JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 April 2014

IKAN TAMBAN GORENG TEMPE BERLADO.... emmm dapnya :)


Assalamualaikum kekawan... :)



Inilah regu Sup Cendawan Bebola Ikan yg saya masak, goreng tempe berlado.. masa saya goreng tempe ni.. bila angkat letak kat piring tu.. satu.. satu hilang.. apa lagi anak saya tiga orang tu.. suka sangat makan tempe goreng ni... apa yg tinggal untuk mama sambal ni anak2 oiii.. tersengih jer dorang bila mama dah mula membebel...

Kekawan suka masak apa dengan tempe ni ye :)

IKAN TAMBAN GORENG TEMPE BERLADO

Bahannya :-

  • Semangkuk kecil ikan tamban yg siap dibersihkan
  • 1bungkus tempe ( saya beli yg dibungkus denganpisang tiga segi tu) 
  • 3 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 4 biji bawang merah kecil* (*dikisar)
  • Garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, goreng tempe sehingga kekuningan, angkat , ketepikan.
  2. Goreng pulak ikan tamban sehingga garing, angkat, ketepikan.
  3. Lepas tu baru ditumis cili yg telah dikisar sehingga wangi, letak sedikit garam ye.
  4. Kemudian selepas cili masak, masukan ikan tamban dan tempe yg digoreng tadi. Gaul mesra.
  5. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas.. perghh memang bertambah makan tu ehe :)


16 ulasan:

  1. Salam

    Singgah cari lunch..huhuhu

    BalasPadam
  2. Sedapnya Kak... dah lama sy tak makan ikan tamban ni... boleh lah nak masak nti..:)

    BalasPadam
  3. wah sedap.. :) anis follow sini kak yati.. suke tgk resepi2.. :) hihi

    BalasPadam
  4. sedapkan.. kdg sy gunakan cili padi jer..

    BalasPadam
  5. thanks kak, idea ni. Saya biasa tempe buat masak sambal kering (campur kentang & bilis goreng).

    BalasPadam
  6. tempe sy biasa makan, x pernah masak sbb pandai makan jer he3... tp tgk akak punyer masakan, mmg smua pon meliurkan sy tau...

    BalasPadam
  7. sambal tempe..kegemaranku hehehe

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa..sambal tempe tamban..

    BalasPadam
  9. Kena cari juga tamban niiiii...

    BalasPadam
  10. Nampak sedappp saangatttt.
    Walaupon zura x makan tempe.. heheee

    BalasPadam
  11. lama betul saya tak makan ikan tamban

    BalasPadam
  12. memang sedap tu yatie....boleh bertambah2 lah nasi..

    BalasPadam
  13. Sy syka tamban. Tp sini tak pernah jmp pun.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)