JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 29 Mei 2012

KEK KARAMEL MUDAH

Saya rasa, saya pun terkena sumpahan tujuh keturunan itu ,seperti yang kak azlita kata tu.... tapi tak tahu bila ianya akan berakhir... ini adalah percubaan saya kali ketiga... masih tak puas hati sebab karemelnya merekah lah... bercapuk dan tak sekatalah... tapi rasanya tetap mantap dan menyelerakan, en suami pun suka kek ni, en suami kata tak ape rupa parasnya tak cantik asalkan rasanya sedappp... ini kata-kata untuk menyejukan hati si isteri yang berduka lara melihat kejadian kek ini...

kek dah elok gebu tapi karemelnya terpecah...
Sesiapa boleh tolong saya agar karemelnya tak terpecah dan bercapuk-capuk tu.. saya dah guna kedua-dua kaedah yang kak azlita bagi tu. Yang ini saya guna cara steam bath, licin dah permukaannya cuma terpecah.. kalau kaedah terus bakar tu karemelnya pula bercapuk-capuk..

Kaedah steam bath saya gunakan

kata kak azlita biar di oven sampai kek merenggang sendiri
Bila terbalik kan kek tu karemel dia terpecah so cover
dengan strawberry haha

Resipi ni sungguh senang tapi sangat berhati-hatilah pula untuk membuatnya... ini untuk saya kot.. orang lain senang je buat, saya jer yang terkial-kial. Saya ambil resipi dari blog Masam Manis kak azlita. Kalau nak resipi step by step boleh pergi di sini berakhir-sudah-sumpahan-itu. Terima kasih kak azlita dengan step by step ini tapi saya masih lagi melangkah jatuh-jatuh buat kek ini hehehe

KEK KAREMEL










Gula Hangus 

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan 

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Saya kongsikan juga kek ini dengan mak ngah kerana meminjamkan oven nya... ehe disebalik nak membuat kek ini ada cerita yang sangat dramatik.. haha.. saya beriya dah siap semua kek ini tinggal nak bakar saja tiba-tiba oven saya tak menyala... puas saya godek-godek sana sini tapi tak menyala mujur lah rumah mak ngah dekat dengan taman saya tinggal jadi anak mak ngah along zaza datang hantar pada saya ovennya.. so selamatlah kek saya ini... wow kak ngah buat rainbow kek lah... nanti siap bagi rasa ye...



Ini yang saya bagi pada mak ngah.. cover-cover dengan strawberry hehhehe..

6 ulasan:

  1. assalam yatie..walaupun macam yang yatie kata..tapi masih nampak cantik kejadiannya.
    acik sampai sekarang masih tak berani nak mencuba.
    acik cuba kek yang senang2 je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumusalam acik,

      Ini percubaan berani mati saya acik hahaha.. walaupun takut hendak juga mencubanya... ;))

      Padam
  2. dah cantik sangat dah tu. mungkin masa terbalik tu kot dia pecah. Alhamdulillah saya buat 3x elok tak merekah, tp kali pertama tu je sebb tak sabar2 nak tengok hasil. Gambate kak! ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la As, masa akak terbalikan tu terpecah..
      Akak ni pun jenis tak sabar nak tengok kejadian, lepas tu sendiri yang terkejut melihat kek tu terpecah huhuhu...
      Lepas ni kena hati-hati masa terbalikkan nya..
      Terima kasih As.... caiyok

      Padam
  3. nampak cantik dah tu kak. nadiah pun dah beberapa kali buat kek ni tapi tak dapat ambil gambar yang dah dipotong sebab setiap kali buat untuk dibawa ke rumah orang. insyaAllah nanti nak buat lagi untuk makan sendiri. boleh ambil gambar yang dah dipotong. nadiah pun tak puas hati juga hasil yang nadiah buat sebab karamelnya meleleh tepi kek..jadi comot tepinya. kalau buat sekali lagi nak kurangkan gula sikit untuk gula hangus tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun camtu Nadiah, karemelnya meleleh tepi kek lepas tu elok lah pulak berkumpul di bawah kek tu, jadi bila nak potong melekatlah pulak kek pada pinggan. Betul jugak tu Nadiah nanti kena kurangkan gula hangus tu..

      Harap-harap berakhir juga sumpahan itu utk akak ^__*

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)