JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 14 September 2015

PATIN MASAK TEMPOYAK Versi Temerloh Asli.. ^__^

 Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Masak ikan patin tempoyak ni dah lama .. baru nak tempek kat blog ni.. untuk simpan resepi yg sedap ni.. versi temerloh mari.. saya ambil dari Blog Secubit Garam a.k.a K.nor tu..


Masa pergi pasar pagi tu tengok.. ikan patin tu cantik sangat.. lepas tu teringatlah nak masak tempoyak.. jadi sambar lah seekor saiz sederhana jer.. Bila ikan sungai ni tentu kena pandai utk menghilangkan bau hanyirnya.. teringat petua yg basuh ikan tepung gandum.. gaul-gaulkan ikan dengan tepung gandum hingga lendir-lendir ikan tu melekat pada tepung tu. Selepas tu cuci pula dengan limau dengan nipis..Memang hilang bau hanyir tu.. 
Tak sangka anak2 saya pun suka ikan patin tempoyak ni.. en suami apa lagi memang kegemarannya.. masa makan tu tak ada bau dan rasa hnayir ikan tu.. lagi lah bertambah-tambah nasi dipinggan..

Jom intai resepi yg mudah ni kekawan.. tetapi biasa lah saya ada jer saya ubah sikit ikut tekak tuan rumah. ehe ~__^



MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN 

Bahannya :-
  • 1 ekor Patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 3 cawan air - ikut kepekatan yg dikehendaki
  • 1 biji cili merah *
  • 10 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup* (*ditumbuk hingga lumat)
  • sedikit daun kesum
  • 1/2 asam keping
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Tumis bahan yg ditumbuk dengan sedikit minyak. Lepas tu masuk kan tempoyak gaul rata bersama cili. Kemudian masukan air.
  2. Setelah itu masuk kan ikan, masak dengan api yg perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  3. Selepas itu masukkan daun kesum, garam, masak dalam 4-5minit dan sekiranya tempoyak kurang masam bolehlah ditambah setengah keping asam keping.
  4. Siap untuk dihidang.


16 ulasan:

  1. semalam baru plan nak masak patin tempoyak tapi dah termakan ayam penyet jadinya projek patin kena tundalah

    BalasPadam
  2. Kakak suka masak tempoyak ikan patin ni tapi suami tak pandai mkn,...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempe goreng yg ank kakak suka tu kakak kisar bawang putih,sedikit jintan,ketumbar adunkan dlm tepung gandum bersama sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa...tempenya dipotong nipis .Nak goreng celupkan kat adunn tepung tadi.

      Padam
  3. Salam singgah pagi dari nieyl :)
    ikan Patin menjadi kesukaan ku..hihi

    BalasPadam
  4. Tak pernah aku masak kat rumah T...anak2 tak suka...bazir pulak masak...aku ngan Lan jer yg mkn....Nk makan patin tempoyak...kat kedai jer lah...

    BalasPadam
  5. Sebenarnya kan Yati kakak ni hantu makan durian tapi tak pandai makan tempoyak. Entahlah kenapa. Mungkin kena paksa ajar tekak ni dulu. Mungkin juga sebab ikut mak-bapak kakak jadi anak-cucu ikut sama..

    BalasPadam
  6. Wah wife saya ska btl dgn tmpoyak ikan patin ni.blehlah dia try ni.

    BalasPadam
  7. Wah wife saya ska btl dgn tmpoyak ikan patin ni.blehlah dia try ni.

    BalasPadam
  8. Ohhhh CH......ni mmg faveret okje ni, buh kuah banjir pulak tu...mmg pergh lah!!

    Senang jer masak dia kan CH, tak payah pun buh bawang ek

    BalasPadam
  9. Kak Zai suka makan gulai tempoyak tp tak makan ikan patin. Selalunya bila masak digantikan dengan ikan lain.

    BalasPadam
  10. Sy kalau masak ni jawabnya menu sy aje tu...yg lain tak mkn. tak reti mkn tempoyak. sy mkn pon sebab merantau. Nampak menyelerakan la...pekat kuahnya.

    BalasPadam
  11. Kalau masak pn sy sorang je makan.. Wife tak makan.. Saya jd suka patin tempoyak pn sebab cuba makan di patin kancil temerloh.. Mmg sedap sgt2 makan kt situ

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)