JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Mei 2014

STIEW BROKOLI .... emmm Yummy :)

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)

Hari tu Kak Rose blogger My Kuali ada masak stiew brokoli.. tengok dah tergoda.. so petang tu masak brokoli untuk dinner.. tersangatlah mudah memasaknya kekawan.. anak2 pun suka brokoli ni.. Nabil panggil sayur pokok.. dia makan yg daun tu jer.. yg batang bagi mama dia makan ehe :) 
Bila masak weekdays ni suka cari resepi yg mudah jer kekawan.. cepat dimasak sedap dimakan .. tak gitew ehe :)

Saya mohon izin copy paste resepinya di sini ye Kak Rose.. 

RESEPI STIEW BROKOLI

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam


Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 


Jumaat, 30 Mei 2014

TOMYAM IKAN PARANG ... Ala Haadyai.... emmmm Yummy :)

Assalamualaikum kekawan... salam petang yg ceria :)

Bila dah selalu makan asam pedas .. terasa tekak ni nak mencuba sesuatu yg lain tetapi ada masam-masam jugak .. jadi terjadilah ikan parang masak tomyam ehe :)
Perghhhh memang mables juga ikan parang masak tomyam ni kekawan.. (ehe siapa nak puji kalau bukan diri sendiri :D) tapi en suami kata not bad.. sedap juga dimasak tomyam ikan parang ni .. eceh eceh.. senyum sampai telinga juga lah teman dibuatnya..


Yang pasti bagi saya ialah cepat dimasak sedap dimakan.. tak sangka anak-anak pun suka..tapi ikan parang ni kan banyak tulang.. so terpaksalah saya kena buang siap2 tulang tu baru bagi isi ikan tu kat mereka.. hari saya masak 2 potong jer kekawan sebab baru pertama kali nak mencuba.. nanti kalau tak sedap haru biru pulak nak menghabis nya kan.. tak gitew..

Jom intai resepi mudah saya yg cepat dimasak sedap dimakan ni.. ehe dah jadi iklan maggi pulak kan :)

IKAN PARANG MASAK TOMYAM

Bahannya:-

  • 2 potong ikan parang
  • 1 labu bawang besar holand (dipotong bulat)
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
  • 1 inci halia ditumbuk sederhana
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 1 1/2 kiub tomyam 
  • 2 batang serai di ketuk
  • 1 biji limau nipis (perah airnya)
  • 5 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (biarkan bulat2 jgn dipotong , ini utk siapa yg suka pedas ye)
  • 1 mangkuk air
  • 2 batang terung (boleh juga diganti kan dengan kobis bunga) 
  • 1 biji tomato
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering kisar hingga wangi.
  2. Selepas tu tuangkan air dan masukkan ikan, kacau sebentar, masukan pula kiub tomyam, serai daun limau purut , tunggu hingga mendidih.
  3. Kemudian masukan terung dan tomato, jika kuahnya kurang boleh ditambah air, masukan garam tunggu hingga mendidih.
  4. Apabila telah masak boleh di perahkan air limau didalam periuk tadi biarkan sebentar, kemudian tutup api.
  5. Siap utk dihidangkan ..


# 3 WAKTU.... Yang Dilarang MANDI... masa bila ye ...

Assalamualaikum kekawan.
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria..:)





kepada yang suka mandi malam....
jom sedut Ilmu

3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.

B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
*Ape pun ini adalah Kaedah dan Jalan Terbaik untuk kita Amalkan Kerana Islam Adalah Jalan dan cara Hidup..
Walaubagaimanapun Kita Semua Adalah Manusia Biasa yg Lemah dan Tidak lari dari Pelbagai Kelemahan dan Kesulitan disepanjang Hayat kita, Yang tidak mgkin MAMPU untuk Melakukan Sebaik mungkin..
Jika Kita tidak terdaya melakukan Amalan seperti yang saya Sharekan ini MAKA Mohonlah AGAR ALLAHswt Sentiasa Memelihara dan Menjaga Kesihatan tubuh badan kita Semua..
Kerana HANYA kepada NYA lah kita Semua Mengharapkan Perlindungan..-Zam Ysf
Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui
TARIKH PENTING TERDEKAT:

Isra' wal Mi'raj
- 27th Mei 2014
- tuesday.

Khamis, 29 Mei 2014

KUEYTEOW KUNGFU MUDAH... emmmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan ... Moga sihat dan ceria :)

Saya masak kueyteow kungfu ni masa hari isnin baru ni.. tengok dalam petiais ada kueyteow, jadi nak cuba buat resepi lain selain di goreng dan charkueyteow tu.. belek-belek buku resepi masakan china yg saya beli tempohari...
Ternyata memenuhi selera kami lima beranak.. yang paling suka tentunya Nabil.. sehingga 3 kali menambahh.. sampai ditonggengnya mangkuk untuk menghirup kuahnya.. dah itu trademark Nabil bila makan makanan yg berkuah ni...



Tak sampai satu jam dah siap utk dimakan.. bila weekdays memang saya suka masak yg cepat dimakan ehe :)

Cara nak goreng kueyteow dgn telur tu.. kredit buat kak Nabilah yg tolong ambilkan gambarnya ..


Saya ambil resepi di buku resepi masakan China yg saya beli masa Karnival Kraftangan tempuh hari.. tapi saya tak ikut sepenuhnya resepi yg diberi.. ada adjust sikit utk memenuhi tekak sendiri dan yg penting mudah,segera dan cepat di makan ehe..

Jom intai resepi mudah saya ini :)
Kalau kekawan nak ikut resepi diatas pun boleh juga :)

RESEPI KUEYTEOW KUNGFU

Bahannya :-
Bahan A -
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit lumat)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Dua potong kepak ayam dipotong kecil
  • 5 ekor sotong dipotong bulat
  • 10 ekor udang laut (baru manis )
  • 1/2 batang lobak merah (potong ikut suka anda ye.. saya potong munge ehe :) )
  • 1/2 Brokoli ( saya ganti kobis bunga, dlm petiais ada tu jer)
  • Seikat baby kailan ( saya tak masuk sebab tak ada)
  • 6 biji cili padi hiris (saya letak kemudian sebab anak makan pedas sangat kan)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 500ml air
  • 1 kiub perisa ayam
  • 4 titik minyak bijan
  • Garam secukup rasa
Cara masak bahan A :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga kuning dan wangi.
  2. Kemudian masukan ayam goreng sebentar, selepas tu masukan air, kiub perisa ayam dan lobak merah tunggu hingga mendidih.
  3. Lepas tu baru masukan kobis bunga (brokoli dan baby kailan), sotong dan udang.
  4. Kemudian masukan garam dan tepung jagung yang telah di bancuh terlebih dahulu dengan air.
  5. Akhir sekali titikan 4 titik minyak bijan 
  6. Apabila nak makan baru masukan hirisan cili padi tadi .. tapi jika nak makan sendiri boleh dimasukan bersama sayuran tadi.
Bahan B-
  • Sebungkus kueyteow
  • 3 biji telur (di pukul dgn sedikit garam)
  • Minyak utk menggoreng
Cara masak bahan A :-
  1. Kacau telur bersama sedikit garam.
  2. Kemudian tuangkan telur pukul kedalam kueyteow (seperti gambar diatas)
  3. Panaskan minyak, kemudian goreng kueyteow sehingga kekuningan (seperti gambar)
  4. Angkat letak didalam mangkuk kemudian tuang kuah kedalam mangkuk kueyteow tu..
  5. Siap untuk di makan ehe :) 
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN :)

Rabu, 28 Mei 2014

WW# Dapat HADIAH ape ye NABIL ^___^

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria :)


Hadiah hari jadi Nabil dari Mama dan Abah.. 

En Suami yg pilih ni..semua surah dari Juz 30

Oleh kerana Nabil tengah menghafaz Surah Al Bayyinah.. so sibuklah dia nak baca surah tu dulu..


Yang bagusnya buku ni ada cerita disebalik surah itu diturunkan..

Dan di beri info dan pengajaran dari surah tersebut..
Sejak dapat buku ni.. tiap-tiap malam sebelum tido.. dia baca..
memang menarik buku ni.. sebab gambar berwarna yg cantik..

Selasa, 27 Mei 2014

Peringatan :: BERHATI-HATI KEPADA PEMEGANG KAD KREDIT DAN DEBIT ::

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)






SILA BERRHATI-HATI KEPADA SEMUA!!
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan2 fb, just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic..

Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhirMz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!
Sila share kepada rakan-rakan anda.

Sumber dari FB

Isnin, 26 Mei 2014

:: Meraikan Bersama # NABIL, ABAH dan MAMA ^____^


Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi memberi nafas untuk kita bersua lagi.. semoga sihat dan ceria :)

Pada hari Jumaat 23/5 hari lahir Nabil , hari Ahad 25/5/hari lahir saya dan pada 8/5 hari lahir en suami, kira besday for May.. so kami meraikannya bersama pada petang hari Sabtu tu.. pada hari Jumaat tu saya dah beli kek untuk Nabil utk dia sambut bersama kekawannya di Maahad Tahfiz Al Hanna tu..


Jadi pada hari Sabtu tu Nabil request nak kek Aiskrim Baskin Robbin.. 

Kami meraikannya di rumah adik ipar.. tak plan pun nak buatkan.. 


Petang tu juga call semua utk ber kumpul.. Pukul 6.30pm majlis bermula..

Besday boy paling gembira..

Bersama sepupu.. pakcik.. dan Nenek Ngah..

Kek ini pilihan Nabil..
Minum petang jer majlis tu bersama Pizza, Apam Balik dan Karipap Pusing..

Bersama Qaseh yg sebaya dengan Nabil..


Banyak pilihan kek Aiskrim ni kekawan.. yg besar tu lagi mahalkan..
Saya beli yang Nabil tu berharga RM93.00 belum masuk tax lagi tu :)

Jumaat, 23 Mei 2014

SELAMAT HARI LAHIR .. NABIL SYAHMI.. :)


Assalamualaikum kekawan.. salam jumaat yg barakah.. :)


Hari ini genap Muhammad Nabil Syahmi berumur 7 tahun.. sekejap jer waktu berlalu.. rasa mama baru sahaja melahirkan Nabil semalam.. Doa mama buat Nabil semoga Nabil menjadi anak yg soleh, menjadi hamba Allah yg taat pada perintahNya dan menjauhi laranganNya...



p/s tak sempat nak buat entry panjang sebab nak pergi bengkel...

Khamis, 22 Mei 2014

IKAN TUKA BAKAR SAMBAL.... emmm enaknya. :)

Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria :)

Ini pertama kali saya masak ikan tuka ni kekawan.. dia kecik pada pada pari.. ini pun masa jalan di pasar tadi juga.. tengok cantik dan segar pulak ikan tu.. en suami suruh beli.. "kita bakar cecah air asam" cadangnya.. Oleh kerana saya baru pertama kali nak masak jadi ambil lah dua ekor.. bila timbang harganya RM4.00 ..

Inilah rupa ikan tuka tu kekawan.. macam anak ikan pari jer kan.. Tapi bila sampai rumah nak masak .. udaahh bertukar pulak suruh masak ikan tuka bakar sambal.. saya layan jer.. Saya bakar guna pemanggang ajaib tu je kekawan.. senang kerja kan..
Pergghhh bila dah masak tak cukup pulak 2 ekor tu kekawan.. anak2 berebut-rebut suka.. udahnya mama hanya dapat sambal jer huhuhu.. tak pe lah berkorban demi en suami dan anak2 kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ni kekawan.. :)

RESEPI IKAN TUKA BAKAR SAMBAL


Bahannya :-
  • 2 ekor ikan Tuka
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 sudu cili kisar
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 3 biji buah keras*
  • 1/2 cm hirisan lengkuas*(* dikisar)
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • garam secukup rasa
  • sebiji limau nipis
  • daun pisang

Caranya :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  hingga wangi. Kemudian masukan cili kisar dan daun limau purut. Masak hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukan jus asam jawa, letakan garam secukup rasa dan masakan sambal hingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  3. Ikan tuka di cuci bersih dan toskan. Ambil 2 helai daun pisang, sapukan sedikit sambal atasnya kemudian letakan ikan diatas daun pisang, letakan sedikit sambal diatas ikan.
  4. Kemudian bakar ikan didalam pemanggan ajaib, tutup dan bakar selama 20 minit  atau sehingga ikan masak. ( Boleh juga dibakar didalam oven atau bara api, )
  5. Setelah masak hidangkan dengan perahan limau kasturi.
  6. Siap dihidang bersama nasi putih panas..

Peringatan :: TUNJUK, HENTI & SAMUN.. berhati-hati ye kekawan.. ::

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. moga sihat dan ceria :)

"Pencuri tidak pernah cuai tetapi mangsa yg selalu cuai"

Hari ni share dari FB yg saya baca untuk diwar-warkan kepada sahabat semua.. lebih2 lagi kita yg wanita ni memandu.. cepat sangat panik bila berlaku sesuatu perkara... Sumber ni dari Polis Diraja Malaysia..





CRIME ALERT: Tunjuk, Henti & Samun

Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya. 

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT
1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron. 

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

Rabu, 21 Mei 2014

GULAI TEMPOYAK UDANG PETAI... perggghh sodapppp tu :)

 Assalamualaiku kekawan.. petang yg ceria :)

Petang ni nak cerita Gulai Tempoyak Udang Petai yg selamat jadi baca organik kihkihkih.. ye lah masak dah seminggu yg lalu baru nak tempek dalam blog kan.. Peberet saya suami isteri .. ini pun gara-gara en suami tergoda tengok mata petai yg besar2 ni.. pastu siap cakap dah lama tak makan gulai tempoyak dengan petai kan.. udaahhh macam teringin lah pulakan..

Saya masak ni masa cuti Wesak tu hari lah .. berpeluh2 en suami makan.. berkuranglah nasi dalam rice cooker.. hehehe sebenarnya sama jer dengan isterinya ni... laju jer menyuap.. pastu podeh camna tak berpeluh.. 
Jom intai resepi yg tersangat mudah ni..

RESEPI GULAI TEMPOYAK UDANG PETAI

Bahannya :-
  • 300 gram udang laut (baru manis kekawan)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 10 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*(*dikisar)
  • 1 helai daun kunyit
  • 250ml Santan pekat
  • 1 gelas air
  • 4 sudu besar tempoyak
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Masukan bahan kisar ke dalam periuk bersama segelas air, kemudian masukan santan dan tempoyak, kacau sehingga sebati pada kuah.
  2. Kemudiah masukan udang dan petai, serta garam..masak hingga mendidih.
  3. Rasa garamnya.. kemudian masukan hirisan daun kunyit. kacau sebentar. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidang bersama nasi putih panas.. 



DAY 3 # Part 1 :: MEDAN ~ Istana Maimun..

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah semoga sihat dan ceria selalu hendaknya :)

Hari ini saya nak sambung cerita di Medan untuk hari ke tiga.. pepagi lagi lepas sarapan kami dah check out sebab pukul 3pm perlu ada di Airport Kuala Namu Medan.. Jadi tempat pertama yg kami tuju ialah Istana Maimun.. Jom tengok gambar sambil cerita ye..

Istana Maimun ini sempena nama isteri sultan Deli Mahmded El Rasjid Perkasa Alam Sja.. seolah-olah seperti nama Masjid Taj Mahal sempena nama isteri Raj Khan tu kan..


Ia dibina pada 26 Ogos 1888.. dah 126 tahun usianya.. kata penjaga istana ini semasa berlaku gempa bumi di Medan , dia yg berada didalam istana ini tidak merasai pun gegaran dan istana ini tetap utuh ..

Ini kira balai rong  dalam istana tu..


Kerusinya yg pertama yg masih lagi elok kan..

Ini lah sultan Deli (X)  Mahmded El Rasjid Perkasa Alam Sja memerintah dari 1873-1924

Rupanya mereka banyak bersaudara dengan Sultan Selangor dan Raja Perak, tu bila tengok sultan deli yg ke XI ni ada mirip Sultan Hishamudin Selangor

Dan permaisurinya ini tak salah dengar dari penjaga istana itu adalah adik beradik dengan Tengku Ampuan Rahimah ..

Blur pulak gambarnya .. Sultan Deli ini meninggal sewaktu berperang di Aceh.. dia seorang tentera..


Sekarang di ganti dengan anaknya yg berumur 15 tahun, tetapi sekarang menetap di Sulawesi di bawah penjagaan bondanya..
Sayangnya sultan tidak lagi diiktiraf di Indonesia, jadi mereka seperti orang kebanyakan jer..



Jadi bila dah tiada kuasa memerintah sultan.. mereka perlu berdikari mencari keperluan hidup.. setelah habis penerangan mereka tentang ketururnan Sultan Deli ni, kita boleh membuat sumbangan kepada mereka.. Maka banyak diantara kami menjadi sultan sementara disini.. boleh bergambar dengan baju sultan ni.. murah jer sewa baju dan gambar Rp 20ribu lebih kurang RM6 duit kita.. Boleh lah utk mendermakan.. saya tak pakai pula pakaian tu .. malu pulak hehehe..

Selasa, 20 Mei 2014

BUBUR JAGUNG LABU ... emmm dapnyaaa :)

 Assalamualaikum kekawan.. salam petang yg ceria :)

Petang ni nak cerita minum petang hari minggu yg lalu.. masa tu adik ipar ada singgah rumah .. kebetulan tengah masak bubur jagung lepas tu en suami suruh tambah labu dalamnya.. dah penggemar labu tegar kan.. sepatutnya saya masuk labu tu kemudian tapi dah termasuk awal jadi labu tu pun dah hampir hancur samakan.. 

Ini pun sebab tergoda kat pasar tani tu jual setongkol RM1.00 beli lah 5 tongkol besar-besar pulak tu.. Oleh kerana dah lama tak makan bubur jagung tu yg teringin.. Esok paginya budak tiga orang siap bawa bekal kesekolah lagi.. sebab suka sangat dengan jagung ni kan.. tak kiralah jagung rebus ke, bakar ke atau kuih jagung.. 


Jom intai resepi yg mudah sangat ni.. 

RESEPI BUBUR JAGUNG LABU

Bahannya :-

  • 5 tongkol jagung
  • Satu mangkuk santan kelapa 
  • 1/4 labu kuning
  • Segenggam biji sagu (rendam sekejap)
  • 2cawan gula (ikut manis yg disukai)
  • sedikit garam


Caranya
  1. Parut/Hiris jagung (seperti gambar diatas) sekarang ada jagung bungkus yang dah siap asing kan(tapi saya suka yang dihiris sendiri.. lemak rasanya)
  2. Masukan santan dan gula  dalam bekas corning ware(periuk)... kacau perlahan  hingga mendidih. Lepas tu letak garam secubit.. rasa lemak masin manisnya... 
  3. Jika jagung dah masak, masukan pula labu dan biji sagu yg direndam tadi. Bila labu dah empuk  boleh ditutup apinya.
  4. Siap utk dihidang.. sesuai dimakan semasa suam atau sejuk... keluar dari peti ais lagi terangkat hehe...

TIDAK DITUNTUT.... mungkin sibuk ye.. :)

Assalamualaikum kekawan.. 
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria :) 

Balik rumah mak petang Ahad tu ada atas meja kad pemberitahuan untuk ambil barang di pejabat pos.. tengok pada tarikh 17/5/2014 pukul 12.20 tengahari .. waktu saya berada di rumah pengantin tu kan...


Jadi semalam petang saya singgah ke pejabat pos dibahagian Pos Laju untuk claim barangan tu.. 

Bila saya tengok ini barangan yg saya kirim untuk Atie yg berada di Lahad Datu tu.. saya tanya "kenapa pulang balik, alamat salah ke?"
"tidak kak, penerima ini tidak menuntut di Pejabat Pos dan bila tempoh 14 hari tidak dituntut ianya akan dipulang balik kepada pengirim" jawab adik di kaunter tu..

Mungkin Atie terlepas pandang atau tidak menerima surat untuk tuntut di pejabat pos.. so Atie boleh email alamat baru kepada saya tak..
Yan Cottages pun barangan itu pun di pulangkan balik... boleh kita jumpa ke Yan sebab Yan tinggal di Klang jer kan..

Yang saya tahu dah menerima hadiah tu yg mana mereka ada buat entry tentang menerima GA tu .. Kakzakie, Mila,Masya, Mar dan Cheq Sue,  Karimah dan Huda pula menghantar email memberi tahu barangan GA dah terima..

Jadi saya nak bertanya kepada penerima hadiah yg lain adakah dah terima hadiah GA tu atau saya yg terlepas pandang pemberitahuan tu.. 


1) NOESUHAIMI ~ T-SHIRT BANDUNG

2) AZATIESAYANG ~ FREEZE MAGNET

3) NUREEN ~ JAM MEKAH

4) FIRZANAH AZHAR ~ FREEZE MAGNET

5) ANISYAMIR LEEJO ~ FREEZE MAGNET

Semua hadiah tu saya pos guna pos laju.. mohon jawab diruang komen atau email kepada saya cahaya2569@gmail.com ye :)