JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 4 April 2016

RESEPI CHAR KUEY TEOW BANJIR SEAFOOD

Salam petang yg ceria kekawan :)

Masak char kuey teow banjir seafood ni dah lama rasanya.. tapi dok terperap dalam entri.. tak silap saya masak masa petang sabtu sebab nak menghabiskan semua lauk yg ada dalam petiais tu.. esok ahad baru pergi beli barang basah tambah stok tu..jadi malam tu dinner char kuey teow lah kami anak beranak ~__^

Tengok lah seafood nya.. tinggal sotong 4 ekor, ketam ada 3 ekor dan udang adalah banyak lah sikit.. tu lah penyeri char kuey teow banjir seafood saya tu..
Resepi saya cukup mudah jer kekawan.. main campak2 dalam kuali tu janji ada rasa char kuey teow tu..

RESEPI CHAR KUEY TEOW BANJIR

Bahannya :-
- 1 bungkus kuey teow
- 4 ekor sotong
- 3 ekor ketam di potong dua
- 15 ekor udang saiz sederhana
- 1 ikat kucai ~ kerat-kerat 1 inci
- 300grm taugeh
- garam secukup rasa

Bahan sosnya :-
- 3 ulas bawang merah *
- 4 ulas bawang putih * (*ditumbuk lumat)
- 4 sudu besar cili kering kisar
- 8 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap pekat
- 4 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- minyak bijan
- minyak masak utk menumis

Caranya :-
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk bersama cili kering kisar hingga wangi. Kemudian masukan bahan-bahan sos, kacau mesra hingga masak.
2. Lepas tu masukan sotong, udang dan ketam bersama air secukupnya.. masak hingga mendidih. Titiskan beberapa titik minyak bijan.
3. Kemudian masukan telur dan garam bila dan sebati baru dimasuk sayur taugeh dan kucai. Tutup apinya.
4. Didalam kuali lain, masukan kuah dimasak tadi bersama kuey teow, masukan kuey teow tu cukup utk seorang makan jer.
5. Angkat masuk kedalam pinggan dan siap dihidang.

Saya masak dalam kuali besar ni kuahnya bersama dengan bahan seafood dan sayuran.

Kemudian dalam kuali lain saya masak utk seorang makan.. saya masak tu lebih kurang macam kat pasar malam tu... kekadang mereka ada juga mintak tambah telur tu.. macam en suami saya..
Mula-mula punya masak kena lah boss dulu kan.. kemudian turn Nabil.. pastu Najeeha dan diikuti Nabilah.. akhirnya sekali baru lah tukang masak se entero rumah ni hahahha..

Inilah plate si tukang masak baru boleh ambil gambar.. yg masing2 punya tu tengah sedap membedal.. mana nak dikasi ambil gambar.. hendaknya boss besar tu.. laju je menyudu hahaha..
Perghhh puaslah anak beranak makan char kuey teow banjir seafood ni.. kalau satu pinggan RM15.00 , mahu kami 5 beranak ni dah kena bayar RM75.00.. huhuhu rabak jugak poket tu hahhaa. 
Jom lah kita buat sendiri kekawan *___*


13 ulasan:

  1. fuhhh tu dia seafood dia..kena makan panas-panas ni

    BalasPadam
  2. Betul..masak sendiri boleh senyum lebar nak masuk bahan apa..hihi..

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA KUEWTIAU YATI MACAM2 ADA TU.

    BalasPadam
  4. dana bagi 5 bintang....
    perkkkh gila heaven kak... ni kalau ada kt kedai ntah berapa rm kene cas...

    BalasPadam
  5. Ya Allah kak yati..menitik ailioku menengoknya.. ketam tu..ketam nyum nyumm

    BalasPadam
  6. Perghhhh memang sedap nampak charkueytiow tuh..

    BalasPadam
  7. Sedapnya nampak...
    Tapi makchaq ni elergic seafood..
    kalau makan bersin, gatal mata muka semua..yang tak tahan tu...

    BalasPadam
  8. Sedapnya nampak...
    Tapi makchaq ni elergic seafood..
    kalau makan bersin, gatal mata muka semua..yang tak tahan tu...

    BalasPadam
  9. Eh....tak komen lagi rupanya, rasa mcm dah baca!

    Wahhh....ni sikit lagi nak jadi char kuey teow ketam seekor ni.....Betul betul....lagilah ada ketam tu mmg confirm Rm15 sepinggan. Biasalah tukang mssak yg last dpt isi paling banyak weyh haha...

    Kita tak pandai masak kuey teow ni tau. Mesti jadi putus putus akhirnya...

    Betul betul....

    BalasPadam
  10. Sotong berbunga tu mesti tak tinggal ^_^ Mewah isi char kuey teow chef sorang ni. Memang kalau ada hati nak makan char kuey teow gaya gini kat kedai, sediakan ajelah note RM100. Kalau tidak, cium bau ajelah cukup nak lepaskan kempunan. Lagi afdal, balik tengok resepi kat sini dan buat!

    BalasPadam
  11. Nk buat juga, nk buat juga, ermmmm, simpan resepi ukt bln puasa nnt, he he

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)