Assalamualaikum kekawan.. semoga ceria & sihat hendaknya :)
Semalam cuti projek hanya mengemas rumah dengan en suami... rajin betul en suami mengemas hingga kemalam baru selesai mengemas bilik dan stor... banyak jugalah barang yg dikotakan utk dibuang dan dijual, kebanyakan buku dan pakaian lama yg dipilih utk dihapuskan dan disedekah kerana masih elok lagi kan...
Memasak kek ni masa cuti tahun baru itu hari masa tu, adik nak buat berendoi anaknya dirumah emak, tak sempat nak update entri berendoi Adra Safiyah... nanti jika berkesempatan saya update ye kekawan...
Siapa lagi bukan Nabil yg paling suka kek coklat ni ... tak sabar dia menunggu kek ni masak...
Sudah tentu saya menggunakan pemanggang ajaib ini dengan jayanya sekali lagi kan kekawan...
Aksi si comel mama... dengan kek coklat kegemarannya itu...
Saya guna juga pengukus untuk mengukus sebahagian kek yg lain, lambat pulak nak menunggu pemanggan tu aje kan... kira serampang dua mata lah ni...
Resepi ni saya ambil dari FB Anis kek coklat moist... Anis bercerita bagaiman dia memperolehi resepi ini... Ini saya copy paste kan dibawah... jom baca.. :)
2 minggu lepas sebelum kami balik ke kampung berjumpa ayah bonda kami..Kami ke Tanjung Malim dulu untuk bertemu buat kali ke 2 dengan Kak Ton iaitu hamba Allah yang sangat baik hati dan pemurah orangnya.Beliaulah yang memberi memberi resepi kek coklat kepada saya pada tahun 2010 dulu..
Ingat lagi semasa di kelas baking di Bagus Shah Alam pada Mac 2010,Kak Ton bagi semua participants ni rasa kek yang dibawanya..Sebenarnya Kak Ton nak bagi Chef yang rasa dan komen..Chef tu komen simple jer..tapi bila saya yang rasa.....Walllaaaa...ini la dia kek yang betul2 moist yang selama ni dicari..Sedapnyaaa!!....
Nak tanya resepi tak berapa berani jugak sebenarnya sebab melalui pengalaman2 pahit sebelum ni..sangatlahhh susah bebenor nak dapat resepi dari kawan-kawan..ishhh nak bawak ke mana la resepi tu agaknya? ke kubur ke? Awatlah nak kedekut sangat diorang ni nak bagi resepi kan..betul2 old thinking lah..Kalau lah dengan resepi tu kawan kita dapat membesarkan anak-anak,sepatutnya kita kena banyak-banyak bersyukur kerana dapat membantu salah seorang Hamba Allah..lagipun, THE MORE U GIVE, THE MORE U GET lah bebeh..
Last-last memberanikan diri jugak bertanya..Boleh bagi resepi tak kak? Kak Ton kata, bagi email..nanti Kak Ton email..Esoknya, Kak Ton betul2 emailkan resepinya!..Macam tak percaya kan....?
Resepi seperti di bawah:
Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,
Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.
Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream
Campur semua buat double boil..
@
Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..
Cubalah ya,dah ramai buat dan menjadi...Semoga perkongsian rezeki ini diberkati Allah..
Sekali lagi,thank you Kak Ton for this marvellous recipe!!!....Semoga Allah membalas segala jasa baik Kak Ton yang sangat baik hati dan pemurah sangat orangnya..Kami doakan Kak Ton sekeluarga dan keturunan Kak Ton diberi Allah rezeki yang melimpah ruah seperti hujan yang lebat turun tiada hentinya...
KEK
COKLAT MOIST ANIS
Bahan
A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C ( Topping )
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
Cara-caranya :
Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.
Cara-cara membuat topping :
Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C ( Topping )
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
Cara-caranya :
Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.
Cara-cara membuat topping :
Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.
p/s Cara saya mengukus menggunakan pemanggang ajaib tu macam ni...
- Panaskan air didalam pemanggang, kira ini suku jer air tu , agak2 tenggelam setengan bekas kek tu.
- Bila air dah mendidih baru dimasukan bekas kek kedalam pemanggang tu, tutup pemanggang tu, tunggu kek masak kira-kira 20 minit, sekiranya belum masak lagi boleh tambah masa mengukusnya.
Bagi toppingnya saya tak guna resepi anis, saya guna resepi saya sendiri...
Topping coklat
Bahannya :-
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan coklat (saya guna van houtten)
- 1/2 buttercup
Caranya :-
- Masak secara double boil ye ... cairkan buttercup didalam bekas, apabila dah cair tuang pula susu pekat tersebut, kacau hingga sebati.
- Selepas tu baru dimasukan coklat secara sedikit-sedikit, kacau hingga mesra.
- Kemudian baru dituang diatas kek coklat tadi...
#SELAMAT MENCUBA :) #
aduh, hari ni je blog 4 cerita pasal kek... alamakkk... sukanya mama, kalau dapat lagi suka kak..
BalasPadamwahhh..sedapnya buat... pernah jugak buat kak..ikut resepi kawan blogger gak..mmg suka...:)
BalasPadamNabil boleh tak auntie nak satu bekas tu?
BalasPadamKakak kalau dapat ni Yati sehari pun boleh habis.. kakak suka:)
akak guna pemanggang tu letak air je ek..senang la camni..
BalasPadamwah guna pemanggang ajib pon boleh ea yatie..sy ada juga boleh try nanti :)
BalasPadamkalau bakar tak berapa nak moist kan yatie ?
emmmmmmm.....krim coklatnya meleleh2 sama dgn air liur ni yg dh mula meleleh.....
BalasPadamkat sini saya guna yg jenis pre mix jer utk buat kek coklat… nanti ada masa nak cuba resepi ni pulak :)
BalasPadamRasa mcm dah baca dan komen.....
BalasPadamKak..nak tumpang tanya..topping tu akak pakai coklat masakan ke serbuk koko je?
BalasPadamAkak guna serbuk koko jer Azie..
PadamThanks kak..saya guna choc masakan,susu pekat sket n buttercup sket..tp ble simpan peti jd keras sket..sye xtau nk wat cmane bg die cair leleh..nk trylah pakai serbuk koko mcm akak wat..msk peti pun x jd keras kn?
Padamterima kasih share resepi ni..
BalasPadamnmpk sungguh menyelerakan, kena cuba nih..
BalasPadamTuneTalk topup RM30 dapat kredit RM40, topup RM50 dapat kredit RM70, cashback 3%,tiap kali topup dpt point. Point boleh tukar dengan smartphone atau tiket Air Asia.
http://www.TalkFree2U.com/sitirevell
http://tunetalk13.blogspot.com/
salam....sy nak tanya klu sy masak moist cake ni pkai rice cooker boleh x?
BalasPadamWalaikum salam,
PadamMaaf lah akak tak pernah pulak cuba masak guna rice cooker.. cubalah try and error dik..
Sslam. Boleh kak sy buat kek mosit ni pakai rice cooker ja jnji ada tempat pengukus dia tu
PadamSslam. Boleh kak sy buat kek mosit ni pakai rice cooker ja jnji ada tempat pengukus dia tu
Padamsalam kak...terima kasih sbb sudi share resepi kek coklat ni...mohon copy resepi ya..
BalasPadamnk tanya skit..klu kukus bole pakai bekas plastik tu yer..maaf lah saya x brapa pandai dlm hal2 cam gini...
BalasPadamTerima kasih berkongsi resepi. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga :)
BalasPadamkek coklat kegemaran sepanjang zaman...sy nak buat juga lah...
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi.. less budget tp yummy.. selamat berpuasa semua.. :) smoga Allah permudahkan urusan u sis krn mempermudahkan org lain...
BalasPadamSalam, alhamdulillah hari ni baru saya dapat resepi ni. Lama dah cari tapi tak jumpa. Anak-anak minat sangat dengan kek coklat anis ni , itupun kena order dengan kawan adik. Boleh tahan jugalah kosnya. So, di bulan Ramadan ni syukur Allah permudahkan saya jumpa resipi ni. Terima kasih kepada yang sudi share resipi ni moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
BalasPadamdah cuba.sedap.anak2 suka
BalasPadam#341 ..salam ukhwah salam ramadhan kak :) ..jenjalan mencari resepi kek tok raye ..heee
BalasPadamSalam,nk tnye klau bakar mmg kek x moist ke?
BalasPadamKalau bakar mmg kurang moist, kek tu kering ajer.. tak basah..
PadamAkak, boleh ganti tepung gandum tu dgn tepung penaik tak?
BalasPadamBoleh tapi tak perlu letak soda Dan baking powder tu..
Padamsaya baru nak mencuba buat kek. Saya lihat dalam resepi lain, mereka tidak masak bahan2 A..hanya ayak hingga sebati. Akak pernah cuba? dan kaedah mana lebih baik haslnya dari pandangan peribadi akak?
BalasPadamAkak pun dah pernah buat kedua-duanya.. yg hanya diayak dan dimasak.. ternyata yg dimasak lebih moist.. dear..
Padamassalamualaikum. akak bekas plastik yg kukus sekali dgn kek tu bekas tuperware biasa ke?
BalasPadamassalamualaikum. akak bekas plastik yg kukus sekali dgn kek tu bekas tuperware biasa ke?
BalasPadamWalaikumsalam Sara..
PadamAkak guna bekas plastik biasa yg boleh tahan panas Dan kukus..
tq...memg sedap..ank n encik suami suka
BalasPadamMinyak masak tu minyak jagung or minyak sawit? Tq for sharing...
BalasPadamMinyak sawit pun boleh.. tapi nak sedap guna minyak jagung marzola tu...
PadamKalo guna bkas yg kecil2 tu blh tak? N cake ni tahan brp hari ye? Plan nak wat doorgift
PadamBoleh din Nur.. kalau simpan dlm freeze boleh tahan lama..
Padamboleh ke tuang toping tuh masa kek panas panas? ke nak tggu kek sejuk duku ea?
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamChocolate moist ni akan lebih sedap kalau Pn. Nur letakkan chocolate chip dalam tepung kek tu. Rasa coklatnya akan lebih ketara dan sedap. Pastikan guna coklat cip yang bermutu tinggi.
Assalam...
BalasPadamNk tnye, kalau sy letak kt dlm loyang..kena tutup lg tk loyang tu ngn beg plastik atau foil paper supaya tk kena wap air kukusan tu..n nk tnye 1 lg, resepi ni utk kek 1kg ke? Tq
Ye kena tutup loyang dgn foil aluminium tu dear nanti air masuk dlm..
Padamsedapnye kek coklat ni..kt umah sy tkde kukus..boleh ke nak bakar cmtu??
BalasPadamjmpt singgah blog saya pula
http://nutriemom.blogspot.com/
salam.saya dah cuba buat sebijik guna resepi akak.cuma saya tak ada serbuk koko jadi diganti dgn cokelat masakan.tapi hasilnya kek saya tak naik walaupun dikukus selama 30minit kek tetap tak jadi apa. boleh beri tnjuk ajar.tq:)
BalasPadamCoklat masakan tu dah ada susu Dan gula, jadi kek tak naik gebu.. kena guna serbuk koko juga dear..
PadamSalam..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini.. Jom singgah blog saya shahhaslinda.blogspot.com
Salam sis, nk tnya klau guna pemanggang ajaib 2 still kna cover bekas / loyang Dan aluminium foil ke? Byk wap air x dkt penutup 2?
BalasPadamYe ima kena tutup dgn aluminium foil, kalau tak air masuk dlm kek tu nanti..
PadamSaya dah cuba buat guna resipi ni, menjadi dan sedap, thanks akak!! 😘😘
BalasPadamTapi saya guna resipi topping akk yg las skli tu rasa butter byk pulak 😂
BalasPadamBoleh kurangkan butter tu erleena jika tak rasa butter sgt...
Padamsalam...yummmm...my fav.choc.cake...walau dh try bnyk kali...xkan bosan untuk buat pada masa akan dtg...sedapppp...
BalasPadamJemput ke blog saya semua...boleh follow sekali..inshaallah saya akan jejak kalian semua semula..terima kasih...:)
salam sis... terkenan plak kek ni... boleh buat ni... nak tanye la.. nak guna kuali ajaib tu, tapawe tu tak lenyuk ke??
BalasPadamboleh ke bukak tutap bukak tutup tok tgk takat air tu.. kalo kurang k kering kine tambah air kan...??
kek ok ke? tak bantat..???
Guna tuperware yg tahan panas dear.. akak guna bekas yg kecil tu jadi cepat nasal.. boleh tengok lepas 15 minit mengukus tu.. InshaAllah tak bantat..
PadamSlm.. terima kasih atas resepi.. saya ikut semua ..tetapi saya tukarkan tepung gandumdgn tepung naik sendiri 1 cawan tanpa letak sebarang serbuk penaik dah... tapi bantatla... huhuhu.. ada yg saya tertinggal ke.. ataubsaya kena letak jgk baking powder?
BalasPadamMungkin kena letak sikit baking powder tu ..
PadamSalam...Kalau adunan tuu nanti cair ataupun pekat??? Topping tuu waktu bila nak letak?? Tolong ajar...
BalasPadamMasukan sebentar dlm freezer utk keraskan sikit baru letak topping tu..
PadamKak, nak share resipi ni. Tq for the all tips
BalasPadamSalam perkenalan
As salam kak... Saya dh cuba resepi akk bg ni... Cuma saya nak tahu adunan ni masak sampai last masuk tepung gandum tu ke? Lepas tu sementara nk kukus yg lain adunan tu menjadi lebih pekat, mcm mana nak buat tu? Harap akk dapat bantu saya tq
BalasPadamYe tepung masuk last sekali.. kena kukus sekali semua.. tu sebab akak guna dua pengukus dear..
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamKak, nak jugak resepi ni. Siyes kek dia sedap giler. Imma pun suka.
Nak share kat blog Imma. boleh ye kak. www,beautysuri.net
terima kasih sebab kongsi resepi, saya nak cuba resepi ni pulak...nanti saya kongsikan dengan pembaca saya di http://www.cergasemulajadi.com
BalasPadamSaya try buat, tp bila masa masuk tepung adunan jd berketul. Lps tu bila kukus dia tak naik dan bantat. Tolong saya :(
BalasPadamSaya pun sama mcm Aienhazwani Rahman..bila masuk adunan tepung jd berketul n x naik..last2 masuk tong sampah je..frusted..
BalasPadamya allah! coklatnya sangat mengiurkan....tq kak sebab berkongsi resepi
BalasPadamnak buat la nanti
Sedap
BalasPadamMudahnye pakai periuk ajaib je...mesti cubalah..
BalasPadamSedg buat ni..mintak menjadi
BalasPadamAssalamualaikum sis,..sy nk bertnya,..sume bhan tuh di masak atas api ke,..dgn mnggnkn periuk ke sis?? Then, bwu kukus,..cm tuh ke ??,..sbab sllunye sy gne kan mixer,,,..cme nk kpastian,..
BalasPadamMemang maveles resepi ni..saya dah cuba..suma anak-anak suka.thanks for sharing..
BalasPadamSahabat2 jemput jalan2 ke blog saya..
sitinorazizah920702.blogspot.com
wah. nampak sedap kek coklat moist ni. Bila beli selalu tak kena dengan citarasa. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Nanti nak cuba buat sendiri la (^_^)
BalasPadamHai dear :)
BalasPadamsaya yana wakil dari Kak ANIS, founder Anis Choc Moist Cake
nak sampai kan pesan kak Anis to say million thanks for your appreciation toward our LOVE Cake in this entry :)
keep in touch kayyy ^_^
Wellcome dear...
PadamSalam.. klau pakai gula biasa xpe ker?
BalasPadamsalam,masukkan tepung tu lepas alihkan koko yang dah maksak tu dari apai eh?
BalasPadampas tu pukul tepung tu sampai x berketul eh?
Assalamualaikum.. nk tny.. msuk tepung tu mmg mse api tgh pasang ke?? Lpas tu.. nk masak smpi bile?? Sbb lpas siap kek tu mcm bantat.. kat situ ade confuse.. boleh x klo sye nk minx tlong tmbh kan skit gmbr spnjg akk wat kek tu.. harap sgt dpt membantu.. sbb resepi y akk kasi ni mmg sedap walaupon separuh jdi.. klo fully jdi mesti lgi sedap..
BalasPadamAssalamualaikum akak.. kenapa kek sy seperti farhana.. harap dpt menjawab soalan sy..tq akk..
BalasPadamassalamualaikum...sy pernah mengalami masalah yg sama dengan farhana & humaira...nasihat sy, jangan masak adunan atas api terlalu lama hingga adunan menjadi pekat & berbutir...memadai semua bahan dilarutkan atas api sederhana & tutup api...jangan masak terlalu lama atas api...hasil dari pengalaman sendiri... ^_^
BalasPadamassalamualaikum kak...saya nak tanya la...ade orang komen kek ni (saya ikut resepi akak) bile nak telan rasanya melekat kat tekak...die soh sy kurangkan koko dalam bancuhan...boleh ke kak?ape pandangan & pendapat akak?
BalasPadamsalam kak,maaf.sedikit pertanyaan yang.telur tadi tu ,apabila dimasukkan ke dalam bahan A yang tengah panas,tak masak@merebus ke telor tu kak??
BalasPadamsorry,hehe
-jantan baru nak belajar-
Salam akk..lepas masukkan tepung berapa lama baru boleh padamkan api..
BalasPadamWaa... Macam best je... Nak try lah
BalasPadamBagi yang kurang jelas boleh singgah kathttp://akusukatulisblog.blogspot.com/2014/09/resepi-kek-coklat-moist-anis.html
BalasPadamAkak.tq kongsi resepi..saya amik dan try dan halalkan ye tq
BalasPadamKalau kukus guna bekas plastik perlu kukus dengan penutup sekali ke?
BalasPadamYe noriza tutup dgn penutup bekas plastik tu waktu kukus, mcm pic diatas..
Padamas salam sis...satu bekas kecik tu kena masukkan adunan banyak mana yer...
BalasPadamKak, kalau guna bekas kecik2 tu, bpe lame ye tempoh untuk kukus?
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamboleh try guna pemanggang ajaib ni...tak pernah buat cenggini
Yang pengawet potassium sorbate itu untuk 1kg berapa banyak ye...nak hantar kek untuk adik kat luar negara..takut rosak.
BalasPadamKak..adunan nie dpt 1 kg kek ke?
BalasPadamTulunnn..da buat tp x jadi..mu gkin silap masa masak tu..adunan jd kental semacam je..kesian anak tgu nk mkn kek x jadi..sedihhh...-nana
BalasPadamJgn masak lama2, cukup sekadar bahan2 tersebut menjadi. cair dear..
Padamsedapnyaaa..tapi saya tak minat kek, saya minat bahulu hihi
BalasPadamTq kak resepinya...bnyk kali dh cuba..mmg menjadi n yg penting sgt moist..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam sis..hujung2 pregnant ni asyik la nak buat cake..ni first time nk buat moist cake..kalau saya guna oven, berapa suhu n berapa lama ya sis..? n guna api atas bawah ke sis..? harap sis dapat reply :-)
BalasPadamMaaf Fya.. yg bakar dlm oven akak tak tahu brpa lama..
PadamSebab cara dia kukus tu..
Terima kasih..suka sangat !
BalasPadamsis ni coklatmoist anis yg dlm pasaran tu yer..
BalasPadamTqvm sis...sudi berkongsi ilmu.. mmg best respi ni.
BalasPadamThank you for sharing the recipe! =)
BalasPadamkalau kukus guna tupperware tu, kna ttup guna penutup dia jg ka?
BalasPadamkalau kukus guna tupperware tu, kna ttup guna penutup dia jg ka?
BalasPadamAssalamu'alaikum.
BalasPadamSis, saya minta izin guna pakai resepi dlm blog sis ye. Minta halal dunia akhirat ye. Terima kasih banyak banyak.
Salam..sy nak cuba la resepi ni..sy x terer bab kukus mengukus ni.. sb sblm ni mmg xpnh menjadi kalau wat kek kukus atau ape2 kuih yg kukus... harap2 boleh jadi ikut resepi ni... mohon izin ye.. tqvm
BalasPadamSalam, sy nk tnya klau guna resepi kek anis tu, slps bahan A dimasak dlm api sederhana, then msukkan telur tu? Telur tu akan masak berketul mcm telur rebus tu x ?? Mohon pencerahan.. tqqq :)
BalasPadamBahan A tu masak dgn api paling kecik sis.. sampailaa gula tu cair sebati dgn bahan yang lain. pastu baru masukkan telur yang dah dipukul kembang dalam bekas lain. masa masukkan telur tu kenala kacau sampai sebati. jangan masukkan telur pastu biarkan tak kacau. kang jadi mcm telur rebus atau telur dadar pulak. hoho..
Padampastu masukkanla tepung yang dah diayak terlebih dahulu dengan soda bikarbonat dan baking powder. tujuannya spy tepung tu bergaul rata dengan bahan serbuk tu.gaul2 lagi spy bahan cecair tu sebati dgn tepung. matikan api, sambung kacau2 sampailaaa adunan tepung dgn bahan coklat tu nampak sebati dan teksturnya halus barulaa masukkan bekas plastik atau loyang.
gud luck yea :)
Salam, sy nk tnya klau guna resepi kek anis tu, slps bahan A dimasak dlm api sederhana, then msukkan telur tu? Telur tu akan masak berketul mcm telur rebus tu x ?? Mohon pencerahan.. tqqq :)
BalasPadamAssalamualaikum sy amik resepi ye sis.mohon halalkan ddunia akhirat..tq sis...
BalasPadamAssalamualaikum sis... Topping tu boleh tak utk Tart
BalasPadamAssalamualaikum....
BalasPadamTeringin gak nk cuba buat chocolate moist cake kukus ni tpi bila baca blog ni, ada setgh pembaca buat keknya menjdi & ada stgh x menjadi (bantat) risau pulak....nnti mmbazir je bila dh buat x menjdi instead of ank cucu yg dpt mkn tpi tong sampah lak yg dpt mkn kek tu...
Tuan punya resepi atau admin boleh tlg bagi pencerahan mcmana nk buat chocolate moist cake ni supaya menjdi betul...bagi tips supaya kek yg kami buat akan btl2 moist seperti dlm gambar tu...
TQ....
Assalamualaikum....
BalasPadamTeringin gak nk cuba buat chocolate moist cake kukus ni tpi bila baca blog ni, ada setgh pembaca buat keknya menjdi & ada stgh x menjadi (bantat) risau pulak....nnti mmbazir je bila dh buat x menjdi instead of ank cucu yg dpt mkn tpi tong sampah lak yg dpt mkn kek tu...
Tuan punya resepi atau admin boleh tlg bagi pencerahan mcmana nk buat chocolate moist cake ni supaya menjdi betul...bagi tips supaya kek yg kami buat akan btl2 moist seperti dlm gambar tu...
TQ....
Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura, rajinkite datang. Lah hehe 😂
BalasPadamAssalammualaikum thank you utk resepi ni.saya guna ye.. Halalkan ye kak. Btw nak tanya sebab cake ni gunakan 1 cawan gula dan 1 cawan susu.. Dia tak jadi terlalu manis ke? Sekadar bertanya.. Thank u lagi sekali😊
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalammualaikum kak, kalau saya nak buat utk 1kg, saya perlu tambah bahan ke? Atau ini memang resepi utk 1kg. TQ
BalasPadamSEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
BalasPadamjemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/
Alaa.. Sy xde baking powder lah kak.. Ada soda bicarbonate jer.. Boleh ke x pkai baking powder 😅
BalasPadamHai assalam. .Bgaimana nak bagi kek tahan lama. .sy dpt order utk wedding dlm 2k pcs utk goodies.. Boleh x share cara penyimpanannya? Tqvm ye. .
BalasPadamSaya dh cuba topping yg guna minyak masak tu..mmg mnjadi..nk cair sikit,saya cmpur susu cair sikit..ikut pekat mn kte nak..thanks a lot! Minta halal ye..smoga dimurahkn rezki..
BalasPadamMemang sedap ikut resepi nie
BalasPadam