JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 22 Julai 2013

Bubur Sum Sum... Yummy :)

Bubur sum sum yg menjadi kegemaran en suami dan najeeha tapi saya belum berkesempatan untuk membuat sendiri ehe... masa pergi bazar ramadhan itu hari terjumpalah bubur sum sum ni, beli lah satu bekas plastik... perghhh boleh tahan harganya RM 3.50 satu bekas tu...


Sebelum ni Blog Rohah ada bagi resepi macam mana nak buat bubur sum sum ni... senang jer nak buat rupanya dan bahannya mudah ajer... nanti jumaat ni cuti Nuzul Al Quran nak cuba buat pulak.. Jadi saya tempekan resepi dari Rohah di sini senang sikit nak rujuk nanti... Terima kasih ye Rohah..

BUBUR SUM SUM
Oleh:rohah

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.

Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.

6 ulasan:

  1. Acik suka jugak ni yati..sekalu jugak buat.tapi tak de resepi la.acik main kacau je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acik erna dah pro boleh main campak2 jer, saya amatur kalau main campak2 masak, mau nye tercampak dlm tong sampah :p

      Padam
  2. sy ingt susah buat kuih ni.... rupanyer agak mudah juga...

    BalasPadam
  3. Ohh gitu aje..hehe
    Insya Allah boleh cuba :)

    BalasPadam
  4. bila ntah nak cuba buat..xpernah makan hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)