Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 20 Oktober 2013

NASI LEMAK RENDANG DAGING BUNGA KASEH ;)

Assalamualaikum dan selamat pagi kekawan. Dah sarapan pagi.. sarapan kami pagi nasi lemak aje ;).. Saya masak nasik lemak aje, rendang daging tu lebih raya haji tu hari hehehe.. timun pula ganti dgn tomato hahaha apa yg ada je labu.. kepenatan semalam ke hari keluarga ofis di Wadi Samrah Janda Baik Pahang tu pun belum hilang...
Jadi aktiviti pagi ahad saya hanya dirumah mengemas, membasuh baju mereka mandi sungai semalam... Kekawan gi mana hari ahad ni.. tentu ada yg gi jalan2 kan atau pun memenuhi undangan perkahwinan.. selamat berhari minggu kekawan.. Jom sarapan ;)
RESEPI NASI LEMAK

Bahannya :-
  •  3 cawan beras
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air panas
  • 1 ulas bawang merah ( dihiris)
  • 1/2 inci halia(dihiris)
  • garam
  • 1 helai daun pandan

Caranya :-

  1. Beras dibersihkan, masukkan beras, santan, air,bawang, halia dan sedikit garam.
  2. Apabila nasi separuh masak, madukkan daun pandan, kacau dan tutup semula periuk nasi, tunggu sehingga nasi masak dan kering.
  3. Siap utk dihidang bersama sambal ikan bilis/ rendang dan sebagainya yg anda sukai..

5 ulasan:

  1. Laaa ingatkan roti .....tertipu mak!
    Hari ni pun okje bernasi lemak jugak CH....sama ke kita...okje buat rendang gak tp rendang simple je pakai rempah adabi tanpa santan dan kerisek...

    BalasPadam
  2. agak lama jugak xmakan nasi lemak nie....

    BalasPadam
  3. acik pun kalau nak makan nasi lemak buat sendiri

    BalasPadam
  4. td baru makan nasi lemak, mak sedara tun kasi.. arini masak ikan sbb dh 2-3hari makan daging je.

    BalasPadam
  5. sedapnya nasi lemak..lama tak masak....tggu ramai balik ke rumah baru nk masak...skrg ni bertiga beli sja..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)