JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 11 Mei 2013

Roti Goreng Sardin ... yummy ;-)


Selamat petang semua... minum petang kami adalah Roti Goreng Sardin. Ini gara-gara roti nak expired.... nak buat puding roti, malas lah pulak nak mengukus bagai, jadi cara yang mudah saya buatlah cara ni hehehe.... Untung dpt mama yang rajin macam saya ni ehe :D


Habis sekali hadap semangkuk ni oleh kami empat beranak kihkih ... pelahap jugak tu hahaha....

"Sedaplah mama" kata Jeeha sambil menambah kali kedua...

"Mama nak lagi" kata Nabil sambil menghulur piringnya...

"Mana mama dpt idea buat masak macam ini" inspektor polis Nabilah bertanya pulak hihihi

Sesungguhnya resepi dtg dgn sendiri, bila hati saya berkata cuba buat mcm ni, sedap jugak kot... Air teh pulak hasil Nabilah... hemmm sedap jugak air teh ni kata hati saya.. dah boleh diharaplah anak saya sorang ni ... ada sesiapa nak buat menantu hihihi ( gurau senda aje tau)

Jomlah kita tengok resepi yang amat mudah sekali ;-)

RESEPI ROTI GORENG SARDIN

Bahannya :-
8 keping roti(bakar dahulu di pembakar roti, kemudian dipotong enam bagi setiap keping roti)
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar (dimayang bulat)
1 sudu kecil asam jawa(saya guna asam jawa adabi yg dlm cup tu.. bancuh dgn setengah cawan air)
5 sudu besar cili merah kisar
Minyak masak utk menumis.
garam secukup rasa.

Caranya:-
1. Panaskan minyak utk menumis bawang besar yg dimayang, masak sederhana, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan pula  cili kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukan sardin dan hancur-hancir ikan tersebut. kacau hingga sebati, selepas itu masukan air asam jawa, kacau sebentar kemudian masukan garam, rasa masinnya.
4. Selepas itu masukan bawang besar yg ditumis tadi, kacau sebati, kemudian masukan roti potong tadi, gaul hingga mesra.
5. Angkat, siap utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ;-)

17 ulasan:

  1. ehm2...sedapnya...buat makan petang2 ngan kopi panas2 memang layan la....sedap2.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perghh Layan dgn kopi memang Sedap Yan, kat rumah akak tak de stok kopi, kalau balik kuang ADA sbb mak akak minum kopi ;-)

      Padam
  2. kalau anak2 suka..memang kita rajin nak buatkan yatie

    BalasPadam
  3. sedaaap tu k.yatie mkn panas2...
    Kat sana dah minum ptg, kami baru lepas breakfast :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye LL, tadi mkn tghri awal dlm kul 12, Nak pukul tiga dah lapar balik hehehe

      Padam
  4. salam..

    bagus jugak buat macam ni kan..kreatiflah.

    BalasPadam
  5. mmg kreatif, mesti kenyang...
    untung ada anak dara besar, dah boleh harapkan buat air :)

    BalasPadam
  6. assam,
    memang sedap tu...tak membazirkan..

    BalasPadam
  7. sedapnya ...kawannya dengan teh o..ump..

    BalasPadam
  8. sedap nya Kak..
    dah lama tak makan ni...:)

    BalasPadam
  9. sedapnya..lbh2 lagi kalau ada sardin.. :P

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)