Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 30 September 2015

Dah Siap.. Jom Kita Balik... MOGA ROH MAK DICUCURI RAHMAT ILAHI.. AL FATIHAH.. 1941-2015

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...


Pada 19 September 2015 bersamaan 5 Zulhijjah 1436H pukul 12.25am.. Bonda yg tersayang telah pergi menghadap Penciptanya.. Moga sejahterah lah mak disana dengan aman ...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، 
وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ 
الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ 
زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan keduduknya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripaa kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yg putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Aamiin Ya Rabb..



Pada hari selesa 15/9/2015 kami telah membawa emak pulang dari hospital , setelah berbincang dengan doktor bahawa kesihatan emak semakin merosot selepas membuat pembedahan kecil di paru-paru bagi mengeluarkan air yg terdapat diparu-paru itu. Pada malam tu kak lang ada wasap mengatakan kesihatan mak tak stabil, pada siang tu mak asyik muntah-muntah  dan doktor hendak berjumpa dengan anak-anaknya utk berbincang.. 

Pukul 4.30pm mak sampai dirumah dengan ambulan.. pada masa tu nampak muka mak ceria sangat sebab dapat balik rumah.. semua yg dtg menziarah disambut salam dengan senyuman.. Semasa mak uda adik mak datang mak salam tangan mak uda lama sangat dipegang seumpama tidak mahu dilepasnya.. 
Adik saya mencadangkan agar kita membaca surah yassin sekeluarga didalam bilik mak.. mak uda pun tido disitu kerana esok cuti hari Malaysia.. Mak elok bersembang dengan mak uda walaupun dengan bahasa yg sukar difahami.. dari mak kena stroke tu mak tak boleh bercakap.. ini yg kami adik beradik berasa terkilan.. sehingga akhir hayat mak kami tidak dapat mendengar suara mak lagi :(

Pada hari rabu malam khamis, saya menjaga mak, saya rasa badan mak panas, saya lap-lap dahi dan badan mak.. bila saya letak tuala basah didahi mak.. mak angkat balik.. mungkin mak tak selesa.. Saya tanya"mak tak nak letak tuala basah ni kat dahi ye" mak mengangguk.. pastu saya kata "macam tu acit lap-lap aje ye" mak mengangguk juga.. sepanjang malam mak tak tidur mungkin demam yg mak alami.. saya menemani mak sepanjang malam tu, mak merenung saya, saya kata mak tidurlah rehat.. bila mak memejam mata utk berehat .. saya baca surah Ar Ra'd disisi emak.. 

Pagi tu seperti biasa saya memberi susu dan ubat mak mengikut jadualnya.. kami adik beradik sentiasa menemani mak di bilik.. begitu juga dengan anak2 saya.. suruh mereka mengaji disisi uwan mereka.. pada hari tu kesihatan mak  baik sangat.. 

Pada maghrib hari rabu tu.. mak long ada singgah rumah memaklumkan bahawa anak tirinya meninggal dunia akibat kanser paru-paru, jenazahnya ada dihospital lagi.. lebih kurang pukul 10.30pm baru jenazah tu sampai.. adik saya itam, ucu, dan abang long saya pergi ziarah malam tu.. jadi saya pergi esok pagi menziarahnya.. rumah mak long di belakang rumah mak ajer.. lebih kurang 300meter.. selepas jenazah dibawa ke kubur, saya balik ke rumah mak..

Pada petang khamis tu saya balik ke shah alam.. sambil menghantar Nabilah balik ke madrasah selepas saya minta perlepasan pulang pada hari selasa tu.. lagi pun minggu depan mereka dah cuti sekolah seminggu.. jadi hari jumaat petang saya jemput dia balik semula ke rumah..

Pada hari jumaat tu saya sentiasa wasap digroup keluarga , bertanyakan keadaan mak.. mereka kata mak macam tu jer.. saya bekerja pada hari tu.. kebetulan saya pening kepala hari tu .. lepas isyak dan baca yassin saya terus tidur.. pada pukul 12.40am saya mendapat panggilan telefon dari adik saya mengatakan mak telah tiada.. terperanjat saya.. Innalillahi wa inna ilayhi roji'un (   إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ) .. 

Dalam mamai-mamai tu saya mengejutkan en suami dan anak-anak untuk bersiap balik.. saya sampai rumah mak pukul 1.45am.. semua adik-beradik saya dah ada disitu.. jenazah mak telah dibawa keruang tamu.. saya merasa amat terkilan tak dapat menghadap arwah mak disaat kematiannya.. namun begitu saya redha.. kakak saya kata.. jangan sedih.. mak pergi dengan tenang dan mengucap kalimah  لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ. dengan mudah , diajar oleh adik lelaki saya tu..

Saya tanya siapa yg ada disisi mak ketika tu.. kak lang kata dia lagi ralat.. dia balik kerumah pada pukul 12.10am.. kata lapar .. tu yang dia balik.. baru menyuap nasi tiga kali suap .. dapat telefon mak meninggal.. terus tinggalkan nasi dan balik rumah mak semula.. tambah kak lang lagi masa tu ada kak teh, kak ngah dan itam adik lelaki saya menghadap mak.. cerita kak teh saya pula.. sewaktu saat akhir mak tu.. mak berpeluh-peluh.. dahi mak basah dengan peluh.. adik lelaki saya melafaz kalimah Allah ditelinga mak.. selepas tu dia tengok mak tersenyum hingga nampak sedikit giginya.. dan mak pun menghembus nafas terakhirnya.. tenang sangat.. 
Sewaktu saya cium dahi mak masa sampai tu.. masih lagi terasa peluhnya.. melihat wajahnya putih berseri.. seperti tidur yg mendamaikan.. Pagi tu sewaktu jiran datang menziarah jenazah mak.. dan membuka kain penutup muka mak pun.. berkata .. masih berpeluh lagi arwah ni..

Pagi pukul 8.00am kami pun memandikan jenazah mak.. saya, kak andak, kak lang, mak uda, adik ipar dan kakak ipar saya memangku mak sewaktu memandikan. Luruh air mata saya sewaktu menggosok-gosok perlahan tubuh mak.. terasa kelembutan badan mak.. Mak Long, kak teh dan uda menyiram air ke badan mak.. (tulis entri ni pun dah cucur air mata) sewaktu saya menggosok tangan mak, saya berdoa "ya Allah tangan ini yang telah membesarkan kami adik beradik, mendidik , membelai kami dengan kasih sayang, dengan itu aku memohon keampunan dari Mu akan dosa-dosa mak saya yg baik ini ya Allah..

Selepas tu mak di kafan oleh kak ngah, kak ateh dan uda.. saya pergi membersihkan badan dan mengambil wuduk serta menggantikan pakaian. Bila saya selesai bersiap.. tengok mereka semua tengah bergilir-gilir sedang mencium jenazah mak buat kali terakhir.. Sewaktu saya mengucup dahi mak masih lagi terasa lembab peluh didahi mak.. 


Pukul 9.30am jenazah mak di bawa ke masjid untuk solat jenazah.. 
Solat jenazah di imamkan oleh adik saya sendiri.. Alhamdulillah saya , kak lang, kak andak dan adik beradik serta cucu-cucunya yg lain dapat menyembahyangi jenazah mak.. sewaktu keluar dari masjid tu.. sempat juga saya memegang keranda mak.. mengusung jenazah mak sampai ke muka pintu masjid.. selepas tu terus dibawa ke tanah perkuburan .. 


Bacaan talkin di sempurnakan oleh adik saya.. cucur lagi airmata saya bila mendengar bait-bait bacaan adik saya dengan nada yg pilu.. tambahan pula digantikan dengan panggilan Bonda untuk nama mak tu.. pukul 10.30am selesai pengkebumian mak.. tinggallah mak ditempat baru nya di alam bazakh .. semoga roh mak damai sejahtera disana..  dan kubur mak dikurniakan  salah satu taman dari taman-taman syurga.

Arwah mak mengikut arwah abah dalam tempoh 8 bulan.. arwah abah meninggal pada 17 Januari 2015.. kuat sungguh kasih sayang mereka berdua.. adik saya uda ada cerita.. mak dulu selalu mimpi arwah abah.. dalam mimpi tu abah selalu cakap pada mak " Dah siap.. Jom kita balik.." setiap kali arwah mak bermimpi arwah abah mesti wajah arwah abah seperti zaman mudanya.. kata arwah mak lagi.. kata-kata jom balik tu adalah mengajak mak balik kampung .. arwah abah ni bila teringat nak balik kampung mesti suruh mak siap jam tu jugak pastu balik terus kampung.. tetapi tak sangka dalam mimpi mak tu mengajak balik untuk bersamanya di alam bazakh..

Tahun ini adalah tahun dukacita untuk saya dan keluarga.. kehilangan kedua ibubapa yang amat disayangi.. 
Doa jua kepada mereka sebagai penyambung kasih sayang.. 



Teringat saya kata-kata arwah mak sewaktu kami membuat tahlil arwah abah tempohari.. Kalau mak mati.. cukuplah kalian sedekah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas buat mak... 



Aamiin Ya Rabb...

Isnin, 21 September 2015

KAILAN SOS BLACK PEPPER SEDAP ....

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...

Bila buka peti ais yg tinggal hanya ada sayur kailan ni jer.. dok menung nak masak apa.. tengok kok ada ikan masin dalam peti ais tu.. tak ada juga.. apa nak masak ni.. lepas tu terpandang pulak sebelah tu ada sos black pepper.. boleh cuba ke masak kailan dgn sos ni.. hehehe.. jom cuba lah.. mana tahu sedap..

Tengok pulak kat peti ais atas ada udang.. boleh lah diregukan bersama kailan ni.. maka bermulalah operasi saya masak resepi baru ni.. Kailan ni saya dan en suami jer yg makan.. jadi kita buatlah ikut tekak orang dewasa.. bagi pedas sikit..
Saya meratah cam tu jer habis sepiring hahaha.. belum makan dgn nasik.. sedapppp tu..
Jom intai resepi :)

RESEPI JAILAN SOS BLACK PEPPER

Bahannya :-
  • 1 ikat sayur kailan
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 2 sudu besar sos black pepper
  • semangkuk kecil udang
  • 1 biji cili merah dihiris
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak, masukan udang yg telah digaul dengan sediki garam, apabila udang dah separuh masak, goreng bersama dengan bahan hiris sehingga wangi.
  2. Kemudian masukan sos black pepper dengan sedkiti air, selepas tu baru dimasukan sayur kailan dan garam, kacau sehingga sayur masak.
  3. Rasa masinnya , angkat siap utk dihidang.


Sabtu, 19 September 2015

PETUA SEMULA JADI DI RUMAH :: Ubat Sakit Tekak dan Gusi

 Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik..
Sekarang ni musim jerebu.. mulalah bermacam2 penyakit yg datang.. terutamanya sakit tekak.. Saya pun dah mula pedih mata dan sakit tekak dek kerana jerebu ni.. anak2 pun dah mula batuk2..
Masa melayan FB terjumpa pulak petua ni.. Jom kita cuba pulak petua ini .. semoga bermanfaat :)










Jumaat, 18 September 2015

Jawapan kepada IMAM MASJID NEGARA KENA TAMPAR???




Inilah rupa lelaki yg menampar Imam masjid negara sewaktu solat jumaat tadi .. smpi pengsan kena belasah.. dibawah adalah perkongsian wasap group..

Maklum kejadian (1)(L) w/negara India Menampar Imam Masjid Negara semasa Solat Jumaat di Masjid Negara KL

Thsl Rpt : 31194/15
Tarikh / Masa : 18/09/15 @ 1514hrs
Peg Penyiasat : Insp Izwan B Paijan
Klafikasi Kes : 323/506kk

Butir2 Pengadu :
Nama : Mohd Zuhairee B Mohd Yatim
Kp No : 760218-04-5001
Umur : 39 Tahun
Alamat : 2-1 Komplek Kediaman Imam Masjid Negara Jalan Lembah 50480 KL

Fakta Kes :
Pada 18/09/15 jam lebih kurang 1330hrs semasa pengadu sedang menjalankan tugas sebagai Imam Masjid Negara dan sedang mengetuai pembacaan Solat Jumaat di Masjid Negara KL. Apabila sampai di rakaat pertama tiba-tiba telah datang (1)(L) w/negara India telah menolak badan pengadu. Kemudian pengadu cuba balik untuk berdiri di tempat asal dan pengadu dapati (L) tersebut terus menampar muka pengadu dibahagian pipi sebelah kanan dengan kuat sehingga menyebabkan kepala pengadu sakit. Hal ini telah menyebabkan solat jumaat yang berlangsung terganggu seketika dan kemudiannya diteruskan semula. Kemudian (L) tersebut telah ditarik keluar dari masjid oleh pihak maintanance yang bertugas di dalam masjid. Kemudian (L) tersebut telah diserahkan kepada pihak polis yang bertugas disitu.

Tangkapan Polis :
Tangkapan telah dibuat oleh anggota Polis Trafik yang bertugas di Point Duty Masjid Negara.

Butir2 Tangkapan :
Nama : 
Pp No : Tiada
Tarikh Lahir : 23/02/1984
Umur : 31 Tahun
W/negara : India (Kashmir)

Tangkapan kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Hasil Siasatan :
Siasatan awal dapati saspek telah pergi ke Masjid Negara untuk Solat Jumaat dan berada di saf kedua semasa solat jumaat berlansung. Kemudian saspek telah pergi ke saf hadapan dengan menolak salah seorang jemaah yang sedang solat. Selepas itu, saspek terus pergi kearah pengadu (Imam) dan telah menolak penfadu dari tempatnya dan cuba mengambil pembesar suara yang dipakai oleh pengadu. Saspek kemudiannya telah menampar muka pengadu sebanyak 1 kali dan terus mengambil alih tempat imam untuk mengimamkan solat tersebut. Seterusnya saspek terus dibawa keluar oleh maintanance Masjid Negara yang bertugas disitu.

Siasatan juga dapati saspek nampak seperti tidak betul dan bercakap seorang diri. Menurut saspek semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat tersebut berlansung.

Tindakan Polis :
Laporan Polis telah dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Insp Izwan B Paijan dan tangkapan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Renungan :: Jangan Melihat Seseorang Dari Masa Lalunya..

As'salamulaikum sahabat semua
Tazkirah yg indah...   



          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..      
                
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.   
          
Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.       
           
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga   
         
Subhanallah....
      
          Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.          Amiinnn..
Ingatan untuk diri ku yang sentiasa lupa :;Dipetik drp grup whatapps saya yg lain utk renungan kita bersama. Pengajaran yg bernilai. Salam utk sahabat2 semua..😊

Selasa, 15 September 2015

GULAI TELUR ITIK PUCUK UBI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Petang selasa tu pergi pasar malam , tengok mak cik yg selalu jual bunga kantan dan daun kesum tu ada bawa pucuk ubi.. dalam hati berkata dah lama tak makan gulai pucuk ubi.. pastu dalam kepala pulak berfikir .. nak regu dengan apa ye.. pastu teringat lah pulak telor itik.. dah lama juga tak makan.. so gi cari telor itik ni.. banyak juga yg menjual telor itik ni.. kita survey dulu harga.. ada yg jual 90sen sebiji.. jalan depan lagi 80sen sebiji.. tanya kat gerai satu lagi .. pun sama 90sen sebiji.. so apa lagi pilih lah yg 80sen sebiji... aduh dah mahal juga telor itik ye.. kalau kat kampung en suami baru 60sen sebiji.. saya beli lima biji.


Jadi masak gulai lemak telor itik dengan pucuk ubi pada hari rabu lah ye kekawan.. lagi pun tak ada pasar malam yg berdekatan dengan rumah.. kita rajinkan lah diri untuk memasak ye ~__^
Dinner malam tu membangkit kan selera saya suami isteri.. penuh pinggan saya dengan sayur pucuk ubi ni.. cer tengok gambar bawah..
v
v
v
v
v
v
v
v
Sudah tu jangan nak zoom sangat yati ooiiii ada pulak yg terliur pagi hari ni.. ehe ~__^

Jom tengok resepi mudah untuk dicuba ^__^



GULAI TELUR ITIK PUCUK UBI
Bahannya :-
  • 5 biji telur itik
  • 1 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup * (*dikisar @ ditumbuk.. saya rajin masa tu menumbuk bukan main lagi ^__^)
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat 
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai dititik
  • 1/2 asam keping
  • seikat daun pucuk ubi (direbus sebentar dulu)
  • garam
Caranya :-
  1. Masukan sedikit santan cair dan bahan tumbuk kedalam periuk. Biarkan mendidih sedikit.
  2. Pecahkan telur itik kedalam mangkuk, kemudian masukan kedalam periuk.
  3. Apabila telur dah separuh masak, masukan lagi telur yg kedua, buat sehingga siap kesemua telur.
  4. Kemudian masuk santan pekat dan pucuk ubi yg direbus tadi. 
  5. Akhir sekali masukan serai, daun kunyit, asam keping dan garam. Bila dah elok masak.. rasa garamnya. 
  6. Siap utk dihidang



Isnin, 14 September 2015

PATIN MASAK TEMPOYAK Versi Temerloh Asli.. ^__^

 Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Masak ikan patin tempoyak ni dah lama .. baru nak tempek kat blog ni.. untuk simpan resepi yg sedap ni.. versi temerloh mari.. saya ambil dari Blog Secubit Garam a.k.a K.nor tu..


Masa pergi pasar pagi tu tengok.. ikan patin tu cantik sangat.. lepas tu teringatlah nak masak tempoyak.. jadi sambar lah seekor saiz sederhana jer.. Bila ikan sungai ni tentu kena pandai utk menghilangkan bau hanyirnya.. teringat petua yg basuh ikan tepung gandum.. gaul-gaulkan ikan dengan tepung gandum hingga lendir-lendir ikan tu melekat pada tepung tu. Selepas tu cuci pula dengan limau dengan nipis..Memang hilang bau hanyir tu.. 
Tak sangka anak2 saya pun suka ikan patin tempoyak ni.. en suami apa lagi memang kegemarannya.. masa makan tu tak ada bau dan rasa hnayir ikan tu.. lagi lah bertambah-tambah nasi dipinggan..

Jom intai resepi yg mudah ni kekawan.. tetapi biasa lah saya ada jer saya ubah sikit ikut tekak tuan rumah. ehe ~__^



MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN 

Bahannya :-
  • 1 ekor Patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 3 cawan air - ikut kepekatan yg dikehendaki
  • 1 biji cili merah *
  • 10 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup* (*ditumbuk hingga lumat)
  • sedikit daun kesum
  • 1/2 asam keping
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Tumis bahan yg ditumbuk dengan sedikit minyak. Lepas tu masuk kan tempoyak gaul rata bersama cili. Kemudian masukan air.
  2. Setelah itu masuk kan ikan, masak dengan api yg perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  3. Selepas itu masukkan daun kesum, garam, masak dalam 4-5minit dan sekiranya tempoyak kurang masam bolehlah ditambah setengah keping asam keping.
  4. Siap untuk dihidang.


Ahad, 13 September 2015

RESEPI KUIH ABUK ABUK MUDAH


Assalamualaikum kekawan...
Selamat bercuti dihujung minggu..
Dah sarapan pagi ke... saya tak buat apa2 lagi.. asyik sekodeng FB ni.. sekali tu ternampak lak kuih peberet saya.. lekas2 save kat blog ni.. nampak bersemangat tetapi tak tahu bila nak buat tu :)





Bahan-Bahan Resepi Kuih Abuk Abuk:
1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

Cara Membuat Resepi Kuih Abuk-Abuk:
1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.

Sabtu, 12 September 2015

RESEPI KUIH SERABAI GEBU HINGGA KE PETANG



Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Dah minum pagi ke di hari sabtu ni.. Jom kita juga Kuih Serabai.. ehe mana dapat resepi kalau bukan dari FB ni..
Kena save sini dulu.. sok sok nak buat refer jer kat sini :D







Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian
bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam
caranya
1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk
memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati ..
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan
...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dr acuan
utk kuah durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu
caranya
gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing
masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...

Jumaat, 11 September 2015

Iktibar Dari Kisah :: DOSA YANG LEBIH BESAR DARI ZINA

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Perkongsian dari group wasap.. semoga bermanfaat..

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI ZINA
Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi Musa.
Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk.
Air matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi ALLAH, tolonglah saya. Doakan agar ALLAH mengampuni dosa keji saya”.
“Apakah dosamu wahai wanita...?” Tanya Nabi Musa.
“Saya takut mengatakannya,” jawab wanita itu.
“Katakanlah, jangan ragu-ragu...!”d esak Nabi Musa.
Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.
” Kepala nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
“Dari perzinaan itu saya hamil.
Setelah anak itu lahir, langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut perempuan itu seraya menangis.
Mata Nabi Musa berapi-api.
Dengan muka yang berang dia menghardik. “Perempuan celaka, pergi dari sini.
Agar siksa ALLAH tak jatuh ke dalam rumahku. Pergi...!!!!
” teriak nabi Musa sambil berpaling karena jijik.
Hati perempuan itu bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh.
Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa.
Ia tak tahu harus kemana lagi mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus melangkahkan kaki.
Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal menerimanya...?
Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak BERTAUBAT dari dosanya...?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu...?
” Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu...?
Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu...?”
Tanyanya. “Ada...!!!” Jawab Jibril dengan tegas. “Orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar daripada SERIBU kali berzina.
” Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa memohon ampunan kepada ALLAH.
Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah ALLAH.
Sedangkan BERTAUBAT dan menyesali Dosa dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai IMAN di dadanya dan Yakin ALLAH itu ada.
Subhanallah...
Semoga Yg klik +1 dan Menulis AAMIIN serta MEMBAGIKAN menjadi seorang Yg ahli ibadah sampai anak cucu dan keturunanya DAN DI MASUKAN SYURGA TANPA HISAB. Aamiin
I
=========== Tausiah Ustad Yusuf Mansyur

Khamis, 10 September 2015

TAUHU SEDAP..

Assalamualaikum kekawan..

Saya ni bila tengok resepi mudah dan sedap mulalah teruja nak 

membuatnya, tapi tak tahu lah bila masanya..

Apa pun save lah dulu kat sini.. kekawan bolehlah cuba dulu kalau 

ada masa ye.. Terima kasih pada tuan punya resepiHerniza Ahmad..


Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
udang @ isi ayam
cili merah
daun bawang
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih, serbuk maggi secukup rasa
caranya:
blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
lepas tu masukkan hirisan daun bwg & ciili merah.perasakan garam ,serbuk lada putih & maggi secukup rasa.gaul rata
lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dlm bekas plastic.kukus.lepas tu potong saiz yg dikehendaki..
pukul 2 biji telur..celup & goreng..siap
oleh di cicah dgn sos thai..selamat menjamu selera..

Harniza Ahmad
RESEPI MASAKAN

Selasa, 8 September 2015

MENGHIJAU.. AMAT MENDAMAIKAN HATI.. Suasana Yang Dah Lama Tak Merasai... Aman Tenteram .. ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.


Bermula pada petang Jumaat - Ahad saya berkursus di Agrotek Garden Resort Hulu Langat.. Sungguh teruja saya sampai di sini kekawan.. kawasannya penuh dengan kehijauan yg mendamaikan.. Aman tenteram jer bila berada di sini.. dimalam hari sejuknya mengingatkan saya , suasana kampung saya dulu2.. 

Didalam bilik tu kekawan.. disediakan satu katil queen size dan 1 katil 2 tingkat.. tapi saya tinggal berdua jer dalam bilik tu..Lorong hendak ke bilik tu penuh dengan bunga menghijau.. didepan bilik tu kolam ikan..

Sebelum masuk kelas utk berkursus , apa lagi sempat lah saya explore semua tempat yg membuat saya teruja utk bergambar.. amboiiii tak ingat dunia bila dapat berposing saya ni kan kekawan.. ^__^

Sambil menunggu minum petang sebelum memulakan riadah petang, sempat lagi saya dan kawan ni berposing di tempat minum tu.. sebenarnya saya teruja dengan bumbungnya di tutupi dengan kain batik panjang tu.. pastu lampunya seperti sarang burung tu.. hehehe lupa diri anak dah tiga tu...

Trainer ni sungguh inovasi.. sessi utk taaruf atau suai kenal tu.. dikehendaki kita melukis mengenai profile diri kita , kemudian kawan kita akan meneka siapa kah orangnya dengan menampal sticker kat lukisan kita tu... Ada juga seorang yg kenal dgn lukisan saya tu.. punya lah jenuh memikir apa yg hendak dilukis.. dah lah bukan reti melukis.. sudahnya penuh orang lidi jer yg saya lukis.. ~_^

Petang tu hari pertama tu ada riadah dengan memanah.. rupanya susah juga nak memanah ni kekawan.. kira saya memang tabik lah dengan Nabil bila hari pertama dia memanah tu boleh kena ke papan memanah tu sebanyak 4 kali daripada 6 kali dia memanah tu..
Saya pada petang tu hanya mengenai warna biru dan hitam tu adalah 2 kali dari cubaan memanah 6 kali tu.. yg lain semua kelaut hahhaha...  menggigil tangan saya memegang busar tu.. lepas tu nak fokus kepapan memanah tu.. Kami memanah secara berkumpulan .. dan kumpulan kami mendapat tempat kedua dalam acara memanah ni.. Ada lagi permainan lain tapi tak sempat nak bergambar.. Keseluruhan permainan di menangi oleh kumpulan kami..

Ini adalah dinner pada malam sabtu.. adalah seekor kambing golek.. puas lah mengembek malam tu.. gambar pun blur sebab gunakan handphone cap ayam saya tu.. 
Selesailah sudah kursus saya pada hari ahad tu pukul 11.00 pagi.. lepas makan tengahari.. terus pulang kerumah..
Kekawan dah habis ke berkursus pada tahun ni.. ?

Isnin, 7 September 2015

4 September Datang Lagi.... Moga Usia Mu Dirahmati Ilahi...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...


Pada hari Jumaat 4 September 2015, genaplah usia Sofea Nabilah 13 tahun.. sekejap jer masa berlalu.. Namun begitu pada hari Jumaat tu saya kena pergi berkursus.. saya hanya sempat menelefon Nabilah untuk mengucapkan hari lahir kepadanya..
Sempat juga dia bertanya.. "Bila mama nak celebrate besday kakak ni ?"... "InsyaAllah bila mama balik hari ahad ye , boleh tak?"..
"Okeylah" balas Nabilah..

Pada hari ahad tu saya sampai dirumah pukul 2.30pm, dah suruh en suami yg beli kek tu.. atas permintaannya nak kek hello kitty pada mulanya.. tetapi kedai kek tu tutup.. dia minta pulak Baskin Robbin.. cari yg paling murah pun RM90.00..
Oleh kerana tak panggil sesiapa pun.. tu yg diminta BR kek tu.. dan Pizza Dominos.. saya masih lagi kepenatan.. buat lah seringkas mungkin..

Buat anakanda mama..
Sofea Nabilah..
Selamat hari lahir mama ucapkan..
Semoga dirimu menjadi anak yang solehah..
Seorang yg taat kepada perintah Allah ..
Jadikan lah agama sebagai pegangan hidupmu..
Janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia yg sementara..

“Wahai anakku!
 Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.” Pesanan Luqman Al Hakim



Ahad, 6 September 2015

KEK BATIK BROWNIES MUDAH

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Selamat bercuti dihujung minggu kekawan.. apa buat hujung minggu ni.. 
Tengah melayan FB, ternampaklah pulak kek batik ni di wall saya.. dah lama anak dara saya Najeeha minta kan buat kek ni.. tapi tulah tak berkesempatan aje.. Rasanya nak cuba buat raya haji nilah.. tengok resepi pun mudah..





KEK BATIK BROWIES
Bahan-bahan;
250gm packet milo
1 tin susu cair
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie
kacang yang telah di blend kasar2
untuk topping resepi sama dengan brownies princess
Cara-cara;
masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil .kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min) ,bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie pastu terus angkat .
masukkan ke dalam loyang selang seli kan dengan kacang dan mampatkan pastu, letakkkan topping coklat di atsnya kemudian sejukkan.
Selamat Mencuba .
Jom share resepi ni Emotikon like

Sabtu, 5 September 2015

GOOD MORNING DROP BREAD

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Kekawan dah buat sarapan pagi ke.. boleh di cuba "good morning drop bread" ni, nampak sedap jer kan kekawan..
Saya tengok di wall FB pun dah teruja nak mencubanya.. sebelum tu kita save dulu resepinya disini :D

✔GOOD MORNING DROP BREAD
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
TUESDAY - 01•09•2015
RECIPE BY : ALINAH BINTE ALI
PHOTO BY : RONALD@IWANTTOEATWITHYOU
BAHAN (A) : DIGAUL SEHINGGA RATA
4 CAWAN TEPUNG SELFRAISING
8 SUDU MAKAN GULA TIMBANG (BROWN SUGAR)
1 SUDU TEH GARAM
BAHAN (B) :
1 CAWAN PARUTAN KEJU CHEDDAR
1 CAWAN HIRISAN SOSEJ
1 CAWAN HIRISAN DAUN BAWANG
BAHAN (C) : DIKACAU RATA
8 SUDU MAKAN MINYAK
4 BIJI TELUR
2 CAWAN SUSU SEGAR
CARA NYA :
GUNAKAN PEMUKUL DAWAI ATAU SENDUK KAYU. CAMPURKAN KESEMUA BAHAN DAN KACAU SEHINGGA RATA. GUNAKAN ACUAN MUFFIN DAN SAPUKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK. KEMUDIAN MASUKKAN 1 SCOOP ADUNAN.
BAKAR SELAMA 20 - 30 MINIT DENGAN SUHU 200 DARJAH SELSIUS SEHINGGA BERWARNA COKLAT KEEMASAN. KEPANASAN SUHU BERGANTUNG KEPADA KETUHAR MASING - MASING.
NOTA KAKI :
SELAIN SOSEJ, ANDA BOLEH GANTIKAN DENGAN HIRISAN ISI AYAM, DAGING BURGER, UDANG, SURIMI.
SELAMAT MENCUBA DAN SALAM MESRA.

Jumaat, 4 September 2015

MALAM BERINAI... Jeles kita dulu berinai lain hahaha ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Kalau dulu saya kahwin malam berinai lain.. masa tu malam sabtu adalah sanding-sanding sikit, berinai dijari tu tiga hari sebelum tu dah berinai..
Tetapi sekarang malam berinai adalah panggil orang tolong inaikan jari jemari tu.. pilih lah bunga dan corak mana hendak.. Anak buah saya ni ambil pakej utk berinai seisi keluarga.. meriah sungguh lah malam berinai tu.. Adik yg tukang inai tu cepat sungguh melukis bunga2 ditangan tu..

Kanak-kanak perempuan yg paling suka bab berinai ni kan kekawan..
Tak sabar memasing menghulur jejari untuk di inai..

Pengantin tengah menunggu inai kering.. guna inai mekah tu kekawan .. senang benar nak merahnya.. pastu cepat kering.. 2 jam dah boleh gi basuh :D

Cer kekawan teka mana satu tangan saya hehhe.. teringin juga mak nak berinai bunga2 ni.. dulu2 mak kahwin tak ada inai bunga2 ni hahhaa :D

Ini inai kak Nabilah .. corak itu yg dia berkenan .. dia kata .. macam kalong rantai tu mama.. pastu siap tulis nama "Bella"..
Suka hati ko lah anak ooiiii :D

Dah dapat teka mana tangan mak yg berinai tu..
Jom lah kita scrool kat bawah tu :)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hahahaha ... inilah tangan mak yg telah di inai tu bunga2 .. pilih corak yg simple jer.. hehehe idok lah pilih yg penuh sarat barat bunga tu kan.. :D

Khamis, 3 September 2015

MARHABAN CUKUR JAMBUL ~ NUR AFIFAH

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Pada hari sabtu tu juga selepas majlis khatam quran pengantin..  di entri ini kak andak saya mengambil kesempatan utk membuat majlis cukur jambul cucu dia yg kedua tu.. 

Nenek dan makcik serta pakcik pulak utk mencukur jambul cucu ni.. baik sungguh cucu ni.. tak menangis pun sepanjang majlis tu.. masa dalam buai tu elok pulak tidurnya.. lena bila mendengar alunan zikir marhaban tu.. Bila di sapu madu di bibir nya.. menjilat bibirnya suka..

Mohd Nur Husnah, Nur Syahirah dan Nur Afifah..
Ini ibubapa Nur Afifah.. semoga dapat mendidik anak nya menjadi anak yg solehah..

Ini kak andak saya.. nenek vogue yg tak sempat tukar baju kurung.. sebab sibuk memasak di dapur.. ini cucu keduanya.. inshaAllah tahun depan bertambah lagi seorang cucunya..

Lepas tu masing-masing sibuk berselfie didepan pelamin tu..

Amboi nekmummy ni ehe... boleh ke Hainom okje , CH ni pun panggil nekmommy nak vouge jugak... hahhaha..
Tudung sama pink dgn anak buah ni.. sibuk lah berselfie sama :D