Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Ilahi hendaknya..
Malam tadi dah terima whatsapp dari kekawan tentang kematian tuan guru ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi hendak nya ..
KUALA LUMPUR: Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan pada pukul 10 pagi Jumaat di Masjid Pulau Melaka. Jenazah kemudian akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka.
Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.
Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti-parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
Urusetia itu juga memaklumkan jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).
Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Akak betul ke tak tu gmbar...member kt ramai menafikan itu bkn gmbr arwah TGNA
BalasPadammaaf klau ros silap tapi ada info bgt gambar tu bkn arwah TGNA tapi arwah Haji Hasbullah….
BalasPadamInnalillah..semoga arwah tok guru ditempatkan diklgn org2 yg soleh..
BalasPadamal-fatihah..;(
BalasPadamApa yg pasti ilmu tazkirahnya telah banyak berlegar di mana-mana. Youtube, VCD dimana-mana masih boleh dimanfaatkan. Orgnya berehat setelah lelah berjuang utk agama tapi ilmunya masih dipergunakan.
BalasPadamMoga rohnya ditempatkan bersama kalangan org-org yg beriman.