JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 12 Januari 2016

PECUTAN AWAL UPSR 2016 - Format Baru KSSR

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg bai jua hendaknya.

Pada hari Ahad 10/1/2016 berpagian saya dan Najeeha di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam untuk menghadiri Seminar Pecutan Awal UPSR untuk menerangkan format baru KSSR ni.. inilah mama yg dah kilauan emas ni macam tu lah.. tak mampu saya nak mengajar anak2 dengan format baru ni dan sungguh mencabar. Dah lah mereka ini tahun pertama dengan KSSR ini kan.. macam PT3 itu hari lah.. Apabila diterangkan oleh cikgu tersebut untuk UPSR ni formatnya seperti PT3 ada soalan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) soalan begini lah yg menguji minda anak-anak ini berfikir..

Alhamdulillah kami sampai awal jadi boleh lah Najeeha duduk di hadapan senang dia nak fokus dan nampak apa yg ditulis oleh cikgu didepan tu. Kami sampai pukul 7.30am, pendaftaran buka pukul 8.00am, jadi sarapan dulu nasi goreng kampung dengan keropok yg saya masak pagi tadi.. dengan minuman Smart Coco yg menyegarkan. Lepas tu terus naik atas tingkat 2 utk pendaftaran. Sampai diatas ada beberapa orang keluarga telah mendaftar. 
Seminar bermula pukul 9.00am.

Lencana ni kena pakai sentiasa sebab utk makan tengahari kena tunjukan. ehe.. di sekolah memang kekawan dia panggil Syaza.. jadi dia beritahu kakak bertugas tu tulis nama tu..

Ini Cikgu Eyna, cikgu ni mengajar Sains dan menerangkan format-format baru untuk Sains. Semasa ni sesi dengan ibubapa, sesi dgn ibubapa bermula pukul 6.15pm selepas anak-anak habis seminar tu. Ibubapa disuruh semak semula latihan  yg anak kita buat dan Cikgu Eyna menerang apa kesilapan yg anak kita cara menjawab soalan itu. Saya pun rasa susah juga soalan KBAT ni.. banyak yg perlu difikir dengan teliti dan simbol-simbol baru sains tu perlu kita peka.

Ini pula Cikgu Shiela , guru matematik, banyak formula dan teknik menjawab matematik yg mudah untuk dijawap oleh anak-anak. Najeeha mengakui, mana yg pernah pergi Teknik Sifir Cikgu Shiela ini, dengan pantasnya mereka menjawab. Masa ni pun sesi ibubapa, Cikgu Shiela menerangkan kesilapan yg anak-anak kami dalam menjawab, lepas tu penggunaan # ni.. jangan sesekali anak-anak menggunakan ini kerana simbol ini adalah jalan kerja terakhir dan jawapannya, jika anak-anak terlupa satu jalan kerja yg lain lepas membuatnya semula dan jawapannya betul tetapi pemeriksa kertas akan mengambil kira # yg anak kita tanda tu. Sebaik-baiknya jangan dibuat kerana kata Cikgu Shiela pemeriksa akan mencari sendiri jawapan dan akhir jalan kerja yg anak-anak tu buat.

Inilah modul buku yg digunakan semasa seminar tu, cikgu-cikgu memberi soalan-soalan yg popular keluar dan lebih-lebih lagi bagi soalan KBAT tu.. Lengkap dalam tu tips dan nota-nota mengenai Sains dan Matematik.


Diakhir seminar tu mereka diberikan sijil penyertaan. Alhamdulillah dapat lah ilmu yg baik pd hari itu. Selesai program lebih kurang pukul 6.45pm. 

19 ulasan:

  1. wah! dah tambah satu lagi ye kak...saya pon seriau gak ni tahun depan anak teruna saya amik PT3...bang ngah tu nasib la sekarang ni kak long dia ada dapat jugak la dia tunjuk ajar sok2 kalau dah masuk U kene la pi anto tuisyen gamaknye...nak harapkan saya sampai esok pon tak siap2 agaknye keje skola dia...hahaha...ibu dia hape pon dah tak faham...cayokkkk Syaza...#dongibab #youcandoit :)

    BalasPadam
  2. bagusnya...awal tahun dah mulakan pecutan...tapi 17/1/2016...belum sampai lagi :)

    BalasPadam
  3. Persedian awal lebih memudahkan anak2 untuk menghadapi peperiksaan.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...bagus akak... awal2 dah anta anak ke sini .... bagi penaik semangat di awal tahun memulakan sekolah....risau kan kak...sistem pendidikan negara kite makin lama makin dasyat....KBAT lah.... kssr lah...mcm2...tgk soalan pun boleh menangis....moga2 anak akak, dan anak2 melayu kite diberi kesihatan dan kecerdasan akal fikiran utk menerima dan menjawab soalan2 upsr apabila tiba masanyer......

    thanks share kak...lieya terus like fb cikgu shiela.... kalo ade peluang nak anta anak2 ke bengkel2 dan kem begini....

    BalasPadam
  5. moga dipermudahkan semua urusan. wish u luck syaza

    BalasPadam
  6. Sebenarnya pendedahan awal kena buat bukan utk anak-anak aje Yati. Cikgu-cikgu sekarang sangat gigih sebab itu kita ibu-bapa kena turut serta ambil tahu kalau tak kesian anak kita juga.

    Bagus pendekatan yg dibuat ini. Suka kakak tengok.

    BalasPadam
  7. Assalam.. kak ada lagi tak seminar macam ni? boleh juga hantar anak saya ke seminar macam ni..

    BalasPadam
  8. Begitulah cikgu2 zaman sekarang, demi kejayaan anak2 murid mereka telah memulakannya sejak awal tahun. Seperti juga anak saya yang nak ambik SPM tahun ini, pecutan itu telah dimulakan sejak Tingkatan Empat dengan kelas tambahan pada setiap hari dan tahun ini pecutan lebih intensif telah bermula. Kesian cikgu dan murid2, tak seperti zaman saya dulu memecut sebulan sebelum exam masih boleh dapat keputusan yg boleh tahan....

    BalasPadam
  9. Kesian kan budak2 skg makin susah belajarnya.Anak kakak tinggal sorang sek rendah ni kakak dah tak boleh tunjuk ajar macam anak2 yg trdahulu.Bagus juga ada seminar upsr lagi awal ni,budak2 dah bersedia kelak

    BalasPadam
  10. bagus diadakan awal2.
    anak2 kita boleh fokus.
    kalau lewat, nanti susah!

    BalasPadam
  11. Bgusnyeee aktiviti menarik ni
    In shaa Allah 6 A dlm tgn dik nabila ke najihah...hihi lupa

    BalasPadam
  12. untuk penggunaan tanda "#".. nice share kak.. dulu sy skolah suka guna tanda tu diakhir jwapan..

    BalasPadam
  13. Aduh, risau saya bila format ditukar lagi! Anak saya lagilah kasihan,CH. Sekolah Cinakan, semua pun ada jadi dua subjek sekarang ni. Harapnya rajinlah dia berusaha untuk skor masa exam besar dua tahun dari sekarang ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, CH! Terlupa pulak nak tanya! Saya dah hantar email. Nanti WA saya sajalah nombor tu ya bila berkesempatan :)

      Padam
  14. Gud luck CH...gud luck Najeeha....moga cemerlang ye

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)