Dah lama saya tak cerita pasal Rumpai laut ni a.k.a PMC...saya buat jelly ni pada hari minggu baru ni... budak-budak bertiga ni suka sangat kalau saya buat jelly/agar-agar.. buat pulak rasa milo lagi lah dia orang suka....
Jelly Milo Rumpai Laut |
Saya buat dua lapis, diatasnya milo dan dibawahya susu... perghhh gabungan yang mantop tu...
Stok dah mari siapa nak oder cepat-cepat takut habis... harga pun dah murah 100gram hanya RM10.00 jom...
Jom kita semak pulak resepi Jelly Milo Rumpai Laut ni...
Jom kita semak pulak resepi Jelly Milo Rumpai Laut ni...
RESEPI JELLY MILO RUMPAI LAUT
Bahan-bahannya :-
- 30 gm rumpai laut kering (rendamkan bagi kembang)
- 41/2 cawan air
- 2 cawan gula
- 3/4 cawan serbuk Milo
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila
- Masak rumpai laut yang telah dikembangkan bersama air sehingga larut.
- Kemudian tapis rumpai laut tersebut, kemudian masukan gula. Bila dah sebati bahagi dua bahan tersebut.
- Untuk lapisan pertama masukkan milo kedalam bahan tersebut, kacau perlahan hingga bahan sebati.
- Tuang bahan kedalam acuan (ikut suka acuan anda ye)
- Ketepikan lapisan pertama..
- Buat pula lapisan kedua, masukan susu dan esen vanila. Kacau perlahan hingga bahan sebati.
- Lorek-lorek lapisan pertama tadi dengan pisau (garfu) supaya ianya melekat dengan lapisan kedua.
- Kemudian tuang bahan lapisan kedua kedalam acuan tadi.
- Masukan kedalam peti ais, tunggu keras.
- Siap dihidang semasa sejuk.
Jom cuba kekawan.... senangkan :D
Buat gini mmg cpt abis, kalau tak asik lupa nak makan..dok gitu je dlm peti ais.
BalasPadamBetul tu ujie... akak buat jelly tu, ptg dah habis ;)
Padamsalam..
BalasPadamwah, sangat kreatif buat jelly milo rumpai laut..
Jom Cuba bbwana :D
PadamSalam perkenalan...
BalasPadammkn PMC yg dipelbagaikan mmg sedap & bersemangat nak makan.
Tq fazian singgah blog kecil akak ni ;-)
PadamCubalah... memang sedap :D
belum pernah lagi makan PMC.. tak sangka boleh buat agar2 rupanya :)
BalasPadamYe Nur... boleh dipelbagaikan PMC ni ;-)
Padamassalam,
BalasPadambagus juga dipelbagaikan cara PMC ni kan...
senang nak makan..
Betul tu Bunda senang ngap... bdk2 pun suka ;-)
PadamAkak pun teringin mkn puding je menjak2 ni...sedap tgk
BalasPadamSesekali ku rasa teringin kak Rohah ;-)
PadamSedap nya puding...tak pernah lagi makan..
BalasPadamsy punya rumpai laut tempek kat muka je Kak...:)
pasni boleh buat puding plak...
Hehe Cuba lak jelly ni... ngap Kat Mulut Atie ;-)
Padam