JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 3 Disember 2013

EXPO PENTERNAKAN # TOMYAM UDANG GALAH ^___^

 Assalamualaikum kekawan... semoga sihat dan ceria :)

Tentu ada yg tengah makan tengahari kan... saya baru jer free nak update entry... ni nak cerita pergi expo pertanian dan penternakan pada hari ahad baru ni... sebenarnya hajat hati anak-anak naik kuda .. malangnya tahun ini tak ada pulak kuda... kecewa juga budak-budak tiga orang... termasuk mama dia orang hehehe..

Pertunjukan ayam serama beraksi. ni kakak nabilah ambil gambar ni, suka dia tengok aksi-aksi ayam yg begitu jinak, boleh pulak dipegang...


Jalan depan sikit tengok demo bagai mana anjing yg dilatih utk menangkap pencuri... begitu garang anjing tu dengan pencuri tu... takut dan menjerit juga budak bertiga tu... Ada tips yg diberi oleh pelatih anjing tu.. jika kita nampak anjing jgn lari, kalau kita lari anjing tu ingat kita telah berbuat sesuatu sebaiknya berhenti dan berdiri tegak ajer... ada berani ke nak buat macam tu.. hendaknya anjing yg besar macam tu kan :)


Lepas tu budak bertiga tu nak masuk pertandingan memancing udang galah dengan abahnya, satu joran RM5, ambillah dua joran, tak sangka kakak nabilah ada talent juga memancing, mengena dua ekor dan abahnya seekor, jika dikira dapat naik 7 ekor tapi sayang 4 ekor tu terlepas dah tak de rezekikan :)


Lepas tu pergi bermain dengan arnab, kanak2 RM2, main sampai puas hati, yg masuk hanya nabilah dan nabil ajer, jeeha penggeli orangnya, dgn kucing pun boleh lari bila kucing datang dekat...

Berbagai jenis binatang ada, kambing, lembu, burung, kucing (masa tu tutup lagi) banyaklah tak terambil gambar...


Ini pulak bersama burung unta, kena ambil jauh-jauh gambar takut dipatuk oleh burung unta tu...

Ini mula nak warm up nak bermain dengan arnab tu jinak jer ..


Ni jer hasil tangkapan 3 ekor jer... kalau mama beli dipasar RM10 tu dapat 6 ekor hehehe


Permintaan nak makan tomyam udang galah .. dapatlah semangkuk untuk mereka bertiga, mama dan abah hanya makan sayur campur yg ada dalam tu hehehe:)

RESEPI TOMYAM UDANG GALAH











Bahannya :-


  • 3 ekor udang galah
  • 1 kiub knor tomyam
  • Kubis bunga
  • lobak merah
  • 3 batang serai ditumbuk sederhana
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis
  • 3 gelas air
  • 1 labu bawang merah dipotong bulat-bulat
  • Garam
Caranya :-
  1. Bersihkan udang ketepikan, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang .
  2. Kemudian masukan air dan kiub tomyam, serai lobak, kubis bunga dan udang.
  3. Masukan garam dan daun limau purut
  4. Kemudian rasakan garam dan lepas tu perahkan limau nipis kedalam periuk. 
  5. Bila dah masak siap untuk dihidang

10 ulasan:

  1. Heee.... berbaloi pergi expo macam ini Yati. Boleh tahan juga Nabilla. Dapat enjoy, dpt makan udang yg ditangkap lagi.
    Jeeha macam auntie juga geli dgn kucing dan binatang yg sekangkatan dgnnya.. bulu-bulu tu yg geli Yati..

    BalasPadam
  2. kalau expo macam ni hubby nur suka...
    macam-macam bole belajar...
    tuh dia udang galah lagi...sedapnya

    BalasPadam
  3. wow! mcm best je expo ni kak.. sini jarang lah depa buat expo2 ni..klu ada sy kot org pertama yg nak pegi..tak sia2 mancing dapt juga udang galah tu..terus plak masak tomyam udang galah..hehe...sedapppnya kak:)

    BalasPadam
  4. bestnyaaa..tak pernah pergi ekspo camni. best kalau ada aktiviti mcm ni

    BalasPadam
  5. salam yati..
    wahh!!.. hepi sokmo ye weekand yati..berhasil lagi !!. siap wat resepi tomyam udang galah..lagi,ermm tomyam my favourite..
    bab anjing tu kan..tak sangup nak tercegat..lariiii :)

    BalasPadam
  6. wahahaaa.... selamat dah udang galah tu.... kena masak tomyam

    BalasPadam
  7. as salam....pertama kali rasanya beri komen ni...huhu, saya terlalu amat merindui ekspo-ekspo sebegini...huhuhu, entah bila masanya akan tiba untuk saya ke tempat sebegitu.....tanaman dan kehidupan tidak boleh dipisahkan....

    BalasPadam
  8. Wahhh..bestnya dapat pergi ekspo mcm tu..

    BalasPadam
  9. bawaank2 pergi tmpt mcm ni mmg bagus...byk info yang mereka dpt...yah pandainya kakak mancing...ada bakat tu....Tahniah.

    BalasPadam
  10. Saya suka ekspo camni..
    Pandainya dia memancing, siap dapat hasil lagi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)