Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 10 Oktober 2013

LEMANG SERI PELANGI ... YUMMY ^____^

 Projek buat lemang ni pada hari sabtu minggu lepas, gara-gara teringin nak makan lemang, dah lama mak cik selalu jual lemang di pasar malam seksyen 6 tu tak menjual, saya sekeluarga suka sangat lemak mak cik tu... semua bahan terasa... lebih-lebih lemak santannya terasa... mak cik selalu bagi saya kepala lemang sebab mak cik tahu saya suka...

Jadi saya google camne nak buat lemang cara kukus tak perlu nak bakar bagai hehehe... goole punya google jumpalah di blog ini ena zarina boleh tengok blog ni...lemang-tanpa-buluh-dan-lemang-pulut.


Sedap dimakan bersama kari sotong

Juga rendang ayam....

Enak jugak bersama serunding....

Ini cara saya... acuannya kecik sahaja...
Saya buat lemang berwarna macam nasi hujan panas tu, nak kan satu kelainan, suka betul nabil bila hajat dihatinya tercapai.. en suami balik petang tu pun terkejut bila saya hidangkan lemang seri pelangi ni...  en suami tanya mana dapat lemang ni .. saya cakap buat sendiri cara kukus... sedap katanya ...( kembang sekejap hati ni hehehe ) beriye bertambah makan bersama rendang yang saya buat juga dihari itu... en suami request boleh buat untuk hari raya haji ni.

Ena Zarina ni berada di perantauan sekarang tak silap di Jepun.. ini katanya versi perantau yang nak makan lemang...Akak mohon copy paste ye Ena Zarina step by step yg ena buat tu ye... tapi saya ada ubah sedikit untuk lemang seri pelangi saya ini...

RESEPI LEMANG SERI PELANGI















.






Bahan-bahan:


  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)(saya letak 100 ml santan dari sebiji kelapa yg diperah)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning, merah, hijau (ini saya tambah)
Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. 
  4. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  5. Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  6. Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan. apabila santan sedikit kering titik pewarna kuning, merah dan hijau, kemudian tutup semula, lepas 10 minit gaul pulut tersebut.
  7. Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  8. Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.

Cara Buat Lemang:
  1. Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  2. Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  3. Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  4. Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  5. Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  6. Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  7. Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  8. Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  9. Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  10. Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


16 ulasan:

  1. wow.....cayalah Kak Yati......nampak sedap betul lemang pelangi tu......raya haji nanti bolehlah cuba nie.....

    BalasPadam
  2. Yati... ini bukan aje sedap tapi cantik:)
    Rajin betullah Yati ni. Kakak tak serajin Yati nak buat warna-warni tu..

    BalasPadam
  3. fuhhh...menyelerakan...tgh tercari menu utk raya haji ni...ramai pulak sedara mara nak datang ni...tak tau apa yg sempat

    BalasPadam
  4. assalam yatie..acik terfikir pulak..lepas kukus boleh masukkan dalam kuali nonstick sekejap untuk jadikan macam lemang bakar..ada kerak sikit kan..

    BalasPadam
  5. wah, berwarna-warni. tiba-tiba teringat nasi hujan panas. yang ini versi lemang ^_^

    BalasPadam
  6. wahhhh kagum nyer saya....

    BalasPadam
  7. wahh! sedapya kak lemang ni... sllu makan yg dibakar je kan..tak pernah lg cuba yg di kukus... :)

    BalasPadam
  8. lemang warna warni...kreatif lagi sedap ni...

    BalasPadam
  9. menariknyaaa...takyah susah2 bakar la bagai

    BalasPadam
  10. Wow...menarik! Pelangi gitu..tak terfikir nk buat bentuk lemang cara gitu.
    Saya cuma beli lemang segera yg rebus tu je..

    BalasPadam
  11. sesekali kita ubah pun best jugak kan.. ;)

    BalasPadam
  12. pertama kali tgk lemang hujan panas...comel pulak warnanya...tp akak lbh suka ketupat palas berbanding lemang hehe..

    BalasPadam
  13. Ya Allah mmg rajinlah CH ni....kalau okje teringin mcm mana pun tunggu je raya haji haha....lagi pun hubby kurang suka!

    BalasPadam
  14. tu diaa.. lemang try buat utk raya haji nnti ke? hihi

    BalasPadam
  15. menariknya acuan lemang tu ya..sedap makan dengan kari sotong..semangat makan..hihi..

    BalasPadam
  16. awalnya akak beraya.... hihihi
    nasib baik kami bukan peminat lemang, kalau tak parah juga nak kena masak sendiri :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)