JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 22 Januari 2016

Janganlah kata kat sahabat .. TU MASALAH KO..




Assalamu'alaikum. Nak share sikit cerita..

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Wahai sahabatku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kita… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kita bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Wahai sahabatku,
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat. Buatlah demi Allah.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.

Senyum.😊

Sumber : Whatsapp

16 ulasan:

  1. betul tuh... Jika tak mampu menolong jangan ditambah bebanan dia..

    salam singgah..

    BalasPadam
  2. Itulah pengajarannya Yati
    Dia ingat besar tak masuk perangkap tapi masuk dalam periuk/belanga hihi.. Natijahnya jelas buat kita manusia yg punya akal ni utk dijadikan sebagai renungan bersama.

    BalasPadam
  3. Begitu la resam hidup di dunia ni kak...ibarat roda..sekejap di atas sekejap di bawah...

    BalasPadam
  4. bersama memikirkan anologi cerita tu..kawan kita yg kesedihan berikan bahu kita utknya menyandarkan kesedihannya...walau pertolongan yg diberi sedikit saja..

    BalasPadam
  5. Penuh dengan pengajaran kisah ni...
    Sebesar mana pun kekuatan,kekayaan, jangan la sesekali kita berpandang rendah pada seseorang...n bantu la mereka... :)

    BalasPadam
  6. cerita yang penuh pengajaran, betul tu kak yati, jika kawan dalam kesusahan perlu untuk kita tolong semampu kita kan.

    BalasPadam
  7. Walau tak punya harta yang banyak untuk menolong orang yang memerlukan tapi boleh aje tolong dengan kudrat atau kata2 semangat.

    BalasPadam
  8. huhuhu suke baca cerita teladan mcm nih....
    itulah kalau kwn ada masalah kite sebagai kwn wajib tlg selagi termampu...

    BalasPadam
  9. betul tu kak...itulah gunanya kita sebagai kawan...bantulah kawan kita mana yang kita mampu...

    p/s: akakkkkkk....yeayyyy akak ada tips ye...
    ni email saya kak: aswa@matrade.gov.my


    tq kakak ku sayang!!

    BalasPadam
  10. allahu akbar, menariknya CH kisah ini, boleh dijadikan pengajaran buat anak-anak :)

    BalasPadam
  11. Byk dh tolong lps tu lupa kat kita...mcm tak ikhlas bunyinye....

    BalasPadam
  12. Betul tu, anggaplah masalah org tu pun masalah kita jugak walaupun tak dapat menolong. Setuju, bumi itu bulat ada masa kita pun mungkin dibawah jugakkan...huhu

    BalasPadam
  13. selamat mlm yatie
    cerita yg menarik
    dpt jdi iktibar utk kita semua ni

    BalasPadam
  14. tq sharing kak yati.. bkn tunggu kaya baru nak tlg.. berdoa juga adalah salah satu nya.. apa apa saja yang penting keikhlasan

    BalasPadam
  15. Penuh teladan, nnt saya nak citer kat ank2 tadika saya plak.

    BalasPadam
  16. Allah... begirmtu terkesan kisah ni... moga jadi teladan utk kita...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)