JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Oktober 2013

CERITA KAKAK NABILAH MENIAGA :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan semua :)

Semalam petang sewaktu menjemput nabil, sembang kejap dengan hero ni...

Nabil : Camne dengan jualan kakak ye mama... mesti lariskan...
Mama : InsyaAllah, habis lah tu, kakak kan ada strategi :)

(cerita nya disini...HARI KEUSAHAWANAN :) )

Lepas tu pergi jemput kakak di Maahad Tahfiz.... masuk jer kakak dalam kereta dalam dah tanya...

Nabil : Kakak habis tak jualan tu...
Kakak : Habis semua tapi..... (dengan muka sedih, nampak mcm lepas menangis)
Mama : Tapi kenapa pulak ni ?
Kakak : Ketua kumpulan kakak tu cuma kasi kakak RM10 jer...

Mama : Kenapa pulak camtu, kan habis jualan, modal kakak RM21, lepas tu duit tukaran syiling RM5, semua satu kumpulan                   dapat berapa ringgit ?

Kakak : Tu lah mama, kakak dah tanya kenapa bagi RM10 ajer dan mana duit syiling tukaran tu semua, kami ada 7 orang semua, jualan akak dgn kwn kakak yg habis sebab akak dan kawan akak berjalan jual rata-rata, yg 5 orang ni jualan dia orang tak habis dapat jual sikit jer, jumlah dapat semuanya RM105.00, yg ketua boleh amik RM 35 yg lain dia bagi RM10 dan kwn lagi satu RM15...(sedih jer wajahnya, kesian pulak saya tengok)

Mama : Tak pe macam ni, esok kakak terangkan pada kawan kakak tu duit modal kakak RM21 dan duit tukaran RM5, jadi semuanya RM26... minta balik utk duit modal jer baki RM16 tu, yg keuntungan kakak tu kakak sedekah jer kat dia sebab kakak kata dia takut kat mama dia sebab jualan dia tak habis, nak bayar balik modal dia tu... kakak faham tak ni...

Kakak : Faham mama, esok akak terangkan tapi kalau dia tak nak bagi camne.. mama jumpa dia boleh..

Mama : Ini lah adat berniaga kakak, hendaknya bila kita meniaga sama-sama, kita kena jujur, berdosa kita ambil yg bukan hak kita, sebab dalam Al Quran  pun ada tulis "berbuat jujurlah dalam urusan urus niaga kamu, semoga kamu berada dalam golongan orang yg jujur"... nanti kalau ada masalah call mama ye... (pujuk saya.... barulah wajahnya ceria dan kami pun tak sembang pasal tu....

Rabu, 30 Oktober 2013

HARI KEUSAHAWAN SEKOLAH NABILAH

Assalammualaikum kekawan.. lewat bersiaran hari ni.. dlm minggu ni memang bizi sikit.. hari ni hari keusahawanan sekolah Nabilah, tghri smlm keluar sekejap gi cheekers ss15 shah alam...

Saya tanya kenapa letak dlm bakul, ni strategi meniaga mama, kakak dgn seorg kawan menjual berjalan-jalan, 2 org tunggu di gerai... pandai juga bebudak ni buat strategi meniaga kata hati saya..


Modal semua beli jajan ni rm21, cikgu kata modal jgn byk, cukup rm20 aje.. moga jualan mrk laris hendaknya... ;)

p/s maaf ye tak sempat BW kekawan lagi ye..

Selasa, 29 Oktober 2013

SEMOGA ROH MU DAMAI DISANA..

Assalamualaikum kekawan semua... semoga sihat sejahtera hendaknya...

Semalam pukul 10.30 pagi saya dan beberapa orang rakan ofis yg tidak berkesempatan menziarahi arwah kerana sedang berkursus di Langkawi pergi menziarahi pusaranya... perjalanan hidup arwah bersama saya terlalu panjang iaitu dalam tempoh 16 tahun arwah berkhidmat di Lembaga Zakat Selangor... Bila mendengar cerita kekawan yg menghadiri pengkebumian arwah sungguh indah... sewaktu memandi arwah, jenazahnya masih panas dan lembut... dimandikan oleh mantan Pengurus Besar LZS Tuan Haji Ahmad Shahir dan diimamkan oleh Ustaz Halim Din pendakwah bebas yg dahulu berkhidmat dengan LZS, kemudian di talkin oleh Ustaz Mohammad Uda juga mantan LZS... semuanya sahabat-sahabat arwah yg tersayang...  pengurusan jenazah arwah tidak sampai 4 jam... itulah tanda-tandanya orang yang baik meninggal, apabila jenazahnya diuruskan dengan begitu segera...seperti yg dituliskan oleh sahabat saya Amran Hazali di FB nya "Good man die young".... 

Damailah roh mu disana wahai adik Rais ku, hanya doa yg dpt dikirimkan buatmu disana... pada masa kami menziarahi kubur arwah sempat juga kami membuat tahlil ringkas yg diketuai oleh Shamshur Asari.. berguguran air mata  ketika doa dibaca... Sempat juga pagi tu saya memetik bunga dan daun pandan utk saya taburi dipusara arwah...

Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam tempat persemadian arwah ni lah nombor... 


Al Fatehah 
- Rais Bin Jamil @ Shafii 
10 April 1975 - 26 Oktober 2013
Semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi... Aamiin..


Sabtu, 26 Oktober 2013

AL FATIHAH BUAT SAHABAT :(

Pada pukul 12 tghr saya menerima berita adik di ofis saya Rais telah meninggal dunia.. berguguran airmata, teringat anak2 arwah yg masih kecil.... arwah adalah seorang yg sgt baik, suka sgt tolong org, pemurah dan sentiasa tersenyum... arwah sakit lukimia selama setahun dan semakin kritikal dlm minggu lepas, ralatsungguh hati saya tidak kesempatan utk menziarah jenazah arwah buat kali terakhir...
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org beriman dan dicucuri
rahmat Ilahi.. Amin. Al fatihah..

Jumaat, 25 Oktober 2013

KEMANA TU... BYK PINGGAN MANGKUK ;)

Assalamualaikum dan jumaat yg borakah.. saya sekarang berada di Langkawi bermula dari 24-27hb Oktober 2013 kerana mengikuti retreat ofis. Semalam acara membeli belah.. haha acara yg paling disukai kaum ibu.. kena shoping smlm sebab hari ni cuti, byk tmpt shoping yg tutup, siap tanya dgn jurujual tu lagi ;), dlm pd tak nak membeli saya ni, tiga bungkusan juga ;) lepas sibuk memikir masimg2 mcm mana nak bawak balik hihihi masa membeli tak hengattt dunia kihkih.. amik ko yatie ooii.. 
Hari ni aktiviti semua aktiviti dalam class je.. siaplah saya mengantuk jer kat dlm tu. Nanti saya cerita lagi dan tengok tangkapan saya tiga plastik tu ;)
Corelle yg membuat mata tak keruan hehehe

Hasil tangkapan kami lima org , lebih plastik dari orang hehehe

Rabu, 23 Oktober 2013

WW : NABILAH YANG BERANI....





Nabilah : Mama tengok ni...
Mama : Apa tu Nabilah
Nabilah : Saya cabut gigi sendiri
Mama : oohhhh good girl.. berani you..

p/s inilah kali pertama dia cabut gigi sendiri, sebelum ni pergi dentist utk cabut gigi susunya itu..

Selasa, 22 Oktober 2013

DAGING MASAK KICAP SOON

 Assalamualaikum kekawan... senyuman seindah bunga mekar berseri. Ini gara-gara daging korban yg ada dalam peti ais tu maka saya masaklah daging masak kicap soon, itu yg menjadi kegemaran keluargakan... nak dibuat rendang hari raya haji tu ari dah makan dah kan... kita buat yg lain pulak :)


Encik suami ada request buat kari, nanti dulu ikut turn banyak lagi daging dan tulang dalam peti ais tu nanti kita masak ye en suami, hari ini kita masak yang senang dulu hehehe... nampak sangat kerajinan isterinya nak memasakan :)

Kekawan buat masak apa daging korban itu hari, share lah resepi yg lain dari biasa... saya dah kehabisan idea memasak daging yg ada dalam peti ais tu :D

RESEPI DAGING MASAK KICAP SOON

 
Bahannya :-

  • 300 gram daging
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih(dimayang)
  • 2 biji cili hijau
  • 3 genggam soon(rendam sekejap)
  • 1 biji bunga lawang, pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis
  • kicap
  • garam
  • air
Caranya :-
  1. Goreng daging hingga masak, angkat dan letakan ketepikan
  2. Tumis bawang merah,putih, cili hijau dan rempah sekawan tu sehingga wangi.
  3. Kemudian letakan kicap dan air, kacau sekata, lepas tu masukan soon, rasa garamnya.
  4. Selepas tu baru dimasukan goreng daging tadi. Gaulkan sedikit.
  5. Siap untuk dihidang...
TADA.... CEPAT SIAP MASAK... RESEPINYA PUN MUDAHKAN :)


Isnin, 21 Oktober 2013

KUEYTEOW GORENG LADNA ... YUMMY ^__^

Assalamualaikum kekawan.. selamat pagi isnin yg ceria... kena ceria tau jangan monday blues :) Petang semalam memenuhi permintaan nabil nak kueyteow goreng ladna.. nabil kalau sup ni memanglah kegemaran dia..


Kueyteow goreng ladna ni main campak-campak jer resepinya, mana yang ada dalam peti ais tu... sedap sangat kata nabil, bertambah-tambah dia makan (siapa nak puji kalau bukan anak sendiri hehe)


Bukan anak jer bertambah mama pun bertambah sama :) makan pulak masa hujan turun dengan lebatnya, lagi lah perut lapar berbunyi-bunyi minta diisi ... tambah tambah lagi kata hati tu hahaha, resepinya mudah saja kekawan, setengah jam dah siap.. jom intai resepinya :)

RESEPI KUEYTEOW GORENG LADNA




















Bahan-bahanya:-
Bahan A
Sebunggkus kueyteorw
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
sedikit minyak

Bahan B
3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit hancur)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sekeping dada ayam
5 ekor sotong (dipotong kecil)
10 ekor udang 
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka anda ye, saya potong bulat berbunga :)
kobis bunga (pun ikut suka nak letak banyak mana.. agak2 lah ye)
5 tangkai sawi (ikut suka juga)
4 biji cili padi dihiris ( saya letak kemudian sebab anak makan kan.)
2 sudu tepung jagung
500ml air
minyak bijan
1/2 kiub perisa ayam
garam secukup rasa

Cara-caranya :-
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kunig dan wangi.
2) Kemudian masuk ayam, udang dan sotong.. kacau sebentar
3) Selepas itu masukan sos tiram dan kicap, goreng sekejap, masukan air.
4) Kemudian masukan lobak dahulu, bila dah mendidih baru masuk bunga kobis dan sawi.
5) Selepas itu masukan garam mengikut rasa dan kiub perisa ayam, kemudian masukan tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air.
6)Akhir sekali titikan beberapa titik minyak bijan.
7) Apabila nak makan baru dimasukan hirisan cili padi.. tapi jika nak makan sendiri boleh masak bersama sayuran tadi.

Cara Masak Bahan A:
1) Panaskan minyak, kemudian masukan sos tiram dan kicap. Goreng sekejap lepas tu masukkan kueyteow, kacau hingga sebati. 
2) Angkat dan letakan kedalam manggkuk

SELAMAT MENCUBA ;-D




Ahad, 20 Oktober 2013

NASI LEMAK RENDANG DAGING BUNGA KASEH ;)

Assalamualaikum dan selamat pagi kekawan. Dah sarapan pagi.. sarapan kami pagi nasi lemak aje ;).. Saya masak nasik lemak aje, rendang daging tu lebih raya haji tu hari hehehe.. timun pula ganti dgn tomato hahaha apa yg ada je labu.. kepenatan semalam ke hari keluarga ofis di Wadi Samrah Janda Baik Pahang tu pun belum hilang...
Jadi aktiviti pagi ahad saya hanya dirumah mengemas, membasuh baju mereka mandi sungai semalam... Kekawan gi mana hari ahad ni.. tentu ada yg gi jalan2 kan atau pun memenuhi undangan perkahwinan.. selamat berhari minggu kekawan.. Jom sarapan ;)
RESEPI NASI LEMAK

Bahannya :-
  •  3 cawan beras
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air panas
  • 1 ulas bawang merah ( dihiris)
  • 1/2 inci halia(dihiris)
  • garam
  • 1 helai daun pandan

Caranya :-

  1. Beras dibersihkan, masukkan beras, santan, air,bawang, halia dan sedikit garam.
  2. Apabila nasi separuh masak, madukkan daun pandan, kacau dan tutup semula periuk nasi, tunggu sehingga nasi masak dan kering.
  3. Siap utk dihidang bersama sambal ikan bilis/ rendang dan sebagainya yg anda sukai..

Jumaat, 18 Oktober 2013

Renung # Pesanan Ustaz Don Daniyal ^___^









Assalamualaikum kekawan semua.. harap semua sihat ye... masa amat diperlukan oleh saya... dalam minggu ini dan minggu depan adalah masa yg sibuk buat saya.. nak BW kekawan pun tak berkesempatan apatah lagi nak update setiap hari... 

Jadi hari ni mari kita baca renungan ini ^___^










Sumber : Google



Rabu, 16 Oktober 2013

SAMBAL TAHUN.... YUMMY ^__^


 Assalamualaikum dan selamat pagi kekawan semua... hari ini saya dah mula bekerja.. anak2 pulak sekolah kebangsaan sekolah tetapi sekolah agama bercuti lagi terpaksa bawa mereka ke ofis... hantar Nabilah dan Nabil ke sekolah dan tadika, bawa najeeha ke ofis...

Hari raya haji ni saya tak kemana hanya duduk di rumah emak sahaja... semua adik beradik datang rumah mak... cuma dua orang jer yg beraya di rumah memertu mereka... kekawan raya mana raya haji ni....

Sambal tahun.... pertama kali saya makan sambal tahun ni masa pergi kenduri kahwin budak di ofis ni, dia orang Banting Klang, rupanya ini masakan orang jawa.. memang kena dengan tekak saya, rupanya mereka guna kulit lembu yang telah direbus ...

Jadi masa korban ni kan banyak dapat kulit lembu apa kata kita buat sambal tahun ni :) boleh juga guna perut lembu... Di surau taman saya kali ni korban 7 ekor lembu... punya banyak en suami bawa daging, tulang, usus, perut bawa balik rumah... saya panjang korban tu kepada adik ipar saya dan mak angah suami saya yg tinggal di shah alam ni...


Gambar ni sambal tahun yg dibeli daripada staff saya yg emak dia buat di klang.. meman sedap, en suami saya pun suka...

Saya minta resepi dari adik tu nanti boleh saya cuba buat sendiri perut dan usus yg saya dapat tu ...


RESEPI SAMBAL TAHUN



















Bahannya:
2 mangkuk lengkuas yg telah potong nipis
1 mangkuk cili api

1 kg kulit lembu/perut/ 
2 kg kerang 

5 biji tauhu
200 gm ikan bilis
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kg santan
air asam jawa
garam

Caranya :


  1. Rebus lengkuas da cili api.. bila telah agak layu angkat.. toskan
  2. rebus kerang.. buang kulit..
  3. goreng  ikan bilis..
  4. tumbuk bawang putih dan bawang merah 
  5. panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..
  6. masukkan santan dan semua bahan2 diatas.. masak diatas api perlahan.. sehingga kuah menjadi agak pekat..
p/ssambal tahun akan rasa lebih sedap setelah setelah 2 hari.. panaskan setiap hari..

Isnin, 14 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA DAN HARI ARAFAH YG BERAKAH...


Assalamualaikum kekawan ... tentu ada yg puasa sunat Hari Arafah.. saya insyaAllah berpuasa hari ni.. baru habis mengisi beras dlm sarung ketupat... skrg nak merebus pulak...  Lepas tu nak merendang daging pulak.. kekawan pun tentu sedang sibuk memasak bagai.. atau ada yg bekerja hari  ni.. ;)

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut aidiladha "Kullu 'An Wa Antum bi Alfi Khair"


Ahad, 13 Oktober 2013

PROJEK PAGI AHAD SAMA MAK ;)

Pagi hari saya dan emak dah smpi di pasar tani Paya Jaras, ingatkan kami dah yg smpi dulu, tengok org dah ramai.. tmpt yg saya terpa dulu org jual daun kelapa muda utk buat ketupat, sbb ketupat adalah wajib dirumah bila raya...

Lepad tu baru saya bila daging dan limpa utk buat rendang.. hari ni projek saya menganyam daun ketupat... esok pagi dah boleh rebus ketupat..
Saya raya haji dirumah mak saya di Kuang kali ni sbb raya puasa tu hari dirumah en suami..

Esok dah 9 Zulhijjah .. hari Arafah, insyaAllah saya nak puasa sunatlah esok.. jom kita puasa kekawan..;) 

Sabtu, 12 Oktober 2013

MIHUN GORENG HAILAM CINTA HATI ;)

Assalamualaikum kekawan... dah sarapan pagi semua... sarapan pagi kami arini mihun goreng hailam.. permintaan dari kak nabilah malam tadi... "mama dah lama tak masak mihun goreng" jadi pagi ni saya buatkan ... bersungguh menambah makan nabilah tu.. en suami sempat makan sebelum pergi kerja...

Lagi dua hari kita akan menyambut hari raya aidiladha.. kekawan balik kampung ke.. saya balik kg kuang, rumah saya, en suami halfday hari isnin ni.. saya dah cuti sebab sekolah pun cuti hari isnin tu.. ditaman perumahan saya tinggal ni ada buat korban juga di surau, tapi tahun ni tak banyak kata en suami, tiga ekor jer, berbanding tahun lepas tujuh ekor...

Salam aidiladha buat kekawan semua...


RESEPI MIHUN GORENG HAILAM
Bahannya :-

  • 300 gm mihun direndam
  • 200 gm udang basah
  • sedikit daging ayanm dihiris
  • 1 cawan air rebusan daging ayam( versi kering)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bwg putih diketuk
  • 2 ulas bwg merah kecil di ketuk
  • garam
  • sawi, daun sup dan daun bawang
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali, tumiskan bawang putih,merah dan cili kisar.
  2. Masukan sos tiram, kicap pekat, sos tomato dan air rebusan ayam.
  3. Apabila mendidih masukan udang, ayam, sayur sawi dan garam
  4. Akhir sekali masukan mihun, kacau hingga sekata hingga kering kuahnya, kemudian masukan hirisan daun bawang dan daun sup, kacau sebentar.
  5. Siap untuk dihidang.

Jumaat, 11 Oktober 2013

BIAR KAYA IMAN DAN TAQWA ^___^

Salam..Untuk Renungan Kita..

Sempena menyambut Idul Adha, kisah seorang sahabatku, penjual haiwan ternakan:
Setelah melayani pembeli, saya melihat seorang wanita sedang memperhatikan dagangan kami,

Dilihat dari penampilannya sepertinya mahu membeli. Lalu saya menghampiri nya dan menawarkan.
“Sila kan puan"
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa?” Wanita itu menunjuk pada haiwan yang paling murah.

Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah". harga sebegitu untung saya kecil, tapi biarlah..
“Wang saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, akhirnya saya berlembut. “Biarlah..”

Sayapun menghantar haiwan wanita itu, Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah..
Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu hanya tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak melihat tempat tidur yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua kurus. “Mak..bangun mak, nih tengok Sumi bawa apa", Perempuan tua itu terbangun.
“Mak Sumi sudah beli kambing buat emak qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut namun kelihatan bahagia, sambil mengusap-usap kambing orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Nih abang duitnya, maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya...

Ya Allah...Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang nih wang kambing itu!" panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biar biaya kambing ini, saya yg bayar."

Saya cepat pergi sebelum wanita itu perasan bila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah mempermudah kita semua...

Hadith pada pagi ni melarang kita dari terpesona dengan harta benda. Harap2 kawan2 dapat berkongsi ilmu berkenaan hadith ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya bagi setiap umat itu berhadapan dengan fitnah. Fitnah bagi umatku ialah harta" Riwayat al Tirmidhiy(2336). Kata Abu 'Isa : Hadith Hasan Sahih
 — with Amir Bahari and 7 others.

Khamis, 10 Oktober 2013

LEMANG SERI PELANGI ... YUMMY ^____^

 Projek buat lemang ni pada hari sabtu minggu lepas, gara-gara teringin nak makan lemang, dah lama mak cik selalu jual lemang di pasar malam seksyen 6 tu tak menjual, saya sekeluarga suka sangat lemak mak cik tu... semua bahan terasa... lebih-lebih lemak santannya terasa... mak cik selalu bagi saya kepala lemang sebab mak cik tahu saya suka...

Jadi saya google camne nak buat lemang cara kukus tak perlu nak bakar bagai hehehe... goole punya google jumpalah di blog ini ena zarina boleh tengok blog ni...lemang-tanpa-buluh-dan-lemang-pulut.


Sedap dimakan bersama kari sotong

Juga rendang ayam....

Enak jugak bersama serunding....

Ini cara saya... acuannya kecik sahaja...
Saya buat lemang berwarna macam nasi hujan panas tu, nak kan satu kelainan, suka betul nabil bila hajat dihatinya tercapai.. en suami balik petang tu pun terkejut bila saya hidangkan lemang seri pelangi ni...  en suami tanya mana dapat lemang ni .. saya cakap buat sendiri cara kukus... sedap katanya ...( kembang sekejap hati ni hehehe ) beriye bertambah makan bersama rendang yang saya buat juga dihari itu... en suami request boleh buat untuk hari raya haji ni.

Ena Zarina ni berada di perantauan sekarang tak silap di Jepun.. ini katanya versi perantau yang nak makan lemang...Akak mohon copy paste ye Ena Zarina step by step yg ena buat tu ye... tapi saya ada ubah sedikit untuk lemang seri pelangi saya ini...

RESEPI LEMANG SERI PELANGI















.






Bahan-bahan:


  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)(saya letak 100 ml santan dari sebiji kelapa yg diperah)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning, merah, hijau (ini saya tambah)
Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. 
  4. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  5. Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  6. Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan. apabila santan sedikit kering titik pewarna kuning, merah dan hijau, kemudian tutup semula, lepas 10 minit gaul pulut tersebut.
  7. Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  8. Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.

Cara Buat Lemang:
  1. Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  2. Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  3. Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  4. Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  5. Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  6. Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  7. Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  8. Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  9. Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  10. Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Rabu, 9 Oktober 2013

GULAI PUCUK PAKU UDANG GALAH

Assalamualaikum... Apa khabar kekawan semua... 

Dah lama teringin nak makan pucuk paku, minggu kedua pergi pasar tani baru jumpa pucuk paku, cari pulak regunya untuk dimasak, tengok udang galah cantik jer tu, sambar sepinggan... sepinggan tu ada dalam 8 ekor kot RM 10 sepinggan..

Gulai pucuk paku udang galah Yummy
Jadi menu kami tengahari tu Gulai Pucuk Paku Udang Galah... berselera lima beranak makan... bila masak untuk dimakan bersama anak-anak memang buat tak pedas sangat... jadi saya buat regu saya dengan sambal belancan untuk kami suami isteri...

Nak jugak tempek resepi kat sini, mana tahu ada pulak nak buat gulai pucuk paku ni... kak nabilah dan najeeha boleh rujuk sini bila nak masak nanti ye :)

RESEPI GULAI PUCUK PAKU UDANG GALAH


Bahan-bahanya :


  • 8 ekor  udang galah
  • 1 ikat pucuk paku
  • 10 biji cili api ditumbuk 
  • 3 biji cili merah ditumbuk
  • 3 biji bawang merah di tumbuk
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • Santan dari sebiji kelapa (asingkan patinya)
  • Garam secukup rasa
  • Asam Keping
  • Daun Kunyit



Cara-caranya
:


  1. Masukan bahan tumbuk ,santan cair dan udang galah. Masak hingga mendidih.
  2. Kemudian baru masukan pucuk paku, asam keping, daun kunyit serta pati santan dan garam secukup rasa
  3. Kacau perlahan supaya tak pecah santan, apabila dah mendidih, tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan

Selasa, 8 Oktober 2013

Abang A.D.A.M Demam :(


Kesian pulak tengok abang A.D.A.M @ Nabil demam... cerita ADAM klik disini A.D.A.M :)...

Nabil ni tak boleh jatuh sikit , lepas tu senang jer demam... semalam saya terpaksa cuti emergency sebab nak jaga dia dirumah... malam tu dia dah mengadu pening kepala, saya rasa badan dia dedar sikit, bagi makan ubat demam... bangun pagi untuk pergi sekolah dia muntah-muntah.. rasa badan dia masih dedar lagi... bawa pergi klinik, dia cerita sendiri dengan doktor , kepala dia pening lepas tu muntah-muntah, doktor tanya berapa orang dirumah yg muntah-muntah cam ni, saya kata dia seorang ajer... ada pergi makan kenduri ke... tiada pulak... makan dirumah jer.. lepas tu dia cerita dia ada jatuh dan kepala dia terantuk... doktor bagi surat untuk ke hospital jika dia muntah-muntah lagi... Alhamdulillah hingga pagi ni dia tak muntah-muntah tapi masa hantar dia ke tadika badan dedar sikit.. dah pesan dengan cikgunya, minta diberi makan ubat...

Semalam langsung tak menjengok blog ni apalagi berjalan ke blog kekawan... Insya Allah hari ni saya ziarah blog kekawan pulak  :D

Ahad, 6 Oktober 2013

A.D.A.M ;-)

Petang jumaat saya sakit perut.. dah lama bila uzur saya tak sakit perut... jadi saya berkerut-kerut muka menahan sakit... maka terjadilah perbualan ini ...

Mama : aduh sakitnya perut..
Nabil : Mama bak telefon kecik tu...
Mama : Nak buat apa?
Nabil : nak telefon abah, suruh hantar hospital, mama dah nak bersalin....
Mama : ?????? hahaha..


Macam mana nabil boleh fikir saya sakit perut nak bersalin..mungkin tengok perut saya buncit kot... ni kena kempiskan segera ni huaaa :(

Lepas tu dia membebel sorang2...

Nabil : Mama, beranak lah lagi satu, adik lelaki, nanti nabil bagi nama ADAM... Bila Adam besar boleh main dgn dia..

Aduh.. mama tak boleh nak penuhi permintaan nabil... mama dah four series ++ hehehe

Sabtu, 5 Oktober 2013

NASI GORENG SOTONG ^____^ YUMMY ....

Assalamualaikum kekawan semua... semoga sihat sejahtera dan ceria :) dah sarapan pagi ke... pagi ni saya masak nasi goreng sotong... bila buat nasi goreng ni teringat cerita "sotun" hehehe..Ini gara-gara stok sotong yg banyak dalam peti ais tu.. jadi minggu ni adalah minggu menu sotong di rumah saya hehehe :D

Budak tiga orang ni memang suka nasi goreng sotong .. termasuklah mak dan bapak budak ni hehehe... Senang ajer buat nasi goreng sotong ni kan , sama jer macam nasi goreng biasa tu cuma tambah sotong jer...

RESEPI NASI GORENG SOTONG


Bahannya:-

  • Satu semangkuk nasi putih
  • 5 sudu besar cili kisar merah
  • 1/2 batang lobak merah dipotong dadu
  • 4 ekor sotong (potong ikut suka- saya potong bulat kecil dan bunga tu untuk hiasan jer satu ekor)
  • satu mangkuk kobis
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis cili kisar sehingga wangi , kemudian masuk lobak merah dan kobis, kacau hingga mesra
  2. Lepas tu masukan garam dan sotong, rasa masinnya baru masuk nasi.
  3. Bila nasi dah sebati dengan semua bahan, angkat dan siap dihidang
SELAMAT MENJAMU SELERA KEKAWAN :)

p/s kekawan sarapan apa pagi ni... mesti bestkan.. kalau nak mudah sarapan saja direstoran atau gerai :)

Jumaat, 4 Oktober 2013

"Cuba mama teka ini apa? " Soal Nabil

Main teka teki pulak Nabil dengan saya petang tu apabila saya ambil dia di tadika.... puas saya membeleknya apa benda ni... "Mama tak tahu lah Nabil" mengalah saya selepas berfikir tiada jawapan....


"Alah mama itu pun tak tahu"balas Nabil
"Memang betul mama tak tahu" saya tahu dia tak puas hati dengan jawpan saya tadi....

Okey sekarang Nabil main mama tengok dan fikir semula apa bendanya.... aduh hendak juga jawapan nya dari mama, dia pun naik atas meja kantin sekolah tu, katanya kena main tempat tinggi...

Maka dilontarkan nya permainan itu ke atas dan berpusinglah jatuh kebawah ... umpama payung terjun atau kipas....
Saya pun meneka dengan pantas... "ha mama dah tahu, payung terjun atau kipas berputar"... konfiden jer mama meneka hahaha
ternyata tekaan saya itu salah juga... "Salah lah mama, teacher kata ini helicopter", jawabnya, "cuba tengok betul-betul kan macam kipas helicopter"... "Ye lah Nabil macam kipas helicopter" sahut saya teruja, sebenarnya nak mengambil hati sikecil ni...

Petang itu, menunggu kak jeeha keluar kelas itulah permainannya dengan gembira, mama masa ni lah nak BW kekawan hehhe :)

Renungan # AYUH SOLAT ^___^





Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada

Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti 
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah 

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.