JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 4 April 2016

HIHO Baru Nak Terjah... AEON MALL SHAH ALAM ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan di kurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hampir sebulan Aeon Mall Shah Alam ni buka, baru hari sabtu baru ni saya sempat ke sana , itu pun Nabilah yg mengajak untuk pergi Butik H&M. Jadi pukul 9.45am kami gerak dari rumah setelah selesai mengemas rumah dan menyidai pakaian.

Sampai kat sana pukul 9.55am, belum buka lagi Aeon ni.. hahaha semangat berkobar-kobar sungguh anak beranak ni.. saya malas pergi lewat pagi nanti susah nak parking.. saya bajet kat sini hanya 1-2 jam ajer.. pergi ke tempat yg hendak dibeli ajer.. sayangnya Butik H&M tak buka lagi.. Jadi tunggulah di bawah pokok bunga sakura tu.. apa lagi kak Nabilah yg suka selfie ni macam auntie hainom nya tu.. bergambor lah sesuka hati :)

Depan H&M tu Kedai Padini.. jadi budak2 bertiga tu ronda2 lah tengok, saya hanya duduk menunggu disitu sebab saya kurang sihat, jalan pun macam nak pitam jer.. tu lah yg mereka jer ronda-ronda kat situ.. Lepas tu Kak Nabilah datang cakap " Mama baju Nabil murah ma, RM29.00 untuk 2 helai jom tengok".. Saya gagahkan diri pergi tengok .. tengok memang murah jadi mereka pilih 4 helai.. 1 helai warna biru tangan panjang tak ada pulak dalam gambar..

Anak dara tu jalan pulak kat bahagian kasut, berkenan pulak kasut ni.. offer juga.. Nabilah berkenan dengan warna biru ni dan Najeeha berkenan dengan warna coklat cair ni..
Lepas tu pergi tengok balik Butik H&M ni pun tak buka lagi dah pukul 11.00am ni tak kan tak buka lagi.. pastu dorang baca pulak kat list senarai shop kat situ.. pastu dorang kata kat tingkat 1 ada ma, jom naik atas mana tahu buka yg kat atas tu..

Naik ke atas tingkat 1 tu pun tutup juga.. apa masalahnya butik ni.. pastu Kak Nabilah nampak pulak Promosi ke negara Jepun utk musim sejuk dan musim bunga sakura.. sakan lah dia berselfie kat situ.. ada juga yg boleh pakai baju kimono tu.. boleh sewa dan bergambar dgn baju tu.. 

Bergambar pulak dengan Snowman ni pulak .. yg nabil dah bosan.. aduhai lama lagi ke nak buka kedai ni katanya.. tengok dah pukul 11.30am..masih lagi tak buka.. mengapa ????

Jomlah kita pergi kat tempat kanak2 di Aeon tu pulak .. jalan2 situ dapatlah pulak baju tido nabil dan najeeha.. Nabilah tak berkenan.. ye lah dia dah remaja .. mana nak berkenan dia baju macam tu..

Pergi balik kat bawah mana tahu dah buka yg dibawah.. masa tu dah pukul 12.00 tengahari .. tak buka juga.. Butik H&M tu ????
@___@

Jadi saya decide nak balik jer rumah.. tambah saya tak sihat ni.. sebelum tu pergi kat Food Court tu nak makan tengahari terus.. budak bertiga tu nak makan Yee Mee Sizzling.. pusing2 tak ada pulak.. pastu terus keluar dan singgah TESCO untuk makan disana.. terus terjah kat kedai jual Yee Mee Sizzling tu.. oder makan utk 4 orang dan minuman.. lepas makan terus balik rumah.. pukul 1.15pm sampai rumah.. tak lama tu azan zohor, lepas solat terus telan ubat dan tertidur saya sampai pukul 2.30pm. Baru hilang sakit kepala tu.. sebab pukul 3.00pm , Najeeha ada tuisyen .. 
Kesian pada kak Nabilah tak dapat baju yang hendak di beli di Butik H&M tu.. tak tahulah sebenarnya pukul berapa butik tu buka :(

14 ulasan:

  1. selalu lalu je. tak tahu bila nak singgah

    BalasPadam
  2. tak bukak lg kot kak butik H&M situ... takkan sampai ke tgri tak bukak2 lg... sian lah kak nabilah tak dpt baju dia... takpe lenkali blh pg lagi...

    seronok sampai awal2 kan kak... tak ramai tak sesak ngn org... cantik ngn pokok sakura lah ngn snowman lah...

    BalasPadam
  3. ada baca orang apedet..yang butik h&m and uniqlo rasanya belom dibuka lagi..kena tungguuuuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke Zee..
      Tu la akak dok fikir..
      Tak kan dah pukul 12.00 tengahari tak buka lagi..
      Pergi situ sebab anak akak kata...
      Kawan dia beli kat H&M tu..
      Mungkin kat Aeon tempat lain lah tu..
      Yang Shah Alam belum open lagi..
      hihihi bersabar jer lah..

      Padam
  4. LETIH JUGA MELAYAN KEHENDAK ANAK2 KAN YATI TAPI HAPPY.

    BalasPadam
  5. mall baru buka bnyk kedai tak beroperasi sepenuh nyer kan..ntah ntah tak buka haritu sebab stok x susun lagi kot.

    BalasPadam
  6. belum buka la tu kalau tengahari pun tak buka lagi..takpe lain kali pergi lagi ye

    BalasPadam
  7. Kata kawan saya, butik H&M tu belum buka lagi, CH...

    Hari Ahad lepas saya ke Shah Alam nak attend wedding kawan HD. Ingatnya nak singgahlah Aeon Mall ni tapi saya memanglah tak gemar masuk shopping mall selepas waktu tengahari. Nak cari parking masalah. Nak ke sana-sini, dah tentu ramai orang maklumlah baru buka katanya.

    Lain kalilah nampaknya saya tinggal jejak kat Aeon Mall Shah Alam ni ^_^

    BalasPadam
  8. Alahai takkan smp pukul 11 tak buka lg butiknya..takmau menega kot depa.hehe..

    lain kali la pergi lagi kan..tgh tak sihat nk jalan mana pun mesti takda mood kan

    BalasPadam
  9. Zura x sampai lagi kat sini.. pahadal dekat jer. tunggu orang dah habes rasmikan tempat nih baru pergi. hahahaha

    BalasPadam
  10. wah dah shoping2 kat aeon shah alam ye, saya tak pergi pun lagi

    BalasPadam
  11. Ada rupanya yg menurun auntie hihi....
    Cuma auntie jer tak menurun Nabilah rajin masak huhu...
    Hari tu masa gi Shah Alam Sentral tak tau pulak ada Aeon baru bukak....kalau tak, mau mengukur ke sini pulak.

    Best ke tidak CH kat sana? Besar ke?
    Kita kalau gi sendiri, mmg suka gi pagi pagi....mall bukak jer kita dah standby kat depan pintu. Maklumlah....tak terer parking hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)