JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 19 Januari 2016

See Your Memories FB :: Dah SETAHUN .. ABAH Kembali Keramahtullah.. Alfatihah..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ..

See your memories notification FB.. moment yg tak akan saya lupakan hingga akhir hayat saya.. diam tak diam.. dah setahun abah pergi meninggalkan kami.. saya rasa baru saja semalam saya kehilangan abah.. rindu sangat dengan abah..



Pada hari sabtu 16/1/2016 kami adik beradik mengadakan majlis tahlil untuk abah dan juga mak.. tahun 2015 adalah tahun dukacita buat kami sekeluarga.. semoga roh abah dan mak dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para syuhadah dan orang-orang yang beriman..
Innalillahowainna ilahirrojiun. Alfatihah. 

DO'A ARWAH

RasuluLlah s.a.w mengajar kita mendo'akan jenazah dengan ayat ini;

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang... kembalilah kepada Tuhanmu, kembalilah dengan hati yang puas lagi diredhai; masuklah ke dalam jema'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku 
( al-Fajr [89]: 27-30). 

Dan, do'akan kesejahteraan utk arwah.

:إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُونالَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّينوَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرينوَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ 

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.

Ya Allah! Tuliskanlah baginya termasuk dalam golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tingkatan yang tertinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan keta'atan padaMu.





18 ulasan:

  1. Dah setahun yatie?..rasanya baru lagi kan.Moga abah yatie ditempatkan dikalangan orang soleh....Al Fatehah.

    BalasPadam
  2. sedih sungguh kehilangan yg tersayang semoga Allahyarham ayah yati ditempatkan bersama yg beriman n dicucuri rahnat-Nya

    BalasPadam
  3. Dalam setahun Yati adik-beradik kehilangan keduanya. Siapalah tak sedih. Tapi pada mata kakak bagaikan mak-ayah sehidup-semati sebab sebaik ayah pergi mak bagaikan terus tak sihat sehinggalah dijemput Allah.. Moga rohnya terus menerima himpunan doa anak-cucu Yati. Kakak percaya mereka tenang di sana. Amin.

    BalasPadam
  4. Semoga mereka damai di sana bersama orang-orang beriman. Alfatihah...

    BalasPadam
  5. al fatihah..
    semoga arwah tenag disana..bersama mereka yg disayangi ALLAH

    BalasPadam
  6. Mmg sedih sgt kehilangan insan tersayang, rasa rindu teramat sangat, hanya mampu hadiahksn yasin setiap hari.

    Salam takziah buat CH.

    BalasPadam
  7. Semoga roh arwah di cucuri rahmat
    Al Fatihah kak

    BalasPadam
  8. Alfatihah buat allahyarham abah dan allahyarhamah mak CH ya! Sekejap aje masa berlalu, dah setahun lamanya abah CH pergi meninggalkan kalian adik beradik. Saya yang dah kehilangan bapa sejak berbelas tahun lalu pun masih lagi terasa-rasa kehilangan arwah abah macam baru semalam aje berlaku.

    BalasPadam
  9. salam takziah kak...semoga mereka di tempatkan bersama org- yg beriman...aamiin..

    BalasPadam
  10. Alfatihah buat kedua kesayangan awak CH. Moga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)