Assalamualaikum kekawan semua... semoga sihat sejahtera hendaknya...
Semalam pukul 10.30 pagi saya dan beberapa orang rakan ofis yg tidak berkesempatan menziarahi arwah kerana sedang berkursus di Langkawi pergi menziarahi pusaranya... perjalanan hidup arwah bersama saya terlalu panjang iaitu dalam tempoh 16 tahun arwah berkhidmat di Lembaga Zakat Selangor... Bila mendengar cerita kekawan yg menghadiri pengkebumian arwah sungguh indah... sewaktu memandi arwah, jenazahnya masih panas dan lembut... dimandikan oleh mantan Pengurus Besar LZS Tuan Haji Ahmad Shahir dan diimamkan oleh Ustaz Halim Din pendakwah bebas yg dahulu berkhidmat dengan LZS, kemudian di talkin oleh Ustaz Mohammad Uda juga mantan LZS... semuanya sahabat-sahabat arwah yg tersayang... pengurusan jenazah arwah tidak sampai 4 jam... itulah tanda-tandanya orang yang baik meninggal, apabila jenazahnya diuruskan dengan begitu segera...seperti yg dituliskan oleh sahabat saya Amran Hazali di FB nya "Good man die young"....
Damailah roh mu disana wahai adik Rais ku, hanya doa yg dpt dikirimkan buatmu disana... pada masa kami menziarahi kubur arwah sempat juga kami membuat tahlil ringkas yg diketuai oleh Shamshur Asari.. berguguran air mata ketika doa dibaca... Sempat juga pagi tu saya memetik bunga dan daun pandan utk saya taburi dipusara arwah...
Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam tempat persemadian arwah ni lah nombor...
Al Fatehah
- Rais Bin Jamil @ Shafii
10 April 1975 - 26 Oktober 2013
Semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi... Aamiin..
Bingkisan tulus ikhlas dari seorang sahabat. Ampunkan dosany, halalkan makan minum dan gurau sendanya.. Insyaallah Jannah menantinya. Kita juga akan menyusul nanti..
BalasPadamAmiin..Al Fatihah
BalasPadamsentap baca catatan ni. mati sy kelak mcm mana pulak??? berguguran air mata ni....Al Fatihah
BalasPadamalfatihah...
BalasPadamSemoga Allah memberi tempat yg terbaik di sana...Amin
BalasPadamal-fatihah buat arwah....
BalasPadammoga beliau tenang disana...
Al-Fatihah..moga arwah bersemadi dgn aman di sana...
BalasPadamYang tinggal kena teruskan hidup...moga dipermudahkan perjalanan hidup keluarganya
BalasPadam