JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 2 April 2016

RESEPI RISOLES CHEESE

Assalamualaikum kekawan...
Jejalan FB jumpa pulak resepi utk anak2 suka utk sarapan pagikan. Jom kita save kat sini dulu. ;)


RESEPI KULIT RISOLES
BAHAN2nya
* 2cawan tepung gandum
* 2 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
* 1 1/2 cawan air biasa
* Garam secukup rasa
* 1 biji Telur



CARA2nya
1- Blender kesemuanya dan tuanh kedalam bekas... kepekatannya agak2 boleh dilenggang... lebih kurang mcm nak buat kulit ketayap.





Resepi Inti Risoles
Bahan2nya:
* 400gm daging cincang (nak letak lebih pun boleh... ikut suka hati hampa lah)
* 3biji kentang size besaq @ 5biji size sederhana ##
* 1 biji bawang besaq ##
* 3sudu kecik serbuk lada hitam
* 5 ulas bawang putih
* sedikit minyak utk menumis
* 1 cawan air biasa
* bahan perisa secukup rasa
* 2sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
=bahan ## potong dadu dan campur kedua2nya

CARA2NYA
1- tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau..
2- masukkan daging hancur dan kacau rata... biar dalam 5minit dan masukkan ubi kentang + bawang besar yg telah di dadu tadi...+ 1cawan air biasa. kacau lg...
3- masukkan serbuk lada hitam kacau sekali sekali sehingga air agak kering...
4- masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau hingga kering dan agak pekat dan melekat.... perisakan
5- tuang dalam bekas yg berlubang seperti dalam gambar ataupun penapis supaya minyak dan cecair yg ada turun kebawah...
 



7 ulasan:

  1. kaknoor selalu jugak simpan resepi resoles tpi belum lgi terbuat, kalau dulu pakai kertas mmg bertimbun dah rasa nya, buat nya belum jua lgi

    BalasPadam
  2. kaknoor selalu jugak simpan resepi resoles tpi belum lgi terbuat, kalau dulu pakai kertas mmg bertimbun dah rasa nya, buat nya belum jua lgi

    BalasPadam
  3. kena simpan resepi ni...nanti leh cuba

    BalasPadam
  4. Yalah yatie akak pun nk save resepi ni...anak akak minggu depan ni ada balik...

    BalasPadam
  5. sy pun sllu parking resepi...sbln pastu bru buat..hikhik..

    BalasPadam
  6. Ohhh mcm kuih ketayaplah ni ek cuma inti dia mcm karipap banding kelapa mcm selalu tu. Kalau pakai roti utk kulit dia rasanya boleh jugak kan CH.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)