Assalamualaikum kekawan.. moga ceria dan sihat :)
Saya sebenarnya dengan suami bercita-cita hendak menunaikan umrah dengan menziarah tiga masjid suci iaitu Masjid Al Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram... tetapi bila terbaca post di FB ni rasa terbantut pulak nak ke Masjid Al Aqsa ni .. tak sangka banyak tipu daya Yahudi ni ye untuk mengaburi pandangan kita yg ianya tidak rasa bersalah...
Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia sedikit menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....
ISRAEL!!!"
Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?
Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir...
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.
Namun begitu,
jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.
yati..ada kawan blog saya,mak aji...kesana th lepas...
BalasPadamyati boleh risik2 dgn beliau
http://ummumadihah898.blogspot.com
Terima kasih kamsiah.. saya akan merisik khabar dengan mak aji tu .. bertanya lebih lanjut lagi..
PadamTapi kakak rasa kalau pakej umrah Yati ada peluang utk ke sana pergilah Yati. Tanamkan dlm hati mahu merebut ganjaran solat yg berganda-ganda itu bukan utk melancong. Kakak dulu masa tunaikan haji tak berpeluang kerana dikatakan oleh pihak Tabung Haji kalau nak pergi risiko tanggung sendiri.. Masa umrah pulak tak ada dlm pakej. Kalau ikutkan kakak dgn abang dan anak-anak nak sangat ke sana..
BalasPadamIstikharah Yati... moga dipermudahkan.
Niat dihati saya memang kuat hendak kesana kakzakie.. pakej umrah ni melawat ke tiga tempat suci ni... tapi en suami macam berat sebab bila ustaz kata seolah2 kita menyumbang kepada Israel.. sebaiknya menyumbang ke Palastin... memang kena istikharah ni kakzakie..
PadamSemoga dipermudahkan kak..mintak petunjuk Allah..semoga Allah melindungi..
BalasPadammenabung colgate dan envy kt sini..
Allah.... permudahkanlah umatMU untuk beribadat tanpa menghulurkan bantuan pada israel... amin...
BalasPadamIstikharah T...tapi aku mcm setuju jer komen kakzakie tu...yg penting niat kita...
BalasPadamEntry yang membuka mata saya. Saya penah dgr kawan yg oergi ziarah bagi tahu pengalaman kat sana. Dari segi ni saya tak pernah terfikir pulak. Namun, kalau tak diapa2kan masa melawat tu, macam tak salah nak pergi lawat.. entahla.. mungkin juga niat yang patut difikirkan betul2 kalau nak ke sana
BalasPadamterima kasih atas info ini yer kak~
BalasPadambanyak yang zura belajar dr n3 ini.
terima kasih sekali lagi~
saya doakan agar kak yatie dapat ke sana..semoga dipermudahkan urusan..saya pon ada cita-cita nak ke sana..
BalasPadambetul..skrg mcm byk promo lawatan ke masjidil aqsa. saya pun terfikir jugak, camne boleh senang2 je. Thanks share pendedahan ni, ada logiknya.
BalasPadamhubby kata... kita tinggal di kawasan palestin, just masa lawatan jer ke alaqsa. Tapi wallualam, kena tanya pakar.. rasanya ustaz2 pun ramai buat trip ke sana kan...
BalasPadamcara terbaik mungkin istikharah...
saya pun ada masuk dlm list tempat nak g hihi
Thanks for the info kak. Saya pon baru tau ni.
BalasPadammoga dipermudahkan segala yang diinginkan yatie...
BalasPadamOwh mcm tu pulak... X pernah pula terfikir pasal tu...
BalasPadamtak tahu nak komen macam mana sebab pelbagai versi yng kita baca...Yg penting niat kita kan kak yati..Hanya Allah yg maha mengetahui serta niat hati kita beribadah...moga dipermudahkan.....
BalasPadamSerba salah kan ... Cer mintak pendapat para ilmuwan ...
BalasPadamTulah tu....... kalau dpd fikiran okje yg cetek ni mmg tak terfikir pun penipuan yg mereka buat...
BalasPadamtak tau nak bagi pendapat sebab kalau ikutkan hati ni nak juga merasa bersolat di masjidil al-aqsatu...
BalasPadamMaknanya walaupun kita ikut pakej dan sebagainya, kita cuma boleh melihat sahaja masjid tu. Pelik juga ya macamana rakyat Malaysia boleh masuk ke Israel sedangkan dah jelas tertera dalam passport kita tak dibenarkan. Kalau tak silap saya, even foreigners pun kalau ada aje entry stamp Israel ni, nak masuk Malaysia pun tak lepas.
BalasPadamsetuju dengan pendapat kakzakie tu...yang penting niat kita...
BalasPadam