Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 15 September 2015

GULAI TELUR ITIK PUCUK UBI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Petang selasa tu pergi pasar malam , tengok mak cik yg selalu jual bunga kantan dan daun kesum tu ada bawa pucuk ubi.. dalam hati berkata dah lama tak makan gulai pucuk ubi.. pastu dalam kepala pulak berfikir .. nak regu dengan apa ye.. pastu teringat lah pulak telor itik.. dah lama juga tak makan.. so gi cari telor itik ni.. banyak juga yg menjual telor itik ni.. kita survey dulu harga.. ada yg jual 90sen sebiji.. jalan depan lagi 80sen sebiji.. tanya kat gerai satu lagi .. pun sama 90sen sebiji.. so apa lagi pilih lah yg 80sen sebiji... aduh dah mahal juga telor itik ye.. kalau kat kampung en suami baru 60sen sebiji.. saya beli lima biji.


Jadi masak gulai lemak telor itik dengan pucuk ubi pada hari rabu lah ye kekawan.. lagi pun tak ada pasar malam yg berdekatan dengan rumah.. kita rajinkan lah diri untuk memasak ye ~__^
Dinner malam tu membangkit kan selera saya suami isteri.. penuh pinggan saya dengan sayur pucuk ubi ni.. cer tengok gambar bawah..
v
v
v
v
v
v
v
v
Sudah tu jangan nak zoom sangat yati ooiiii ada pulak yg terliur pagi hari ni.. ehe ~__^

Jom tengok resepi mudah untuk dicuba ^__^



GULAI TELUR ITIK PUCUK UBI
Bahannya :-
  • 5 biji telur itik
  • 1 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup * (*dikisar @ ditumbuk.. saya rajin masa tu menumbuk bukan main lagi ^__^)
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat 
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai dititik
  • 1/2 asam keping
  • seikat daun pucuk ubi (direbus sebentar dulu)
  • garam
Caranya :-
  1. Masukan sedikit santan cair dan bahan tumbuk kedalam periuk. Biarkan mendidih sedikit.
  2. Pecahkan telur itik kedalam mangkuk, kemudian masukan kedalam periuk.
  3. Apabila telur dah separuh masak, masukan lagi telur yg kedua, buat sehingga siap kesemua telur.
  4. Kemudian masuk santan pekat dan pucuk ubi yg direbus tadi. 
  5. Akhir sekali masukan serai, daun kunyit, asam keping dan garam. Bila dah elok masak.. rasa garamnya. 
  6. Siap utk dihidang



9 ulasan:

  1. Kakak belum pernah lagi masak gulai telor itik ni wlpun masa tu anak kakak Fateha nk sangt bila brkwn dri lain2ngeri bercerita.,kakak ganti dengan telor ayam.
    Ni boleh lah guna resepi yatie bila nak buat untuk ank kakak nnti.

    BalasPadam
  2. Masak lemak putuk ubi pun kakak dah suka apa lagi kalau digulai dgn telur itik ni Yati mestilah lagi mantop:)

    BalasPadam
  3. Buat pedas2 sikit T...bukan lah main sedapnnyaaa...

    BalasPadam
  4. Kalau gulai itik pun sedap juga, cuma sekarang susah nak dapatkan itik..

    BalasPadam
  5. Specialnya menu..sy jarang makan telur itik..

    BalasPadam
  6. selalu jgk masak gulai telur itik nih tp tak penah lg boh daun ubi camni kak... msti sedap kan lg tambah2 mkn kn

    BalasPadam
  7. Saya pernah makan tapi telur itik yang dah jadi telur asin,,sedap

    BalasPadam
  8. gulai telur itik mmg faveret...arwah nenek selalu masak...best

    BalasPadam
  9. Nyam..nyam... dari membaca postingannya saja sudah terbayang akan kelezatannya. Tapi kalau saya yang buat apa akan enak juga yahh ? HeHeHe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)