Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Dah masak ke atau pergi kenduri .. kalau gi kenduri tak payah masak.. gantung periuk kuali minggu ni..
Saya tengok dah meleleh air liur bila terlihat di wall FB saya kekawan.. Nak gak cuba .. kita save dulu kat sini :)
Ikan merah stim berkuah tom yam putih
Bahan2 utama:
3 keping besar ikan merah
5 batang serai - di ketuk
1 biji bawang holland- di potong kasar
5 ulas bawang putih - di cincang halus
3 keping hirisan lengkuas
1 inci halia - dihiris nipis
5 helai daun limau - dikoyak2an
9 biji cili api - diketuk
Sebiji tomato - di potong wedges
Sedikit hirisan daun ketumbar
Bahan2 perasa kuah:
7 biji limau kasturi - diperah & diambil airnya( kalau suka lebih masam boleh lebihkan)
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar susu cair
Air 2 cawan
Garam & gula & aji secukup rasa..
Cara..
Satu kan semua bahan2 perasa kuah dalam mangkuk.. Kacau sebati..rasa..
Kalau dah sesuai rasa boleh start kukus..
Sediakan kukusan..
Masukkan kesemua bahan2 utama berserta bahan2 perasa kuah dalam bekas kukusan..
Kukus selama 20 -30minit.. — dengan Sobarina Mohamed, Shamsul Baharin Sulaiman, Nenek Nur'dhiadan 34 yang lain.
Salam hujung minggu..terliur, sedapnya...ikan masak tomyam..
BalasPadamBelum pernah buat..bolela cuba nnti
BalasPadammasakan sihat ni.. saya suka
BalasPadamWah nampak sedap tu...
BalasPadamSelamat berhujung minggu,tengah bermalas2 xtau nak masak apa hihihi
sedapnya.. mesti cuba buat juga nanti..
BalasPadamsedap ni CH, pernah buat juga ala-ala gini ,makan panas-panas kan :)
BalasPadamsedapnya..boleh cuba ni
BalasPadammenu sihat nih kak... main rebus2 ngn stim2
BalasPadamsaya tengok resepi pun terliur kak,, saya nak save jugalah resepi ni
BalasPadamAlahai, CH! Saya baru decide tak mahu makan tengahari. Ambil heavy breakfast pagi tadi. Tapi bila tengok resepi ni, tetiba aje rasa lapar. Rasa lapar tau, bukan rasa nak cuba buat kat rumah! Hahaha!
BalasPadamEerrrrr kesal masuk entri ni.
BalasPadamHa ha ha...
Terus perut berbunyik
Eerrrrr kesal masuk entri ni.
BalasPadamHa ha ha...
Terus perut berbunyik
Bak copy paste resepi. Sedapnya. Terliur dah ni
BalasPadam