JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 April 2016

MR OS , HIDUP BERDAMPING ARTIS, MATI BERTANGIS ULAMA..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Adik saya wasap di group keluarga semalam, beruntung sungguh Mr Os, hidayah Allah amat indah , kematiannya khusnul khotimah, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solehin..


MR OS, HIDUP BERDAMPING ARTIS, MATI BERTANGIS ULAMA..


Pemergian Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid sepatutnya menjadi tazkirah 'live' yang amat berkesan di hati kita. Beliau yang menghabiskan awal usianya dalam industri hiburan, tiba-tiba mati saat akhir hayatnya mewakafkan diri di jalan dakwah. Kita patut merasa bertuah sempat hidup dengan dipersaksikan keajaiban ini dalam misi memburu hidayah tuhan.

Pemergian Mr Os sepatutnya menambah keyakinan kita terhadap kebenaran Islam dan kenabian Muhammad SAW. Baginda pernah bersabda:
فو الله الذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها
"Maka demi Allah yang tiada lagi tuhan selainNya, sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak diantaranya dan diantara syurga itu hanya tinggal sehasta lagi, tetapi telah tertulis di suratan Ilahi, maka dia beramal sebelum matinya dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk neraka. Dan sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak diantaranya dan diantara neraka hanya tinggal sehasta lagi, tetapi telah tertulis di suratan Ilahi, maka dia beramal sebelum matinya dengan amalan ahli syurga, maka dia masuk syurga."
[HR Bukhari]

Yang pergi tetap pergi, tak akan kembali lagi. Buat yang masih hidup, pengajaran harus diambil.

Kepada yang masih hidup, jangan cepat menghukum orang jahat itu selama-lamanya jahat. Jangan menganggap si kafir itu selama-lamanya kufur. Jangan menganggap orang zalim itu sampai mati zalim. Sedang tuhan tidak pernah menutup pintu taubat pada sesiapa.

Kepada yang masih hidup, jangan merasa diri lebih baik dari orang lain. Jangan anggap diri sudah cukup bertaqwa. Jangan melihat amalan yang dibuat sudah cukup untuk menempah syurga. Sedang hati kita berada di antara dua jari tuhan, boleh dibolak balikkan semahuNya.

Sangat beruntung Mr Os. Beliau hidup dalam dunia glamour, tetapi mati dalam perjuangan Islam. Hdiupnya didampingi artis, tapi matinya ditangisi ulama. Jika ditakdirkan beliau masih hidup semalam, tentu beliau akan berada di pentas dakwah bersama Ustaz Azhar Idrus di Himpunan Pemuda PAS Teluk Pasu, Terengganu.

Sangat rugilah pula mereka yang hidup dalam kemuliaan perjuangan Islam, bersama dengan gerakan Islam, berdamping dengan alim ulama, tetapi di akhir hayat tuhan palingkan hati untuk keluar dari jemaah Islam dan bertindak memusuhi pewaris anbiya'. Semoga tidak tergolong di kalangan mereka. Wal iyazu billah..

Sangat ajaib hidayahMu tuhan.
Salam takziah buat keluarga Mr Os.

(Alang Ibn Shukrimun)

14 ulasan:

  1. InsyaAllah beroleh hidayah sebelum kembali kepada-Nya impian setiap hamba2-Nya ..innalillah. salam takziah kppd keluarga Allahyarham Os semoga berada dikalangan para solehin di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah harapan semua hamba Nya..
      Semoga terus diberikan hidayah kan Kak PI..

      Padam
  2. Beruntungkan alhamdulillah...anaknya sumayah satu kls dgn iman soffea msa darjah satu...skrg dh tkar kls..masih sekolah yg sama,sedih ayahnya tak dpt nak tgok result upsrnya nti...masa sehat selalu juga nmpk dia jemput anaknya balik,sjk sakit dh tak nmpk dah..knor knl juga isterinya...ajal maut.
    Semoga roh dicucuri rahmat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh Mr Os ni tinggal di Shah Alam ye KM,
      CH pun tak tahu tapi en suami ada kata selalu nampak Mr Os ni memandu teksi..
      Ye lah kesian anaknya.. kehilangan ayah sewaktu nak ambil UPSR tahun ni ye..
      Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..

      Padam
  3. Innalillah wainnailaihi rojiuun
    hidayah ALLAH tiada siapa dapat pertikaikan kan
    kematian yang di impikan setiap makhlok ALLAH
    SUBHANALLAH UNTUNG NYA ARWAH MR OS KEMATIAN YANG DI TANGISI ULAMA

    BalasPadam
  4. semoga arwah ditempatkan dikalangan insan yg bertaqwa

    BalasPadam
  5. mmg terasa dengan kehilangannya ....

    BalasPadam
  6. Alfatihah. Ada baca juga kisah allahyarham ni. Alhamdulillah, Allah beri petunjuk, pengakhiran yang baik. Itu bahagiannya.

    Kita ni jangan sesedap rasa menuding jari mengatakan orang itu baik, orang ini tidak. Kita bukan Tuhan. Kalau Tuhan nak, bila-bila masa hati kita ni boleh dibolak-balikkan demi kebaikan mahu pun kejahatankan, CH!

    BalasPadam
  7. Itulah sebabnya jgn buat judgement sekilas mata memandang macam N3 kakak hari ini. Silap pentafsiran. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka. Lebih baik jadi hamba yg dulunya kurang baik tapi pengakhirannya baik. Berbanding awalnya baik tapi pengakhirannya tersasar jauh.. mohon dijauhkan.

    BalasPadam
  8. Alfatihah buat arwah....
    Tulahkan CH.....apalah nasib kita pulak huhu... Beruntunglah mereka yg dpt rahmat dan hidayah Allah
    Nampak gambo tu dia pun mcm dah sakit jugakkan, nampak kurus.

    BalasPadam
  9. tersentuh hati baca n3 ni..
    smoga pengakhiran hidup kt pon dlm keadaan sebaik ni..
    al-fatihah buat arwah..smoga rohnya dicucuri rahmatNya..amin

    BalasPadam
  10. alhamdulillah . kebaikan os yang kita tidak tahu dan jadi pengajaran ... al-fatihah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)