JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 16 Oktober 2013

SAMBAL TAHUN.... YUMMY ^__^


 Assalamualaikum dan selamat pagi kekawan semua... hari ini saya dah mula bekerja.. anak2 pulak sekolah kebangsaan sekolah tetapi sekolah agama bercuti lagi terpaksa bawa mereka ke ofis... hantar Nabilah dan Nabil ke sekolah dan tadika, bawa najeeha ke ofis...

Hari raya haji ni saya tak kemana hanya duduk di rumah emak sahaja... semua adik beradik datang rumah mak... cuma dua orang jer yg beraya di rumah memertu mereka... kekawan raya mana raya haji ni....

Sambal tahun.... pertama kali saya makan sambal tahun ni masa pergi kenduri kahwin budak di ofis ni, dia orang Banting Klang, rupanya ini masakan orang jawa.. memang kena dengan tekak saya, rupanya mereka guna kulit lembu yang telah direbus ...

Jadi masa korban ni kan banyak dapat kulit lembu apa kata kita buat sambal tahun ni :) boleh juga guna perut lembu... Di surau taman saya kali ni korban 7 ekor lembu... punya banyak en suami bawa daging, tulang, usus, perut bawa balik rumah... saya panjang korban tu kepada adik ipar saya dan mak angah suami saya yg tinggal di shah alam ni...


Gambar ni sambal tahun yg dibeli daripada staff saya yg emak dia buat di klang.. meman sedap, en suami saya pun suka...

Saya minta resepi dari adik tu nanti boleh saya cuba buat sendiri perut dan usus yg saya dapat tu ...


RESEPI SAMBAL TAHUN



















Bahannya:
2 mangkuk lengkuas yg telah potong nipis
1 mangkuk cili api

1 kg kulit lembu/perut/ 
2 kg kerang 

5 biji tauhu
200 gm ikan bilis
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kg santan
air asam jawa
garam

Caranya :


  1. Rebus lengkuas da cili api.. bila telah agak layu angkat.. toskan
  2. rebus kerang.. buang kulit..
  3. goreng  ikan bilis..
  4. tumbuk bawang putih dan bawang merah 
  5. panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..
  6. masukkan santan dan semua bahan2 diatas.. masak diatas api perlahan.. sehingga kuah menjadi agak pekat..
p/ssambal tahun akan rasa lebih sedap setelah setelah 2 hari.. panaskan setiap hari..

13 ulasan:

  1. Kalau kakcik, mahu kakcik ratah je tu. :)

    BalasPadam
  2. assalam yatie..telan air liur je ni he he..acik pun suka sangat..tapi dulu2 masa dok tanjung karang je pernah jumpa

    BalasPadam
  3. Dekat dapur rumah kakak sekarang pun ada Yati tapi kakak guna perut lembu. Sambal ini lagi dipanaskan lagi sedap sebab perencah dia dah makin meresap.

    BalasPadam
  4. sy penah tgk dlm rancangan masakan. tak penah buat & rasa kulit lembu tu. Rasanya rancangan Menu Alam kot....

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan...tapi tengk gambar tu mmng nmpak sedap sangat...

    BalasPadam
  6. sy pun dah keja hari ni Kak...
    wah! sambal tahun? tak pernah makan lg ni kak.. sini, org tak tahu kot...hehe
    nampak sedap je...:)

    BalasPadam
  7. pebret sy ni kak...tp nak raya smlm ni tak sempat nak tapaw coz mak tak siap masak lg masa tu,sy pulak dah timenya nk ke rmh mrtua...
    tiap raya mmg buat

    BalasPadam
  8. baru tahu kulit lembu pun boleh makan.... hihihi
    Tak pernah lagi makan sambal tahun.... nampak sgt menyelerakan :)

    BalasPadam
  9. masakan jawa banyak yang sedap2... memang buakan hati teringat2...

    BalasPadam
  10. belum pernah rasa....tapi tengah belajar masakan jawo juga nie.....biasalah kan berjiran dengan orang2 jawa he heee......

    BalasPadam
  11. Pernah makan sekali dulu...tp pakai kerang je mmg sedap...kalau tak salah mcm sayur lemak kan CH.....sebab mungkin santan dia tu kot......
    Sup kaki lembu pun sedapkan

    BalasPadam
  12. Masya Allah memang sedap. Ada jiran kasi hari ni. Tapi dia guna daging lembu. Sedap dan empuk.Meratah sakan kami.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)