JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 15 Februari 2015

KERABU PERUT

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...

Bila hari minggu jer lah saya ni nak masak berbagai.. sebelum tu 

layan FB sekejap eheh :)

Apa lagi sekodeng resepi yg kekawan selalu post kat wall FB..

Jom kita cuba :)





Resepi Kerabu Perut
Bahan-bahan
1 kg perut lembu - dibersihkan,direbus dan di hiris nipis
kacang panjang secukupnya- dihiris halus
taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
1 bawang besar- hiris halus
4 biji cili padi- dihiris halus
2 biji limau nipis- ambil airnya
1 biji tomato- hiris
Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus
BAHAN UNTUK DITUMBUK:
1 sudu kerisik
2 batang serai- hiris halus
2 sudu udang kering- dibersihkan
1/2 bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 inci halia
Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.
2. Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi..
3. Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
4. Masukkan bahan perasa..
5. Siap untuk dihidang..
Jom share resepi Emotikon smile

8 ulasan:

  1. Yati..nampak mcm sedap..tp saya tak makan perut lembu hehe

    BalasPadam
  2. sedapnya yatie kerabu perut, kaknoor suka ni org utara suka ni kerabu perut

    BalasPadam
  3. Lama xmkn ni...blk kena cari perut la nmpk gayanya...

    BalasPadam
  4. sedapnya.... biasa makan ni kalau balik kampung Ma yang buat.... sekelip mata je habis

    BalasPadam
  5. Nad suka sgt...cuma bab nak kemaskan perut tu tak pandai sgt...heee

    BalasPadam
  6. Sedap ni CH....Org Jawa panggil babat. Okje suka benda alah ni... tp nak masak sendiri mcm mls jer hihi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)