JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 November 2015

TUJUH SUNAH NABI S.A.W








Assalamualaikum...

Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

moga BERMANFAAT....
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun..
Wallahualam

2 ulasan:

  1. kita manusia serba tak sempurna.. jadi tiada siapa yang lebih baik selain masing2 berlumba2 untuk jadi yang terbaik pada pandangan mata Allah

    BalasPadam
  2. Takutnya CH...... moga kita selalu ingat asal usul diri kita, betapa hinanya kita ni hingga tak de satu pun yg boleh dibanggakan....

    Tq CH atas ingatan yg baik tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)