Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 8 September 2015

MENGHIJAU.. AMAT MENDAMAIKAN HATI.. Suasana Yang Dah Lama Tak Merasai... Aman Tenteram .. ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.


Bermula pada petang Jumaat - Ahad saya berkursus di Agrotek Garden Resort Hulu Langat.. Sungguh teruja saya sampai di sini kekawan.. kawasannya penuh dengan kehijauan yg mendamaikan.. Aman tenteram jer bila berada di sini.. dimalam hari sejuknya mengingatkan saya , suasana kampung saya dulu2.. 

Didalam bilik tu kekawan.. disediakan satu katil queen size dan 1 katil 2 tingkat.. tapi saya tinggal berdua jer dalam bilik tu..Lorong hendak ke bilik tu penuh dengan bunga menghijau.. didepan bilik tu kolam ikan..

Sebelum masuk kelas utk berkursus , apa lagi sempat lah saya explore semua tempat yg membuat saya teruja utk bergambar.. amboiiii tak ingat dunia bila dapat berposing saya ni kan kekawan.. ^__^

Sambil menunggu minum petang sebelum memulakan riadah petang, sempat lagi saya dan kawan ni berposing di tempat minum tu.. sebenarnya saya teruja dengan bumbungnya di tutupi dengan kain batik panjang tu.. pastu lampunya seperti sarang burung tu.. hehehe lupa diri anak dah tiga tu...

Trainer ni sungguh inovasi.. sessi utk taaruf atau suai kenal tu.. dikehendaki kita melukis mengenai profile diri kita , kemudian kawan kita akan meneka siapa kah orangnya dengan menampal sticker kat lukisan kita tu... Ada juga seorang yg kenal dgn lukisan saya tu.. punya lah jenuh memikir apa yg hendak dilukis.. dah lah bukan reti melukis.. sudahnya penuh orang lidi jer yg saya lukis.. ~_^

Petang tu hari pertama tu ada riadah dengan memanah.. rupanya susah juga nak memanah ni kekawan.. kira saya memang tabik lah dengan Nabil bila hari pertama dia memanah tu boleh kena ke papan memanah tu sebanyak 4 kali daripada 6 kali dia memanah tu..
Saya pada petang tu hanya mengenai warna biru dan hitam tu adalah 2 kali dari cubaan memanah 6 kali tu.. yg lain semua kelaut hahhaha...  menggigil tangan saya memegang busar tu.. lepas tu nak fokus kepapan memanah tu.. Kami memanah secara berkumpulan .. dan kumpulan kami mendapat tempat kedua dalam acara memanah ni.. Ada lagi permainan lain tapi tak sempat nak bergambar.. Keseluruhan permainan di menangi oleh kumpulan kami..

Ini adalah dinner pada malam sabtu.. adalah seekor kambing golek.. puas lah mengembek malam tu.. gambar pun blur sebab gunakan handphone cap ayam saya tu.. 
Selesailah sudah kursus saya pada hari ahad tu pukul 11.00 pagi.. lepas makan tengahari.. terus pulang kerumah..
Kekawan dah habis ke berkursus pada tahun ni.. ?

10 ulasan:

  1. alangkah bestnya kalau i dapat bercuti kat sini..menhghijau suasana tu ha

    BalasPadam
  2. rasanya tak ckp 7hari lg kusus dana nih kak... hehehhe

    subhanallah cantiknya tempat kursus akak tuh... hijau sana sini suasananya nyaman n tenang je... tingin nyer menginap kt sana...

    BalasPadam
  3. Tenang dan nyaman kalau alam sekeliling dipenuhi dengan tanaman hijau.
    Sejak jadi suri rumah sepenuh masa kak zai selalu ikut hubby pergi kursus kata orang tumpang sekaki. Kalau hubby ada aktiviti kak zai ronda2 sendiri atau lepak kat hotel aje.

    BalasPadam
  4. Kalau saya memanah 10 kali semuanya akan menjunam ke langit agaknya, hehehehe...

    BalasPadam
  5. X pernh rasa memanah,sronok btl kn dpt gmbr kt situ..menarik tmptnye..

    BalasPadam
  6. X pernh rasa memanah,sronok btl kn dpt gmbr kt situ..menarik tmptnye..

    BalasPadam
  7. wahh sonoknyer gi kursus mak tuuu., hehe2

    BalasPadam
  8. dah lama pasang niat nk g sini tp x pegi2 jg ;-)

    BalasPadam
  9. Ohhh kena habiskan hari kursus untuk tahun yeh CH..... Banyak pulak bina semangat depa buat kat area Hulu Langatkan....
    Sebab suasana damai ala ala kampung kot.....tu yg depa pilih kat situ tu....

    Alah ....apa salahnya emak anak 3 berselpie....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)