Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 1 Mac 2015

AYAM PANGGANG ROSEMARY

Assalamualaikum kekawan....
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya..
Dah lama sebenarnya teringin nak cuba Ayam Panggang Rosemary ni.. jadi bila kekawan post kat wall FB terus save kat blog ni dulu.. sebab tengok resepi nya mudah sangat.. jadi meronta-ronta juga nak cuba :)






Ayam Panggang Rosemary - dari Nor Aida H S
Ayam Panggang Madu - Kayu Manis, Rosemary & Ketumbar. Spicy Honey Grilled/Roasted Chicken with Cinnamon, Rosemary & Coriander Spices.
Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar - dibersihkan dan gosokan dengan garam sedikit
30gm madu
Serbuk Kayu Manis
Serbuk Ketumbar
Rempah Duan 'Rosemary'
Minyak Zaitun/Canola/Sayuran untuk sapu pada ayam
Bahan untuk rebusan
1 batang kayu manis
1 biji rempah bunga lawang
Sayur campuran - lobak merah & sayur seleri
Cara2nya
Rebuskan sekor ayam di dalam periok yang sederhana, letakan rempah ratus
kayu manis and bunga lawan dan sayur2an campuran. Rebuskan ayam 3/4 masak dan dikeluarkan. Biarkan is sejuk dan sapukan dengan rempah serbuk
kayu manis, ketumbar, madu & dedaun Rosemary. Masukan ayam didalam oven dan panggang selama 20mins. Air rebusan boleh dijadikan sup ayam.
Letakan ayam atas dulang pembakar setiap 10mins di pusing supaya rata dipanggang. Suhu oven 140C 'Grilled setting. Sajikan bersama cili kisar, jus limau & bawang putih ditumbuk.

6 ulasan:

  1. kalau dah tertengok mesti nak cuba kan.... kak rose bli daun rosemary semata2 nak mencuba resepi ayam panggang ni.... tp x rugi mencuba, sbb tersangat lah sedapnya!

    BalasPadam
  2. lama gak kaknoor tak buat ayam rosemary ni tapi bila buat mmg terasa ketidak cukupan nya kalau sikit hahha

    BalasPadam
  3. Nampak gaya hari ni cuma makan ayam rosemary di rumah kenduri (sebenarnya ayam masak merah di rumah kenduri..)

    BalasPadam
  4. nampak bahan2nya dan cara memasaknya tak susah,kan...

    BalasPadam
  5. Sedapnya nmpknya kak..sy keep resepi ni nk cuba buat..tq

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ni...tapi setakat terlior saja kalau tak cuba sendiri tak boleh jadi ni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)