Salam petang yg ceria kekawan :)
Saya ni bila masak kena ada sayur dan ikan atau ayam ke.. orang kat rumah ni suka sambal.. jadi semalam petang saya buat goreng buncis telur pecah.. perghhh kebabom juga makan anak beranak.. en suami tak makan kacang buncis ni tapi saya dah buat utk nya asam pedas ikan merah dan dalam tu dah ada bendi kan.. jadi itu jer lah lauk nya hahaha..weekdays ni memang masak yg paling mudah sangatkan.. mana nak sempat ayam percik ke.. ikan bakar sambal ke.. itu semua tunggu weekend jer lah nak masak..
Bila tukar bendi kepada kacang buncis masak telur pecah ni pun sodap jugak kekawan.. meratah macam tu pun sodap.. krap krup makan.. teringat saya arwah mak.. suka masak lemak cili api dengan udang kacang buncis ni.. macam nak buat jugak lah hihihi.. arwah abah tak suka kacang buncis ni dia kata bau maung.. mungkin sebab tu en. suami saya pun tak makan kot..
Jomlah kita intai resepi saya yg mudah ini ..
RESEPI GORENG KACANG BUNCIS TELUR PECAH
Bahannya :-
- 1 ikat kacang buncis (saya suka beli sayur yg ikat ni jer kat pasar)
- 1 biji telur
- segengam ikan bilis (ditumbuk sederhana lumat)
- 3 sudu besar cili merah kisar (saya ni memang kisar cili seminggu sekali)
- garam secukup rasa.
Caranya :-
1. Potong kacang buncis cara menyerong , cuci dan toskan, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis yg ditumbuk tadi sedikit garing, kemudian angkat, tumiskan pula cili kisar hingga wangi.
3. Selepas tu pecah kan telur didalam nya, hancurkan dan gaulkan bersama cili tadi.
4. Kemudian masukan kacang buncis, ikan bilis goreng tadi dan sedikit garam, gorenglah sehingga kacang buncis masak dan rasa garamnya.
5. Siap untuk dihidang.
Saya kalau masak sayur suka habiskan masa tu juga.. jadi mereka meratah sayur ni krap krup dengan saya.. sepiring ajer dah untuk saya.. kalau nak bagi anak makan sayur kena cari sayur kegemaran mereka juga. Alhamdulillah mereka akan makan sayur bila kita masak cara yg mereka suka. Cubalah kekawan...
tengok pun menyelerakan...sedapnyaa....tak pernah buat macam ni lagi...nanti nak buat la...
BalasPadamNur x pernah campur telur buncis kak yati...nmpk sedap juga...suka campur ikan bilis yg d goreng tau fishball..menarik ni
BalasPadamAna pun suka goreng kacang buncis ni,sedapkan...:)
BalasPadamKak suka sayur lacang bendi mcm yg yati msk ni
BalasPadamserius ini pun feveret saya sejak kecik.. hehe.. mak suka buat sayur buncis goreng gini.. sedapp! :))
BalasPadamsedap ni...
BalasPadamtp saya tak pernah buat sambal merah mcm ni lagi..
dok campur dgn s3edkit kicap manis dan sos tiram ja..
lama tak masak2 macam ni sejak husband berdiet
BalasPadamsaya pun selalu masak sayur buncis pecah telur mcm ni kak...lauk feveret kami laki bini...saya pun mcm akak, kalau masak wajib kena ada satu jenis sayur...
BalasPadamnyummy...suka kacang buncis sebab rangup
BalasPadamsedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamKak Zai pun selalu masak cara begini Yati. Masak lemak dgn udang lg urrrmmm..
BalasPadamassalamualaikum yati...sedapnya tapi mama x suka letak telur kalau goreng kena asingkn mama punya tanpa telur sbb hubby suka yg ada telur mcm ni...:)
BalasPadamalahai terliur tengok
BalasPadamSdpppp..sayur mmg dihti selalu
BalasPadamNi faveret ai hokey....hihi...
BalasPadamYg makan benda tu kat rumah ni dah tentulah maknya ngan paknya....paknya pun cuit cuit aje...tu yg mls masak sayur kadang tu CH...
Setakat tekak kita sorang yg nak makan...