JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Mei 2013

Sarapan dah kekawan semua ;-)

Hari ni saya cuti sebab tak ada Daurah setiap hari Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam. Jadi pagi ni atas permintaan Nabil yg suka nasi goreng kg lah sarapan pagi kami empat beranak. En suami tak de, ada kerja Phuket Thailand selama empat hari, isnin ni baru balik huhuhu :'( asyik kena tinggal je kami empat beranak...

Kekawan sarapan apa hari ni... tentunya lebih sedapkan :D


Plate kak Nabilah siap ada kepok ganu n paru goreng ;-)


NASI GORENG KAMPUNG

Bahannya :-
1 mangkuk nasi
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
5 biji cili padi* ( ikut kepedasan anda ye)
Kangkung secukupnya
ikan bilis 1 mangkuk kecil
Garam secukupnya

Caranya :-
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bahan * kisar sehingga wangi.
3. Masukan sayur kangkung dan garam, kacau sekejap kemudian masukan nasi, kacau hingga mesra.
4. Akhir sekali baru masukan ikan bilis goreng tadi. Kacau hingga sekata.

5. Siap utk dihidangkan ;-)

Cukup mudahkan.... hehehe itu pun ko nak masuk blog yatie ooooiiiii kihkihkih..

14 ulasan:

  1. eh² sama menu pulak, p saya beli jer.. nasi goreng kampung, tempeh dgn sambal kerang...

    BalasPadam
  2. pagi2 pekena nasi goreng ngan kopi panas perghhhhh memang layan.....sedapnya...

    BalasPadam
  3. assalam yatie..pagi ni acik sarapan goreng karipap segera je

    BalasPadam
  4. Assalam Kak..
    sedap ape nasi goreng kg tu....
    pagi ni sarapan roti sapu mentega ladys choice je..hehe
    ada juga bihun goreng tapi tak termakan lg..:)

    BalasPadam
  5. salam..

    saya tertarik dengan paru goreng tu..dah lama x makan..

    BalasPadam
  6. sedapnya kalau boleh breakfast dgn nasi goreng.. saya belum sarapan lagi ni...
    nanti nak cuba ikut cara ni, tukar selera :)

    BalasPadam
  7. nasi goreng mmg sedap..makan ngan ikan bilis goreng pun dah sangat kawww...

    BalasPadam
  8. Hehe kalau tak silap Okje samalah kita menu hari jumaat baru ni sarapan nasi goreng hehe...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)