Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...
Pada 19 September 2015 bersamaan 5 Zulhijjah 1436H pukul 12.25am.. Bonda yg tersayang telah pergi menghadap Penciptanya.. Moga sejahterah lah mak disana dengan aman ...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا،
وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ
الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ
زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan keduduknya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripaa kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yg putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Aamiin Ya Rabb..
Pada hari selesa 15/9/2015 kami telah membawa emak pulang dari hospital , setelah berbincang dengan doktor bahawa kesihatan emak semakin merosot selepas membuat pembedahan kecil di paru-paru bagi mengeluarkan air yg terdapat diparu-paru itu. Pada malam tu kak lang ada wasap mengatakan kesihatan mak tak stabil, pada siang tu mak asyik muntah-muntah dan doktor hendak berjumpa dengan anak-anaknya utk berbincang..
Pukul 4.30pm mak sampai dirumah dengan ambulan.. pada masa tu nampak muka mak ceria sangat sebab dapat balik rumah.. semua yg dtg menziarah disambut salam dengan senyuman.. Semasa mak uda adik mak datang mak salam tangan mak uda lama sangat dipegang seumpama tidak mahu dilepasnya..
Adik saya mencadangkan agar kita membaca surah yassin sekeluarga didalam bilik mak.. mak uda pun tido disitu kerana esok cuti hari Malaysia.. Mak elok bersembang dengan mak uda walaupun dengan bahasa yg sukar difahami.. dari mak kena stroke tu mak tak boleh bercakap.. ini yg kami adik beradik berasa terkilan.. sehingga akhir hayat mak kami tidak dapat mendengar suara mak lagi :(
Pada hari rabu malam khamis, saya menjaga mak, saya rasa badan mak panas, saya lap-lap dahi dan badan mak.. bila saya letak tuala basah didahi mak.. mak angkat balik.. mungkin mak tak selesa.. Saya tanya"mak tak nak letak tuala basah ni kat dahi ye" mak mengangguk.. pastu saya kata "macam tu acit lap-lap aje ye" mak mengangguk juga.. sepanjang malam mak tak tidur mungkin demam yg mak alami.. saya menemani mak sepanjang malam tu, mak merenung saya, saya kata mak tidurlah rehat.. bila mak memejam mata utk berehat .. saya baca surah Ar Ra'd disisi emak..
Pagi tu seperti biasa saya memberi susu dan ubat mak mengikut jadualnya.. kami adik beradik sentiasa menemani mak di bilik.. begitu juga dengan anak2 saya.. suruh mereka mengaji disisi uwan mereka.. pada hari tu kesihatan mak baik sangat..
Pada maghrib hari rabu tu.. mak long ada singgah rumah memaklumkan bahawa anak tirinya meninggal dunia akibat kanser paru-paru, jenazahnya ada dihospital lagi.. lebih kurang pukul 10.30pm baru jenazah tu sampai.. adik saya itam, ucu, dan abang long saya pergi ziarah malam tu.. jadi saya pergi esok pagi menziarahnya.. rumah mak long di belakang rumah mak ajer.. lebih kurang 300meter.. selepas jenazah dibawa ke kubur, saya balik ke rumah mak..
Pada petang khamis tu saya balik ke shah alam.. sambil menghantar Nabilah balik ke madrasah selepas saya minta perlepasan pulang pada hari selasa tu.. lagi pun minggu depan mereka dah cuti sekolah seminggu.. jadi hari jumaat petang saya jemput dia balik semula ke rumah..
Pada hari jumaat tu saya sentiasa wasap digroup keluarga , bertanyakan keadaan mak.. mereka kata mak macam tu jer.. saya bekerja pada hari tu.. kebetulan saya pening kepala hari tu .. lepas isyak dan baca yassin saya terus tidur.. pada pukul 12.40am saya mendapat panggilan telefon dari adik saya mengatakan mak telah tiada.. terperanjat saya.. Innalillahi wa inna ilayhi roji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ) ..
Dalam mamai-mamai tu saya mengejutkan en suami dan anak-anak untuk bersiap balik.. saya sampai rumah mak pukul 1.45am.. semua adik-beradik saya dah ada disitu.. jenazah mak telah dibawa keruang tamu.. saya merasa amat terkilan tak dapat menghadap arwah mak disaat kematiannya.. namun begitu saya redha.. kakak saya kata.. jangan sedih.. mak pergi dengan tenang dan mengucap kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ. dengan mudah , diajar oleh adik lelaki saya tu..
Saya tanya siapa yg ada disisi mak ketika tu.. kak lang kata dia lagi ralat.. dia balik kerumah pada pukul 12.10am.. kata lapar .. tu yang dia balik.. baru menyuap nasi tiga kali suap .. dapat telefon mak meninggal.. terus tinggalkan nasi dan balik rumah mak semula.. tambah kak lang lagi masa tu ada kak teh, kak ngah dan itam adik lelaki saya menghadap mak.. cerita kak teh saya pula.. sewaktu saat akhir mak tu.. mak berpeluh-peluh.. dahi mak basah dengan peluh.. adik lelaki saya melafaz kalimah Allah ditelinga mak.. selepas tu dia tengok mak tersenyum hingga nampak sedikit giginya.. dan mak pun menghembus nafas terakhirnya.. tenang sangat..
Sewaktu saya cium dahi mak masa sampai tu.. masih lagi terasa peluhnya.. melihat wajahnya putih berseri.. seperti tidur yg mendamaikan.. Pagi tu sewaktu jiran datang menziarah jenazah mak.. dan membuka kain penutup muka mak pun.. berkata .. masih berpeluh lagi arwah ni..
Pagi pukul 8.00am kami pun memandikan jenazah mak.. saya, kak andak, kak lang, mak uda, adik ipar dan kakak ipar saya memangku mak sewaktu memandikan. Luruh air mata saya sewaktu menggosok-gosok perlahan tubuh mak.. terasa kelembutan badan mak.. Mak Long, kak teh dan uda menyiram air ke badan mak.. (tulis entri ni pun dah cucur air mata) sewaktu saya menggosok tangan mak, saya berdoa "ya Allah tangan ini yang telah membesarkan kami adik beradik, mendidik , membelai kami dengan kasih sayang, dengan itu aku memohon keampunan dari Mu akan dosa-dosa mak saya yg baik ini ya Allah..
Selepas tu mak di kafan oleh kak ngah, kak ateh dan uda.. saya pergi membersihkan badan dan mengambil wuduk serta menggantikan pakaian. Bila saya selesai bersiap.. tengok mereka semua tengah bergilir-gilir sedang mencium jenazah mak buat kali terakhir.. Sewaktu saya mengucup dahi mak masih lagi terasa lembab peluh didahi mak..
Pukul 9.30am jenazah mak di bawa ke masjid untuk solat jenazah..
Solat jenazah di imamkan oleh adik saya sendiri.. Alhamdulillah saya , kak lang, kak andak dan adik beradik serta cucu-cucunya yg lain dapat menyembahyangi jenazah mak.. sewaktu keluar dari masjid tu.. sempat juga saya memegang keranda mak.. mengusung jenazah mak sampai ke muka pintu masjid.. selepas tu terus dibawa ke tanah perkuburan ..
Bacaan talkin di sempurnakan oleh adik saya.. cucur lagi airmata saya bila mendengar bait-bait bacaan adik saya dengan nada yg pilu.. tambahan pula digantikan dengan panggilan Bonda untuk nama mak tu.. pukul 10.30am selesai pengkebumian mak.. tinggallah mak ditempat baru nya di alam bazakh .. semoga roh mak damai sejahtera disana.. dan kubur mak dikurniakan salah satu taman dari taman-taman syurga.
Arwah mak mengikut arwah abah dalam tempoh 8 bulan.. arwah abah meninggal pada 17 Januari 2015.. kuat sungguh kasih sayang mereka berdua.. adik saya uda ada cerita.. mak dulu selalu mimpi arwah abah.. dalam mimpi tu abah selalu cakap pada mak " Dah siap.. Jom kita balik.." setiap kali arwah mak bermimpi arwah abah mesti wajah arwah abah seperti zaman mudanya.. kata arwah mak lagi.. kata-kata jom balik tu adalah mengajak mak balik kampung .. arwah abah ni bila teringat nak balik kampung mesti suruh mak siap jam tu jugak pastu balik terus kampung.. tetapi tak sangka dalam mimpi mak tu mengajak balik untuk bersamanya di alam bazakh..
Tahun ini adalah tahun dukacita untuk saya dan keluarga.. kehilangan kedua ibubapa yang amat disayangi..
Doa jua kepada mereka sebagai penyambung kasih sayang..
Teringat saya kata-kata arwah mak sewaktu kami membuat tahlil arwah abah tempohari.. Kalau mak mati.. cukuplah kalian sedekah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas buat mak...
Aamiin Ya Rabb...
Allahuakbar
BalasPadamknor ketinggalan bas agaknya ni...
innalillahhi wainna ilai hirojiun
semoga di tempatkan kalangan org2 yg solehah
begitu juga perjlnan ke sana ibu dan ayah knor..tak lama slps itu yg setia mengikuti..
al-Fatihah
berjujuran airmata SA baca entry ni kak...allahu....innalillahiwainnailaihirojiun...alftihah buat arwah mak akak dan salam takziah dari SA dan keluarga
BalasPadaminnalillahiwainna ilaihirrojiun..Sebak saya membacanya..Al-Fatihah untuk Arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Aamiin!
BalasPadamSalam Takziah.. Semoga ke dua nya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin.
BalasPadamsaya yg membaca pun menitiskan air mata
BalasPadamSalam takziah untuk Yati dan keluarga.... tau bagaimana rasa kehilangan, sedihnya...Al-Fatihah.
BalasPadamSalam takziah dari kakak utk yatie sekeluarga.Memang sedih kehilangan kedua orangtua dalam waktu terdekat...moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Aminnn.
BalasPadamSalam takziah dari kakak utk yatie sekeluarga.Memang sedih kehilangan kedua orangtua dalam waktu terdekat...moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Aminnn.
BalasPadamLuruh hati kakak Yati. Airmata kakak tak boleh tahan dah.. moga roh mak ditempatkan bersama kalangan org yg beriman. Salah satu tanda mati dalam husnul khotimah dahi ada merenek dgn peluh... Allah... kakak sayu hatilah Yati.
BalasPadamSalam takziah buat Yati dan keluarga dari keluarga kakak di Johor ni.
semoga arwah tenag disana..bersama org2 yg beriman...
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiun...alftihah buat arwah mak akak..
BalasPadamYa Allah sedihnya bila kehilangan...moga arwah mak akak ditempatkan dikalangan org yg beriman...
Salam Takziah. Bercucuran air mata tika membacanya..... bertuahnya mak Yati semua anak-anak yang uruskan hinggalah ke talkin. Adik Yati sekolah pondok ker dulu....
BalasPadamAdik dulu belajar di Universty Yarmouk Jordan .. ambil pengajian usuludin.. skrg mengajar di MRSM zana..
PadamSalam Takziah. Bercucuran air mata tika membacanya..... bertuahnya mak Yati semua anak-anak yang uruskan hinggalah ke talkin. Adik Yati sekolah pondok ker dulu....
BalasPadamSalam takziah untuk kak sekeluarga, bergenang airmata membaca entry ni...
BalasPadamSemoga Roh mak ayah ko ditempatkan dikalangan insan2 yg Allah kasihi T..
BalasPadamSalam kak,
BalasPadamTakziah tuk akak sekeluarga..sebak membaca coretan ini..didioakan moga arwah mak ditempatkan bersama-sama orang2 yang beruntung di sisiNya...amin
Salam takziah kak yati muga roh di tempatkan dlm kalangan yang beriman..
BalasPadamAL FATIHAH semoga Roh Arwah dicucuri rahmat. Amin.
BalasPadamAlfatihah utk arwah bonda CH.....sayunya baca entri ni....bergenang air mata kita....Gitulah kan CH...yg hidup pasti mati, yg kita sayang akan tetap pergi jua akhirnya. Mengikuti cerita CH dari dulu, dpt bayangkan beruntungnya arwah mak ayah CH memiliki anak anak yg soleh dan solehah, dpt menyempurnakan jenazah mereka. Betapa untungnya mereka di alam barzah sana ....
BalasPadamAl-Fatihah...
BalasPadamcukup sebak baca coretan ini...moga roh arwah tergolong dikalangan orang beriman dan diredhaiNYA...
Beruntung arwah berjaya mendidik dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
salam takziah kak.... alfatihah bt arwah mak akak... moga rohnya dicucuri rahmat...
BalasPadamdana dpt rasa akak tenang masa menaip ntry nih... dana tau akak kuat n redha...
alhamdulillah semua dipermudahkan... sedih sebak menitis airmata baca nih kak...
al fatihah....
BalasPadammoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan terpelihara....