JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 13 September 2015

RESEPI KUIH ABUK ABUK MUDAH


Assalamualaikum kekawan...
Selamat bercuti dihujung minggu..
Dah sarapan pagi ke... saya tak buat apa2 lagi.. asyik sekodeng FB ni.. sekali tu ternampak lak kuih peberet saya.. lekas2 save kat blog ni.. nampak bersemangat tetapi tak tahu bila nak buat tu :)





Bahan-Bahan Resepi Kuih Abuk Abuk:
1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)

Cara Membuat Resepi Kuih Abuk-Abuk:
1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.

6 ulasan:

  1. Kak Zai suka kuih ni tp bab nak mencari daun tu susah sikit.Apa2 pun simpan dulu resepinya tq yatie.

    BalasPadam
  2. first time dalam jangka sayat 22 tahun saya hr nih,tengok kuih cenggini......cute pon ada ........mest sedap nih!sebab saya suka kuih yg guna sagu2 nih..huuuhuuh....entry resipi bermanfaat utk suri rumah !

    BalasPadam
  3. Kuih ni kan CH idaman okje masa anak pertama dulu.....mak mertua siap buatkan tau...hihi
    Dulu selalu gak buat ....main lebur kat loyang jer hihi...dah susah nak dpt daun pisangkan...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)