JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 7 Februari 2015

KARI DAGING KHASMIRI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Selamat bercuti dihujung minggu kekawan... apa mau masak hari ini ye.. tadi sekodeng FB tengok macam sedap jer kari ni.. en suami pun suka gak kari..  Ok boleh mencuba ni :)







Kari Daging Rogan Josh. Daging Kari Khasmiri - dari Zaleha Abdul Kadir
Bahan2nya
1 kg Daging Kambing - dipotong ketul2 besar
3 helai daun salam kering
7 buah pelaga
1 sudu teh bunga cengkih
2 batang kayu manis
1/2 sudu teh Jintan Manis
2 labu bawang besar (kunning) - dihiris
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar cili kisar (Ikut citarasa)
3 sudu teh serbuk ketumbar
3 cili kering
3 inch halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat bersama halia
2 buah tomato dipotong dadu
1 sudu besar tomato puree
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 genggam daum ketumbar - dipotong kasar2 untuk khiasan
1/2 cawan minyak untuk menumis.
Cara2nya
Panaskan minyak di periok. Letakan daun salam kering dan bahan2 rempah biji2an, kayu manis, buah pelaga, jintan manis dan bunga cengkih. Kemudian letakan bawang hiris, rempah2 serbuk kunyit dan ketumbar. Gaulkan dan gorengkan hingga bawang nya lembut dan letakan cili kisar, tomato buah dan tomato puree. Kacau hingga sebati. Kemudian letakan daging kambing. Letakan secawan air. Masak selama 45 mins, hingga daging nya masak dan empok. Sajikan dengan bawang merah goreng dan daun ketumbar. Anda pun boleh meletakan kentang goreng sebagai khiasan. Boleh dimakan bersama roti naan atau nasi2 berempah seperti, nasi arab, biryani atau nasi minyak.

8 ulasan:

  1. suami saya suka makan kambing tp saya dan anak2 tak makan hehe

    BalasPadam
  2. En suami dengan aiman klu berkaitan dengan kambing mmg tak pernah tolak..cuma sy je tak pernah masak kambing.hehe

    BalasPadam
  3. Assalam,

    nampak sedap sangat, tapi bunda ni kurang sikit makan daging kambing ni...terima kasih masih sudi keteratak bunda...

    BalasPadam
  4. banyak rempah guna en kalo kari2 ni.. CT nama je duduk penang utara mari hehe..
    tapi kari ke gulai ke kenot go sangat..
    Siti Yang Menaip

    BalasPadam
  5. Dah cuba buat ke belum.....ada dah ke stok kambing dlm petiais tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)