DONUT GEBU MAYONIS
sumber : honeydeekitchen.blogspot
Bahan-bahan
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/ susu pekat manis
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
Kaedah 1~ Penggunaan Bread maker(BM)
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Rabu, 18 Februari 2015

WW :: TGNA ~ SEORANG YG TAWADUK TETAPI DIKENANG BERBILANG BANGSA

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Ilahi hendaknya :)



Berbilang bangsa mengingati jasa Tuan Guru Nik Aziz

Selasa, 17 Februari 2015

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Assalamualaikum kekawan... :)
Semoga hari ini kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dilindungi Ilahi...
Semalam kawan post di FB petua ini.. jadi dikongsikan di blog kecik ini.. semoga memberi manfaat pada semua :)



PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Isnin, 16 Februari 2015

NABIL Tumpang Kegembiraan Yang MELETOP.... ^__^

Assalamualaikum kekawan semua :)

Semoga kita semua berada dalam lindungi Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik...


Semalam petang bawa kakak pergi kelas renang sebab hari sabtu tu ada kelas ganti buat kakak nabilah dan najeeha ada perjumpaan dengan guru disekolah, jadi telefon coach nya minta ganti hari ahad.. bila ganti hari ahad dapat lah si hero ni join kakak berenang.. sampai di kolam terus melompat terjun.. aduh kegembiraan sungguh  bila jumpa kolam... siap kata dengan saya "mama ambil gambar nabil tengah terjun tau"


Bermain lah dia seorang di kolam kecik ni .. boring juga penyudahnya... kakak berdua sedang belajar di kolam renang orang dewasa tu...

Akhirnya dia pujuk saya ajak mandi dikolam renang dewasa tu.. jadi saya kena tukar baju utk jaga dia di kolam renang dewasa tu... dah lah en suami tak nak joint gi pusat akuatik ni.. kena lah saya berendam sama dengannya.. saya suruh dia pakai swim vest ni... senang sikit saya nak kawal dia.. tak dapat lah saya nak ambil gambar kakak belajar berenang gaya baru ni.. beg saya simpan dalam locker .. nanti tak pasal pulak hilang kan..

Ahad, 15 Februari 2015

KERABU PERUT

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...

Bila hari minggu jer lah saya ni nak masak berbagai.. sebelum tu 

layan FB sekejap eheh :)

Apa lagi sekodeng resepi yg kekawan selalu post kat wall FB..

Jom kita cuba :)





Resepi Kerabu Perut
Bahan-bahan
1 kg perut lembu - dibersihkan,direbus dan di hiris nipis
kacang panjang secukupnya- dihiris halus
taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
1 bawang besar- hiris halus
4 biji cili padi- dihiris halus
2 biji limau nipis- ambil airnya
1 biji tomato- hiris
Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus
BAHAN UNTUK DITUMBUK:
1 sudu kerisik
2 batang serai- hiris halus
2 sudu udang kering- dibersihkan
1/2 bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 inci halia
Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.
2. Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi..
3. Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
4. Masukkan bahan perasa..
5. Siap untuk dihidang..
Jom share resepi Emotikon smile

Sabtu, 14 Februari 2015

AYAM MASAK CILI KERING GAJUS ALA THAI

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...

Nak masak apa hujung minggu ni kekawan.. ni sekodeng saya di 

FB.. macam sedap jer.. jom cuba :)






RESEPI AYAM MASAK CILI KERING GAJUS ALA THAI
Bahan-bahan ( Sesuai utk lunch atau dinner )
Dada ayam - hiris tipis
7 tangkai cili kering (rendam dgn air panas)
1 biji bawang besar - Hiris besar2
2 biji bawang merah - potong setengah
1 biji bawang putih - hiris tipis
Buah Gajus
Sedikit halia - hiris tipis
sedikit sos tiram
sedikit tepung jagung/gandum
Garam & serbuk perasa secukupnya
Sedikit kicap pekat manis
sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara
1.Perapkan isi dada ayam yg di hiris tipis bersama dgn sos tiram & tepung jagung.
2.Tumis bawang & halia sampai naik bau, masukkan ayam yg di perap tadi,goreng sekejap & masukkan pula kicap pekat manis,garam,lada sulah &serbuk perasa,gaul & biarkan sebentar..
3.Masukkan cili kering & goreng sebentar.
4.Bancuh sedikit tepung jagung bersama sedikit air & tuang dlm masakan, gaul & biarkan sampai pekat sedikit.
5.Matikan api & hidangkan panas2 bersama nasi.
Selamat 

Jumaat, 13 Februari 2015

ORANG RAMAI MENZIARAHI JENAZAH TUAN GURU NIK AZIZ

Assalamualaikum kekawan...


Masjid di Kg Melaka Kelantan dibanjiri orang ramai utk menziarahi buat kali terakhir jenazah tuan guru.. MasyaAllah lihat awan yg berbentuk kalimah Allah itu..

Penuh jalan masuk hendak kerumah tuan guru..



Sesak penuh dengan pengikut tuan guru..



Berebut-rebut hendak mengusung jenazah tuan guru..


Penerbangan ke Kelantan yg dipenuhi dengan penceramah agama..

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Ilahi hendaknya..
Malam tadi dah terima whatsapp dari kekawan tentang kematian tuan guru ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi hendak nya ..















KUALA LUMPUR: Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan pada pukul 10 pagi Jumaat di Masjid Pulau Melaka. Jenazah kemudian akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka.

Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.

Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti-parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.

Urusetia itu juga memaklumkan jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).

Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Khamis, 12 Februari 2015

DAGING GORENG HITAM MANIS

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dilindungi Ilahi 

hendaknya. Hasil sekodeng FB petang semalam.. jom kita cuba 

masak resepi ni pulak.. macam sedap jer.. :)






Daging Goreng Hitam Manis.
Daging Goreng Hitam Manis. Bon Appetit
Bahan2nya
750gm Daging hiris
2 sudu besar - Lada hitam- ditumbuk
2 biji Bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar - biji Ketumbar-disanggah dan ditumbuk
1/2 sudu teh - biji Jintan-disanggah dan ditumbuk
1/4 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1.5 inch halia - ditumbuk
1 tangkai daun ketumbar & akar - ditumbuk
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang karot - dipotong serong
1 biji cili bol - dipotong dadu kasar2
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis & masin.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 sudu besar minyak masak Canola/Sayur
Bwang goreng dan daun ketumbar untuk khiasan
Cara2nya
Panaskan minyak diperiok/kuali, masukkan bawang besar dan rempah2 yang di tumbuk halus. Bila remaph mula bangkit tuangkan daging hiris, gaulkan hingga sebati. Letakan kicap manis & masin dan 1 cawan air, letakan garam & gula. Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit. Goreng hingga setengah masak, letakan cili bol dadu & karot yang dihiris serong. Tutupkan tudong periok sebentar. Goreng kentang di kuali lain, yang di potong dadu. Masukkan ubi kentang goreng kedalam periok. Gaulkan bersama dagingnya. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Tutup api. Sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.

Rabu, 11 Februari 2015

WW :: DOA BAHAGIA SUAMI ISTERI

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dilindungi Ilahi hendaknya .. Aamiin..



Selasa, 10 Februari 2015

ROTI JOHN SOSEJ HOMEMADE MUDAH ^___^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dilindungi Ilahi jua hendaknya :)

Biasalah kaum mak2 ni, apa lagi kalau pagi2 tak sibuk menyediakan sarapan pagi untuk keluargakan :)
Malam tadi mereka dah request nak roti john sosej, jadi terus siapkan bahan2 tu malam tadi nanti pagi senang terus ajer masak kan...
Saya buat 6 biji roti john, 2 biji utk najeeha, 2 biji utk Nabil dan 1 sorang utk saya dan en suami, najeeha dan nabil satu makan dirumah, satu lagi bawa bekal ke sekolah..

Bahan2 saya mudah ajer kekawan, mengikut selera kami anak beranak ajer, roti tu saya beli kat staff saya , saya suruh dia buat panjang utk buat roti john, saya parutkan kobis dan karot merah buat seperti coslow, telur dan sosej.. senang kan ehe :)

Ehhh, apa pulak terselit gambar mee goreng ni :)
Mee goreng ni saya buat untuk kakak Nabilah masa nak balik asrama tu hari, ini pun request dari kak nabilah jugak, pagi tu sebelum pergi pasar dia dah minta, jadi senang saya beli barang2nya kan, boleh dia kata "tengok minggu lepas kawan2 bawa mee goreng, lepas tu teringat mee goreng basah mama , tu yg minta mama masak, mee goreng basah mama sedap"... aduhai siapa nak puji kalau bukan anak sendiri kan kekawan :D

RESEPI ROTI JOHN SOSEJ


Bahannya :-
  • 6 buku roti (dibelah dua jgn smpi terputus)
  • 6 biji sosej ayam
  • 2-3 biji telur ayam
  • sedikit kobis dan karot merah diparut
  • mayonis
  • sos cili
  • garam
Caranya :-
  1. Rebus sosej sehingga masak, ketepikan, bila sejuk belah dua.
  2. Pukul telur ayam dan letak sedikit garam.
  3. Buatkan kobis dan karot merah yg diparut tadi seperti coslow, yakni letak mayonis 2 sudu besar dan 2 sudu besar susu segar, gaulkan dan ketepikan.
  4. Panas drypan, letakan sedikit minyak, lepas tu letak sosej yg telah di belah dua, kemudian tuang telur diatas sosej dan ratakan (lihat gambar diatas)
  5. Kemudian tekap roti diatasnya, tunggu sehingg masak, dan angkat.
  6. Kemudian sapu sos cili dan letak coslow diatas , kemudian dilipat dua.
  7. Siap utk dihidangkan.