DOA SEORANG
ISTERI BUAT SUAMI....
(ULANG TAHUN KE 11)
Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya ALLAH…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Surga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu’ akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi
Ya ALLAH…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengarungi segala kehendak Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya ALLAH…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kehilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku Ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya ALLAH…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya ALLAH…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,
Ya ALLAH…
Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku lena dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu
Ya ALLAH Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal’alamin…
p/s Hari ini genap ulang tahun perkahwinan saya yang ke 11 tahun... kebetulan sama hari jumaat... masih ingat lagi pada pagi Jumaat pukul 10.00 pagi saya selamat di ijabkabulkan oleh bapa saya di Masjid Jamek Al Islah Kuang, Selangor. Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga dan ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati oleh Ilahi.. Ameen...
salam kak yati....
BalasPadamselamat ulang tahun perkahwinan yang ke 11...moga berbahagia dunia dan akhirat....Amin...
p/s kak yati....keknya mana....
Terima kasih Yan.. kek nanti cerita ye :D
Padamselamat ulangtahun perkahwinan yang ke-11. semoga berbahagia hingga ke syurgaNya...ameen.. :)
BalasPadamTerima kasih Nadiah.. Ameen :)
PadamHappy Annviersary Kak yatie.. moga kekal hingga ke syurga ya..amin!.. :)
BalasPadamTerima kasih Atie.. Ameen mudah-mudahan hingga ke syurga :D
PadamAMINNN.....
BalasPadamHappy anniversary Yatie... akak doakan moga jodoh kalian berdua kekal hingga ke Jannah...
Terima kasih Kak Ratna.. ameen :)
Padamselamat ulang tahun perkhawinan kak...semoga kekal bahagia hendak-Nya...amin...
BalasPadamTerima kasih PM... Ameen.. :D
Padamselamat ulangtahun kak yati...
BalasPadamTerima kasih Zura... :D
Padam