KELUARGA DAN PERKAHWINAN
Konsep ini
menerangkan cabaran dalam perkahwinan dan bagaimana seseorang meningkatkan
perhubungan dalam kehidupan. Ini termasuklah hak kanak-kanak dan undang-undang
berkaitan yang sah. Tanggungjawab keibubapaan dan cabaran turut diberi penekanan.
Kandungan konsep ini merangkumi maksud keluarga, cabaran dalam pembentukan
keluarga, perkahwinan dan kehidupan, komitmen, aspek-aspek yang sah dan proses
dalam perkahwinan serta kualiti dalam keibubapaan.
OBJEKTIF
Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran konsep ini, peserta dapat :
ü Memahami
maksud keluarga, cabaran dan perkembangan keluarga yang positif
ü Memahami
peranan mencabar dan saling bergantungan antara ahli dalam keluarga
ü Memahami
erti dan komitmen dalam perkahwinan
ü Mengenal
pasti cabaran dan perubahan ekspetasi dalam perkahwinan
ü Memahami
norma-norma keagamaan dan kebudayaan dalam perkahwinan
ü Memahami
konsep bahawa semua kanak-kanak mempunyai sifat ingin dimiliki tanpa sebarang
syarat
ü Mengenal
pasti dan menghadapi cabaran dalam keibubapaan dan mempelajari cara menjadi ibu
bapa yang lebih baik.
1.
Keluarga
Tahap I (4 – 6 tahun)
v Sebuah
keluarga terdiri daripada dua orang atau lebih yang saling mengambil berat
antara satu sama lain dalam pelbagai cara
v Ahli
keluarga saling mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain
v Apabila
seorang bayi dilahirkan atau dijadikan anak angkat dalam sesebuah keluarga,
beberapa perkara dalam kehidupan ahli keluarga itu akan berubah
v Anak
mesti menghormati ibu bapa
v Adalah
perkara biasa apabila ada pasangan yang tidak mempunyai zuriat (disebabkan
masalah kesihatan atau pilihan sendiri)
Tahap II (7 – 9 tahun)
v Terdapat
pelbagai jenis keluarga; ada anak yang tinggal bersama penjaga tunggal, ibu
bapa kandung, ibu bapa tiri, keluarga angkat, datuk dan nenek, kawan dan
lain-lain kombinasi kanak-kanak dan orang dewasa
v Setiap
ahli keluarga mempunyai peranan dan keperluan spesifik
v Ekspetasi
individu dalam keluarga boleh berubah dari semasa ke semasa
v Keluarga
mempunyai peraturan yang membantu individu hidup berkeluarga dan membentuk
anak-anak
v Semua
ahli dalam sesebuah keluarga tidak semestinya tinggal bersama
v Keluarga
mendidik anak-anak mengenai nilai kemanusiaan serta amalan yang diterima dalam
kehidupan
v Ahli
keluarga mempunyai hak dan tanggungjawab; hak ini harus dihormati dan dipelihara
v Kadangkala
ahli dalam sesebuah keluarga tidak bersetuju tentang sesuatu perkara namun
mereka tetap saling menyayangi antara satu sama lain
v Keluarga
akan berubah apabila berlaku kelahiran, pengambilan anak angkat, perceraian,
perpisahan, pertukaran pekerjaan, perpindahan, ketidakupayaan, sakit atau
berlaku kematian
v Perubahan
dalam keluarga mungkin menyebabkan ahlinya gembira atau sedih; ini adalah
lumrah kehidupan
2.Perkahwinan dan Komitmen
Sepanjang Hayat
Tahap
I (4 – 6 tahun)
Ø Majoriti
lelaki dan wanita akan berkahwin
Ø
Dua individu yang membuat keputusan
untuk berkahwin dan melafazkan komitmen sepanjang hayat antara satu sama lain
kerana mereka saling menyintai serta ingin berkongsi hidup bersama.
Ø
Individu yang berkahwin ingin
perkahwinan itu berkekalan
Ø
Wanita dan lelaki yang telah
berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø
Individu yang sudah berkahwin boleh
bercerai (bergantung kepada keadaan) apabila mereka membuat keputusan tidak
mahu hidup bersama lagi
Ø
Kanak-kanak perlu dididik untuk
menghadapi situasi perceraian/perpisahan
Ø
Apabila ibu bapa bercerai, anak-anak
akan tinggal sama ada dengan ibu atau bapa, atau bersama ahli keluarga yang
lain (mengikut keputusan mahkamah)
Ø
Kanak-kanak bukan punca perceraian
ibu bapa
Ø
Perceraian/perpisahan adalah sukar
bagi keluarga
Tahap II (7 – 9 tahun)
Ø
Selalunya individu memilih pasangan
sendiri untuk berkahwin
Ø
Dalam sesetengah budaya, ibu bapa
menentukan pasangan bagi anak-anak mereka
Ø
Wanita dan lelaki yang telah
berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø
Kanak-kanak bukan punca perceraian
ibu bapa
Ø
Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu
bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali
Ø
Kanak-kanak yang mengalami
perpisahan atau perceraian ibu bapa perlu mendapat sokongan dan kaunseling yang
berterusan
Tahap III (10 – 12 tahun)
Ø
Wanita dan lelaki yang telah
berkahwin tetap bekerja walaupun sudah mempunyai anak
Ø
Kanak-kanak bukan punca perceraian
ibu bapa
Ø
Terdapat pelbagai nilai berkaitan
perkahwinan, perceraian, hidup bersama dan keibubapaan dalam budaya yang berbeza
Ø
Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu
bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali
Tahap IV (13 – 18 tahun)
Ø
Perkahwinan adalah ikatan hubungan
yang sah antara dua individu
Ø
Perkahwinan mestilah didaftarkan dan
disertai dengan majlis keagamaan
Ø
Perkahwinan adalah komitmen
sepanjang hayat bagi kedua-dua individu berlainan jantina hidup bersama, saling
menyintai dan membantu serta memberi sokongan antara satu sama lain
Ø
Perkahwinan dan komitmen sepanjang
hayat memerlukan ciri-ciri yang merangkumi persahabatan, saling menghargai,
tidak mudah berputus asa, minat dan matlamat yang sama serta saling memberi
sokongan
Ø
Pasangan yang komited memainkan
peranan dan berkongsi tanggungjawab dalam kehidupan
Ø
Dalam sesetengah agama, perkahwinan
disifatkan sebagai komitmen sepanjang hayat tanpa berlaku perceraian
Ø
Perceraian adalah mengakhiri
perkahwinan secara sah
Ø
Dalam perceraian, keputusan
berkaitan keluarga termasuk hak penjagaan anak-anak dan kedudukan kewangan akan
diputuskan secara sah dari segi undang-undang
Ø
Kanak-kanak boleh mempengaruhi ibu
bapa yang telah berpisah atau bercerai untuk bersatu kembali
Tahap V (19 tahun ke atas)
Ø
Perkahwinan dan komitmen sepanjang
hayat memerlukan ciri-ciri yang merangkumi persahabatan, saling menghargai,
tidak mudah berputus asa, minat dan matlamat yang sama serta saling memberi
sokongan
Ø
Peranan pasangan berubah apabila
memasuki alam keibubapaan
Ø
Apabila pasangan menghadapi masalah
dalam perhubungan, mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling
Ø
Apabila dua individu bersetuju untuk
berkahwin, mereka harus bersikap realistik, jujur antara satu sama lain dan
menerima pasangan mereka seadanya
Ø
Keperluan dan ekspetasi individu akan
berubah hasil daripada perkembangan keluarga
Ø
Keperluan dan kepentingan kursus
praperkahwinan dan pemeriksaan perubatan
Ø
Pandangan agama tentang perkahwinan
dan perceraian
Ø
Pilihan gaya hidup : bujang,
berkahwin dengan mempunyai anak atau tiada anak, homoseksual, heteroseksual,
biseksual atau membujang
Ø
Faktor-faktor yang mempengaruhi
hubungan dalam perkahwinan dan kekeluargaan
Ø
Apabila bercerai, terdapat beberapa
pilihan dalam hak penjagaan anak
3.
Keibubapaan
Tahap I (4 – 6 tahun)
§
Kebanyakan individu ingin menjadi
ibu bapa
§
Membesarkan anak adalah peranan
orang dewasa
§
Keluarga yang mempunyai anak atau
anak angkat harus mengamalkan penerimaan tanpa sebarang syarat
Tahap II (7 – 9 tahun)
§
Membesarkan anak adalah pengalaman
yang sangat indah tetapi memerlukan usaha yang gigih
§
Keluarga yang mempunyai anak atau
anak angkat harus mengamalkan penerimaan tanpa sebarang syarat
§
Kadangkala anak-anak dibesarkan oleh
ahli keluarga lain dan bukan ibu bapa sendiri
§
Kanak-kanak memerlukan tempat
perlindungan, makanan, pakaian, kasih sayang,sokongan, masa, pendidikan dan
orang dewasa untuk membantu tumbesaran serta perkembangan mereka
§
Ibu bapa mesti bertanggungjawab
§
Ada pasangan yang tidak dikurniakan
zuriat
Tahap III (10 – 12 tahun)
§
Manusia memerlukan pengetahuan atau
maklumat dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang efektif
§
Manusia mempunyai pandangan yang
berbeza tentang apa yang menjadikan ibu bapa efektif dan oleh itu, kursus
keibubapaan mesti disediakan mengikut pelbagai peringkat usia perkembangan
kanak-kanak
§
Ibu bapa yang tidak bersedia
menghadapi cabaran dalam membesarkan anak, tidak akan berjaya menjadi ibu bapa
yang berjaya
§
Membesarkan anak adalah pengalaman
yang menyeronokkan
Tahap IV (13 – 18 tahun)
§
Karier dan tanggungjawab sebagai ibu
bapa adalah mencabar sekiranya keduadua ibu bapa bekerja
§
Manusia mempunyai pandangan yang
berbeza tentang apa yang menjadikan ibubapa efektif dan oleh itu, kursus
keibubapaan mesti disediakan mengikut pelbagai peringkat usia perkembangan
kanak-kanak
§
Cara membesarkan anak-anak adalah
berbeza mengikut budaya; walau bagaimanapun, ibu bapa mesti menyediakan corak
perkembangan anak-anakyang sihat dan berkualiti
§
Ahli keluarga dan sokongan dalam
komuniti boleh membantu ibu bapa untuk mengurus cabaran
§
Menjadi ibu bapa pada usia muda
boleh menjadi sangat sukar tanpa sokongan yang efektif
§
Bagi ibu bapa yang muda,
tanggungjawab keibubapaan boleh mengganggu persekolahan, rancangan pekerjaan,
sosial dan kehidupan berkeluarga
§
Peringkat remaja adalah bermakna
dengan adanya sokongan keluarga dan khidmat komuniti
§
Semasa kanak-kanak membesar, tahap
pergantungan dalam hubungan keluarga dengan anak akan berubah
Tahap V (19 tahun ke atas)
§
Keputusan untuk tidak menjadi ibu
bapa akan menjadi sukar disebabkan tekanan dan norma masyarakat serta budaya
§
Membesarkan kanak-kanak istimewa
yang berkeperluan akan mendatangkan kepuasan dan mencabar dengan adanya
sokongan efektif dalam komuniti
§
Membesarkan anak dalam keluarga ibu
bapa tunggal akan mendatangkan kepuasan dan mencabar dengan adanya sokongan
efektif dalam komuniti
§
Ibu bapa perlu mengambil bahagian
dalam pengajaran pendidikan seksualiti.
p/s Bila saya membaca artikel ini ... ianya memberi info yg amat berguna dalam kita melayari hidup berkeluarga... justeru itu saya kongsikan bersama di blog ini... semoga memberi manfaat buat kita.
~ Dimanakah tahap perkahwinan anda ? ^___^
sumber :www.kpwkm.gov.my
wah...bagus nya info ni Kak..
BalasPadamsangat bermanfaat.. sy copy & simpan buat rujukan ye kak :)
Tq utk info kekeluargaan
BalasPadamgud info yati..thx for sharing
BalasPadamperkongsian yg bagus...tq kak...:)
BalasPadamterima kasih berkongsi info yang bagus ni yati...
BalasPadaminfo untuk saling ingat mengingatikan...
BalasPadamtq kak... Saya tahap III :)
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian....
BalasPadamBagus ni sebagai panduan dan rujukan...
BalasPadam